Anda di halaman 1dari 3

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN

KESIHATAN

KALI – 1/2020

SK TANJONG PARI
09100 BALING KEDAH

Tarikh : 13.01.2020 (ISNIN )


Masa : 1.30 Tengah hari
Tempat : Pusat Sumber Sekolah
Kehadiran:
1. En. Iszaiezham Bin Ismail
2. En. Fat’hi Bin Haji Tahir
3. En.Abdul Manan bin Nawang
4. En. Mohd Azhar bin Md Isa
5. Pn.Hasni Binti Manaf

AGENDA 1: UCAPAN KETUA PANITIA PENDIDIKAN JASMANI & PENDIDIKAN KESIHATAN

1.1 Ucapan terima kasih atas kehadiran guru-guru ke Mesyuarat Panitia Pendidikan Jasmani Kali -1 bagi
sesi 2020

1.2 Mengharapkan semua guru memberikan kerjasama agar semua program yang dirancang dapat
dijalankan dengan sebaik mungkin.

Tindakan : Ketua Panitia

AGENDA 2 : RANCANGAN MENGAJAR

2.1 Ketua Panitia Pendidikan Jasmani menjelaskan Buku Rancangan Mengajar ditulis dengan
berpandukan Standard Pelajaran (SP) dan Dokumen Standard Kurikulum Pelajaran (DSKP) yang terkini
dan mengikut Surat Pekeliling .

2.2 DSKP dan SP diserahkan kepada semua guru.

2.3 Rancangan Pelajaran Tahunan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah disiapkan. Mengucapkan
terima kasih kepada guru-guru yang menyediakan RPT 2020. RPT Pendidikan Jasmani dan Kesihatan akan
dibuat dalam bentuk Hard Copy dan Soft Copy.

2.4 Pengerusi menerangkan format penulisan Buku Rancangan Harian sekurang-kurangnya perlu ada
tunjang, tajuk, sub tajuk, objektif, aktiviti, BBM dan catatan.
2.5 Pembahagian kelas mengajar bagi sesi 2020

BIL KELAS NAMA GURU

1 1 PROGRESIF ISZAIEZHAM

2 1 TRANSFORMASI MANAN

3 2 PROGRESIF FAT’HI

4 2 TRANSFORMASI MANAN

5 3 PROGRESIF ISZAIEZHAM

6 3 TRANSFORMASI FATHI

7 4 PROGRESIF AZHAR

8 4 TRANSFORMASI MANAN

9 5 PROGRESIF ISZAIEZHAM

10 5 TRANSFORMASI MANAN

11 6 PROGRESIF HASNI

12 6 TRANSFORMASI FAT’HI

AGENDA 3 : AKTIVITI TAHUNAN

3.1 Aktiviti Kuiz Pendidikan Jasmani dan Kesihatan berbentuk pengetahuan am akan diadakan pada
bulan Pendidikan Jasmani.

3.2 Memaklumkan bahawa buku tulis mesti ada untuk pendidikan kesihatan. Wajib ada aktiviti dalam
buku tulis sebagai bukti kita menjalankan sesi pendidikan kesihatan.

3.3 Memaklumkan aktiviti ujian SEGAK perlu dilakukan 2 kali setahun iaitu pada bulan 4 untuk penggal
pertama dan bulan 8 untuk penggal ke 2. Ujian tersebut perlu direkodkan didalam kad rekod ujian SEGAK
dan di masukkan ke dalam aplikasi yang telah di sediakan oleh pihak Jabatan Pelajaran Kedah.

Tindakan : Semua guru

AGENDA 4: ANGGARAN PERBELANJAAN

4.1 Ketua Panitia meminta kepada semua guru menyenarai peralatan PJK yang diperlukan untuk tahun ini
dan diserahkan kepadanya untuk atau boleh meminta peralatan tersebut melalui nota minta yang boleh
didapati di pejabat.
4.2 En. Mohd Azhar mencadangkan supaya membeli lebih banyak bola memandangkan kita
kekurangan bola di stor PJ.

4.4 Pn.Hasni Mencadangkan supaya menambah bilangan pundi kacang dan juga sebuah bangku
gimnastik memandangkan ia perlu bagi memenuhi keperluan pengajaran dalam KSSR. Beliau juga
mencadangkan supaya membeli peralatan lain yang bersesuaian untuk murid tahap 1.

Tindakan : Semua guru

AGENDA 5 : HAL-HAL LAIN

5.1 Ketua Panitia meminta supaya hanya guru yang mengambil peralatan PJK dan memastikan peralatan
tersebut disimpan semula ditempat asalnya. Selain itu juga segala peminjaman peralatan dicatatkan
dalam buku catatan peminjaman peralatan.

5.2 Pastikan buku latihan Pendidikan Kesihatan ditanda dan digunakan sebaik mungkin bagi
mengelakkan aduan dari ibu bapa penggunaan buku tulis PJK yang terlalu sedikit untuk setahun.

5.3 Guru-guru diminta menyenaraikan peralatan yang diperlukan dengan kadar yang segera untuk proses
membuat tempahan barang.

Tindakan : Semua guru

AGENDA 6 : UCAPAN PENANGGUHAN

6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir.Berharap semua guru dapat
meningkatkan lagi prestasi pencapaian murid-murid terutama untuk mata pelajaran Pendidikan
jamsmani dan Pendidikan kesihatan.

6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang dengan bacaan Surah Wal Asr dan tasbih kifarah

Disediakan oleh : Disemak oleh:

………………………………….…………… ……………………………………….
( En. Abdul Manan Bin Nawang ) ( En. Fat’hi Bin Haji Tahir )
Setiausaha Ketua Panitia PJPK
Panitia PJPK SK TANJONG PARI
SK TANJOONG PARI

Anda mungkin juga menyukai