Anda di halaman 1dari 3

LATIHAN SPM 1

Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.


1. Tugas itu patut anda selesaikan sekarang juga.
2. Jawatan yang dipegang oleh mereka sangat penting.
3. Sedikit garam dimasukkan oleh kakak ke dalam gulai yang sangat saya gemari.
4. Pokok-pokok itu dipangkas oleh para pekerja supaya sentiasa rendah.
5. Nota pelajaran dikemaskinikan oleh mahasiswa itu supaya mudah membuat ulang kaji.
6. Orang yang lurus bendul itu tidak harus kamu peralat sewenang-wenangnya.
LATIHAN SPM 2
Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.
1. Pelajar itu ditahan oleh guru disiplin selepas perhimpunan kerana melanggar peraturan
sekolah.
2. Anak-anak sewajarnya dikawal oleh ibu bapa supaya mereka tidak bergaul dengan budak-
budak nakal.
3. Pelajar itu dihadiahi oleh guru bahasa Melayu sebatang pen setelah berjaya memperoleh ‘A’
dalam peperiksaan percubaan SPM.
4. Satu misi dilaksanakan oleh mereka bersama-sama.
5. Alat pendingin hawa itu dijualnya dengan harga yang tinggi.
6. Komputer itu saya beli untuk adik di kolej.
LATIHAN SPM 3
Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.
1. Permukaan air itu dilitupi pokok teratai yang berwarna-warni.
2. Majalah bercorak akademik kurang diminati oleh golongan remaja meskipun bahan di
dalamnya memberikan ilmu kepada mereka.
3. Pondok buruk yang didiami oleh orang tua itu beratapkan rumbia dan berdinding buluh.
4. Adik perempuan saya dijahitkan baju kurung oleh kakak pada hujung minggu yang lalu.
5. Rumah itu tidak berani kami hampiri kerana takut akan anjing peliharaan tuan rumah tersebut.
6. Kerja-kerja memperdalam Sungai Kinta itu akan ditangguhkan oleh mereka berminggu-minggu.
LATIHAN SPM 4
Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.
1. Barangan yang penting sahaja perlu kita bawa ke tapak perkhemahan di atas bukit itu.
2. Majalah berkaitan sejarah Malaysia itu telah dibaca oleh Hashim pada minggu lalu di
perpustakaan sekolahnya.
3. Amalan kitar semula seharusnya dipraktikkan oleh masyarakat setempat demi penjagaan
alam sekitar.
4. Emak diberitahu oleh kakak bahawa adik sedang membaca buku cerita di dalam biliknya.
5. Semua murid tingkatan lima diminta oleh Cikgu Syahir untuk ke dewan sekolah bagi
mendengar taklimat khas tentang peperiksaan.
6. Keluhan dan masalah anak-anak remaja perlu didengar oleh ibu bapa supaya mereka dapat
mengatasi gangguan emosi mereka.
7. Beberapa ujian kecergasan perlu kami lepasi sebelum diterima menganggotai pasukan
sukarelawan itu.
8. Tindakan tegas akan dikenakan oleh pihak sekolah kepada pelajar-pelajar yang didapati
ponteng kelas atau ponteng sekolah .
9. Semua rakyat telah diseru oleh pihak kerajaan untuk bersama-sama menggunakan
perkhidmatan awam bagi merealisasikan hasrat negara sebagai negara mesra alam.
10. Pihak kerajaan telah menyeru semua rakyat untuk bersama-sama menggunakan
perkhidmatan awam bagi merealisasikan hasrat negara sebagai negara mesra alam.
11. Laporan aktiviti sempena Bulan Bahasa telah disediakan oleh setiausaha Persatuan Bahasa
Melayu sekolah saya.

LATIHAN SPM 5
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif
1. Puan Azizah telah memarahi Azmi kerana memecahkan pasu bunga.
2. Ibu bapa harus mengawasi tingkah laku anak-anak supaya mereka tidak tersalah langkah.
3. Puan Sarah menghadiahi Atiqah sebuah kereta Kancil setelah lulus dalam ujian memandu.
4. Ayah saya menyambut kedatangan birasnya yang baru tiba dari Sabah.
5. Dia mendayung sampan itu dengan laju dengan harapan untuk mendapat tempat pertama dalam
pertandingan tersebut.
LATIHAN SPM 6
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
1. Saya membeli rumah mewah di atas bukit itu dengan duit titik peluh saya sendiri.
2. Ibu Anita membuat kuih bahulu yang sedap itu sempena hari lahir Kalsom.
3. Mereka menyusun kerusi-kerusi itu di padang sebelum acara sukan bermula.
4. Semua pelajar sudah membaca buku cerita yang terdapat di perpustakaan.
5. Saya selalu memasang lampu di hadapan rumah sebelum tidur.
LATIHAN SPM 7
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
1. Kamu perlu membereskan kerja yang diberikan oleh guru sebelum pulang nanti.
2. Ali telah mengambil buku itu semalam.
3. Saya sudah menyelesaikan tugasan itu semalam.
4. Ayah memarahi Kamal kerana pulang jauh malam.
5. Kakak mencuci pakaian kotor di bilik air.
LATIHAN SPM 8
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
1. Saya telah mengirimi adik wang saku untuk keperluannya belajar di luar negara.
2. Ayah menghadiahi emak seutas rantai emas sempena ulang tahun perkahwinan mereka.
3. Anda patut menyelesaikan tugas itu sekarang juga.
4. Beliau menyandang jawatan yang sangat penting dalam organisasi tersebut.
5. Kakak memasukkan sedikit garam ke dalam gulai yang sangat saya gemari.
LATIHAN SPM 9
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
1. Pengetua mengarahkan guru-guru memantau aktiviti pelajar pada waktu petang.
2. Saya mengangkat beg besar itu masuk ke bilik hotel dengan segera.
3. Anda mesti menghadiri kursus itu untuk meningkatkan kemahiran anda.
4. Ali menemui buku itu di dalam beg pakaian.
5. Anda perlu mengelakkan perbuatan mencuri kerana perbuatan itu berdosa.
LATIHAN SPM 10
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
1. Kebanyakan negara hari ini mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi.
2. Pasukan petugas Agenda Teknologi Maklumat Kebangsaan bagi Pembangunan Struktur Informasi
menggariskan beberapa langkah untuk membangunkan komputer peribadi buatan Malaysia
sepenuhnya.
3. Ayah telah berjaya menangkap seekor rusa jantan sewaktu memburu di hutan.
4. Adlin telah memetik buah rambutan di belakang rumah untuk diberi kepada Siva.
5. Adik terpaksa menyapu halaman rumah kami setiap hari kerana banyak daun yang gugur.
LATIHAN SPM 11
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
1. Menteri Pelajaran telah mengingatkan pelajar agar tidak bergantung pada kerajaan untuk
menyediakan segala kemudahan.
2. Semua orang menentang kadar baru tol kerana membebankan orang ramai.
3. Jabatan Perkhidmatan Awam tidak akan menuntut bayaran balik pinjaman daripada pelajar yang
cemerlang.
4. Awak telah menjalankan eksperimen itu dengan baik.
5. Baginda menganugerahi pahlawan itu bintang kehormat dalam satu istiadat yang berlangsung di
Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
LATIHAN SPM 12
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
1. Guru disiplin menahan pelajar itu selepas pehimpunan kerana melanggar peraturan sekolah.
2. Ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai murni kepada anak sejak kecil lagi.
3. Guru Bahasa Melayu menghadiahi pelajar itu sebatang pen setelah berjaya memperoleh A dalam
peperiksaan percubaan SPM.
4. Polis telah menangkap penculik kanak-kanak itu pada pagi tadi.
5. Kamu mestilah mematuhi undang-undang negara agar hidup kita aman.
LATIHAN SPM 13
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
1. Mereka ke sekolah dengan menaiki bas.
2. Pihak berkuasa telah berjaya membanteras aktiviti pembalakan haram itu.
3. Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk membantu pengusaha industri kecil itu.
4. Ketua kampung menegur sikap Karim dan Derus yang suka menghabiskan masa di warung.
5. Penduduk setempat mempertikaikan keputusan untuk membina tapak pelupusan sampah.
LATIHAN SPM 14
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
1. Ahmad menendang bola itu ke pintu gol.
2. Hanis membaca buku cerita kanak-kanak itu di kantin.
3. Saya melukis gambar itu kelmarin setelah diminta oleh Farah.
4. Kamu perlu menyiapkan tugasan yang diberi pada hari ini juga.
5. Tuan hamba perlu menemui Panglima Garang segera.

Anda mungkin juga menyukai