Tatacara 2020 PDF
Tatacara 2020 PDF
TATACARA PERMOHONAN
2. Pemohon dikehendaki mengemas kini Modul Operasi Data Guru (eOperasi) dalam
Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) terutamanya bagi PPP yang bertugas di
sekolah kerana maklumat dalam sistem ePenawaran ini diintegrasikan dengan
Modul Operasi Data Guru (eOperasi) tersebut. Sekiranya terdapat maklumat yang
tidak tepat atau tidak dikemas kini sewaktu permohonan, perubahan dan
pengemaskinian perlu dibuat melalui sistem eOperasi atau sistem ePenawaran
tersebut.
8. Permohonan yang tidak mematuhi syarat / permohonan yang tidak lengkap / tidak
mengisi permohonan secara dalam talian akan ditolak.
No. Telefon : 03-8888 1616 / 03-8870 6375 / 03-8870 6442 / 03-8870 6369
03-8870 6000 samb. 4416 / 4950
tm.bbp@moe.gov.my
E-mel : (mohon dikemukakan bersama e-mel screen-shot masalah teknikal
borang permohonan yang dihadapi)
1. PANDUAN UMUM
2. PANDUAN KHUSUS
4.3 Calon yang berjaya ditawarkan penajaan / Cuti Belajar bakal mengikuti
pengajian secara sepenuh masa dan separuh masa di universiti awam di
dalam dan luar negara (bagi Kedoktoran).
4.4 Pemohon juga perlu memastikan untuk membuat pilihan yang tepat bagi
KLUSTER, BIDANG PENGAJIAN dan PENGKHUSUSAN BIDANG supaya
dapat disesuaikan dengan maklumat pengkhususan (akademik) / maklumat
ikhtisas sedia ada / opsyen mengajar yang terkini / pengalaman dalam
bidang yang dimohon atau perancangan laluan kerjaya baharu pada masa
akan datang.
3. Penaziran
5.1 Maklumat pada menu ini WAJIB dilengkapkan dengan maklumat yang tepat.
5.3 Bagi maklumat ALAMAT SURAT MENYURAT dan ALAMAT TETAP, sila
pastikan maklumat yang dinyatakan berpenghuni sama ada pemohon
sendiri, pasangan atau waris sebagai langkah memastikan sebarang surat
menyurat rasmi sewaktu penajaan / Cuti Belajar diterima.
5.4 Bagi pemohon yang telah berkahwin, maklumat WARIS TERDEKAT yang
perlu diisi adalah maklumat pasangan.
5.7 Bagi MAKLUMAT ANAK di bawah 13 tahun (jika berkaitan), pemohon boleh
mengisi maklumat dengan menekan butang tambah. Sila abaikan ruangan
ini jika tidak berkaitan.
6.2 Maklumat Ijazah Sarjana (jika ada) WAJIB dilengkapkan jika memohon
peringkat pengajian Kedoktoran (Ph.D).
Contoh Ijazah Sarjana : Ijazah Sarjana Kejuruteraan Elektrik
7.4 Proses sokongan oleh Pegawai Penyokong dan perakuan Ketua Jabatan
dilaksanakan secara dalam talian sepenuhnya. Sehubungan dengan itu,
sekiranya berlaku sebarang kesilapan, Bahagian ini berhak membatalkan
/ menarik balik permohonan tanpa sebarang notis atau pemakluman.
Contoh :
Tahun APC : 2002, 2007, 2010
Jumlah APC : 3
8.3 Sila lengkapkan markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) atau
Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)
purata 85% ke atas bagi tempoh genap 3 tahun dalam skim perkhidmatan
terkini berturut-turut (2017, 2018 dan 2019).
9.1 Sekiranya pemohon pernah atau sedang diluluskan Penajaan / Cuti Belajar
di bawah KPM, sila lengkapkan maklumat tersebut pada Maklumat
Penajaan.
9.2 Sila nyatakan tempoh ikatan kontrak perjanjian yang telah ditetapkan
berdasarkan jenis Penajaan / Cuti Belajar yang pernah / telah diluluskan.
Tempoh ikatan kontrak perjanjian ini boleh disemak dalam perjanjian Cuti
Belajar / Penajaan pemohon.
Contoh :
Tempoh ikatan perjanjian Cuti Belajar Bergaji Penuh yang telah diluluskan
adalah 4 tahun. Pegawai telah melaporkan diri (kembali bertugas) pada 1
Januari 2015. Tempoh telah berkhidmat daripada perjanjian adalah 3 tahun
iaitu bermula pada tarikh melaporkan diri tersebut.
10.2 Pemohon hendaklah memahami dan membuat pilihan bagi setiap perkara
yang dinyatakan pada PERAKUAN PEMOHON.
10.3 Pemohon WAJIB untuk menanda () pada kotak perakuan yang disediakan
selepas permohonan disimpan.
Disediakan oleh :
Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Januari 2020