Anda di halaman 1dari 6

PENGAJARAN DARI QUR'AN.

KONSPIRASI Samiri terhadap Rasul

Sila baca SURAH TAHA (20:85-88)

Dalam Kisah yang digambarkan peristiwa Nabi Musa. Dimana dia mengadap Tuhan dan ditinggalkan
kaumnya bersama Harun.

Dalam masa yang singkat kaum Nabi Musa telah syirik pada tuhan dengan menyembah Sapi betina.
Sebagai mengambil iktibar dari kisah tersebut

Terlalu mudah untuk manusia terpesong dalam jangka masa yang singkat dan ingkar terhadap rasul
walaupun rasul rasul bersama mereka. Lebih lagi mereka itu semua menyaksikan kehebatan Mukjizat
Nabi.

Dalam AQ, Kisah Nabi Musa menceritakan mengenai Samiri.

Samiri berada di antara Musa dan Harun, ia berada di antara lingkungan/lingkaran rasul.

Ada pengetahuan yang diketahui oleh Samiri dan orang lain tidak mengetahuinya, dan ia memanfaatkan
perhubungannya dgn rasul dan kemudian ia disingkirkan.

(20:88 ) Ia (Samiri) mengatakan:

20:88

Kemudian dia keluarkan bagi mereka Anak Lembu yang hanya berjasad, berbunyi seperti lembu; dan
mereka berkata, "Inilah tuhan kamu, dan tuhan Musa, yang dia lupa."

‫فنسي موسى وإله إلهكم هذا‬


Hadzaa ilaahu-kum wa ilaahu-muusaa, fa-nasiya

Ini adalah tuhan kamu dan ini adalah tuhan musa, maka ia (Musa) lupa
___

Musa adalah Rasulullah, kalimah itu menjurus kepada:

1. Ia (samiri) berkata atas nama Musa atas apa yang Musa tidak lakukan

2. Ia (samiri) berkata atas nama Rasul atas apa yang Rasul tidak lakukan

3. Ia (samiri) berbohong.

Apa yang diperhatikan dari situ, bahawa:

1. Ada seseorang yang berada di samping rasul, kemudian ia memanfaatkan ke-tidak-tahu-an orang lain.

2. Ada orang yang berkata mengunakan atas nama Rasul tetapi bukan apa yang rasul lakukan.

3. Tidak semua perkataan yang keluar dari mulut/lidah orang yang berkata atas rasul seperti ini dan
seperti itu merupakan satu kebenaran, maka ia perlu diklarifikasi supaya berwaspada/hati hati.

Soalan 1: Siapakah samiri tersebut? Adakah nama seseorang atau sifat individu?

Soalan 2: Adakah mungkin Samiri-samiri lain juga wujud dizaman Rasulullah?

Soalan 3: Adakah samimi-samiri masih wujud sehingga kehari ini?

‫السامري أضلهم‬
Samiri menyesatkan mereka

20:99 Demikianlah Kami kisahkan kepadamu sebahagian kisah yang telah lalu,

DAN SUNGGUH, TELAH KAMI BERIKAN KEPADAMU dari sisi Kami peringatan. ( Iaitu AlQuran)

Dan Nabi sendiri tidak.mengenali siapa yg munafik dikalangan mereka yg bersamanya.


Allah SWT berfirman:

ْ ‫ب ِمنَْ َحولَــ ُكمْ َومِ َّم‬


‫ن‬ ِْ ‫ل َومِ نْ ۛ ُم ٰن ِفقُونَْ اْلَع َرا‬
ِْ ‫علَى َم َردُوا ۛ ال َمدِينَ ِْة اَه‬
َ ‫ق‬ َْ ْ‫سنُعَ ِذبُ ُهمْ ۛ نَـعلَْ ُم ُهمْ نَحنُْ ۛ ت َعلَ ُم ُهم‬
ِْ ‫ْل ۛ النِفَا‬ َ ‫ن‬
ِْ ‫َّم َّرت َي‬
‫عذَابْ ا ِٰلى ي َُردُّونَْ ث َُّْم‬
َ ‫م‬
ْ ‫ي‬ ِ‫ظ‬ ‫ع‬
َ

"Dan di antara orang-orang yang di sekeliling kamu dari orang-orang "A'raab" ada yang bersifat munafik
dan (demikian juga) sebahagian dari penduduk Madinah; mereka telah berkeras dengan sifat munafik;
engkau tidak mengetahui mereka (bahkan) Kamilah yang mengetahui mereka. Kami akan azabkan
mereka berulang-ulang, kemudian mereka dikembalikan kepada azab yang besar."

(QS. At-Taubah: Ayat 101)

35:5. Wahai manusia, janji Allah adalah benar; maka janganlah kehidupan dunia menipu kamu, dan
janganlah *penipu dapat menipu kamu mengenai Allah*.
Ketahuilah bahawa kita mundur bukan kerana Bani Israel menganiayai kita. Kita mundur bukan kerana
orang Kristian mensabotaj kita.

Di Malaysia pula, orang Melayu yang beragama Islam mundur bukan kerana kita menerima orang Cina
dan India sebagai warganegara kita.

Orang Melayu mundur bukan kerana orang Cina dan India mensabotaj ekonomi kita.

Kita mundur kerana kita tidak mendirikan iltizam/komitmen atau solat. Kita tiada kesungguhan di dalam
melakukan sesuatu.

Selain dari itu, kita tidak mengikuti Nabi Muhammad dan generasi gemilang baginda.

Setelah sekian lama mencari, akhirnya kini saya berupaya membuat kesimpulan bahawa kita mundur
bukan kerana ada perkara yang generasi Nabi Muhammad buat dan kita tak buat RUPANYA ia adalah
kerana kita memandai-mandai buat perkara yang generasi ini tidak buat.

Kita mencipta ritual, perkara yang tidak pernah dibuat oleh Nabi Muhammad.

Kita menjadi masyarakat FORM OVER SUBSTANCE, dengan kepercayaan kepada sistem kasta yang
sangat kuat. Pada kita, ustaz, para imam dan mufti adalah penafsir agama dan cara Nabi Muhammad,
sedangkan mereka tidak sedikit pun mengikuti Nabi.

Mereka ini kita gelar ulama. Sedangkan ulama sebenar menurut Al Quran ialah para pengkaji yang
mempunyai pengetahuan yang luas atau bahasa modennya saintis.

"Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Kami keluarkan dengan air
hujan itu buah-buahan yang berlainan jenis dan rupanya; dan di antara gunung-ganang pula ada yang
mempunyai jalur-jalur serta lorong-lorong putih dan merah, yang berlainan warnanya (tua dan muda)
dan ada juga yang hitam legam; " AQ 35:27
"Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang
ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang takut kepada Allah dari kalangan
hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu *( ‫ العُلَ َمؤُا‬l-ʿulamāu)*. Sesungguhnya Allah Maha
Kuasa, lagi Maha Pengampun." AQ 35:28

Keterangan di atas jelas menunjukkan bahawa seseorang hanya layak dipanggil ulama apabila dia
mengkaji tentang kejadian alam sekelilingnya, bukan agamawan seperti definisi kita kini.

Di zaman emas Islam, saintis-saintis (ulama) inilah yang mengharumkan nama Islam dengan penemuan
dan ciptaan yang terkini.

Sekarang, orang Islam cuma mengguna pakai teknoloji orang yang kita anggap kafir. Cuma yang
dilakukan oleh "para ulama" ialah membuat fatwa hukum memakai teknoloji itu. Contohnya hukum
ringtone guna ayat Al Quran dan sebagainya.

Para ulama yang kita begitu bangga dengannya tidak pernah mencipta satu apa pun. Malah seluar dalam
yang dia guna untuk buat ceramah di hadapan beribu orang itupun kalau orang Cina kafir tak buat
kilang, maka, tak berseluar dalamlah "ulama" kita.

‫أَلَ ْم‬ alam ْ‫ت ََر‬ tara = ( perhatikan atau observed ) Tidakkah kamu melihat bagaimana Tuhan
menurunkan

air dari langit dan dengannya ( Physicist )

Kami mengeluarkan buah-buahan yang bermacam-macam warna? ( Agriculturalnist )

Dan di gunung-gunung terdapat jalur- jalur putih dan merah daripada bermacam-macam warna dan
hitam legap. (geologist )

Antara manusia (physician)

juga dan haiwan dan binatang ternak bermacam-macam warnanya. ( biologist )


Begitulah, hanya yang takut kepada Tuhan antara hamba-hamba-Nya ialah para ulama’.

Sesungguhnya Tuhan Yang Perkasa, Yang Pengampun. (Al-Quran, 35: 27-28)