Anda di halaman 1dari 3

Perkembangan Frog.

Vle di SMK St Michael

-Sebelum ini Frog.Vle hanya digunakan oleh guru-guru ICT, kini selepas diberikan latihan dan perkongsian
yang aktif dalam kalangan guru, ia turut digunakan oleh guru-guru matapelajaran lain.

-Infrastruktur yang semakin lengkap. Sebelum ini hanya makmal komputer digunakan untuk pembelajaran
melibatkan ICT, dengan bantuan FrogAsia SMK St Michael memiliki dua buah Frog Classroom lengkap
dengan Chromebook dan capaian internet berkelajuan tinggi untuk kegunaan seluruh warga sekolah.

-Pembudayaan mengenai penggunaan Frog.Vle menjadi semakin mudah. Dengan kelengkapan dan
infrastruktur yang lengkap, ianya memudahkan guru-guru dan pelajar-pelajar untuk menggunakan
platform Frog.Vle untuk pelbagai tujuan dan perkongsian berkaitan pendidikan

-Laman web rasmi SMK St Michael juga menggunakan platform Frog.Vle. Laman web ini telah dimulakan
oleh bekas guru ICT SMK St. Michael, dan kini diteruskan oleh guru-guru advokasi Frog.Vle di SMK St
Michael.

-Terdapat hubungan positif yang signifikan di antara tahap kemahiran ICT dengan tahap penggunaan
Frog.Vle. Keputusan ini menunjukkan bahawa jika tahap kemahiran ICT tinggi maka penggunaan Frog.Vle
dalam kalangan guru juga tinggi. Sebaliknya jika tahap kemahiran ICT rendah maka penggunaan Frog.Vle
dalam kalangan guru juga rendah.

Manfaat dan faedah Frog.Vle di SMK St Michael

-Memudahkan perkongsian gambar-gambar aktiviti terkini di sekolah, pengumuman dari pihak sekolah
untuk pelajar dan ibu-bapa, dan menjadi platform yang mengumpulkan pautan ke akaun-akaun media
sosial milik SMK St Michael seperti laman Facebook dan Channel Youtube sekolah.

-Pelajar jadi lebih bermotivasi apabila dapat menggunakan Frog.Vle untuk tujuan pembelajaran,
mengetahui perkembangan sekolah, menjadi saluran untuk berkongsi pendapat mereka dan
memudahkan mereka untuk mengakses pelbagai bahan yang disediakan oleh guru menggunakan pelbagai
gajet yang mereka miliki.

-Mulai tahun ini, Frog.Vle juga digunakan untuk pendaftaran kokurikulum di SMK St Michael dan
mewujudkan sebuah sistem pendaftaran yang lebih sistematik dan mudah. Senarai nama yang telah
tersedia untuk dicetak dan boleh diakses secara atas talian (online) memudahkan guru-guru penasihat
serta pihak pengurusan kokurikulum sekolah.

-Storan maya menggunakan Google Drive memudahkan lagi perkongsian bahan-bahan mengajar dan
bahan-bahan melibatkan sekolah seperti video dan gambar aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah.

-Menggalakkan penggunaan dan penerokaan dunia ICT dalam kalangan warga sekolah serta ibu-bapa.

-Mengurangkan penggunaan dan pembaziran kertas. Soalan ulang kaji tidak perlu dicetak dalam kauntiti
yang banyak kerana ianya boleh diakses secara atas talian oleh murid-murid menggunakan Site di dalam
Forg.Vle seterusnya mengurangkan kos dan lebih mesra alam sekitar.
Kekangan dalam membudayakan Frog.Vle di sekolah

-Morton (1996) telah menyatakan bahawa kebanyakan guru telah bersedia untuk mengimplementasikan
teknologi dalam PdP mereka tetapi masalahnya ialah mereka tidak tahu bagaimana untuk menggunakan
komputer dalam PdP.

Rujukan: Morton, A. (1996). Integrating computers across the secondary school curriculum: The western
sydney experience. Dicapai pada 15 November, 2015, daripada
http://www.spirit.net.au/ACE96/papers/mouton.htm

-Moersch, (2001), menyatakan penggunaan ICT dalam PdP bergantung kepada keyakinan diri guru untuk
menggunakan dan mengendalikan peralatan ICT.Kesediaan menggunakan ICT adalah sangat penting
untuk memastikan guru dapat mengintegrasikan ICT sepenuhnya dalam PdP.

Rujukan: Moersch, C. (2001). Next steps: Using LoTI as a research tool. Learning and leading with
technology, 29(3). Dicapai pada 20 Oktober, 2015, daripada http://www.isteorg/L&L/index.html

-Penggunaan Frog.Vle masih belum boleh dilaksanakan secara menyeluruh di SMK St Michael kerana
masih ada guru yang tidak tahu dan tidak yakin untuk mengendalikan peralatan serta perisian melibatkan
ICT, jika perkara ini boleh diubah, maka penggunaan Frog.Vle boleh dilaksanakan secara menyeluruh.

Harapan terhadap pembudayaan Forg.Vle

-Frog.Vle adalah platform yang sangat relevan untuk digunakan di sekolah namun guru-guru memerlukan
latihan dan bimbingan berterusan untuk meningkatkan kepakaran dan keupayaan mereka
menggunakannya.

-Masih terdapat guru-guru yang kurang mahir dalam kemahiran ICT khasnya guru-guru yang berusia. Oleh
itu, guru-guru ini seharusnya diusahakan oleh pihak sekolah dan pihak kementerian untuk meningkatkan
kemahiran ICT mereka. Ketidakmahiran dalam ICT akan membantutkan usaha untuk melaksanakan
aplikasi VLE Frog secara menyeluruh.

-Diharapkan kelengkapan dan infrastruktur boleh ditambah dan ada penyelenggeraandan pertambahan
kelengkapan untuk membaik pulih kelengkapan-kelengkapan seperti Chromebook (isu bateri kembung),
kekurangan tetikus serta beberapa isu lain.

-Semoga setiap warga sekolah serta ibu-bapa mendapat pendedahan mengenai fungsi asas Frog.Vle dan
dapat menggunakannya bagi pelbagai tujuan berfaedah. Frog.Vle adalah amat menarik dan mudah untuk
digunakan jika cara menggunakannya difahami.

-Diharap agar program ini diteruskan dan tidak berhenti di tengah jalan kerana ianya amat membantu
dalam mewujudkan suasana PdPc yang lebih menyeronokkan dan moden.

-Antara faktor yang menyebabkan individu mudah menerima sesuatu inovasi ialah keserasian serta
kemiripan inovasi tersebut dengan nilai, pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada dan sesuai dengan
keperluan individu tersebut (Rogers,1983).

Rujukan: Rogers, E.M. (1983). Diffusion of Innovations (3th edition). New York: The Free Press.

Anda mungkin juga menyukai