Anda di halaman 1dari 6

MANUAL PERMAINAN PENGURUSAN KEWANGAN

1.0 PENGENALAN

Rajah 1 menunjukkan satu set permainan yang lengkap

Tujuan permainan ini adalah untuk melihat bagaimana penggunaan wang serta perkara-
perkara yang diluar jangkaan yang mungkin berlaku dalam kehidupan seharian. Permainan
ini juga memberikan fokus bagaimana individu boleh menguruskan wangnya dan dapat
menambah kewangan dari masa ke masa. Dalam permainan ini juga mengajar individu
dalam menyimpan wang dan melakukan pelaburan tertentu. Permainan ini boleh dimainkan
oleh tiga hingga lima orang pemain. Dalam pemainan ini perlu dilantik seorang pegawai
yang perlu menguruskan wang. Pada permulaan permainan setiap pemain diberikan RM
2000 untuk permulaan permainan. Untuk memulakan permainan, setiap pemain perlu
melemparkan dadu secara bergilir-giilir. Pemain yang mendapat angka yang tinggi dapat
memulakan permainan terlebih dahulu.

Rajah 2 menunjukan contoh perkara luar jangka

1
2.0 MEMULAKAN PERMAINAN

Rajah 3 menunjukan tempat MULA permainan

Pemainan pertama dadu untuk memulakan pergerakan bermula dari petak “MULA”
mengikut panah hukuman-hukuman seperti yang ditunjukkan pada petak dan perlu berhenti
mengikut angka dadu yang diperoleh. Langkah ini juga sama bagi pemain-pemain yang lain.

Rajah 4 menunjukan dadu angka 6 berkembar

Apabila seorang pemain melemparkan dadu dan mendapatkan angka 6 bagi kedua-dua
buah dadu dia berhak melemparkan dadu itu bagi kali yang kedua. Pemain akan menerima
hak-hak istimewa atau hukuman. Setiap kali pemain melemparkan dadu sama ada dia
berada di penjara atau diluar penjara dia harus bergerak dan menerima hukuman atau hak
istimewa iaitu dapat melemparkan dadu buat kali kedua. Jika lemparan kedua angka tidak
mendapat angka 6 berkembar dia harus bergerak dan menerima hak istimewa atau
hukuman. Jika pada lemparan kedua ini pemain berjaya mendapat angka 6 berkembar
maka dia bebas daripada hukuman jika dia berada di dalam penjara atau dia boleh
membuat balingan ketiga jika dia berada di luar penjara.

2
3.0 DALAM PENJARA DAN CARA KELUAR DARI PENJARA

Rajah 7 menunjukan petak hukuman penjara

Apabila seseorang itu di masukkan ke dalam penjara dia diberikan pilihan untuk keluar
daripada penjara iaitu dengan membayar sebanyak RM 500 atau dia perlu melemparkan
dadu sebanyak tiga kali. Apabila salah satu daripada lemparannya itu keluar angka 6
berkembar dia boleh meninggalkan penjara tanpa membayar denda dan bergerak ke
hadapan. Tetapi jika dia gagal memperoleh angka 6 berkembar, dia harus membayar RM
500 dan segera meninggalkan penjara dan bergerak ke hadapan. Jika pemain gagal
melakukan salah satu perkara tersebut maka pemain akan kehilangan satu pusingan
permainan. Pemain yang berada di dalam penjara masih berhak menerima wang sewa dari
pemain-pemain yang singgah di petak yang dibeli olehnya.

4.0 PERATURAN HAK ISTIMEWA DAN HUKUMAN APABILA BERHENTI BERGERAK

Setiap kali berhenti pada petak “MULA” atau melalui petak itu pemain akan memperoleh
wang sebanya RM 2000 daripada bank. Jika pemain berhenti pada petak PELUANG (?)
atau NASIB (!) pemain harus mengambil kad di atas himpunan pemainan tersebut. sesudah
membacanya dan mengikut petunjuk yang telah diberikan, pemain harus meletakkan
semula kad tersebut di bawah himpunan kad yang di ambil.

3
Rajah 8 menunjukan kad NASIB (!) dan kad PELUANG (?)

Apabila pemain berhenti pada petak harta yang belum dimiliki maka pemain boleh membeli
harta tersebut. jika pemain ingin membeli harta itu pemain perlu membayar kepada bank
dengan harga yang telah dinyatakan. harta seperti rumah dan kereta boleh disewa kepada
pemain lain yang masih belum memiliki harta itu pada petak tersebut jika dia berhenti pada
petak itu. jika pemain yang sudah memiliki rumah pada petak yang telah dibeli olehnya,
pemain boleh membina rumah atau membeli kereta yang lain pada petak yang sama. Jika
pemain berhenti pada tempat harta yang telah digadaikan oleh tuannya maka pemain tidak
perlu membayar sewa kepada pemain lain.

Rajah 9 menunjukan beberapa contoh harta

4
Jika salah seorang pemain membli telefon pintar, pemain lain perlu membayar CAS
PANGGILAN TELEFON kepada pemain yang memiliki telefon pintar jika mereka berhenti
pada petak tersebut. Bagi mengelakkan perkara itu berulang semua pemain perlu memiliki
telefon pintar dan cas tidak akan dikenakan jika semua pemain memiliki telefon pintar.
Seterusnya, Jika pemain berhenti pada petak cukai, pemain perlu membayar cukai kepada
bank.

Rajah 10 menunjukan petak yang dikenakan cukai

5.0 MENJUAL HARTA

Rajah 11 menunjukan petak emas

Pemain boleh menjual hartanya yang belum digadai kepada bank dengan setengah dari
harga. Harta seperti rumah boleh dijual kepada pemain lain dengan harga yang lebih mahal
berbanding harga yang telah dibeli. Harta yang boleh dijual dengan nilai yang lebih tinggi
daripada harga yang dibeli ialah emas.

6.0 GADAIAN

Harta yang digadai oleh bank boleh dijual kepada pemain yang lain dengan harga yang
ditetapkan. Harta yang digadai boleh dibeli semula jika dia ingin mengambil semula harta
yang digadaikan itu.

5
7.0 SIMPANAN DAN PELABURAN

Jika ingin membuat simpanan pemain boleh membuat simpanan di bank mengikut jumlah
yang ingin di simpan. Jika pemain berhenti pada kotak yang tertulis MEMBUAT SIMPANAN
DI BANK SEBANYAK RM 150 pemain wajib membuat simpanan pada bank. Bagi pelaburan
individu boleh membuat pelaburan pada AMANAH SAHAM jika dia berhenti pada petak
tersebut. Hasil daripada pelaburan bergantung kepada jumlah pelaburan yang dilakukan.
Nilai hasil pelaburan meningkat setiap kali 5 pusingan.

8.0 KEKURANGAN WANG

Rajah 12 menunjukan sejumlah duit

Apabila pemain kekurangan wang, pemain boleh membuat pinjaman bank atau boleh
membuat pinjaman dengan pemain-pemain yang lain. pemain perlu menyatakan berapa
tempoh pusingan untuk menyelesaikan hutang tersebut. Jika dia gagal untuk membayar
hutang maka dia perlu menjual atau mengadaikan hartanya bagi menyelesaikan hutang.

9.0 TAMAT PERMAINAN

Pemain yang tidak dapat membayar hutang dia harus mengisytiharkan dirinya bankrupt.
Segala harta-harta yang pemain itu peroleh akan diambil oleh bank. Bank boleh menjual
harta tersebut dengan lelong kepada pembeli yang sanggup membayar harga yang paling
tinggi. pemain yang sudah bankrap harus berhenti bermain. Pemainan tamat apabila semua
pemain berhenti. Pemain terakhir yang masih tinggal akan dikira sebagai pemenang.
Pemain yang paling kaya iaitu yang paling banyak simpanan boleh dikira sebagai pemenang
Jika semua pemain ingin hentikan permainan tanpa ada dalam kalangan pemainan bankrap.