Anda di halaman 1dari 1

ISTIMEWANYA Kuala Rompin, Pahang kerana letaknya berhampiran muara sungai dan pesisir Laut

China Selatan.
Malah, ia bukan hanya menjadi pilihan anda yang gemarkan riadah fizikal dan minda, tapi juga
lokasi tepat untuk kaki pancing.
Sebut sahaja Sungai Rompin fikiran pastinya terbayangkan banyak hidupan akuatik yang pelbagai
spesies khususnya udang galah hinggakan Kuala Rompin dikenali sebagai Bandar Udang Galah.
Baru-baru ini penulis berkesempatan merasai pengalaman sebagai pemancing akuatik sungai itu
bersama dua lagi rakan. Untuk kali ini kami memilih D’ Kuala Waterfront sebagai ‘port’ selama dua
hari satu malam.
D’Kuala Waterfront antara pusat kunjungan pelancong tempatan hatta mereka yang dari luar negara
sekalipun kerana mempunyai pelbagai kemudahan.
Memiliki kemudahan penginapan menerusi 10 chalet di kawasan daratan dan sebuah ‘rumah rakit’
yang mempunyai dua bilik tidur, sudah memadai untuk membuatkan pengunjung ‘lupa’ seketika
kegelisahan jiwa.

Anda mungkin juga menyukai