Anda di halaman 1dari 4

INTEGRITI DARI ASPEK ‘NILAI & ETIKA’

PENGERTIAN NILAI DAN ETIKA KERJA

Mengikut Buku Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam (1991), nilai ditakrifkan
sebagai kpercayaan yang mendorong pemikiran, tingkahlaku dan amalan kerja
seseorang atau sesbuah institusi untuk bertindak mengikut pemilihan yang berasaskan
norma-norma utama masyarakat. Dalam lain perkataan, nilai merangkumi kepercayaan
dan manisfestasi nilai tersebut terserlah melalui sikap, tatakelakuan dan pegangan
hidup seseorang.

2. Mengikut buku diatas, etika kerja ditakrifkan sebagai standard perilaku baik yang
perlu diamalkan oleh sesorang individu atau sesuatu kumpulan dalam sesebuah institusi
atau masyarakat. Lazimnya, etika kerja ini adalah bertulis.

PERTALIAN DI ANTARA NILAI DAN ETIKA KERJA

3. Pada umumnya nilai mempunyai kaitan yang rapat dengan etika kerja. Ini kerana
penghayatan dan pengamalan nilai-nilai murni akan membentuk perilaku baik
dikalangan warga organisasi. Manakala etika kerja merupakan standard perilaku yang
perlu diamalkan oleh warga organisasi semasa mereka melaksanakan sesuatu tugasan
atau memberikan perkhidmatan kepada orang ramai.

4. Oleh itu, penghayatan dan pengamalan kepada nilai-nilai murni dan etika kerja positif
amat penting bagi menjamin keutuhan dalam pengurusan pentadbiran kerajaan. Ini
kerana tanpa pegangan kepada nilai dan pengamalan etika kerja positif tersebut,
kemungkinan warga sesebuah organisasi akan bertindak mengikut rasa hati masing-
masing. Jika keadaan ini berlaku, ia akan menimbulkan gejala yang tidak diingini dan
kesan buruknya bukan sahaja kepada individu berkenaan tetapi juga kepada imej
perkhidmatan dan negara.

5. Oleh yang demikian, usaha yang lebih terancang, tersusun dan berterusan perlulah
dilakukan oleh pihak pengurusan sesbuah organisasi bagi menentukan setiap warga
mereka menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni dan etika kerja positif yang dapat
menjurus kearah pencapaian dasar visi dan misi organisasi masing-masing.

NILAI-NILAI TERAS

6. Nilai-nilai teras yang perlu diamalkan adalah :-


o Adil – membuat sesuatu keputusan atau tindakan secara adil seperti
berikut :-

 Membuat keputusan dan melaksanakan tugas mengikut kehendak


undang-undang dan peraturan yang ditetapkan dengan berani tanpa
menunjukkan kecenderungan kepada mana-mana pihak (without fear or
favour).

9
 Mengagihkan tugas serta tanggungjawab mengikut kedudukan dan
jawatan pegawai.
 Membuat sesuatu keputusan atau tindakan tanpa dipengaruhi oleh mana-
mana pihak yang berkepentingan.
 Membuat sesuatu keputusan tanpa pilih kasih.
 Amanah – Sifat bertanggungjawab sepenuhnya dalam melaksanakan
tugas tanpa menyalahgunakan kuasa dan kedudukan. Antara contoh-
contoh amalan ‘amanah’ adalah :-

 Sentiasa menyempurnakan tugas yang diberikan dengan penuh


tanggungjawab tanpa penyelewengan dan cuai.
 Bersikap jujur dan setia kepada organisasi tanpa menyalahgunakan
kuasa dan kedudukan.
 Menggunakan masa dengan sebaik-baiknya dan menyiapkan kerja dalam
tempoh yang ditetapkan dan tidak menggunakan masa pejabat untuk
urusan peribadi.
 Sentiasa bersikap ingin menyiapkan tugas sebaik mungkin tanpa
melepaskannya kepada orang lain yang tidak berkenaan.
 Menjaga keselamatan dokumen supaya tidakj jatuh ke tangan orang-
orang yang tidak berhak melihat atau memelikinya.
 Sentiasa bersikap berjimat cermat dalam menguruskan hal-hal kewangan
kerajaan.
 Berdisiplin dan mengawal diri dan tidak melakukan sesuatu yang boleh
menghilangkan kepercayaan orang lain terhadap dirinya.
 Bertanggungjawab melaporkan penyelewengan dan penyalahgunaan
kuasa.
 Benar – Bertindak benar pada niat, ucapan dan perbuatan. Contohnya :-
 Mempunyai niat yang baik, jujur dan ikhlas dalam melakukan sesuatu
pekerjaan, tanpa niat yang tersebunyi ataupun mengharapkan balasan.
 Bercakap benar dan menepati janji, tidak bercakap bohong dan mungkir
janji.
 Bersedia untuk mempelajari atau menerima nasihat orang lain dengan
tidak bersikap sombong atau angkuh.
 Sentiasa menegakkan kebenaran demii agama, kedaulatan undang-
undang dan peraturan tanpa merasa takut dan gentar.
 Memberikan atau menerima arahan yang jelas dan tepat dan tidak
mengelirukan.

 Rela berkongsi pengalaman, ilmu dan kepakaran untuk kejayaan
bersama.
 Bijaksana – Menggunakan pemeikiran dengan bijaksana dalam membuat
keputusan dan tindakan sesuai dengan masa serta keadaan seperti :-
 Menggunakan seluruh potensi, keupayaan dan kepakaran untuk
menjayakan sesuatu tugas dengan cemerlang dan tidak mengambil jalan
mudah.
 Sentiasa berusaha menghasilkan kerja yang bermutu tinggi dan
berkualiti.
10

 Mempunyai fikiran yang rasional dan pertimbangan yang saksama dalam


menyelesaikan sesuatu masalah tanpa mengikut perasaan adan emosi.
 Sentiasa mempertingkatkanilmu, kepakaran dan profesionalisme.
 Mengemukakan pendapat dan menyampaikan sesuatu dengan
berhemah tanpa memberi kesan yang negatif kepada pihak pendengar.
 Telus – Melakukan sesuatu tindakan dan menyampaikan sesuatu dengan
jelas tanpa berselindung melalui perbuatan-perbuatan seperti berikut :-
 Membuat catatan dan mendokumentasikan tindakan dengan jelas.
 Membuat keputusan berdasarkan alasan atau kriteria yang jelas.
 Memberi arahan serta bimbingan sewajarnya dengan memberi panduan
yang jelas dalam mengendalikan tugas.
 Memberi penjelasan sebenar mengenai sesuatu tindakan agar tidak
menimbulkan keraguan dan syak wasangka.
 Menyampaikan sesuatu perkara atau keputusan dengan jelas tanpa
bersembunyi dan tanpa melanggar batas-batas kerahsiaan yang
ditetapkan oleh Jabatan.
 Bersyukur – Perasaan dan perlakuan yang menghargai nikmat dan
pemberian yang diterima. Antaranya :-
 Sentiasa menghargai anugerah dan nikmat yang diterima tanpa
menganggap kejayaan sebagai hak sendiri.
 Bersedia memberikan pengiktirafan kepada mereka yang berjaya tanpa
sebarang prasangka, berdendam atau menabur fitnah.
 Tenang menghadapi masalah dan redha menerima ketentuan,kegagalan
dan ujian serta tidak boleh putus asa.
 Berpuas hati dengan nikmat yang diperolehi seperti ganjaran yang
diterima dan kemudian yang disediakan.
11

Anda mungkin juga menyukai