Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGACARAAN MAJLIS

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM ZIARAH CAKNA


PERINGKAT DAERAH PPD SANDAKAN SKSTP1 DAN SKSTP2

Tarikh : 10.02.2019
Masa : 8.00 PAGI
Tempat : DEWAN SKSTP1

PERKARA/ BUTIRAN
PEMBACA

Ketibaan Assalamualaikum dan salam sejahtera


Tetamu Sidang hadirin yang dimuliakan,

Salam hormat dan Selamat datang ke Majlis Pelancaran Program


Ziarah Cakna Peringkat Daerah PPD Sandakan SKSTP1 dan
SKSTP2. Majlis kita akan bermula sebentar lagi. Sehubungan itu
pihak majlis memohon kerjasama para hadirin agar dapat mematuhi
adab-adab majlis seperti berikut:

1. Sama-sama berdiri sebaik sahaja pengumuman ketibaan Yang


Berbahagia, Dr Dalmansa Hj Tahil dibuat oleh Pengacara Majlis.
2. Mematikan telefon bimbit atau menukar modnya kepada mod
senyap.
3. Terus berada di dalam majlis sehingga akhir dan hanya keluar
setelah tetamu kehormat meninggalkan majlis.
4. Meminimakan sebarang pergerakan sepanjang majlis berjalan.
5. Para hadirin diminta untuk memenuhkan kerusi di bahagian
hadapan.
6. Pihak majlis memohon kerjasama hadirin sekalian untuk berdiri
bagi menyanyikan semua lagu dengan penuh bersemangat.

Sekian sahaja maklumat awal dan semoga mendapat kerjasama dari


warga dewan yang dimuliakan. Terima kasih.

Pengumuman Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Dr. Dalmansa Hj Tahil


Ketibaan Pegawai Pendidikan Daerah, bersama ahli rombongan dari Pejabat
Menteri Pendidikan Daerah Sandakan dengan diiringi oleh Pn Hamziah bt
Pendidikan Hidayat Guru Besar SKSTP1 dan dan Pn Hjh Rokiah Hj Sindrang ,
Guru Besar SKSTP2.

*Para hadirin diminta berdiri.

(1 minit)
- *Tunggu sehingga semua tetamu khas sampai di kerusi VIP
Hadirin yang dihormati sekalian,
Nyanyian
lagu Bagi menyemarakkan semangat patriotisme, marilah kita sama-sama
kita berdiri bagi menyanyikan 3 buah lagu iaitu lagu Negaraku, Sabah
Tanah Airku dan Malaysia Bersih.

Hadirin sekalian dipersilakan duduk.


Bacaan doa Tuan-tuan dan Puan-puan

Kalau pergi Tanjung Keramat,


Anak manis jangan diangkat
Bersama kita memohon rahmat,
Semoga majlis mendapat berkat.

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, Majlis dengan sukacitanya
mempersilakan Tn Hj Abdul Rshad bin Husin untuk memimpin bacaan
doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

------------------------ doa ---------------------------------------

Aamiin aminn ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan ucapan terima


kasih di atas pimpinan doa itu tadi.

Ucapan Ingin rasa memakan kari,


Alu-aluan Kari cendawan batang keladi;
Girang rasa tidak terperi,
Shafinaz Bertemu tuan yang baik budi.

Mencari timba si anak dara,


Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.
BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM…
Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera

Yang Berbahagia
Dr. Dalmasa bin Hj Tahil
Pegawai Pendidikan Daerah Sandakan

Yang Dihormati
En. Kamarul Ariffin bin Mohamed Zabil
YDP Majlis Guru Besar Daerah Sandakan

Yang Berusaha
Puan Hamziah bt Hidayat
Guru Besar SKSTP1

Yang Berusaha
Pn Hjh Rokiah Hj Sindrang
Guru Besar SKSTP2,

Pegawai-pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Sandakan, guru-


guru penolong kanan, barisan pendidik SKSTP1 dan SKSTP2, dan
murid-murid Tahun 6 yang dikasihi sekalian.

Majlis Mengucapkan Selamat Datang Serta Mengalu-Alukan


Kehadiran Para Hadirin Sekalian Ke Majlis Pelancaran Program
Ziarah Cakna Peringkat Daerah PPD Sandakan SKSTP1 dan
SKSTP2.
Majlis mengambil kesempatan di pagi yang penuh bermakna dan
berbahagia ini untuk merakamkan setinggi- tinggi penghargaan dan
ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas kesudian Yang
Berbahagia Dr Dalmansa Hj Tahil, Pegawai Pendidikan Daerah
Sandakan kerana menghadirkan diri bagi menyempurnakan majlis
pada hari ini.

Hadirin dewan yang budiman,

Program Ziarah Cakna hari ini adalah bertujuan untuk mengeratkan


lagi silaturrahim antara pihak PPD Sandakan, sekolah, ibu bapa dan
murid-murid dalam menjana kecemerlangan di bidang akademik
khususnya Murid-Murid Tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan
UPSR.

Sudilah tuan jalan berlapan


Jalan berrlapan di malam kelam
Sudilah tampil beri ucapan
Kata aluan pemanis kalam

Sidang dewan yang dimuliakan,

Tirai majlis kita dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Tuan


Guru Besar. Untuk itu, majlis mempersilakan Puan Hamziah bt
Hidayat, Guru Besar SKSTP1 untuk menyampaikan ucapan. Dengan
segala hormatnya, dipersilakan.

*Selesai ucapan GB majlis melanjutkan acara.


Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan HAmziah bt
Hidayat atas ucapan beliau sebentar tadi..

KAlau tuan pikat kenari


Jangan patahkan batang jerami
Kepada tuan sembah diberi
Mohon rasmikan majlis kami

Hadirin dan hadirat sekalian,

Majlis diteruskan dengan mempersilakan Yang Berbahagia Dr.


Dalmansa Hj Tahil, Pegawai Pendidikan Daerah Sandakan untuk
menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Pelancaran
Program Ziarah Cakna Peringakat Daerah Sandakan bagi tahun
2020.
.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(Setelah selesai)

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Dr Dalmansa Hj Tahil,


Pegawai Daerah Sandakan di atas ucapan itu tadi.
Dari Kedah ke pekan sari,
Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.

Dengan berakhirnya bacaan doa itu tadi, maka selesailah sudah


majlis perasmian program ziarah cakna pada hari ini. Selepas ini,
program akan diteruskan dengan aktiviti ziarah cakna bersama-sama
perasmi.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran Yang


Berbahagia Tuan Pegawai Daerah Sandakan, YDP MGB Daerah
Sandakan, barisan pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah
Sandakan, barisan pentadbir sekolah SKSTP1 dan SKSTP2, ahli
jawatan kuasa kerja dan para pelajar sekalian di atas segala
sumbangan dan kerjasama yang diberikan secara langsung mahupun
tidak langsung bagi menjayakan majlis yang penuh gemilang ini.

Segala kelemahan yang berlaku semasa majlis ini berlangsung ,kami


memohon ampun dan maaf .

Dijemput para barisan dif-dif jemputan untuk bersama-sama menjamu


selera di kantin.

Sekian, Wabilahitaufikwahidayah..assalamualaikum w.b.t.

Anda mungkin juga menyukai