Anda di halaman 1dari 23

KOMSAS ANTOLOGI SEJADAH RINDU

PESAN LELAKI KECIL


KEPADA GADIS KAMPUS
SAZALEE YACOB
Kuhantar kau mengecapi
Kulepaskan kau
angin baru
menjadi burung putih
udara lain dari kampung
dengan sayap
bendang kuningmu
berkembang
bumantara asing dari yang
menongkah awan
sering kaumesrai
perak dan kabut
yang sama sekali berbeza
dingin
dengan suasana suntimu
mengenal kalimat
kau nikmatilah angin dan
hujan dan bilah petir
udara ilmu itu
menyelit antara
memesrai azimat dan
sembilu nasib
tangkal
dan waras akal.
dari tangga gading.
Di awan kampus
yang sarat ilmu
Pandai-pandailah
hadir sihir angin
bernafas api
kau terbang
di pohon kampus menongkah awan
yang tegar status mulus dan kabus
berceracak dingin
selumbar noda jangan kau pulang
mengabur fikir dengan percikan
di padang kampus
duka dan balutan
yang hijau
luka
pertimbangan
tumbuh gunung di sayapmu yang
ego menghalau patah
pekerti.
MAKSUD
RANGKAP
RANGKAP 1

Penyajak menghantar anak dara suntinya ke

tempat baharu yang jauh berbeza kehidupannya

supaya anaknya itu menimba ilmu dan

pengalaman di menara gading

RANGKAP 2

Penyajak melepaskan anak gadisnya untuk

mengenali kehidupan yang banyak dugaan dan

cabaran serta memerlukan pertimbangan akal

yang waras.
RANGKAP 3

Penyajak mengingatkan anak gadisnya bahawa

kehidupan di kampus bukan sahaja penuh dengan

ilmu pengetahuan, bahkan juga sarat dengan

dugaan yang mampu menghanyutkan budi pekerti

dan meninggikan ego.

RANGKAP 4

Penyajak menasihati anak gadisnya agar pandai

membawa diri dalam mengharungi kehidupan

baharu. Penyajak berharap agar anaknya itu tidak

pulang dengan kedukaan dan kegagalan.


Sajak “Pesan Lelaki Kecil
kepada Gadis Kampus”
TEMA bertemakan nasihat ibu bapa
kepada anak gadis yang akan
melanjutkan pelajaran di
Institusi Pengajian Tinggi.
PERSOALAN
PERBEZAAN ANTARA KEHIDUPAN DI DESA DENGAN
KEHIDUPAN DI KAMPUS
Penyajak menghantar anaknya menghirup udara kehidupan yang baharu di
Bandar kerana anaknya akan melanjutkan pelajaran di sana. Oleh sebab
suasana dan persekitaran Bandar dan kampung jauh berbeza, penyajak
berharap agar anaknya dapat menyesuaikan diri di bandar.

HARAPAN BAPA SUPAYA ANAKNYA DAPAT MENIKMATI


PELUANG UNTUK MENIMBA ILMU DI MENARA GADING
Penyajak mengingatkan anak gadis
suntinya tidak pulang dengan
kekecewaan.
PERSOALAN
KEBERANIAN BAPA YANG MELEPASKAN ANAK GADIS
SUNTINYA UNTUK MENUNTUT ILMU DI MENARA GADING

Penyajak sanggup membenarkan anaknya hidup di bandar untuk meluaskan


pengalaman kehidupannya. Hal ini demikian kerana penyajak mahu melatih
anaknya agar tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan agar dapat
mematangkan diri.

KEBIJAKSANAAN DALAM MENGHADAPI CABARAN DAN


DUGAAN DI KAMPUS.

Penyajak mengharapkan agar anak gadisnya bijak mengharungi kehidupan di


universiti yang penuh dengan cabaran dan. Hal ini supaya, anaknya akan
dapat mengecapi kejayaan dalam pelajarannya dan tidak pulang dengan
kekecewaan
PERSOALAN
KEHIDUPAN DI KAMPUS YANG BANYAK CABARAN.

Penyajak beranggapan bahawa universiti ialah tempat yang kaya


dengan ilmu pengetahuan untuk ditimba oleh
anak gadisnya.Walau bagaimanapun, penyajak beranggapan
bahawa banyak pengaruh negatif juga tersebar luas di sana. Oleh
hal yang demikian, penyajak berharap agar anaknya dapat membuat
pertimbangan dan keputusan yang terbaik buat dirinya agar dapat
mengelakkan sikap negatif seperti sombong.
Terdiri daripada empat rangkap.

Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak

sama, iaitu rangkap pertama: lapan baris,

rangkap kedua: enam baris, rangkap

ketiga: enam baris, dan rangkap keempat:

BENTUK
lima baris.

Jumlah patah kata dalam setiap baris

SAJAK
antara tiga hingga enam patah kata dalam

satu baris

Bilangan suku katanya antara lima hingga

lima belas suku kata.

Rima akhirnya ialah rangkap pertama:

aabcaade, rangkap kedua: abcdef,

rangkap ketiga: abcdeb, dan rangkap

keempat: abacd.
GAYA BAHASA
BAHASA KLASIK
bumantara, azimat, tangkal

RESPONSI

menongkah awan perak dan kabut


dingin
mengenal kalimat hujan dan bilah
petir
GAYA BAHASA
PERSONIFIKASI
hadir sihir angin bernafas api
tumbuh gunung ego menghalau pekerti

METAFORA
kalimat hujan
bilah petir
sembilu nasib
GAYA BAHASA
INVERSI
waras akal - akal waras
dingin kabus - kabus dingin

SINKOPE
Kuhantar  kau mengecapi angin baru
udara lain dari kampung bendang
kuningmu
Kulepaskan kau menjadi burung
putih
GAYA BAHASA
HIPERBOLA
hadir sihir angin bernafas api
menongkah awan mulus dan kabus
dingin

PERIMEJAN

hadir sihir angin bernafas api


menongkah awan mulus dan kabus
dingin
kau nikmatilah angin dan udara ilmu itu
GAYA BAHASA
ANAFORA
di pohon kampus yang tegar status
berceracak selumbar noda mengabur
fikir
di padang kampus yang hijau
pertimbangan tumbuh gunung ego
menghalau pekerti.
UNSUR BUNYI
Kulepaskan kau menjadi burung
putih (perulangan bunyi vokal u).

ASONANSI ALITERASI
dengan suasana suntimu
(perulangan bunyi konsonan s).
NADA
MELANKOLIK
NILAI
KASIH SAYANG
Penyajak yang amat menyayangi anak gadisnya menasihatinya

agar belajar bersungguh-sungguh di tempat baru

KEGIGIHAN
Penyajak menasihati anaknya supaya gigih menghadapi cabaran

hidup di bandar yang amat berbeza dengan cabaran hidup di

luar bandar.

KEBERANIAN
Keberanian penyair untuk melepaskan anak gadisnya supaya dia

dapat menuntut ilmu


NILAI
KEBIJAKSANAAN
Penyajak menasihati anak gadisnya agar bijak membawa diri

semasa di perantauan agar tidak menemui kegagalan

BERDIKARI
Penyajak berharap agar anak gadisnya dapat menyesuaikan diri

dengan kehidupan bandar yang berbeza di kampung

KETAATAN
Penyajak berharap agar anak gadisnya taat dengan nasihat yang

diberinya supaya dapat mencapai kejayaan yang diimpikannya.


Kita mestilah berani utuk
melepaskan anak-anak demi
kebaikan masa hadapan mereka

- Penyajak bersikap berani dengan


membiarkan anaknya menyambung
pelajaran di universiti walaupun

PENGAJARAN
beliau terpaksa berpisah.

Kita haruslah tabah berhadapan


dengan segala cabaran agar
matlamat yang ditetapkan tercapai

-Penyajak menasihati anaknya agar


tabah menghadapi kehidupan di
universiti agar memperoleh
kejayaan yang diingini
Kita mestilah bijak membawa
diri di tempat baharu agar
berjaya mempelajari perkara
baru
-Penyajak menasihati anaknya
agar bijak membawa diri di
tempat baru untuk mengecapi

PENGAJARAN kejayaan

Kita haruslah bersikap baik


hati supaya orang di
sekeliling kita mendapat
manfaat
-Penyajak menasihati anaknya agar
sentiasa bersikap baik hati kerana akan
adanya dugaan yang menghanyutkan budi
pekerti dan meninggikan ego
Kita mestilah memberi kasih sayang
yang secukupnya kepada anak-anak
agar mereka sentiasa diberi
perhatian yang sewajarnya

-Penyajak amat menyanyangi anaknya


dan meninggalkan banyak nasihat

PENGAJARAN
sebelum anaknya melangkah ke tempat
baru

Kita perlulah gigih dalam


menuntut ilmu untuk
membanggakan kedua ibu bapa
kita

-Penyajak berharap agar anaknya


sentiasa gigih belajar di universiti dan
pulang dengan kejayaan

Anda mungkin juga menyukai