Anda di halaman 1dari 7

SEMUA KAUM BERKONGSI BERSAMA

1.0 PENGENALAN

Penulisan ini bertitik tolak daripada wacana pembangunan kaum berkaitan jurang perbezaan
antara kaum di Malaysia yang diambil dari video wacana Tun Dr Mathadir mengenai ekonomi
kaum dan budaya kerja yang melibatkan idea kepemerintahan dan gaya kepimpinan berkesan
pemimpin dalam menerajui proses pembangunan ekonomi negara. Tun Dr Mahathir, seorang
negarawan unggul Asia Tenggara yang berjaya menggerakkan tindakan-tindakan pragmatik
demi mencapai misi dan visi yang dirancang. Beliau mengambil semangat demokrasi barat
terutamanya dari negara matahari terbit Jepun, namun pelaksanaannya cukup terbatas
mengikut acuan sendiri. Idea dan gaya pemerintahan dan gaya kepimpinan Tun Dr. Mahathir
berjaya membawa masyarakat khususnya Malaysia berkembang maju dari satu tahap ke satu
tahap yang lain dan sukar ditandingi oleh mana-mana pemimpin sezaman mahupun pada masa
kini. Karl Marx dalam The German Ideology (1945) berpandangan “Idea Pemerintahan”
(ruling ideas) adalah corak pemimpin untuk mempengaruhi pola fikir golongan proletariat
sehingga segala penindasan yang dilakukan oleh mereka itu seolah-olah diizinkan oleh
rasional-rasional tertentu. Hujah Karl Marx berlandaskan kepada materialisme, mengikut
peringkat. Namun demikian idea corak pemerintahan di Asia Malaysia khususnya seharusnya
dipertimbangkan dalam acuan latar sejarah politik, ekonomi dan sosial tersendiri. Menurut
Abdul Rahman (2009) mendefinasikan “Idea Kepemerintahan” sebagai kerangka pemikiran
dan tindakan yang dilakukan oleh pemimpin dalam memimpin masyarakatnya untuk
menangani permasalahan hidup seharian yang dalam masa yang sama mempersiapkan untuk
hari depan. Dalam hal kepemerintahan ini, penerapan nilai di dalam “gaya kepimpinan” beliau
dilihat sebagai fomula kejayaan utama pembangunan dari segi ekonomi pelbagai kaum dan
mengelakkan permusuhan antara kaum. Nilai yang dimaksudkan ialah “nilai ekonomi dan
jurang ekonomi antara kaum” .

Kepemimpinan diperlukan untuk menghadapi cabaran masa depan. Bagi menghadapi


cabaran dan mewujudkan perubahan, sudah pasti memerlukan gaya tindakan untuk mencapai
matlamat yang disasarkan. Pemimpin yang bermatlamat akan mendorong masyarakat ke arah
pencapaian dan kejayaan dalam sebarang tindakan yang dilakukan (Clark, 1999: hal 116).
Sehubungan itu, pemimpin yang hebat seharusnya mampu berfikir dan mengemukakan nilai-
nilai, norma-norma dan aspirasi yang boleh mengekal serta merubah golongan yang
dipimpinnya (Mohd Ali, 1998: hal 29).

Di negara Jepun juga konsep father leadership juga digunapakai dengan mengamalkan
"oyabun" atau "Bapa Kepimpinan" (Hanada & Yoshikawa, 1991; hal 36). Begitu juga
masyarakat kaum yang mempunyai peluang iaitu dasar pandang ke timur secara umumnya
pekerja taat dan cenderung mengharapkan majikan menyediakan kemudahan seperti
pengangkutan, makanan, bekalan air minuman. Konsep Sumonggo Dawuh kukuh diamalkan
dalam konteks pemimpin perlu menjadi contoh ikutan kepada yang dipimpin. Dalam latihan
kakitangan, bimbingan dan mentor menjadi kritikal. Pengurus seperti bapa menjaga
kepentingan dan keperluan kanak-kanak. Sumonggo dawuh boleh ditafsirkan sebagai jalan
dalam kakitangan mengaku beliau penyelia sebagai contoh untuk diikuti Low, (2005; hal 32).
Begitu juga dengan kerajaan Singapura yang mempunyai penguasaan ketat terhadap politik
Singapura serta didokongi oleh sistem birokrasi awam yang "cekap" dan berpengaruh
(Gale,1999; hal 2-3) Dalam hal yang lain pula negara Singapura sering dilabel sebagai “Negera
pengasuh” dan “mendokong” terlalu banyak sektor dalam negara sebagai alasan utama
kestabilan politik (Tay, 2001; hal 24).

Tun Dr Mahathir, dilihat berjaya dengan cara tersendiri tetapi di dalam kerangka gaya
kepimpinan berkesan yang berteraskan nilai-nilai Asia. Tun Dr Mahathir nampak lebih
menjuarainya di pentas antarabangsa. Perbezaan antara Suharto menterjemah sepenuhnya
melalui sistem nilai dalam gaya kepimpinan yang ditonjolkan. Kebersamaan mereka telah
menjadikan rantau Asia Tenggara aman dan makmur secara bersama.

2.0 IDEA KEPEMERINTAHAN DAN GAYA KEPIMPINAN MAHATHIR

Idea kepemerintahan dan gaya kepimpinan Mahathir sangat dipengaruhi oleh latarbelakang
sosial dan kerjayanya. Ia diterjemahkan melalui penulisan-penulisan seawal membincangkan
mengenai sesuatu isu atau sistem yang melibatkan pelbagai kaum di Malaysia. Dalam
menggambarkan idea kepemerintahan dan gaya kepimpinan Mahathir, merujuk kepada “seteru
politik” beliau iaitu Lim Kuan Yew merupakan tokoh yang selayak memberikan pendapat.
Malah idea kepemerintahan dan gaya kepimpinan Mahathir dalam pandangan LKY banyak
tercatat dalam pelbagai peristiwa dan insiden yang melibatkan hal antara kedua-dua negara
Malaysia dan Singapura. LKY menyatakan;
He (Mahathir) was different from his predecessors. The Tunku, Razak and Hussein Onn were
from the aristocracy or the traditional ruling families associated with the sultans. Like me. Mahathir is a
commoner-a trained profesional doctor and self-made politician. I believed I had satisfied him that I was
not interested in outmanoeuvring him, that I wanted a businesslike relationship. It was as well I initiated
this dialogue and developed a working relationship. Had we carried our old antagonisms into the future,
both countries would have suffered.
(LKY, 2010; hal 276-7)

Dalam satu siri ucapan LKY sempena kemerdekaan Singapura beliau mengucapkan;

He (Mahathir) understands the ideal state: peace, freedom, nutrality. Not everybody in Malaysia
has got the courage of Dr Mahathir (and) also the sense of reality.

(Seow, 2010; hal 313)

LKY dalam satu temubual dengan The Washington Post pula dipetik berkata;

He (Mahathir) is a leader with a graps of the realities of superpower politics.


(Seow, 2010; hal 313)

Mahathir seorang yang tidak suka berselindung dalam menyuarakan pendapatnya.


Beliau berani berterus terang walaupun dalam banyak keadaan melukakan hati dan perasaan
orang yang ditegurnya. Malah Mahathir sering menegur khususnya sikap orang Melayu yang
mempunyai perasaan malu yang tidak bertempat. Tulisan beliau dalam buku pertamanya The
Malay Dilemma pada tahun 1970 antara lain membincangkan tentang ciri-ciri budaya Melayu
seperti takdir dan kemajuan yang terikat dengan nilai orang Melayu. Beliau berpegang
pendapat bahawa orang Melayu hanya boleh berjaya jika mengamalkan nilai-nilai yang
progresif. Nilai-nilai ini termasuklah rasa hormat kepada orang tua, pentadbiran serta
mengamalkan pakaian yang sopan, kelakuan yang baik serta amalan keagamaan,
bertanggungjawab ke atas perkahwinan, keluarga, kerja dan sifat-sifat yang bermoral
(Sivamurugan, 2005; hal 36).

LKY mengakui tidak ada pemimpin lain sehebat Mathadir ( di Malaysia ) terutamanya
dalam keadaan yang paling sukar. Keberanian dan kelantangan Mathadir di peringkat
antarabangsa dalam memperkatakan serta memperjuangkan sesuatu yang dipercayainya amat
dikagumi. Sebagai contoh, LKY mengingati perkara-perkara ini dalam pengalamannya
berurusan dengan kepimpinan di Australia dan New Zealand.
.......when Australia and New Zealand wanted to join the Asia side of the Asia Europe Meeting
(ASEM) of heads of government in Bangkok in 1996, Prime Minister Mahathir objected, saying they
were not a part of Asia. It was his visceral reaction, one not shared by most of the other leaders.
(LKY, 2010; hal 445)

LKY mula mengenali dan membaca pemikiran Mahathir dan menjangkakan gaya
kepimpinan berbeza dengan pemimpin Malaysia sebelumnya tetapi mewarisi idea
kepemerintahannya yang sama dengan Perdana Menteri Malaya sebelumnya. Ia terkait dengan
idealisme mempertahankan kedaulatan hagemoni Melayu yang dituduh LKY sebagai lantang,
agresif dan ultra. Beliau mencatatkan bahawa pertemuan susulan dan timbal balik lawatan
antaranya dan Mahathir diharap positif walaupun tidak mampu mengelak perasaan syak
wasangka.

Mahathir berpendapat bahawa kemunduran orang Melayu adalah disebabkan faktor baka
dan alam sekitarnya yang mudah. Oleh yang demikian Mahathir menyarankan perkahwinan
campur dan penghijrahan ke penempatan bandar. Seterusnya Mahathir berpendapat
kemunduran orang Melayu adalah disebabkan oleh tatasusila dan sistem nilai. Mahathir
menjelaskan bahawa tatasusila dan sistem nilai menentukan kemajuan serta perkembangan
sesuatu bangsa. Sehubungan itu beliau menyarankan orang Melayu mengenali diri sendiri dan
mengkaji dengan lebih terperinci tentang sifat-sifat mulia yang membawa kepada kejayaan dan
kemajuan. Sifat-sifat yang perlu untuk menghadapi hidup iaitu kesederhanaan, kebaranian dan
kebijaksanaan/kesabaran (Rumaizuddin, 2011; hal 143-145).

Kegemilangan Mahathir tergambar dengan membentuk Wawasan 2020 sebagai


matlamat untuk mencapai status negara maju sebuah negara Islam. Ia dianggap landasan untuk
membentuk masyarakat yang mampu bersaing dalam ekonomi dan teknologi setanding dengan
negara maju yang lain tanpa mengabaikan kepentingan Islam. Ini bersesuain dengan agenda
Mahathir untuk mempromosi agenda ekonomi dan modenisasi untuk kesejahteraan rakyat
bersesuaian dengan kehendak keagamaan. Konsep Islam berasaskan kepada model
pembangunan kapitalis ini juga dijadikan strategik oleh Mahathir sebagai salah satu elemen
ligimitasi politik beliau. Mahathir lazimnya menggunakan sejarah kegemilangan Islam untuk
mengukuhkan legimitasi beliau kerana agama dan bangsa dianggap saling melengkapi
(Sivamurugan, 2005; ha1 74-175).
3.0 GAYA KEPIMPINAN

Gaya kepimpinan merupakan cara seseorang pemimpin menggunakan kuasa yang dimiliki
sebagai alat untuk mempengaruhi pekerja supaya bekerja kuat untuk mencapai objektif
organisasi. Pada dasarnya stail kepimpinan dapat dibahagikan kepada empat jenis seperti yang
dijelaskan oleh Blake & Mouton (1964) iaitu:

3.1 Kepimpinan Autokratik

Seseorang pemimpin yang autokratik adalah mementingkan pelaksanaan tugas. Dia memimpin
dengan menggunakan sumber kuasa formal. Pemimpin yang mengamalkan stail ini akan
membuat keputusan yang berkaitan dengan tugas, mengeluarkan arahan dan memastikan
arahan itu dipatuhi. Contoh kepimipnan seperti ini boleh dilihat di dalam industri.

3.2 Kepimpinan Berperikemanusiaan

Kepimpinan yang berperikemanusiaan menunjukkan minat yang lebih terhadap


kakitangannya. Dia mementingkan suasana kerja yang baik, dipupuk melalui jalinan
persahabatan yang mesra di kalangan semua kakitangan. Konflik cuba dihindarkan dengan
menganjurkan permuafakatan.

3.3 Kepimpinan Demokrasi

Stail kepimpinan demokratik dikenali juga sebagai pemimpin yang mengalakkan kesemua
kakitangannya melibatkan diri dalam organisasinya. Peluang diberi kepada setiap ahli
organisasi untuk memberikan pendapat atau pandangan sebelum sesuatu keputusan diambil.

3.4 Kepimpinan Laissez-Faire (kebebasan)

Pemimpin yang mengamalkan stail kepimpinan laissez-faire, tidak begitu berminat dengan
urusan yang diamanahkan kepadanya. Beliau biasanya tidak peduli mengenai kerja mahupun
hasilnya. Kuasa yang ada padanya tidak digunakan. Pemimpin jenis ini akan membiarkan
semua keputusan dibuat oleh orang bawahannya.
KESIMPULAN

Kepimpinan masa kini dilihat cenderung untuk cuba menyesuaikan diri dengan trenda idea
kepemerintahan dan gaya kepimpinan ala Barat. Sesetengahnya dilihat berusaha keras untuk
menukar seluruh acuan sistem sedia ada bagi digantikan dengan sistem Barat yang kononnya
lebih berjaya, lebih liberal, sama rata, memenuhi keperluan hak asasi manusia dan mendokong
keadilan saksama. Malah dalam beberapa keadaan ia melibatkan campur tangan asing sama
ada secara langsung mahupun tidak langsung. Seringkali ia dilakukan tanpa melihat keperluan
yang mendasari sistem kepimpinan dan budaya masyarakat di sebelah Timur ini. Ini merupakan
sesuatu yang sangat berisiko dilakukan malah kesan negatifnya telah pun wujud dalam institusi
yang paling asas iaitu masyarakat di Malaysia khususnya dan di Asia Tenggara amnya. Nilai-
nilai Utilitarianiesme, Hendonisme, Egoismedan hak-hak moral idea barat kini melanda
masyarakat malahan menjadi satu tuntutan yang perlu dipenuhi. Malah idea kepemerintahan
dan gaya kepimpinan masa kini juga terpaksa mendasari elemen-elemen ini dengan “acuan
Timur” demi menjaga kerukunan kenegaraan. Sering kali globalisasi, modenisasi dan
pembangunan dijadikan alasan terbuka untuk “menghalalkan” proses ini.

Pemimpin besar seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad ,telah membuktikan hal ini. Di
sepanjang pemerintahan beliau, empat (4) dimensi nilai ini cukup bijak dimanfaat dan
dimanipulasi oleh di setiap sudut idea kepemerintahan dan gaya kepimpinan beliau. Mahathir
dalam A New Deal of Asia, menegaskan Asia tidak boleh dibentuk dengan acuan dan imej
Barat. Asia mempunyai nilai dan kekuatan tersendiri. Elemen dan nilai Melayu-Islam
merupakan elemen dasar idea kepemerintahnnya. Beliau menjuarai nilai-nilai Asia dengan
mengambil kira nilai budaya positif dan negatif dalam komunitinya. Antara aspek nilai yang
ditekankan oleh Mahathir adalah berorientasikan nilai komuniti dan keluarga daripada
kepentingan individu; menghormati pemilik kuasa terutama hubungan antara ibu bapa dengan
anak-anak. Seperti pemimpin lain contohnya LKY, Mahathir tahu bila mahu berhenti dan
menyudahkan kerja-kerja pimpinannya. Tetapi beliau tidak secekap LKYuntuk mengurus
“sindrom persaraan”nya. Sehingga kini Mahathir terus lantang memperkatakan sesuatu yang
difikirkan baik untuk Malaysia di luar lingkungan eksekutif mahupun legastatif.
RUJUKAN

Ackerly, B. (2005). Is Liberalism the Only Way Toward Democracy? Confucianism and
Democracy. Political Theory 33 (4), hal 547-576.
Ahmad Fawzi Basri dan Abdul Rahman Abdul Aziz. (2002). Dilema Melayu: Satu Kupasan
Pemikiran Tun Dr. Mahathir Tentang Permasalahan Melayu. Kertas kerja yang
dibentangkan dalam Kolokium Pemikiran Dr. Mahathir Mohamad anjuran Institut Kajian
Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP). 21-22 April 2002. Melaka.
Barr, M.D., (2000). Lee Kuan Yew and the ‘Asian Value” Debate. Asian Studies Review, 24(3),
hal 309-334.
Baker, J. (2009). Crossroads A Popular History of Malaysia and Singapore. Singapore :
Marshall Cavendish.
Clark, T. J. (1999). Success Through Quality. Milwaukee, Wisconsin: ASQ Quality Press.
Emmerson., & Donald, K. (1995). Singapore and the ‘Asian Values’ Debate. Journal of
Democracy 6 (4), hal 95-105.
Han Foo Kwang & Rakan (2011). Lee Kuan Yew - Hard Truth To Keep Singapore Going.
Singapura: Straits Times Press.
Hanada, M. and Yoshikawa, A. (1991), Shop-floor approach to management in Japan, in Putti,
J. (Ed.), Management Asian Context, McGraw-Hill, Singapore.
Huntington, Samuel P. (1991). The Third Wave: Democratization in the Late Twentieth
Century. Norman: University of Oklahoma Press, p. 300.
Han, S. J. (Ed.). (1999). Changing Values In Asia – Their Impact on Governance and
Development. Tokyo: Japan Center for International Exchange Inc.
Hilley, J. (2008). Malaysia: Mahathirism, Hegemony dan Pembangkang Baru. Kuala Lumpur:
Institut Terjemahan Malaysia.
Lee. K.Y. (1998). The Singapore Story. Singapore : Times Editions Pte Ltd .
Lee. K. Y. (2000). From Third World To First - The Singapore Story : 1965-2000. Singapore:
Marshall Cavendish.
Lee. K. Y. (2012). Lee Kuan Yew My Lifelong Challenge Singapore’s Bilingual Journey.
Singapura: Straits Times Press.
Mahathir, M. (1999). Kebangkitan Semula Asia. Kelana Jaya: Pelanduk Publication.
Mahathir, M. (1986). The Challenge. Subang Jaya: Pelanduk Publication.
Mohamed Rahmat (2009). UMNO-Akhir Sebuah Impian. Petaling Jaya: Malaysian Insider.
Sivamurugan Pandian. (2005). Legasi Mahathir. Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distributors Sdn Bhd.
Seow, Francis T. (2010). The Analect of Lee Kuan Yew. Kuala Lumpur : Berita Publishing.
Zainuddin Maidin. (2004). Wira Tak Didendang. Kuala Lumpur. Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
Zurina Mahadi dan Hukil Sino (2007) Hubungan nilai masyarakat & pembangunan: satu
analisa. MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 8. pp 77-94. ISSN 1511-8393.