Anda di halaman 1dari 7

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

TAJUK 9 PENYELIDIKAN TINDAKAN: ANALISIS DATA

9.1 Sinopsis

Data yang dikutip perlu dimasukkan ke dalam fail data komputer dan disemak supaya
apa yang dimasukkan adalah betul, sebelum analisis data dibuat. Data kualitatif dan
data kuantitatif perlu dianalisis secara yang berbeza . Kajian kualitatif pula memerlukan
kaedah penghuraian data yang berbeza, iaitu tidak menggunakan nombor untuk
mewakilkan idea-idea, tetapi menulis huraian naratif yang panjang, yang kemudiannya
disimpul dan dikelaskan mengikut variabel tertentu.

9.2 Hasil Pembelajaran

i. Menjelaskan pertimbangan yang sewajarnya dilakukan semasa mengumpul data


ii. Menjelaskan tentang pensempelan, bias, kesahan dan kebolehpercayaan
iii. Menerangkan etika ketika mengumpul data.

9.3 Kerangka Konsep Tajuk 9

Analisis Data

Kuantitatif
kualitatif

 Deskriptif
 Frekuensi
 Peratusan
 Kandungan  Min
 Kategori  Mod
 Mengkod  Median
 Menyusun  Sisihan piawai
 Mengenalpasti  korelasi
 Menentukan kajian
susulan

84
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

9.3.1 Data Kualitatif

Pengkaji kualitatif menganalisis data dengan menggunakan Iangkah-Iangkah berikut:

i. Menyedia dan menyusun data untuk dianalisis.


ii. Menghurai dan membina tema daripada data.
iii. Melaporkan dapatan kajian.
iv. Menafsirkan (interpreting) dapatan kajian.
v. Mengesahkan ketepatan dan kebolehpercayaan dapatan kajian.

Creswell (2002: 258) meringkaskan tatacara am penganalisisan data kualitatif seperti


yang ditunjukkan dalam Rajah 5.5. Mengikut tatacara ini, selepas pengkaji mengutip
data, dia perlu menyediakan data untuk diananlisis dengan menulis semula
(transcribing) nota lapangan (field notes) dalam bahasa biasa, iaitu "membersihkan"
nota lapangan supaya ia mudah difahami. Langkah kedua ialah membaca semua data
ini untuk mendapatkan gambaran umum daripadanya. Seterusnya, data yang banyak ini
perlu diberikan kod tertentu supaya ia mudah dirujuk semasa membuat analisis atau
menulis taporan. Kod ini diberi dengan mencari bahagian-bahagian (segments) dalam
teks dan memberikan kod tertentu kepadanya.

Analisis melibatkan proses menyusun data. Anda perlu menyusun data asal yang dikutip
dalam bentuk, kategori dan unit deskriptif asas. Tanpa mengambil kira kaedah yang
anda gunakan untuk mengutip data, lima (5) langkah berikut perlu diikuti dalam
penganalisisan data:

(i) Tahap pra-analisis;


a. Semua nota lapangan dibaca, disemak, ditingkat dan lengkapkan.
b. Semua nota dilabelkan menurut jenis. Semua nota disusun menurut urutan
tertentu.
c. Data direkod seperti yang dikehendaki.
d. Sediakan dua fotokopi semua nota termasuk yang asal.
e. Mengkod dan mengkod semula respons terbuka dan data yang
didokumenkan.
f. Data komputer dimasukkan dalam sesuatu folder.
g. Mula mengambil nota tema dan bentuk yang wujud.
h. Pastikan data mudah diakses

(ii) Tahap kemasan data;


a. Pada tahap kemasan data (data reduction),
b. data ditranskripsikan dalam "word processing“ atau dalam format analisis
tekstual menggunakan komputer.
c. Data yang telah ditranskripsikan dipermudahkan dan bersifat terfokus.

85
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

(iii) Tahap pamiran data ;


a. Data dipamirkan dalam bentuk jadual, lembaran tanda (tally) dan rumusan.
b. Data yang dipamer perlu menjelaskan analisis atau tindakan tambahan yang
perlu dibuat.

(iv) Tahap verifikasi data;


a. Triangulasi data digunakan untuk verifikasi pelbagai tindakan analitik yang
diambil untuk mencapai kesimpulan.
b. Semua prosedur yang membawa kepada kesimpulan dinyatakan dengan
tepat.
c. Proses dokumentasi semua proses penyelidikan dinyatakan dengan tepat.

(v) Tahap dapatan (termasuk interpretasi).


a. Penyemakan dan interpretasi dapatan
b. Interpretasi melibatkna memberi makna dan signifikan kepada analisis.
c. Ia melibatkan penerangan dan penetapan bentuk diskriptif dan penentuan
hubungan sesam bentuk.
d. Melihat semula aktiviti bermakna semasa melakukan interpretasi dan
disiminasi

(vi) Interpretasi
a. Interpretasi bebas daripada pilih kasih (bias) anda
b. Interpretasi berdasarkan teori
c. Interpretasi berdasarkan maklumat
d. Interpretasi tertakluk kepada prinsip etika yang ketat

86
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

9.3.2 Analisis Data Kuantitatif

Biasanya alat kajian kuantitatif akan menghasilkan data yang besar saiznya. Sebagai
pengkaji, anda bertanggungjawab untuk mengolah data itu kepada format yang sesuai
dengan kaedah analisis data dan boleh ditafsir kemudiannya. Berikut adalah dua proses
dalam menganaliss data:
(a) Memproses data dari borang soal selidik
(b) Memproses data dari inventori

Anda perlu mengolah data kepada kategori, peratus, min dan sisihan piawai. Berikut
adalah Iangkah-Iangkah dalam analisis data:

i. Fasa pra-analisis
segala penjelasan tentang variabel kajian hendaklah dibaca dan difahami,
dikemaskini, dan disempurnakan. Anda mesti yakin yang pemboleh ubah
penting/utama dilabel dengan betul mengikut jenis atau kategori. Mereka
hendaklah disusun tertib mengikut keperluan teori analisis.

Seperti yang dinyatakan dalam topik lepas, data dikutip dan dikemaskan melalui
prosidur berikut:

(a) Surat memohon kebenaran membuat kajian hendaklah dihantar kepada


pentadbir sekolah berserta dengan surat kebenaran daripada Kementerian
Pelajaran.

(b) Selepas mendapat kebenaran dari pengetua, satu temu janji hendak dibuat
dengan guru kelas untuk membincang jadual waktu bagi anda melakukan kajian.
Maklumat latar belakang kelas juga perlu diketahui sebelum memulakan kajian.

(c) Apabila sampel telah dikenal pasti, borang soal-selidik/inventori diedarkan dan
meminta mereka yang berkenaan mengisikannya.

(d) Sebelum analisis dibuat, data mentah yang diperoleh itu hendaklah diproses
terlebih dahulu untuk mendapatkan latar belakang subjek kajian, misalnya, peratus
pelajar mengikut jantina, tahap sosioekonomi ibu baps, jumlah gaji dan lokasi
sekolah.

(e) Data daripada alat kajian, seperti soal-selidik/inventori, perlu diubah kepada
skor variabel-variabel kajian. Ini biasanya dibuat dengan menggunakan pengiraan,
seperti mengira jumlah atau min item-item tertentu untuk mengira skor bagi
variabel "sikap". Jika nilai skor diperoleh secara manual, maka semakan ketepatan
harus dilakukan.

(f) Selepas semua maklumat tentang latar belakang subjek kajian dan semua skor
variabel kajian diperoleh, pengkaji boleh mula menganalisis data kajian untuk
menjawab soalan-soalan dan/atau hipotesis-hipotesis kajian.

87
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

ii. Fasa pengurangan saiz data

Selalunya, penyelidik cuba menerangkan sesuatu taburan data dengan hanya


menggunakan beberapa sukatan penting seperti berikut:

(i) Sukatan kecenderungan memusat: Min, mod, median, kuartil, desil dan
persentil, dan lain-lain.

(ii) Sukatan serakan: Julat, julat antara kuartil, sisihan piawai, varians, pekali
variasi, dan lain-lain.

iii. Fasa paparan data


iv. Fasa pengesahan data
v. Fasa dapatan

88
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

Rajah : Analisis Data Kajian Kuantitatif

Rajah : Reka bentuk Kajian Kuantitatif

89
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

Aktiviti 7 – OLL

Senaraikan bahan dan sumber rujukan rujukan yang anda gunakan untuk mengkaji
tentang analisis data.

90

Anda mungkin juga menyukai