Anda di halaman 1dari 8

SJK(T) SUNGAI BAKAP

14200 SUNGAI JAWI.

MINIT MESYUARAT PANITIA REKA BENTUK & TEKNOLOGI KALI 4/2019

Tarikh : 29.10.2019

Hari : Selasa

Masa : 2.30 petang

Tempat : Pusat Sumber Sekolah

Hadir :

1. En.L.Murugan (Guru Besar)

2. Pn.Thamayanthi (PK HEM merangkap PK1)

3. Pn.S.Puspalatha ( Ketua Panitia)

4. En.Loganathan

5. Cik.Usha Dewi

1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 En. L. Murugan selaku Guru Besar SJKTSB mengucapkan ribuan terima kasih dan
mengalu-alukan kehadiran guru-guru ke mesyuarat kali keempat panitia RBT
bagi Sesi 2019.

2.0 Ucapan Guru Besar

2.1 Tujuan mesyuarat ini diadakan atas perbincangan terhadap program-program


yang telah dijalankan sepanjang tahun 2019 dan pelan tindakan bagi 2020.

2.2 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada guru-guru RBT yang telah
melaksanakan tanggungjawab dan kerjasama yang diberikan terhadap
pelaksanaan setiap program yang dijalankan .
2.3 Beliau meminta semua guru berganding bahu untuk memperkasakan panitia Reka

Bentuk & Teknologi sepanjang tahun 2019 dan pada masa akan datang.

2.4 Guru Besar menyeru guru-guru supaya menanyakan soalan KBAT kepada murid

dalam setiap PdP. Hal ini membantu murid-murid meningkatkan tahap daya

pemikiran dalam sesuatu topik. Soalan KBAT akan membantu murid-murid

berfikir dan menyelesaikan sesuatu masalah.

2.5 Selain itu, guru-guru juga perlu masuk ke kelas untuk mengajar dengan betul

mengikut jadual waktu dan membimbing murid-murid dari semasa ke semasa.

Guru perlu mengajar mengikut waktu yang diperuntukkan dan membimbing

murid-murid pemulihan serta memberi latihan pengukuhan untuk murid pandai.

2.6 Guru-guru juga diminta tidak kerap keluar kelas semasa sesuatu PdP dijalankan.

Ini kerana masa yang diperuntukkan untuk sesuatu PdP perlu digunakan dengan

baik dan tidak seharusnya dibazirkan dengan sewenang-wenangnya.

2.7 Guru-guru juga perlu mengamalkan budaya penyayang terhadap murid-murid.

Murid-murid juga perlu dipuji dan diberi ganjaran setiap kali berjaya menjawab

soalan.

2.8 Seterusnya, beliau meminta guru-guru menyemak buku-buku latihan murid

dengan teliti dan mengalakkan mereka membuat pembetulan dari semasa ke

semasa. Buku latihan perlu disemak dalam masa dua hari dari tarikh latihan diberi

.Guru juga perlu memastikan murid-murid menulis tarikh latihan diberi.

2.9 Murid-murid juga dikehendaki membuat pembetulan selepas sesuatu penyemakan

dijalankan dan guru perlu memastikan perkara ini.


2.10 Penolong Kanan memberitahu bahawa penggunaan Google Classroom dalam PdP

sangat penting dan guru-guru perlu mengaplikasikan pembelajaran maya tersebut

untuk murid-murid. Beliau berkata ia merupakan suatu program yang baik dan

memberi banyak manfaat kepada murid dan guru.

2.11 Beliau juga memberitahu bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa

memerhatikan penggunaan Google Classroom guru-guru dan murid-murid dari

semasa ke semasa.

2.12 Penolong Kanan Pentadbiran juga memberitahu bahawa Fail Panitia perlu

dikemaskinikan dan kertas minit perlu dilengkapkan setiap kali dokumen

dimasukkan atau tindakan diambil.

2.13 Beliau juga meminta Ketua Panitia menyerahkan laporan keseluruhan aktiviti

panitia tahun semasa, Pelan Strategik, Pelan Taktikal dan Pelan Operasi untuk

tahun hadapan serta minit mesyuarat kali ke-4.

2.14 Guru-guru juga diingatkan supaya memberi kerja rumah kepada murid-murid

semasa cuti sekolah.

Dimaklum : Semua guru

3.0. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

3.1. Minit mesyuarat yang lalu dibentang oleh ketua panitia dan disahkan tanpa
sebarang pindaan. Dicadang oleh En.Loganathan dan disokong oleh
Cik Usha Dewi.

4.0. PERKARA BERBANGKIT

4.1 Ketua panitia memberitahu semua aktiviti yang dirancang telah dilaksanakan dan
laporan akan difailkan kecuali ‘Pameran Hasil Murid’seperti dinyatakan.
Dimaklum : Semua guru

5.0 ANALISIS PEPERIKSAAN


5.1. ANALISIS PKSR 1 DAN 2
5.1.1 Beliau meminta guru- guru RBT Tahun 4,5 dan 6 memberitahu tentang markah
pencapaian masing-masing. ( Analisa markah difailkan dalam fail headcount).
Keputusan adalah seperti berikut :

TAHUN 4 / PKSR 1 RBT

Bil Calon GRED A GRED B GRED C GRED D GRED E Menguasai


Bil Kelas GPMP
Daftar Ambil TH Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %
1 - 25 25 0 0 0.00 5 20.00 8 32.00 8 32.00 4 16.00 21 84.00 3.44
Jumlah 25 25 0 0 0.00 5 20.00 8 32.00 8 32.00 4 16.00 21 84.00 3.44

TAHUN 4 / PKSR 2 RBT

Bil Calon GRED A GRED B GRED C GRED D GRED E Menguasai


Bil Kelas GPMP
Daftar Ambil TH Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %
1 - 25 25 0 2 8.00 2 8.00 10 40.00 7 28.00 4 16.00 21 84.00 3.36
Jumlah 25 25 0 2 8.00 2 8.00 10 40.00 7 28.00 4 16.00 21 84.00 3.36

TAHUN 5 / PKSR 1 RBT


Bil Calon GRED A GRED B GRED C GRED D GRED E Menguasai
Bil Kelas GPMP
Daftar Ambil TH Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %
1 - 26 26 0 26 100.00 0 0.00 0 0.00 0 0.00 0 0.00 26 100.00 1.00
Jumlah 26 26 0 26 100.00 0 0.00 0 0.00 0 0.00 0 0.00 26 100.00 1.00
TAHUN 5 / PKSR 2 RBT

Bil Calon GRED A GRED B GRED C GRED D GRED E Menguasai


Bil Kelas GPMP
Daftar Ambil TH Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %
1 - 26 26 0 26 100.00 0 0.00 0 0.00 0 0.00 0 0.00 26 100.00 1.00
Jumlah 26 26 0 26 100.00 0 0.00 0 0.00 0 0.00 0 0.00 26 100.00 1.00

TAHUN 6 / PKSR 1 RBT

Bil Calon GRED A GRED B GRED C GRED D GRED E Menguasai


Bil Kelas GPMP
Daftar Ambil TH Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %
1 - 25 25 0 7 28.00 8 32.00 7 28.00 3 12.00 0 0.00 25 100.00 2.24
Jumlah 25 25 0 7 28.00 8 32.00 7 28.00 3 12.00 0 0.00 25 100.00 2.24

TAHUN 6 / PKSR 2 RBT

Bil Calon GRED A GRED B GRED C GRED D GRED E Menguasai


Bil Kelas GPMP
Daftar Ambil TH Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %

1 - 25 25 0 12 48.00 12 48.00 1 4.00 0 0.00 0 0.00 25 100.00 1.56

Jumlah 25 25 0 12 48.00 12 48.00 1 4.00 0 0.00 0 0.00 25 100.00 1.56


5.1.3 Guru Besar memberitahu mata pelajaran RBT mencapai keputusan yang baik

5.1.4 Dalam ucapan beliau, memberitahu tahu bahawa guru-guru RBT perlu

membimbing murid-murid supaya lulus dalam mata pelajaran ini dan menggalakkan murid

menghasilkan projek yang kreatif.

Tindakan : Semua guru RBT

5.2 AKTIVITI PERANCANGAN 2019

Pada tahun ini, Panitia RBT merancangan dan telah berjaya menjalankan tiga aktiviti iaitu:

Perancangan Tarikh Dijalan atau tidak dapat dijalankan

1. Bengkel Penulisan RPH Telah dijalankan


Feb -Mac
2. Bengkel Robotik Telah dijalankan
April - Jun
Telah dijalankan
3. Pameran Reka Bentuk & Oktober -
Teknologi November

5.2 AKTIVITI PERANCANGAN 2020

Perancangan Tarikh

1. Bengkel Robotik Feb -Mac

2. Hari Keusahawanan April - Jun

3. Pameran Reka Bentuk & Teknologi Oktober -


November
5.4 PELAN STRATEGIK 2020-2022

5.4.1 Ketua Panitia telah membentang Pelan Strategik Panitia RBT 2020 - 2022 yang telah

dibuat dan difailkan. ( fail perancangan)

5.4.2 Pelan Strategik tersebut akan dipraktikkan sehingga tahun 2020.

5.4.3 Guru Besar meminta semua guru RBT berusaha mencapai Pelan Strategik yang telah

dibuat.

5.4.4 Pelan Taktikal dan Pelan Tindakan bagi tahun 2020 dibincang dan dipersetujui pada

minit kali ke 4 ini.

5.4.5 Guru-guru sebulat suara bersetuju dengan aktiviti panitia pada tahun 2020 yang dirancang

dan bersetuju akan memberi kerjasama yang baik.

(Tindakan: semua guru RBT)

5.5 Pelunjuran 2020

KSSR

Bil. Kumpulan Jumlah TOV PKSR 1 PKSR 2 ETR 2020


Sasaran murid 2019
1. Tahun 4 19 100% 100% 100%

2. Tahun 5 25 100% 100% 100% 100%

3. Tahun 6 26 100% 100% 100% 100%

5.6 KSSR

5.6.1 Guru Besar juga memberitahu guru-guru yang mengajar matapelajaran RBT
perlu memberi peluang kepada murid-murid bagi menghasilkan projek yang kreatif dan
inovatif serta mentafsir mengikut sistem yang sedia ada
5.6.2 Bagi Tahun 4, 5, 6 meminta guru-guru mengemaskinikan Tahap Pengguasaan dan
memasukkan dalam fail PBS.
Tindakan : Semua guru RBT

6.0 HAL-HAL LAIN

6.1 Guru Besar menyuruh guru-guru menggunakan bahan dari Panitia RBT semasa

memasuki kelas. Penggunaan bahan oleh guru-guru adalah penting semasa P&P

dijalankan.

6.2 Beliau juga memberitahu bahawa media/ bahan Seni perlu simpan di rak dan almari

panitia masing-masing.

Tindakan : Guru-guru.

7.0 PENANGGUHAN MESYUARAT

7.1 Mesyuarat Panitia Reka Bentuk & Teknologi ditangguhkan tepat pada pukul 3.30

petang dengan harapan guru-guru dapat bekerjasama untuk memperkasakan Panitia

Reka Bentuk & Teknologi

7.2 Ketua Panitia Reka Bentuk & Teknologi mengucapkan ribuan terima kasih kepada

guru-guru kerana sudi meluangkan masa untuk menghadiri ke mesyuarat ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

…………………....... ……………………….

PUSPALATHA A/P SUBRAMANIAM

(Ketua Panitia RBT)

Tarikh disediakan : 12.11.2019

sk : Guru Besar

Fail Panitia RBT

Anda mungkin juga menyukai