Anda di halaman 1dari 5

NOTA UNTUK TEMU DUGA DH41 23 JULAI 2019

1. 16th King of Malaysia / Agong ke-16


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan
Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in
Billah
2. Agong’s Wife
Tengku Ampuan Pahang, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
3. Prime Minister of Malaysia / Perdana Menteri ke-7
Yang Amat Berhormat Tun Dr Mahathir Bin Mohamad
4. Deputy Prime Minister of Malaysia / Timbalan Perdana Menteri
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr Wan Azizah Binti Dato Dr Wan Ismail
5. Ministry of Education / Kementerian Pendidikan
Yang Berhormat Dr Maszlee Bin Malik
6. Deputy Minister of Education / Timbalan Menteri
Yang Berhormat Puan Teo Nie Ching
7. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Yang Berhormat Datuk Dr Amin Bin Senin
8. Ketua Pengarah Pengajian Tinggi
Datin Paduka IR Dr Siti Hamisah Binti Tapsir
9. Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
Yang Berbahagia Professor Dato Tan Sri Dr Mohd Ismail Bin Abdul Aziz
10. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
Tan Sri Dr Mohammad Naim Bin Ya’akub

TVET (2018-2025)
A. What is TVET?
Technical and Vocational Education Training is an educational process and training based on
industrial practice.
- Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional merupakan proses pendidikan dan latihan
dengan penekanan utama terhadap amalan industri.
B. What is the purpose of TVET?
The ultimate goal is to meet industry demands and contribute to economic growth in line with
globalisation.
- Tujuan utama adalah bagi memenuhi permintaan industri dan menyumbang kepada
pertumbuhan ekonomi selaras dengan globalisasi.
C. Challenges of Implementing TVET based on Industrial Revolution 4.0?
a- mismatch between industry’s demands and TVET graduates supplies
b- perception towards TVET
c- dependency on foreign labours
d- life-long learning programmes that supports skills enhancement
e- human capital 4.0 (memperkasakan tenaga kerja sedia ada dengan kemahiran / mempersiap
sedia generasi akan datang dengan set kemahiran berdasarkan IR4.0

NKRA (APRIL 2009)


A. What is NKRA?
National Key Result Area (Bidang Keberhasilan Utama Negara) is one of the element under
the Government Transformation Program (GTP) which to deliver an effective service to the
Rakyat and to make Malaysia become advanced society, united and fair with high standard of
living.
NKRA 6
Mengurangkan jenayah - (Menteri Dalam Negeri)
Memerangi rasuah - (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
Meluaskan akses kepada pendidikan bermutu dan termampu - (Menteri Pendidikan Malaysia)
Meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah - (Menteri Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat)
Memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman - (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan
Wilayah)
Menambah baik pengangkutan awam bandar - (Menteri Pengangkutan)
NKRA PENDIDIKAN
1. PRASEKOLAH – tingkat kualiti guru dan pembantu guru, sistem maklumat prasekolah
kebangsaan, tambah bilangan kelas prasekolah.
2. LITERASI DAN NUMERASI – menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas 3
tahun mengikuti pendidikan rendah, kurikulum khas literasi dibentuk untuk kanak-kanak
berkeperluan khas.
3. SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI – menaikan kualiti sekolah, menghasilkan pelajar
cemerlang, merapatkan jurang antara sekolah di dalam sistem.
4. TAWARAN BARU KEPADA PEMIMPIN SEKOLAH – meningkatkan prestasi pemimpin
di sekolah, insentif sebanyak 2% kepada Pengetua dan Guru Besar.

OUTCOME BASED EDUCATION (OBE)


A. What is OBE?
Outcome Based Education is a method of curriculum design and teaching that focuses on
what students can actually do after they are taught.
Merupakan kaedah reka bentuk dan pengajaran kurikulum yang memberi tumpuan kepada
apa yang pelajar boleh lakukan selepas di ajar.

POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI


A. Berapa banyak politeknik dan kolej komuniti yang terdapat di Malaysia?
Politeknik = 36
Kolej Komuniti = 103
B. Jenis Politeknik
1. PREMIER, adalah politeknik yang setanding dengan universiti. Politeknik ini hanya
menerima pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM jika mereka gagal
mendapat tempat di Universiti Awam akibat wujud persaingan yang tinggi. Program pengajian
yang ditawarkan adalah di peringkat Diploma, Diploma Lanjutan dan juga Ijazah Sarjana.
2. KONVENSIONAL adalah politeknik biasa seperti yang kita kenali sebelum ini.
Pengambilan pelajar dibuka kepada lepasan SPM. Ianya menawarkan program pengajian pada
peringkat Sijil dan Diploma.
3. METRO adalah politeknik yang ditubuhkan bertujuan untuk memenuhi keperluan sosio
ekonomi tempatan dalam bidang dan wilayah tertentu. Sasaran pelajar adalah pelajar lepasan
SPM dan golongan pekerja yang memerlukan upskill dan re-skilling. Mengutamakan kaedah
Blended Learning (Pembelajaran Teradun) dan menjurus ke arah Open Distance Learning
(ODL) dalam kerangka e-pembelajaran.
PELAN STRATEGIK PENDIDIKAN TINGGI NEGARA (PSPTN)

1. Apakah asas kepada pembentukan PSPTN?


PSPTN dibentuk berdasarkan Teras 2 dalam Rancangan Malaysia ke-9, yang jelas menyatakan
bahawa untuk mencapai Wawasan 2020, Negara perlu meningkatkan keupayaan pengetahuan
dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama.

2. Apakah objektif PSPTN?


PSPTN digubal dengan hasrat untuk melahirkan modal insan untuk menyokong teras Misi
Nasional dalam meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk
minda kelas pertama.

3. Berapa lamakah tempoh pelaksanaan PSPTN?


Terdapat 4 Fasa dalam Pelaksanaan PSPTN:
Fasa1 (2007 – 2010): Peletakan Asas
Fasa 2 (2011 – 2015): Peningkatan dan Pemerkasaan
Fasa 3 (2016 – 2020): Kecemerlangan
Fasa 4 (melangkaui 2020): Kegemilangan dan Kelestarian

4. 7 Teras dalam PSPTN:


1. Meluaskan akses dan meningkatkan ekuiti;
2. Menambah baik kualiti pengajaran dan pembelajaran;
3. Memperteguh penyelidikan dan inovasi;
4. Memperkasakan institusi pengajian tinggi;
5. Mempergiatkan pengantarabangsaan;
6. Membudayakan pembelajaran sepanjang hayat; dan
7. Mengukuhkan sistem penyampaian KPT

Kesemua teras ini menggariskan matlamat dan sasaran utama yang perlu dicapai ke arah
kecemerlangan pengajian tinggi negara.
6. Bagaimanakah pelan ini diterjemahkan kepada tindakan?
Bagi pelaksanaan Fasa 1 PSPTN, sebuah dokumen Pelan Tindakan Fasa 1 telah diwujudkan
untuk menggariskan inisiatif yang perlu dilaksanakan untuk menjayakan objektif stratetgik
yang telah digariskan.

Beberapa Projek Agenda Kritikal (CAP; Critical Agenda Project) telah diwujudkan untuk
mencapai hasrat PSPTN. Pendekatan pengurusan projek telah diambil, melalui pengwujudan
kumpulan-kumpulan projek pada peringkat sentral dan pada pihak pelaksana di IPT.
Pelaksanaan dipantau rapi oleh Pejabat Pengurusan Program di KPT, yang bekerjasama dengan
pejabat pengurusan program peringkat institusi (iPMO) di semua IPTA.

7. Apakah hubungan CAP dengan dengan teras PSPTN?


Tiada hubungan satu-ke-satu (one-to-one) antara setiap CAP dan teras strategik. Terdapat kes-
kes di mana pencapaian sesuatu CAP akan memenuhi hasrat beberapa teras sekaligus, atau pun,
beberapa CAP akan memenuhi kehendak sesuatu teras yang spesifik. Pada asasnya, pencapaian
dan keberhasilan terkumpul kesemua CAP akan membawa kepada pencapaian hasrat 7 teras
PSPTN.

8. Apakah aspek institusi yang diberi penekanan dalam Pelan ini?


Terdapat 5 tonggak institusi yang diberi penekanan dalam PSPTN; iaitu Tadbir Urus;
Kepemimpinan; Akademia; Pembelajaran dan Pengajaran; dan Penyelidikan dan
Pembangunan. Kesemua 5 tonggak ini dijadikan sebagai CAP, yang disokong dan berinteraksi
dengan 18 CAP lain; menjadikan bilangan CAP (sehingga Jun 2011) sebanyak 23.

9. Adakah semua IPTA perlu melaksanakan CAP yang ditetapkan?


Semua IPTA perlu melaksanakan inisiatif-inisiatif tertentu bagi semua CAP yang telah
ditetapkan pelaksanaannya di IPTA. Walau bagaimanapun, sasaran yang ditetapkan bagi setiap
IPT bergantung rapat dengan beberapa faktor, seperti kematangan universiti tersebut,
kemampuan sumber dan intelek, infrastruktur dan sebagainya.

10. Adakah Politeknik dan Kolej Komuniti terlibat dalam PSPTN?


Keterlibatan Politeknik dan Kolej Komuniti amat penting dan ketara dalam PSPTN, terutama
dalam konteks teras yang berkaitan dengan perluasan akses dan pembelajaran sepanjang hayat.
Dalam Fasa 2 pula, keutamaan dan kepentingan yang diletakkan kepada TEVT menjadikan
peranan dan sumbangan Politeknik dan Kolej Komuniti semakin penting.

Anda mungkin juga menyukai