Anda di halaman 1dari 12

TATACARA DAN PANDUAN PERMOHONAN MELALUI SISTEM ePENAWARAN

BAGI HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) DAN CUTI BELAJAR BERGAJI


PENUH PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP)
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TAHUN 2020

TATACARA PERMOHONAN

1. Permohonan ini dibuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang


berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat permohonan yang ditetapkan.
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) sepenuhnya melalui laman
sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di alamat
https://epenawaran.moe.gov.my mulai 15 Januari 2020 (Rabu) jam 5.00 petang
hingga 31 Januari 2020 (Jumaat) jam 5.00 petang. Pemohon adalah dipohon
untuk merujuk kepada portal rasmi KPM bagi sebarang pemakluman terkini.

2. Pemohon dikehendaki mengemas kini Modul Operasi Data Guru (eOperasi) dalam
Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) terutamanya bagi PPP yang bertugas di
sekolah kerana maklumat dalam sistem ePenawaran ini diintegrasikan dengan
Modul Operasi Data Guru (eOperasi) tersebut. Sekiranya terdapat maklumat yang
tidak tepat atau tidak dikemas kini sewaktu permohonan, perubahan dan
pengemaskinian perlu dibuat melalui sistem eOperasi atau sistem ePenawaran
tersebut.

3. Pemohon adalah diingatkan untuk membaca dan memahami panduan


permohonan dengan teliti serta memasukkan maklumat yang tepat dan sahih
(termasuk maklumat kesihatan). Kesilapan mengisi maklumat permohonan dalam
talian termasuk kesilapan mengisi No. Kad Pengenalan akan mengakibatkan
permohonan ditolak.

4. Sekiranya di dapati maklumat yang dikemukakan adalah PALSU, Kementerian


berhak untuk menolak permohonan dan tindakan tatatertib mengikut Peraturan -
Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 boleh dikenakan
terhadap pegawai.

5. Pemohon dinasihatkan untuk mengemukakan permohonan awal dan mencuba


membuat capaian permohonan online ini pada waktu yang lain jika percubaan
pertama gagal atau tidak berjaya pada ketika itu. Ini adalah kerana terdapat
kemungkinan berlaku kesesakan laluan capaian pada laman web tersebut.

6. Setelah selesai melengkapkan dan menghantar permohonan dalam talian,


pemohon dikehendaki memuat turun dan menyimpan slip permohonan sebagai
rujukan pada masa akan datang.

Muka surat 1 daripada 12


7. Permohonan melalui Sistem ePenawaran adalah rasmi dan sah. Justeru,
permohonan TIDAK perlu dihantar secara hardcopy kepada Bahagian Biasiswa
dan Pembiayaan (BBP), KPM untuk sebarang tindakan lain.

8. Permohonan yang tidak mematuhi syarat / permohonan yang tidak lengkap / tidak
mengisi permohonan secara dalam talian akan ditolak.

9. Calon hanya boleh mengemukakan SATU permohonan sahaja dalam tempoh


tawaran permohonan ini dibuka.

10. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkenaan tatacara dan panduan


penggunaan sistem ePenawaran, boleh menghubungi urusetia berikut :

Pertanyaan umum berkaitan program :


Cawangan Penawaran
Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 2, No. 2, Menara 2,
Jalan P5/6, Presint 5
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 PUTRAJAYA
(u.p. : Cik Nur Amalina Alyani binti Sajat / Cik Nurhafifah binti Rosli / Puan Jamilah
binti Yahya / Puan Badauyah binti Abdul Rahim / Encik Asri bin Asmuni)

No. Telefon : 03-8888 1616 / 03-8870 6375 / 03-8870 6442 / 03-8870 6369
03-8870 6000 samb. 4416 / 4950

Faks : 03-8870 6839


E-mel : penawaran.bb@moe.gov.my

Pertanyaan / masalah teknikal borang permohonan :

tm.bbp@moe.gov.my
E-mel : (mohon dikemukakan bersama e-mel screen-shot masalah teknikal
borang permohonan yang dihadapi)

Muka surat 2 daripada 12


PANDUAN PERMOHONAN

1. PANDUAN UMUM

1.1 Sistem ePenawaran ini dibangunkan melalui pengintegrasian dengan Modul


Operasi Data Guru (e-Operasi) dalam Sistem Pengurusan Sekolah (SPS).
Maklumat calon yang terkandung di dalam sistem e-Operasi akan digunakan
dalam sistem ePenawaran bagi memastikan maklumat calon khususnya
yang berkaitan dengan perkhidmatan adalah yang terkini dan telah disahkan.

2. PANDUAN KHUSUS

2.1 Semasa mengisi permohonan, beberapa panduan berikut adalah disarankan


supaya urusan pengisian maklumat permohonan mudah dan jelas.

2.2 Pemohon adalah dikehendaki untuk mengisi dan melengkapkan maklumat


yang diperlukan di semua Menu yang disediakan dan sekiranya terdapat
maklumat yang tidak lengkap, permohonan akan ditolak.

3. PAPARAN UTAMA BORANG PERMOHONAN

Rajah 1 - Paparan Utama Borang Permohonan

3.1 Pemohon WAJIB melengkapkan semua medan yang bertanda * seperti di


Rajah 1.

Muka surat 3 daripada 12


Rajah 2 – Maklumat Tambahan bagi permohonan HLPS

3.2 Sekiranya STATUS PENGAJIAN pemohon berstatus SEDANG DALAM


PENGAJIAN, pilihan program adalah Hadiah Latihan Persekutuan Secara
Separuh Masa (HLPS) sahaja. Pemohon juga WAJIB melengkapkan
maklumat di Menu Maklumat Tambahan pada tab Maklumat Penajaan
seperti Rajah 2; dan

3.3 Sila pastikan semua maklumat terkini diisi dengan tepat.

Muka surat 4 daripada 12


4. MENU : MAKLUMAT PROGRAM

Rajah 3 - Maklumat Permohonan Program

4.1 Pemohon dikehendaki memilih dan melengkapkan maklumat permohonan


seperti di Rajah 3.

4.2 Pemohon hendaklah memastikan pilihan KLUSTER, BIDANG PENGAJIAN


dan PENGKHUSUSAN BIDANG adalah tepat. Sila rujuk syarat permohonan
(LAMPIRAN A1 hingga LAMPIRAN A5) bagi senarai bidang yang
ditawarkan mengikut peringkat pengajian bagi tawaran tahun 2020.
Kesilapan dalam membuat pilihan boleh menjejaskan permohonan untuk
dipertimbangkan sebagai calon berjaya dipanggil temuduga.

4.3 Calon yang berjaya ditawarkan penajaan / Cuti Belajar bakal mengikuti
pengajian secara sepenuh masa dan separuh masa di universiti awam di
dalam dan luar negara (bagi Kedoktoran).

4.4 Pemohon juga perlu memastikan untuk membuat pilihan yang tepat bagi
KLUSTER, BIDANG PENGAJIAN dan PENGKHUSUSAN BIDANG supaya
dapat disesuaikan dengan maklumat pengkhususan (akademik) / maklumat
ikhtisas sedia ada / opsyen mengajar yang terkini / pengalaman dalam
bidang yang dimohon atau perancangan laluan kerjaya baharu pada masa
akan datang.

Muka surat 5 daripada 12


4.5 Ringkasan mengenai KLUSTER, BIDANG PENGAJIAN dan
PENGKHUSUSAN BIDANG adalah seperti berikut :

KATEGORI BIDANG PENGKHUSUAN


KETERANGAN
KLUSTER PENGAJIAN BIDANG

KEPIMPINAN Memberi penekanan kepada Contoh : Contoh :


peningkatan kecekapan dan
Kepimpinan dan keberkesanan kepimpinan, Perancangan dan 1. Perancangan dan
Pentadbiran dan pentadbiran pendidikan Pembangunan Pengurusan
Pendidikan dalam kalangan pengurus Pendidikan Pembangunan
organisasi dan program
projek. 2. Perancangan dan
Dasar Pendidikan
Pelaksanaan program ini
dibahagikan kepada tiga 3. Pembangunan
peringkat, iaitu: Asas, Standard
Pertengahan dan Lanjutan.

PENGAJARAN Memberi ruang dan peluang Contoh : Contoh :


DAN kepada PPP
PEMBELAJARAN mengaplikasikan inovasi dan Sains Sosial/Ilmu 1. Ekonomi
(PdP) kreativiti bersesuaian Pendidikan/Sastera
dengan kemahiran aras Ikhtisas 2. Perniagaan
Peningkatan tinggi dalam aktiviti PdP
Kemahiran dan dalam bilik darjah. 3. Perakaunan
Kepakaran PdP
Pelaksanaan program ini
boleh dilakukan dalam tiga
peringkat berteraskan fasa
Pembangunan
Profesionalisme Berterusan
(PPB) melalui inisiatif kendiri
(Inisiatif Individu dan Inisiatif
Organisasi), iaitu:
Permulaan, Pembinaan
Kapasiti dan Kepakaran.

KEPAKARAN Melahirkan sekumpulan PPP Contoh : Contoh :


PENDIDIKAN yang mempunyai kepakaran
dan kemahiran dalam Pembangunan 1. Psikometrik
sesuatu bidang pendidikan Pentaksiran
secara khusus. 2. Pembangunan
Pentaksiran

3. Penaziran

Jadual 1 - Ringkasan Kluster yang Ditawarkan

Muka surat 6 daripada 12


4.6 Pemohon perlu membuat pilihan zon temuduga yang berdekatan dengan
tempat berkhidmat sekarang namun penetapan akhir akan ditentukan oleh
KPM mengikut kesesuaian. Pecahan zon temuduga adalah seperti berikut :

Pecahan Mengikut Tempat Bertugas


Zon Temuduga
(mengikut negeri)
UTARA Perlis, Pulau Pinang, Kedah dan Perak
Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah
TENGAH
Persekutuan Putrajaya
SELATAN Negeri Sembilan, Melaka dan Johor
TIMUR Pahang, Terengganu dan Kelantan
SABAH Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan
SARAWAK Sarawak
Jadual 2 - Zon Temuduga

5. MENU : MAKLUMAT PERIBADI

5.1 Maklumat pada menu ini WAJIB dilengkapkan dengan maklumat yang tepat.

5.2 Maklumat PERIBADI dan WARIS TERDEKAT adalah maklumat yang


diintegrasikan daripada sistem e-Operasi. Sekiranya terdapat perubahan
atau penambahan maklumat, pengemaskinian boleh dilaksanakan pada
sistem e-Operasi atau pindaan terus semasa permohonan dibuat.

5.3 Bagi maklumat ALAMAT SURAT MENYURAT dan ALAMAT TETAP, sila
pastikan maklumat yang dinyatakan berpenghuni sama ada pemohon
sendiri, pasangan atau waris sebagai langkah memastikan sebarang surat
menyurat rasmi sewaktu penajaan / Cuti Belajar diterima.

5.4 Bagi pemohon yang telah berkahwin, maklumat WARIS TERDEKAT yang
perlu diisi adalah maklumat pasangan.

5.5 Bagi pemohon yang berstatus selain berkahwin, maklumat WARIS


TERDEKAT adalah boleh terdiri daripada adik beradik, ibu bapa, penjaga
atau lain - lain waris terdekat yang mengenali calon dan mudah untuk
dihubungi.

5.6 Pemohon WAJIB membuat pengesahan status kesihatan semasa


permohonan dikemukakan dan sekiranya YA (mempunyai masalah
kesihatan), sila nyatakan jenis penyakit yang dihidapi.

5.7 Bagi MAKLUMAT ANAK di bawah 13 tahun (jika berkaitan), pemohon boleh
mengisi maklumat dengan menekan butang tambah. Sila abaikan ruangan
ini jika tidak berkaitan.

Muka surat 7 daripada 12


6. MENU : MAKLUMAT AKADEMIK

Rajah 4 - Maklumat Akademik

Pemohon hendaklah melengkapkan maklumat akademik dengan tepat seperti panduan


berikut :

6.1 Maklumat Ijazah Pertama WAJIB dilengkapkan.


Contoh Ijazah Pertama : Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik

6.2 Maklumat Ijazah Sarjana (jika ada) WAJIB dilengkapkan jika memohon
peringkat pengajian Kedoktoran (Ph.D).
Contoh Ijazah Sarjana : Ijazah Sarjana Kejuruteraan Elektrik

6.3 Sila pilih INSTIUSI PENGAJIAN daripada senarai.

6.4 Maklumat TARIKH PENGANUGERAHAN dalam format dd/mm/yyyy.

6.5 Contoh maklumat KELAS : PERTAMA atau 1

6.6 Contoh maklumat CGPA : 3.85

6.7 Maklumat TARIKH PENGANUGERAHAN, KELAS dan CGPA WAJIB diisi


dengan tepat. Bahagian ini berhak menolak permohonan sekiranya wujud
percanggahan maklumat jika pemohon berjaya dipanggil temuduga.

Muka surat 8 daripada 12


7. MENU : MAKLUMAT PERKHIDMATAN

7.1 Pemohon perlu menyemak maklumat berikut TARIKH LANTIKAN


PERTAMA, TARIKH PENGESAHAN PERTAMA, TARIKH LANTIKAN
DG41/42, TARIKH SAH DG41/DG42 adalah TEPAT dan melengkapkan
GRED JAWATAN SEMASA, GELARAN JAWATAN SEMASA, JUMLAH
GAJI (RM), JUMLAH GAJI BERSIH (RM) dan UMUR PERSARAAN.

7.2 Pemohon WAJIB menyemak dan memastikan maklumat PEGAWAI


PENYOKONG dan PEGAWAI PERAKU semasa permohonan adalah tepat
dan lengkap. Kesilapan di ruangan ini boleh menjejaskan proses
permohonan.

7.2.1 Tafsiran “PEGAWAI PENYOKONG” adalah pegawai atasan / penyelia


kepada pemohon dan mempunyai hubungan kerja secara langsung
atau mengawasi kerjanya.

7.2.2 Tafsiran “PEGAWAI PERAKU” adalah Ketua Jabatan di Bahagian /


Institusi / Jabatan / Tempat Pemohon Berkhidmat yang menguruskan
hal - hal perkhidmatan pemohon.

7.3 Maklumat yang PENTING adalah NAMA PEGAWAI (Penyokong / Peraku),


NO. TELEFON (Penyokong / Peraku) dan ALAMAT E-MEL RASMI
(Penyokong / Peraku).

7.4 Proses sokongan oleh Pegawai Penyokong dan perakuan Ketua Jabatan
dilaksanakan secara dalam talian sepenuhnya. Sehubungan dengan itu,
sekiranya berlaku sebarang kesilapan, Bahagian ini berhak membatalkan
/ menarik balik permohonan tanpa sebarang notis atau pemakluman.

7.5 Pemohon perlu melengkapkan maklumat pengalaman mengajar /


perkhidmatan seperti panduan berikut :

7.5.1 Tempoh Pengalaman Dalam Bidang Dimohon


Sila nyatakan tempoh berkhidmat / mengajar dalam bidang berkaitan
permohonan.

7.5.2 Tempoh Mengajar Opsyen


Sila nyatakan tempoh pengalaman mengajar subjek tersebut berkaitan
dengan opsyen semasa.

7.5.3 Tempoh Perkhidmatan Dalam Jawatan Sekarang


Sila nyatakan tempoh berkhidmat dalam jawatan sekarang.

Muka surat 9 daripada 12


7.5.4 Maklumat Ikhtisas
Sila nyatakan maklumat berkaitan latihan perguruan yang pernah
diikuti.

7.5.5 Mata Pelajaran Mengajar (Sekarang)


Bagi pemohon yang sedang berkhidmat di sekolah, sila nyatakan mata
pelajaran terkini yang diajar sewaktu permohonan dikemukakan.

8. MENU : MAKLUMAT PENCAPAIAN

8.1 Pemohon perlu melengkapkan maklumat pencapaian dan sumbangan yang


pernah dicapai sepanjang tempoh perkhidmatan.

8.2 Sila lengkapkan maklumat sekiranya pemohon pernah menerima Anugerah


Perkhidmatan Cemerlang (APC) peringkat Kementerian iaitu tahun terima
APC dan jumlah penerimaan APC.

Contoh :
Tahun APC : 2002, 2007, 2010
Jumlah APC : 3

8.3 Sila lengkapkan markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) atau
Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)
purata 85% ke atas bagi tempoh genap 3 tahun dalam skim perkhidmatan
terkini berturut-turut (2017, 2018 dan 2019).

8.4 Sekiranya pemohon belum memperoleh markah LNPT/PBPPP tahun 2019,


pemohon boleh mengisi LNPT 2016, 2017 dan 2018. Penilaian setahun
LNPT/PBPPP mestilah genap 12 bulan. Sekiranya pemohon pernah
diluluskan Cuti Belajar dalam tempoh tersebut, sila kemukakan LNPT
tahun sebelum/selepas tempoh Cuti Belajar;

Catatan : Sila pastikan maklumat pencapaian yang dilengkapkan adalah


BENAR.

8.5 Sila lengkapkan maklumat peringkat SUMBANGAN bagi tempoh 3 tahun


terkini yang pernah dilaksanakan oleh pemohon sepanjang tempoh
perkhidmatan. Pemohon dibenarkan untuk menghuraikan secara ringkas
mengenai sumbangan yang dinyatakan. Huraian sumbangan adalah terhad
kepada 150 aksara sahaja. Aksara berkenaan termasuk huruf, nombor,
simbol, noktah, koma dan ruang kosong (spacing).

8.6 Pemohon boleh melengkapkan maklumat peringkat PENULISAN /


PENERBITAN yang dihasilkan (jika ada) bagi tempoh 3 tahun yang terkini.

Muka surat 10 daripada 12


Huraian ringkas berkenaan Penulisan / Penerbitan adalah terhad kepada
150 aksara sahaja. Aksara berkenaan termasuk huruf, nombor, simbol,
noktah, koma dan ruang kosong (spacing).

9. MENU : MAKLUMAT PENAJAAN

9.1 Sekiranya pemohon pernah atau sedang diluluskan Penajaan / Cuti Belajar
di bawah KPM, sila lengkapkan maklumat tersebut pada Maklumat
Penajaan.

9.2 Sila nyatakan tempoh ikatan kontrak perjanjian yang telah ditetapkan
berdasarkan jenis Penajaan / Cuti Belajar yang pernah / telah diluluskan.
Tempoh ikatan kontrak perjanjian ini boleh disemak dalam perjanjian Cuti
Belajar / Penajaan pemohon.

9.3 Sila nyatakan tempoh kontrak yang telah disempurnakan.

Contoh :
Tempoh ikatan perjanjian Cuti Belajar Bergaji Penuh yang telah diluluskan
adalah 4 tahun. Pegawai telah melaporkan diri (kembali bertugas) pada 1
Januari 2015. Tempoh telah berkhidmat daripada perjanjian adalah 3 tahun
iaitu bermula pada tarikh melaporkan diri tersebut.

9.4 Bahagian Maklumat Tambahan WAJIB dilengkapkan oleh pemohon bagi


status pengajian semasa mengemukakan permohonan adalah SEDANG
DALAM PENGAJIAN sama ada secara sepenuh masa / separuh masa.

10. MENU : PERAKUAN

10.1 Setelah semua maklumat dilengkapkan, pemohon dimohon untuk


menyimpan semua maklumat permohonan dengan klik butang SIMPAN
PERMOHONAN.

10.2 Pemohon hendaklah memahami dan membuat pilihan bagi setiap perkara
yang dinyatakan pada PERAKUAN PEMOHON.

10.3 Pemohon WAJIB untuk menanda () pada kotak perakuan yang disediakan
selepas permohonan disimpan.

10.4 Tekan butang HANTAR KE PENYOKONG setelah berpuas hati dengan


semua maklumat yang telah dilengkapkan. Permohonan akan dihantar
kepada Pegawai Penyokong untuk tindakan selanjutnya.

10.5 Pemohon hanya dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja


sepanjang tempoh permohonan dibuka. Permohonan yang terdahulu adalah

Muka surat 11 daripada 12


terbatal sekiranya sistem ePenawaran mendapati pemohon mengemukakan
lebih daripada SATU permohonan.

10.6 Selepas permohonan dihantar, pemohon hendaklah menekan butang


CETAK PERMOHONAN dan menyimpan salinan slip permohonan bagi
tujuan rujukan pada masa akan datang.

Disediakan oleh :
Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Januari 2020

Muka surat 12 daripada 12

Anda mungkin juga menyukai