Anda di halaman 1dari 18

TUGASAN 1

PENULISAN ESEI AKADEMIK

TAJUK 1 :- ELEMEN-ELEMEN KOMUNIKASI

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

1.0 PENGENALAN
1.1 Takrifan Komunikasi
Menurut French (1993) komunikasi merupakan proses minda yang berlaku dalam mewujudkan
situasi saling memahami terhadap maklumat dan idea yang disampaikan. Komunikasi yang berkesan
berlaku apabila mesej yang hendak disampaikan kepada penerima itu berjaya disampaikan dan difahami
sepertimana yang dikhendaki. Oleh yang demikian, prestasi dan kualiti kehidupan seharian manusia
ditentukan melalui kualiti kemahiran berkomunikasi. Aktiviti komunikasi berlaku dalam bentuk lisan,
bahasa gerak-geri, bahasa isyarat, sentuhan, hubungan mata, dan penulisan.

1.2 Kategori Komunikasi

1. Komunikasi Interpersonal, proses komunikasi antara individu yang lebih daripada


seorang personal. Proses komunikasi diantara seseorang dengan seseorang yang lain ini sangat berkesan
kerana ia melibatkan unsur maklum balas serta berdasarkan lapangan yang sama. Dalam komunikasi
interpersonal, dua individu terlibat dan saling menghasilkan serta mentafsirkan maklumat yang biasanya
lebih berbentuk formal.

2. Komunikasi Intrapersonal;- aktiviti komunikasi yang berlaku secara bersendirian tanpa


melibatkan orang lain secara. kontemplasi, intuitif, pemikiran secara taakulan, meditasi iaitu bercakap
dengan diri sendiri dan monolog. Komunikasi intrapersonal ini adalah suatu bentuk fungsi psikologi
untuk membentang, meneliti, mentafsir dan operasi terhadap apa juga maklumat, mesej atau pengalaman
yang semuanya berlaku dalam fikiran individu tersebut.

1.3 Proses Komunikasi

1. Sintaksis (sifat tanda dan simbol yang formal);-

2. Pragmatik (berkenaan dengan hubungan antara tanda/ungkapan dan pengguna);-

3. Semantik (kajian tentang hubungan antara tanda, simbol, dan maknanya/ayat).

Tugasan 1 – Elemen-elemen Komunikasi #Afifah@U6/IPGIpoh2019 Page 1


2.0 ELEMEN-ELEMEN KOMUNIKASI

2.1 Kepentingan Komunikasi


Menurut Bernard Baruch (Decker,1693), komunikasi merupakan aktiviti atau proses yang amat
penting dalam usaha untuk menyampaikan idea dan maklumat kepada orang lain disamping menjadi agen
kepada perhubungan sesama manusia. Keupayaan individu mengawal emosinya dan emosi orang lain
merupakan kemahiran berkomunikasi yang terbaik. Komunikasi memainkan peranan penting dalam
kehidupan untuk mencipta perubahan dalam pelbagai bentuk dan keadaan. Kajian menunjukkan bahawa
sekitar 10% kesan proses komunikasi bersemuka melalui perkataan yang digunakan manakala 90% lagi
ditentukan oleh bahasa tubuh yang bukan lisan.

2.2 Komponen Komunikasi


Komponen komunikasi merupakan perkara asas yang penting bagi memastikan proses dan
aktiviti komunikasi berlangsung dengan berkesan. Komponen-komponen tersebut dapat diutarakan seperti
berikut;-
 Pengirim / penyampai maklumat (sender) adalah pihak yang menyampaikan maklumat dan idea
kepada orang lain.
 Penerima maklumat (receiver) adalah pihak yang menerima maklumat dan idea dari pihak lain.
 Maklumat atau idea (message) adalah isi atau maksud yang akan disampaikan oleh satu pihak
kepada pihak lain.
 Tindak balas (feedback) adalah tanggapan dari penerimaan maklumat yang disampaikannya.

2.3 Proses Komunikasi


Proses komunikasi dapat dinyatakan seperti berikut;-
1. Penyampai maklumat yang berkomunikasi dengan orang lain menyampaikan suatu
maklumat kepada orang yang dimaksudkan. Maklumat yang disampaikan itu biasanya disampaikan dalam
bentuk bahasa atau pun simbol-simbol yang difahami oleh kedua-dua belah pihak.
2. Maklumat (Message) itu disampaikan atau dibawa melalui suatu media atau saluran
secara langsung atau tidak langsung. Penerima (receiver) akan menerima maklumat yang disampaikan
dan menerjemahkan isi maklumat yang diterimanya itu ke dalam bahasa yang difahami oleh kedua pihak.
3. Penerima (receiver) perlu memberikan tindak balas (feedback) atau tanggapan atas
maklumat yang dikirimkan kepadanya, bagi memastikan sama ada proses penyampaian maklumat itu
berkesan atau tidak.

Tugasan 1 – Elemen-elemen Komunikasi #Afifah@U6/IPGIpoh2019 Page 2


2.4 Huraian Elemen-Elemen Komunikasi
Latihan berkomunikasi dan kemahiran menyesuaikan diri dalam pelbagai konteks komunikasi
amat penting dalam memastikan keberkesanan proses komunikasi. Elemen-elemen komunikasi dapat
dihuraikan seperti berikut ;-
1. Komunikator (sumber)
Komunikator merupakan penyampai pesan, berupa individu, kelompok atau organisasi.
Komunikator yang baik perlu memperhatikan penampilan, penguasaan masalah, serta penguasaan bahasa
yang sopan dan menarik. Kredibiliti komunikator sangat penting proses komunikasi agar berjalan lancar
dan tidak berlaku kesilapan persepsi.

2. Pesan atau Stimulus


Pesan atau Stimulus merupakan gagasan yang diolah agar menjadi sebuah pesanan yang
difahami, menarik dan berkesan dalam aktiviti komunikasi. Sama ada bersifat informatif (informasi),
persuasif (meyakinkan), atau koersif (arahan). Stimulus yang tepat dan dapat mengenai sasaran harus
dirancang agar memenuhi keperluan kedua-dua pihak yang berkomunikasi dari segi minat, kepercayaan
dan kepuasan berkomunikasi.

3. Saluran atau Media


Secara umum terdapat tiga macam saluran atau media komunikasi, iaitu media umum, media
massa, dan media khusus. Media umum merupakan media yang dapat digunakan oleh semua orang,
seperti telefon, surat, media sosial, dan lain-lain yang seumpamanya. Media massa merupakan media
yang digunakan untuk komunikasi massa, contohnya akhbar, majalah, radio dan televisyen. Media
khusus pula merupakan media yang hanya digunakan secara terbatas oleh dan untuk orang-orang tertentu,
kelompok atau organisasi sahaja seperti kod.

4. Komunikan (penerima)
Komunikan merupakan penerima pesan. Individu atau kelompok yang menjadi sasaran pesan
secara umum ada tiga jenis penerima pesan, iaitu personal, kelompok dan massa. Penerima pesan
personal terhadap komunikasi yang terjadi secara tidak langsung atau tidak sama ada melalui bersemuka,
mesej sms, atau panggilan telefon. Manakala iklan di televisyen merupakan komunikasi yang penerima
pesannya adalah massa (khalayak umum).

5. Hambatan / Gangguan
Hambatan atau gangguan merupakan faktor-faktor yang menyebabkan proses komunikasi
mengalami gangguan yang boleh terjadinya kesalahan pemaknaan pesan oleh komunikan, sehingga pesan
tidak tersampaikan dengan baik, dan komunikasi tidak berhasil dilaksanakan.

Tugasan 1 – Elemen-elemen Komunikasi #Afifah@U6/IPGIpoh2019 Page 3


6. Umpan Balik (feedback)
Umpan balik atau feedback merupakan reaksi atau respon yang diberikan komunikan untuk
menanggapi pesan yang diterimanya. Feedback ini berupa feedback negatif atau feedback positif. Jika
feedback yang diberikan positif, bererti komunikasi yang dilakukan efektif juga. Feedback boleh
diberikan secara langsung atau pun tidak langsung di mana feedback langsung biasanya terjadi jika
komunikan dan komunikator melakukan komunikasi secara langsung, manakala feedback tidak langsung
terjadi jika komunikan dan komunikator tidak dapat bersemuka dalam berkomunikasi itu.

7. Efek
Efek merupakan hasil akhir dari proses komunikasi. Efek ini berupa perubahan sikap atau tingkah
laku target pesan (komunikan). Efek yang dihasilkan pesan menentukan apakah pesan tersebut berhasil
disampaikan atau tidak. Jika efek yang dihasilkan sesuai dengan tujuan yang disampaikan dalam pesan,
bererti pesan itu berhasil disampaikan maknanya komunikasi juga berhasil.

8. Situasi
Situasi disini membawa maksud suatu keadaan ketika proses komunikasi sedang berlangsung.
Dalam komunikasi langsung elemen situasi sangat penting kerana dapat mempengaruhi mood
komunikator juga komunikan. Situasi juga akan mempengaruhi pilihan media atau saluran komunikasi
yang dipakai serta feedback yang diberikan oleh komunikan.

9. Filter
Ada tiga jenis filter dalam komunikasi, iaitu filter psikologi, filter fizik, dan filter budaya. Filter
psikologis dipengaruhi oleh peristiwa atau kejadian yang pernah dialami komunikan contohnya
komunikan pernah mengalami trauma terhadap orang tertentu, maka komunikan cenderung akan menolak
komunikator tersebut. Filter fizik dipengaruhi oleh kondisi ruangan tempat proses komunikasi
berlangsung contohnya keadaan udara yang panas, tempat duduk yang tidak selesa atau penerangan yang
tidak memadai. Manakala filter budaya dipengaruhi oleh pandangan dan cara hidup yang berlaku di
tempat komunikan bermastautin .

10. Pengatur
Pengatur dalam konteks komunikasi ini merupakan pihak luar yang secara tidak langsung
mempengaruhi proses komunikasi dan aliran pesan dari komunikator kepada komunikan. Pengatur
merupakan pihak memiliki autoriti untuk mengkontrol isi atau struktur pesan yang disampaikan,
contohnya pemerintah, pengadilan, lembaga atau konsumen.

Tugasan 1 – Elemen-elemen Komunikasi #Afifah@U6/IPGIpoh2019 Page 4


2.5 Model Komunikasi

1. Pengirim pesan ialah orang yang mengirimkan pesan, baik disengaja maupun tidak di sengaja.
2. Pesan bermaksud setiap simbol atau perilaku yang memberi erti kepada orang lain, atau yang
bertindakbalas terhadap sesuatu respon.
3. Encoding adalah proses pembuatan sesuatu pesan dalam mengubah maksud pengirim pesan yang
bersifat intangible (tidak kelihatan) menjadi sesuatu yang tangible (kelihatan), sehingga maksud
tersebut dapat dipahami oleh penerima pesan.
4. Saluran pesan ialah metode atau medium yang digunakan untuk menyampaikan suatu pesan secara
lisan atau bertulis.
5. Decoding merupakan proses memberikan makna untuk kata, simbol, atau perilaku.
6. Penerima pesan ialah personal yang menerima pesan dan memberikan makna kepada pesan yang
diterimanya.
7. Feeback bermaksud respon atau jawapan balas terhadap sesuatu pesan.

Tugasan 1 – Elemen-elemen Komunikasi #Afifah@U6/IPGIpoh2019 Page 5


Komunikator yang efektif harus memahami bagaimana elemen-elemen komunikasi ini
berinteraksi untuk menghasilkan suatu komunikasi yang efektif.

Gambarajah : Elemen-elemen dalam proses komunikasi.

3.0 KESIMPULAN
Berdasarkan huraian dan kupasan yang telah ini dapatlah dirumuskan bahawa pembentukan
model komunikasi banyak dikembangkan oleh penambahan elemen komunikasi yang akhirnya bertindak
sebagai pemangkin kepada proses komunikasi yang lebih berkesan. Di samping itu , komunikasi yang
wujud antara manusia bukan sahaja mementingkan kepada penyaluran maklumat atau mesej daripada satu
pihak kepada pihak yang lain malah turut menitikberatkan unsur pengalaman, maklum balas, pengarauh
budaya dan persekitaran dan sebagainya seperti yang dilakarkan dalam Model Komunikasi Schramm.

Tugasan 1 – Elemen-elemen Komunikasi #Afifah@U6/IPGIpoh2019 Page 6


TAJUK 2 :- SKRIP PENGACARAAN MAJLIS

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Skrip Pengacaraan Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan

Majlis Anugerah Kecemerlangan Sk.Seri Ketereh.


Atur Cara Pentadbiran Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik 2019
TARIKH : 16 Februari 2019 ( Sabtu )
MASA : 9.00 – 12.30
TEMPAT : Dewan Wawasan Sk.Seri Ketereh, Kota Bharu
PERASMI MAJIS DAN PENYAMPAI ANUGERAH:
Pn.Hjh Nor Hayati bt Yaacob ,
Pegawai Pedagogi, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bharu, Kelantan.

BIL MASA PERGERAKAN/ AKTIVITI TINDAKAN

1 9.00 am
 Semua AJK berada di tempat masing-masing
-AJK pendaftaran
 AJK protokol /sambutan / penyambut tetamu bersedia.
-AJK Siaraya
 AJK pendaftaran mengambil tempat.
-AJK kebersiahan
 Peralatan siaraya diuji dan siap siaga.
-AJK persiapan
 Aturan dewan dan kebersihan dewan disemak mantap.
Tempat
 Pendaftaran Ibu Bapa dan Penerima Anugerah bersiap siaga.

2 9.40 am  Pengumuman. -AJK peralatan


 “Mohon perhatian…………” !
 “Hadirin dan hadirat dengan segala hormatnya dijemput dan
dipersilakan mengambil tempat masing-masing. Majlis akan
bermula sebentar lagi “.
 “Hadirin sekalian”,
 “Suka diingatkan di sini bahawa kerjasama semua hadirin dipinta
agar di sepanjang majlis ini berlangsung, telefon bimbit tuan-puan
pohon ditutup atau tukar ke mode silent ”.
 “Setibanya tetamu VIP memasuki dewan, mohon hadirin berdiri
bagi bersiap-sedia untuk menyanyikan lagu Negaraku”.

Tugasan 1 – Elemen-elemen Komunikasi #Afifah@U6/IPGIpoh2019 Page 7


BIL MASA PERGERAKAN/ AKTIVITI TINDAKAN

3 9.50 am  Ketibaan tetamu jemputan / VIP . -AJK Penyambut


 Mempersilakan ke ruang menunggu. tetamu /
 Taklimat ringkas aturan perjalanan majlis. -En Razak

4 10.00 am  Pasukan bunga manggar dan pembawa bunga telur berbaris -Sambutan
 Guru-guru telah beratur membentuk laluan. -Persembahan
 VIP berjalan di belakang pembawa bunga telur, di tengah-tengah -AJK Protokol
pembawa bunga manggar. Pasukan kompang berada di belakang
VIP.
 VIP dibawa dengan sopan memasuki dewan.
 Pembawa bunga manggar berhenti dan berdiri di luar dewan.

 Pengumuman Ketibaan;-

 “Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Puan Hajah Nor


Hayati bt Yaacob, Pegawai Pedagogi, Pejabat Pendidikan
Daerah Kota Bharu, mewakili Yang Berusaha Tuan Haji Mohd
Ezani b. Awang , Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kota Bharu,
diiringi masuk ke dewan oleh Yang Berbahagia En.Abd Rahim b.
Mohamad, Yang Dipertua PIBG Sk. Seri Ketereh, bersama-sama
Yang Berusaha, Puan Mastura bt Ismail , Guru Besar Sk.Seri
Ketereh, En.Mohd Nafiri b. Majid, Penolong Kanan Pentadbiran
Sk.Seri Ketereh, dan para tetamu khas yang lain. Dipersilakan
Tuan”.

 “Sidang hadirin dipohon berdiri”.

 Barisan guru dan pasukan kawalan bersurai.

Tugasan 1 – Elemen-elemen Komunikasi #Afifah@U6/IPGIpoh2019 Page 8


BIL MASA PERGERAKAN/ AKTIVITI TINDAKAN

5 10.05 am  VIP telah mengambil tempat duduk masing-masing. -Sambutan


 Pasukan pembawa bunga telur keluar dari dewan. -Siaraya
 Buku aturcara dan teks ucapan diberikan kepada VVIP -Ajk Protokol

 Nyayian Lagu Negaraku

 “Sidang hadirin sekalian, lagu Negaraku akan diperdengarkan


sekarang, hadirin-hadirat diminta untuk bersama-sama
menyanyikan lagu kebangsaan ini”.
(Lagu dipasang - selesai)
 “Terima kasih diucapkan dan hadirin dipersilakan duduk.

 Bacaan Doa – (dijemput pembaca – didahuli dengan pantun)


 Mari memikat burung tekukur ,
Buat persembah tetamu di raja,
Memohon doa tanda bersyukur,
Limpah kurnia Yang Maha Esa.
 “Bagi memberkati majlis kita pada hari ini , dengan segala
sukacitanya dijemput Al Fadhil Ustaz Murad b. Mohamad Saleh
untuk memipin bacaan doa selamat. Dipersilakan .”

 Bacaan doa selesai. Pembaca turun dari pentas dan beredar.

 “Amin,amin Ya Rabbal aalamin….Majlis merakamkan ucapan


terima kasih kepada Al Fadhil Ustaz Murad b. Mohamad Saleh
atas pimpinan bacaan doa itu tadi. Semoga perjalanan majlis kita
pada hari ini akan diberkati dan dirahmati Allah swt dari awal
hinggalah tamat nanti. Insha Allah. Terima kasih Al-Fadhil
Ustaz”.

Tugasan 1 – Elemen-elemen Komunikasi #Afifah@U6/IPGIpoh2019 Page 9


BIL MASA PERGERAKAN/ AKTIVITI TINDAKAN

6 10.15 am  Ucapan Aluan Pengacara Majlis -Pengacara Majlis


 (Dimulai dengan pantun)
 “Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pembuka kata majlis yang ceria,
Hadirin hadirat ayuh bersama-sama,
Menelusuri masa kemuncak acara.
 Belayar nahkoda malam dan siang ,
Menghadap ombak membelah angkasa ,
Pelajar Cemerlang dirai dijulang ,
Menjadi pewaris Wawasan Negara.

 “Bismillahir rahmanir rahim , Assalamualaikum warahmatullahi


wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Sembah syukur kehadhrat ilahi
semoga Sk.Seri Ketereh terus cemerlang dan terbilang “.
 “Majlis dengan hormat dan sukacitanya mengucapkan selamat
datang serta mengalu-alukan kehadiran ;
 1. Yang Berusaha Puan Hajah Nor Hayati bt Yaacob,
Pegawai Pedagogi, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bharu,
mewakili Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Ezani b. Awang,
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kota Bharu.
 2. Yang Berbahagia En.Abd Rahim b. Mohamad, Yang Dipertua
PIBG Sk. Seri Ketereh.
 3. Yang Berusaha Puan Mastura bt Ismail , Guru Besar Sk.Seri
Ketereh.
 4. Yang Berusaha, Puan Mastura bt Ismail , Guru Besar Sk.Seri
Ketereh.
 5. Yang Berusaha En.Mohd Nafiri b. Majid, Penolong Kanan
Pentadbiran Sk.Seri Ketereh.
 6. Yang Berusaha Tn Hj Zakaria b. Razak, Penolong Kanan HEM
Sk.Seri Ketereh.
 7. Yang Berusaha En Amirul b. Ayub, Penolong Kanan
Kokurikulum Sk.Seri Ketereh.

Tugasan 1 – Elemen-elemen Komunikasi #Afifah@U6/IPGIpoh2019 Page 10


 8. Barisan Guru Tahun 1 hingga Tahun 6, Sk.Seri Ketereh.
 9. AJK PIBG , Ibu bapa , tetamu-tetamu jemputan.
 10. Dan para penerima anugerah yang diraikan sekalian .”

 “Bersyukur kita pada pagi yang penuh barakah ini, dapat kita
berkumpul di dalam dewan yang telah dihias indah ini bagi
meraikan Majlis Anugerah Cemerlang Sk.Seri Ketereh, bagi
tahun 2019 yang membanggakan kita semua hari ini”.
 “Majlis ini sesungguhnya menterjemahkan misi sekolah ini ke
arah melahirkan insan berilmu , berakhlak mulia dan memiliki jati
diri tinggi sebagai pewaris keunggulan agama, bangsa dan negara
di masa hadapan sekaligus menjadi pejuang keluarga dan ibu bapa
yang amat membahagiakan”.
 “Sebagai wadah pertiwi, Sk.Seri Ketereh setakat hari ini telah
dipimpin oleh 12 orang Guru Besar yang sentiasa unggul dan giat
berusaha bagi mencapai visi dan misi sekolah ini agar menjadi
pusat pembelajaran generasi masa depan yang progresif dan
cemerlang. Kenyataannya membuktikan bahawa , semakin ramai
anak didik sekolah ini telah berjaya menunjukkan kegemilangan
bukan sekadar dalam bidang akademik malah dalam bidang
kokurikulum sehingga ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa .
Tidak ketinggalan juga, besar bilangannya anak-anak didik
Sk.Seri Ketereh yang kini menjawat jawatan tinggi bidang
profesional seperti perubatan, kejuruteraan , pendidikan,
kesukanan, perindustrian dan lain-lain lagi. Syabas dan tahniah
untuk Sk.Seri Ketereh”.
 “Justeru pada hari yang berbahagia ini, murid-murid Sk.Seri
Ketereh yang berjaya meneruskan legasi kecemerlangan sekolah
ini akan dianugerahkan hadiah dan sijil sebagai bukti penghargaan
pihak sekolah serta tidak dilupakan jasa ibu bapa serta masyarakat
setempat yang banyak membantu memajukan sekolah juga turut
diberi anugerah cemerlang sebagai rasa terima kasih pihak sekolah
untuk keluarga besar Sk.Seri Ketereh ini”.

Tugasan 1 – Elemen-elemen Komunikasi #Afifah@U6/IPGIpoh2019 Page 11


BIL MASA PERGERAKAN/ AKTIVITI TINDAKAN
7 10.20 am  Ucapan Guru Besar.
 “Para hadirin yang dihormati sekalian, sebagai membuka tirai
majlis kita hari ini, marilah sama-sama kita mendengar dan
menghayati ucapan alu-aluan oleh insan terpenting bagi sekolah ini
yang tidak lain dan tidak bukan, bonda yang amat kita kasihi,
Yang Berusaha Puan Mastura bt Ismail , Guru Besar Sk.Seri
Ketereh. Dengan segala hormat dan sukacitanya dipersilakan
Bonda”.
 (Ucapan tamat )
 “Demikian selesai amanat dan ucapan alu-aluan oleh Bonda Yang
Berusaha Puan Mastura bt Ismail , Guru Besar Sk.Seri Ketereh.
Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih. Terima kasih
bonda yang dihormati”.

8 10.30 am  Ucapan Yang Dipertua PIBG.


(dijemput menggunakan pantun)
 Songket tenunan dahulu kala,
Buat persalinan uda dan dara,
Dengan hormat tuan dipersila,
Melontar ucapan mewakili ibu bapa.

 “Sidang hadirin yang dihormati sekalian, seterusnya majlis dengan


segala sukacitanya menjemput Yang Berbahagia En.Abd Rahim b.
Mohamad, Yang Dipertua PIBG Sk. Seri Ketereh, untuk
menyampaikan ucapan mewakili suara ibu bapa sekolah ini.
Dipersilakan Tuan.”
 (ucapan tamat)
 “Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia
En.Abd Rahim b. Mohamad, Yang Dipertua PIBG Sk. Seri
Ketereh atas ucapan sebentar tadi. Semoga suara hati ibu bapa
menjadi aspirasi anak-anak untuk terus cemerlang. Terima kasih
Tuan”.

Tugasan 1 – Elemen-elemen Komunikasi #Afifah@U6/IPGIpoh2019 Page 12


BIL MASA PERGERAKAN/ AKTIVITI TINDAKAN
9 10.35 am  Ucapan Perasmian – ( dijemput dengan pantun) AJK persembahan
 Terbang jentayu di awan biru, AJK Protokol
Hinggap di sisi si gadis manis;
Tibalah masa yang ditunggu,
Ucapan rasmi penyeri majlis.

 “Sidang hadirin yang dihormati sekalian, kini sampailah pula masa


untuk kita menghayati ucapan perasmian Majlis Anugerah
Cemerlang Sk.Seri Ketereh bagi tahun 2019 ini.”
 “Majlis dengan segala hormat dan sukacitanya menjemput dan
mempersilakan Yang Berusaha Puan Hajah Nor Hayati bt
Yaacob, Pegawai Pedagogi, Pejabat Pendidikan Daerah Kota
Bharu, untuk menyampaikan ucapan, seterusnya merasmikan
majlis ini dengan memukul gong sebanyak 3 kali sebagai simbol
majlis kita hari ini berlangsung dengan rasminya. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.”
 ( Ucapan perasmian selesai )
 “Majlis menjemput Yang Berusaha Puan Mastura bt Ismail , Guru
Besar Sk.Seri Ketereh dan Yang Berbahagia En.Abd Rahim b.
Mohamad, Yang Dipertua PIBG Sk. Seri Ketereh ke pentas untuk
sama-sama mengiringi acara memukul gong simbol perasmian
Majlis Anugerah Cemerlang Sk.Seri Ketereh bagi tahun 2019.
Dijemput dan dipersilakan.”
 VIP memukul gong sebanyak 3 kali. Selesai gimik perasmian.
 “Selesai sudah gimik perasmian majlis kita hari ini. Dengan rasa
terhutang budi, majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
dan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Hajah Nor Hayati
bt Yaacob, Pegawai Pedagogi, Pejabat Pendidikan Daerah
Kota Bharu, yang mewakili Tuan Ketua Pegawai Pendidikan
Daerah Kota, atas kelangsungan perasmian majlis kita hari. Terima
kasih seluhur budi.”

Tugasan 1 – Elemen-elemen Komunikasi #Afifah@U6/IPGIpoh2019 Page 13


BIL MASA PERGERAKAN/ AKTIVITI TINDAKAN

10 10.45 am  Persembahan Nasyid. Guru penyelaras


 “Hadirin Sekalian, untuk memeriahkan lagi majlis kita, seterusnya dan kumpulan
marilah kita sama-sama menikmati persembahanan nasyid yang nasyid
yang akan disampaikan oleh murid-murid dari Program Pendidikan
Khas Sk.Seri Ketereh. Dipersilakan.”
 Selesai persembahaan.
11 11.00 am  Penyampaian Anugerah dimulakan. AJK Kerja
 Kebaya batik berwarna merah,
Dipakai oleh gadis jelita,
Tibalah masa penyampaian anugerah,
Mohon penerima bersiap siaga.
 “Untuk menyempurnakan acara penyampaian anugerah cemerlang
akademik ini, majlis dengan segala sukacitanya menjemput Yang
Berusaha Puan Mastura bt Ismail , Guru Besar Sk.Seri Ketereh
dan Yang Berbahagia En.Abd Rahim b. Mohamad, Yang Dipertua
PIBG Sk. Seri Ketereh untuk mengiringi Yang Berusaha Puan
Hajah Nor Hayati bt Yaacob, Pegawai Pedagogi, Pejabat
Pendidikan Daerah Kota Bharu, naik ke pentas. Dipersilakan”.
 ( Senarai Penerima Anugerah Cemerlang Akademik )
 Murid mendapat semua A Tahun 1 hingga Tahun 6.
 Murid mendapat semua A+ Tahun 1 hingga Tahun.
 Murid mendapat nombor 1 hingga 3-Tahun 1 hingga Tahun 6.
 Murid lulus semua mata pelajaran Tahun 1 hingga Tahun 6.
 Murid Lonjokan Saujana – Tahun 1 hingga Tahun 6
 Anugerah Panitia Mata Pelajaran Terbaik GPMP.
 Anugerah Murid Tokoh Akademik – Tahun 1 Hingga Tahun 6
 ( Sesi anugerah selesai - )
 “Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah
menerima anugerah. Majlis merakamkan ribuan terima kasih
kepada Yang Berusaha Puan Hajah Nor Hayati bt Yaacob,
Pegawai Pedagogi, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bharu,
kerana telah berbesar hati menyampaikan anugerah pada hari ini”.

Tugasan 1 – Elemen-elemen Komunikasi #Afifah@U6/IPGIpoh2019 Page 14


BIL MASA PERGERAKAN/ AKTIVITI TINDAKAN

12 11.45am  Penyampaian Cenderahati AJK Cenderahati


 ( dialunkan dengan pantun )
 Orang berbudi kita berbahasa,
Orang memberi kita merasa,
Kenangan dititip tanda mesra,
Agar silaturahim kekal selamanya.
 “Sebagai tanda terima kasih yang tidak terhingga , majlis
mempersilakan Yang Berusaha Puan Mastura bt Ismail , Guru
Besar Sk.Seri Ketereh diiringi oleh Yang Berbahagia En.Abd
Rahim b. Mohamad, Yang Dipertua PIBG Sk. Seri Ketereh untuk
menyampaikan cenderahati kenangan kepada Yang Berusaha Puan
Hajah Nor Hayati bt Yaacob, Pegawai Pedagogi, Pejabat
Pendidikan Daerah Kota Bharu, yang mewakili Yang Berusaha ,
Tuan Haji Mohd Ezani b. Awang, Ketua Pegawai Pendidikan
Daerah Kota Bharu yang telah menyempurnakan majlis anugerah
kecemerlangan akademik Sk.Seri Ketereh tahun 2019 ini. Dengan
sukacitanya dipersilakan.”
13 12.00 pm  Penutup
 “Sidang hadirin yang dirahmati Allah sekalian, kita telah pun tiba
dipenghujung majlis, bersyukur kita lafazkan atas kesempurnaan
majlis anugerah kecemerlangan akademik sekolah ini yang telah
berlangsung dengan tersusun sejak mula hingga akhirnya . Selangit
salam penghargaan kami hulurkan, selaut tahniah kami ucapkan”.
 Di kolam seni berenang angsa
Air diceduk sepenuh baldi
Jika tersasul kata bicara
Maaf dipinta seluhur budi
 “Bagi pihak majlis kami menyusun sepuluh jari memohon maaf
sekiranya ada tersilap kata tersalah bicara sepanjang perjalanan
majlis ini berlangsung. Semoga Majlis Anugerah Kecemerlangan
Akademik seperti ini akan kita laksanakan lagi di tahun hadapan.
Jadikanlah anugerah ini sebagai perangsang kejayaan semua”.

Tugasan 1 – Elemen-elemen Komunikasi #Afifah@U6/IPGIpoh2019 Page 15


BIL MASA PERGERAKAN/ AKTIVITI TINDAKAN

14 12.20  “Dengan ini berakhirlah sudah Majlis Penyampaian Anugerah -Pengacara Majlis
Kecemerlangan Akademik SK. Seri Ketereh bagi sesi 2019 ini.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu
yang sudi menghadiri majlis ini dan ucapan tahniah diucapkan
kepada semua penerima anugerah. Diharapkan kejayaan hari ini
dan anugerah yang diterima hari ini dapat menjadi contoh teladan,
pembakar semangat dan batu loncatan kepada semua murid sekolah
ini untuk meningkatkan prestasi khususnya dalam bidang akademik
demi masa depan yang cemerlang, gemilang dalam persada
kehidupan nanti”.
 “Sama-samalah kita renungkan kata-kata hikmah ini, Tidak kiralah
di mana kita bermula, yang penting di mana kita berakhir, kerana
kecemerlang hanya dicipta oleh manusia biasa yang berusaha
secara luar biasa”.
 “Majlis dengan segala dan sukacitanya menjuemput, Yang
Berusaha Puan Mastura bt Ismail , Guru Besar Sk.Seri Ketereh
dan Yang Berbahagia En.Abd Rahim b. Mohamad, Yang Dipertua
PIBG Sk. Seri Ketereh untuk mengiringi Yang Berusaha Puan
Hajah Nor Hayati bt Yaacob, Pegawai Pedagogi, Pejabat
Pendidikan Daerah Kota Bharu, ke bilik jamuan untuk
menikmati hidangan yang telah kami sediakan. Dipersilakan.”
 “Manakala para ibu bapa, murid-murid dan semua hadirin ,
dijemput menikmati jamuan di khemah yang telah tersedia. .
Dijemput semuanya. Dipersilakan. Terima kasih”.
 “ Sehingga kita bertemu lagi dalam majlis yang akan datang,
sekian, wabilla hi taufik wal hidayah, assalamualaikum wbt. Majlis
bersurai.”

15 12.30  Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Sk.Seri Ketereh bagi


Tahun 2019, tamat.

Tugasan 1 – Elemen-elemen Komunikasi #Afifah@U6/IPGIpoh2019 Page 16


Senarai Rujukan

1. Aishah Idris,(2002). Komunikasi Sosial:UPM,Serdang Selangor.

2. David K.Berlo,(1960). The Process of Communication:An Introduction to Thoery and


Practice. New York: Holt Rine & Winston. Halaman 72.

3. http://slideshare.net

4. Ishak Abdul Hamid, (2001). Kemahiran Komunikasi Perseorangan. UPM Serdang Selangor.

5. Jack G.McAuley, (terjemahan), Mohamad Safar Hashim dan Fatimah Yusoff, (1992).
Komunikasi Antara Manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

6. Narimah Ismail,(2001). Pengenalan Kepada Teori Komunikasi. Serdang Selangor:UPM

7. qasehqistina-nor.blogspot.com/

8. www.academia.edu/

Tugasan 1 – Elemen-elemen Komunikasi #Afifah@U6/IPGIpoh2019 Page 17


LAMPIRAN

( Senarai Penerima Anugerah Cemerlang Akademik )

 Murid mendapat semua A Tahun 1 hingga Tahun 6. (10 0RANG)


 Murid mendapat semua A+ Tahun 1 hingga Tahun. (10 0RANG)
 Murid mendapat nombor 1 hingga 3-Tahun 1 hingga Tahun 6. (18 ORANG)
 Murid lulus semua mata pelajaran Tahun 1 hingga Tahun 6. (25 ORANG)
 Murid Lonjokan Saujana – Tahun 1 hingga Tahun 6 (8 ORANG)
 Anugerah Panitia Mata Pelajaran Terbaik GPMP. (BM,BI, MATE, SAINS)
 Anugerah Murid Tokoh Akademik – Tahun 1 Hingga Tahun 6 (6 ORANG)

Tugasan 1 – Elemen-elemen Komunikasi #Afifah@U6/IPGIpoh2019 Page 18

Anda mungkin juga menyukai