Anda di halaman 1dari 2

2.

1 REFLEKSI PERLAKSANAAN RPH

Aktiviti yang saya rancang bersama Muhammad Anas Bin Zaharudin dan Mohamad Hazmin
Bin Mohd Taib ialah acara melempar cakera. Aktiviti ini berlansung selama 30 minit
sepertimana yang telah dirancang. Dengan melakukan refleksi, kami akan dapat mengetahui
kekuatan dan kelemahan aktiviti yang kami rancangkan.

Pelaksanaan aktiviti kami amat mudah memandangkan kami mengendalikan suatu


acara padang yang agak bahaya iaitu melempar cakera. Aktiviti dimulakan dengan baik iaitu
murid mendengar arahan guru dengan sebaiknya. Murid-murid melakukan regangan otot
secara bersama-sama diketuai oleh seorang murid sukarela. Kemudian, kami menggunakan
Frisbee sebagai ganti untuk melatih murid cara ataupun teknik untuk memegang cakera
dengan betul. Namun begitu, kesilapan yang kami dapati di sini ialah dari segi saiz iaitu saiz
cakera yang lebih kecil dari Frisbee. Maka, latihan ini sedikit terganggu dan tidak dapat
dijalankan dengan betul.

Seterusnya adalah langkah melempar. Kami menerangkan kepada murid tentang


kaedah melempar cakera mengikut rujukan yang telah kami ambil daripada laman web.
Namun begitu, kelemahan yang kami dapati adalah apabila murid menanyakan soalan yang
di luar jangkaan kami. Kami sedikit keliru dan terpaksa mencari rujukan semula. Oleh yang
demikian, sebagai seorang guru seharusnya memahirkan dahulu sesuatu teknik sebelum
mengajarkannya kepada murid.

Pada fasa kemuncak, kami mengadakan permainan kecil atau boleh dikategorikan
sebagai pertandingan. Di saat ini, murid kelihatan sangat seronok dan mengikut segala
arahan guru. Namun begitu, kekurangan yang dapat dilihat di sini ialah dari segi penetapan
jarak. Kami terlalu memandang rendah kepada kekuatan murid dan hanya meletakkan 5
meter sebagai jarak pertama yang perlu dilepasi sedangka murid melempar lebih jauh
daripada yang dijangka. Justeru itu, kami seharusnya lebih bijak menilai.

Aktiviti ini berakhir dengan baik. Murid memberikan refleksi yang baik dan mengatakan
suka pada aktiviti secara berkumpulan yang kami jalankan. Yang baik kami kekalkan, yang
buruk kami akan tambahbaik.

16
2.2 KESIMPULAN

Oleh yang demikian, maka berakhirlah tugasan melakukan refleksi terhadap kedua-dua
aktiviti atau program yang dijalankan. Dengan pengalaman yang kami dapat daripada tugasan
kerja kursus ini, insyaAllah akan mudahlah untuk kami laksanakan di sekolah kelak. Malahan
ada juga guru baru yang terpaksa mengajar Pendidikan Jasmani di sekolah. Jika berlaku
kepada kami, kami sudah ada teknik dan pengalamannya.

Refleksi dan post-mortem juga adalah salah satu perkara wajib yang perlu dilakukan
setelah selesai melaksanakan sebuah aktiviti. Daripada refleksi, program yang akan
dijalankan pada masa hadapan akan bertambah baik lagi. Yang baik dikekalkan, yang buruk
ditambahbaik. Oleh yang demikian, semoga kejayaan dan pengalaman kami dalam
melaksanakan KOT 2019 serta melakukan refleksi dan post-mortem, semoga guru yang
kompeten, aktif dan fleksibel dapat dihasilkan demi menuju negara maju dalam bidang
pendidikan mahupun sukan.

17