Anda di halaman 1dari 6

1.

0 PENDAHULUAN

Sukan bukanlah suatu perkara yang asing kepada para pelajar. Melalui sukan ini, para
pelajar didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran bersukan, bidang ini bukan sahaja
mampu menyumbang kepada tahap kesihatan yang baik, malahan mampu menjana
pendapatan peribadi, melonjakkan nama ahli sukan dan juga nama Negara sekiranya dapat
dipacu dengan cemerlang sekali. Selain itu, perancangan dan latihan yang rapi adalah sangat
diperlukan. Perbincangan dan susun atur jadual program yang baik akan melancarkan lagi
kejohanan ini. Seterusnya, kerjasama daripada semua pihak dan komitmen yang padu perlu
ada untuk memperoleh kejayaan yang baik. Justeru, pihak guru pelatih perlu mengambil
serius perihal pengurusan kejohanan sukan ini.

Kejohanan Olahraga Tahunan KOT, 2019 merupakan kejohanan olahraga tahunan


yang dijalankan saban tahun di padang IPGKPI. Tujuan Temasya olahraga ini dianjurkan
adalah untuk menggilap kecemerlangan pelajar maktab ini khususnya dalam sukan olahraga.
Selain itu, melalui temasya olahraga ini dapat memberi peluang kepada seluruh warga
kampus terutamanya guru pelatih dalam mengurus, melaksanakan, melatih dan menilai
kemampuan untuk menganjurkan kejohanan yang besar di peringkat sekolah nanti. Melalui
temasya olahraga ini juga dapat menunjukkan kerjasama sepasukan yang amat tinggi untuk
mengadakannya. Berkat kerjasama yang diberikan oleh para bakal guru, pensyarah, staf
sokongan, dan pentadbiran maka temasya olahraga ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Oleh itu, dalam kursus MPU3071 iaitu Kokurikulum: Olahraga, bakal guru dilatih untuk
mengelola acara sukan yang melibatkan acara padang dan acara balapan.

Acara balapan adalah melibatkan acara yang melibatkan larian termasuklah lari pecut
100 meter, 200 meter, lari 400 meter, 4 x 100m, 4 x 200m dan lain-lain lagi. Acara padang
pula melibatkan acara-acara selain larian iaitu antaranya lontar peluru, lompat jauh, lompat
tinggi, rejam lembing dan lain-lain lagi. Aktiviti ini dijalankan sepanjang kursus MPU3071 bagi
memberi pendedahan kepada bakal guru serba sedikit kemahiran dan teknik melaksanakan
acara-acara ini di sekolah kelak.

Oleh yang demikian, tugasan yang kami terima adalah untuk mengelola sebuah
Kejohanan Olahraga Tahunan di peringkat IPG Kampus Pendidikan Islam, membuat post-
mortem mengenainya, membuat Rancangan Pengajaran Harian aktiviti sukan,
melaksanakannya serta melakukan refleksi dan yang terakhir ialah ujian amali acara balapan
dan padang.

1
Post-mortem dilaksanakan bagi mengenalpasti kekurangan atau kelemahan dalam
pelaksanaan aktiviti. Oleh yang demikian, para pelajar PISMP sem 4 2019 ditugaskan untuk
melakukan post-mortem terhadap Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) 2019 yang
dikendalikan oleh kami pada tanggal 14 Mac 2019 yang lalu. KOT dikendalikan sepenuhnya
oleh pelajar PISMP sem 4 2019 dengan pembahagian Ahli-Ahli Jawatankuasa dan gerak kerja
masing-masing. Saya memilih untuk menyertai AJK Persembahan. KOT 2019 diadakan
bertempat di padang Institut Penilaian Negara (INSPEN), Kajang. Post-mortem dilakukan
setelah selesai melaksanakan KOT. Laporan post-mortem yang saya hasilkan terbahagi
kepada 3 bahagian iaitu Sebelum, Semasa dan Selepas.

1.1 LAPORAN SEBELUM KOT

Sebelum KOT berlansung pada 14 Mac 2019, acara-acara sukan lain telahpun dijalankan di
dalam kawasan IPG KPI. Acara sukantara dan latihan sukan dilaksanakan mengikut jadual
yang telah ditetapkan. Kami juga turut mengendalikan aktiviti merentas desa. Dari pandangan
saya, antara kekuatan yang dimiliki oleh kami ialah kerjasama yang tidak mengenal siapa,
tidak kira lelaki atau perempuan, tidak kira pengkhususan apapun. Sikap bantu-membantu
dapat dilihat dan dirasa dengan jelas. Seterusnya ialah kekuatan dalam menguruskan memilih
AJK-AJK. Pengarah program yang kami pilih adalah dari golongan pelajar elektif Pendidikan
Jasmani, maka kami yakin dengan kebolehan dan pengetahuan sedia ada beliau dalam
memilih AJK pelaksana. Dan terbukti bahawa sememangnya AJK yang dipilih dapat
melaksanakan tugas dengan sebaiknya dan memberi komitmen sepenuhnya pada
tanggungjawab mereka. Arahan yang diberi juga dipatuhi oleh rakan-rakan sepasukan.
Kekuatan yang terakhir yang saya dapat lihat ialah dari segi persediaan, sememangnya 14
Mac 2019, tarikh KOT yang dirancang amat ditunggu-tunggu dengan pelbagai persediaan
daripada setiap pelajar PISMP Sem 4.

Dari segi kelemahan sebelum berlansung KOT 2019, antara perkara yang saya dapat
lihat ialah dari segi kekangan masa dengan aktiviti yang padat. Sukantara dan aktiviti
merentas desa hampir mengganggu masa antara satu sama lain kerana 14 Mac menjelang
tiba. Namun begitu, jadual dapat disusun semula dengan teratur. Antara faktor lain yang
menyebabkan gangguan pada jadual ialah kerana cuaca yang agak tidak menentu. Justeru
itu, AJK yang terlibat harus lebih bijak mengatur semula jadual dan sentiasa bersedia dengan
apa jua kebarangkalian yang mungkin berlaku. Selain itu, kelemahan yang juga dapat dilihat
ialah dari segi persembahan KOT yang mana melibatkan diri saya sendiri sebagai AJK.
Latihan persembahan menjadi sedikit kelam kabut apabila jadual latihan yang diterbitkan

2
bertindih dengan urusan lain sebagai contoh ada sebahagian pelajar yang perlu menyiapkan
kerja kursus, ada sebahagian yang perlu menguruskan sukantara dan lain-lain lagi. Hal ini
menyebabkan urusan latihan persembahan menjadi agak sukar. Oleh itu, seharusnya latihan
diadakan dengan lebih awal. Ahli persembahan juga perlu mengorbankan masa seperti waktu
malam demi menjayakan persembahan yang dirancang.

1.2 LAPORAN SEMASA KOT

14 Mac 2019, maka berlansunglah KOT 2019. Pada hari yang dinanti-nanti oleh seluruh warga
IPG KPI tersebut, kekuatan yang dimiliki oleh pelajar sem 4 boleh dilihat dari segi semangat
dan komitmen yang diberikan. Kami tidak berpeluang untuk membuat persediaan di INSPEN
sehari sebelum kejadian atas sedikit kekangan. Justeru itu, kami merancang untuk hadir
seawall 5.30 pagi di INSPEN untuk membuat persediaan. Dan Alhamdulillah, semua ahli
PISMP sem 4 amat bersemangat dan hadir pada masa yang ditetapkan. Selain itu, pada hari
kejadian itu juga, dapat dilihat sokongan yang diberikan oleh pelajar IPG KPI. Mereka
mengikut jadual perjalanan bas yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur menyebabkan
program menjadi lebih teratur. Arahan-arahan juga dipatuhi dengan sepenuhnya. Akhir sekali
adalah kekuatan dari segi pengorbanan rakan. Ada sebahagian tugasan yang tidak dapat
dilaksanakan oleh seseorang, namun dibantu oleh pihak lain sebagai bidan terjun. Sebagai
contoh, ada seorang daripada kami yang terpaksa menjadi AJK Fotografi pada hari tersebut,
namun beliau juga adalah penjaga masa larian. Ditakdirkan seorang wakil datang merelakan
diri untuk menggantikan penjaga masa tersebut. Itulah semangat yang diinginkan.

Dari segi kelemahan pula saya dapat lihat daripada segi kecukupan ahli dalam
kepegawaian. Saya yang juga dilantik untuk menjadi penjaga masa semasa hari tersebut
melihat perkara ini sendiri iaitu apabila pihak kami ditegur oleh Dr. Vaneeta kerana tidak
menyediakan orang yang memegang bendera di setiap sudut larian 4 x 100 meter. Hal ini
berlaku kerana kami tidak dapat menyediakan AJK yang cukup. Selain itu, kelemahan lain
pula adalah berkait dengan masalah yang sama yang ditegur oleh Dr. Vaneeta. Kami tidak
mempunyai kemahiran ataupun pengalaman dalam mengendalikan acara kejohanan sukan.
Oleh kerana itu, berlaku sedikit kekurangan dalam mengendalikan memandangkan ini
pengalaman pertama kami. Mungkin seharusnya ditaklimatkan dengan lebih mendalam
kepada setiap AJK tentang pelaksanaan. Akhir sekali adalah dari segi persembahan, ada
sedikit kesilapan yang berlaku dalam persembahan iaitu dari segi posisi persembahan. Hal ini
berlaku kerana kami tidak dapat menjalankan rehearsal sekalipun di INSPEN. Mungkin hal ini

3
akan dapat diatasi oleh pengelola KOT seterusnya iaitu dengan mengadakan rehearsal di
padang berkenaan.

1.3 LAPORAN SELEPAS KOT

Selepas selesainya KOT 2019 agak-agak dalam jam 12.30 tengahari, kami memulakan aktiviti
mengemas. Kekuatan yang dilihat selepas aktiviti KOT ini ialah kerjasama daripada setiap
ahli PISMP sem 4. Walaupun sudah ditetapkan AJK Kebersihan dan AJk Persiapan Tempat,
namun AJK-AJK lain tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai rakan seperjuangan. Ada
beberapa AJK-AJK turut memberi bantuan walaupun semua dalam keadaan penat. Selain itu,
pengurusan pulang para peserta dan penonton KOT 2019 juga dapat dikendalikan dengan
baik oleh AJK Pengangkutan.

Akhir sekali ialah post-mortem. Walaupun tugasan mengelolakan KOT sudah selesai,
namun AJK-AJK masih memberi komitmen dalam mengadakan post-mortem.Akhir sekali
adalah dari segi kelemahan selepas KOT. Antara yang dapat dilihat adalah pengalaman yang
ada tidak diambil sebagai pengetahuan. Apa yang dimaksudkan ialah AJK-AJK kepegawaian
yang belajar mengenai acara yang dikendalikan masing-masing melupakan ilmu yang telah
dipelajari Hal ini dapat dilihat apabila melakukan amali tugasan 3, masih ramai tidak
menguasai kemahiran sebenar melontar peluru.

Seterusnya, kekuatan yang dimiliki harus diperkukuh, yang lemah harus


ditambahbaik. Semoga KOT seterusnya dapat dilaksanakan dengan lebih baik. Selepas
selesai semua aturcara ini, kami mendapat pelbagai pujian dan banyak kata-kata positif
daripada pensyarah dan pihak yang terlibat hasil pengurusan yang telah kami lakukan.
Banyak ilmu baru yang dapat kami perolehi tentang cara bagaimana untuk melangsungkan
kejohanan olahraga tahunan di sekolah nanti. Pemilihan ahli jawatankuasa yang mantap
sangat penting supaya setiap tugas dapat dilakukan sengan lancar. Kerjasama dan
pembahagian tugas, serta bajet yang betul sangat berguna. Selain itu, kita juga perlu
menanamkan sikap bertanggungjawab dan tidak berkira dalam mengeluarkan wang dan
penggunaan masa. Seorang guru seharusnya bersikap professional dan fleksibel dalam apa
jua keadaan.

Tidak ketinggalan juga, kami dikehendaki membuat laporan hasil daripada


pengalaman dan pengetahuan baharu yang telah kami perolehi berdasarkan hasil daripada

4
pengurusan yang telah kami lakukan. Kejayaan kami juga merupakan markah yang akan kami
perolehi daripada pensyarah pembimbing kami bagi subjek kokorikulum ini. Pada pendapat
kami, kejohanan olahraga pada kali ini sangat member manfaat yang besar kepada kami
semua yang bakal menjadi pendidik untuk generasi akan datang. Kami dapat meyemai
banyak nilai dan sikap positif selaras dengan Falsafah Pendidkan dan Rukun Negara. Guru
yang baik juga harus bijak dan patuh mengikut arahan yang telah diberikan. Sebagai contoh,
kami dikehendaki menjalankan tugas mengikut arahan yang telah diberikan daripada ketua-
ketua setiap bahagian, hal ini bagi memastikan semua perkara dapat diuruskan dengan baik
dan lebih sistematik.

Kami berharap agar kesemua perkara yang telah kami pelajari ini menjadi salah satu
panduan untuk kami nanti. Seawalnya, banyak perkara yang tidak kami ketahui dan setelah
daripada hasil perbincangan melalui mesyuarat dan ahlijawatankuasa, kami dapat
mengetahui dengan lebih jelas bagaimana cara daripada awal sehingga akhir kejohanan
harus dilakukan. Kami juga lebih bijak menguruskan peralatan dan masa walaupun banyak
halangan yang menimpa seperti keadaan cuaca yang tidak mengizinkan, kami perlu membuat
alternatif lain supaya kejohanan olahraga tahunan ini tetap berlangsung dengan lancar dan
baik.

Kesimpulannya, kejohanan olahraga tahunan ini dapat meningkatkan minat serta


bakat guru-guru dalam bidang kerja dapat diperkembangkan lagi. Selain itu, ia juga dapat
membantu kita dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek antara guru-guru pelatih. Melalui
hasil pengurusan ini, guru-guru pelatih yang berdisiplin dan berkeyakinan diri dapat dilahirkan
mengikut tahap dan kemampuan masing-masing dalam pelbagai bidang. Akhir kata, yang
berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Yang baik, dijadikan tauladan, yang buruk
dijadikan sempadan.

5
Lampiran