Anda di halaman 1dari 3

1.

0 PENGENALAN

Pada 3 April 2019, penulis telah menjalankan sesi temu bual bersama dengan guru
pembimbing iaitu Encik Firdaus bin Hussain di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Perda (SKBBP)
semasa menjalankan sesi pengalaman berasakan sekolah (PBS) ketiga. Tujuan sesi temu bual
ini dijalankan adalah bagi mengetahui berkenaan kesan atau implikasi kepelbagaian sosiobudaya
global keatas pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di dalam bilik darjah. Perkara ini
bertepatan dengan tugasan kursus asas pendidikan iaitu EDUP 3073 Budaya dan Pembelajaran
yang mana mengkehendaki penulis menjalankan sesi temu bual terhadap guru di sekolah pilihan
semasa menjalani PBS. Semasa sesi temu bual berlangsung, penulis mengutarakan beberapa
soalan yang berkaitan dengan kesan atau implikasi kepelbagaian sosiobudaya global keatas
PdPc

2.0 LAPORAN TEMU BUAL

Berdasarkan temu yang telah dijalankan, terdapat beberapa kesan atau implikasi
kepelbagaian sosiobudaya global ke atas PdPc di SKBBP terhadap guru dan murid. Menurut
responden, kesan yang paling ketara apabila wujudnya kepelbagaian sosiobudaya adalah
pemilihan aktiviti kerana guru perlu merancang aktiviti yang bersesuaian dengan semua
kepercayaan, nilai dan agama murid-murid. Hal ini juga dipersetujui oleh Shahabuddin, Rohizani
& Zohir Ahmad (2007) bahawa perancangan aktiviti yang bersesuaian akan menambahkan
keberkesanan sesi PdPc yang berlangsung. Pemilihan aktiviti bukan sahaja dilihat kepada
kesesuaian kepercayaan dan agama murid-murid namun harus melibatkan aktiviti yang dapat
menjana kerjasama murid seperti pembelajaran koperatif. Menurut Ragbir Kaur (2013),
pembelajaran secara koperatif mengalakkan murid untuk bekerjasama dalam satu pasukan dan
melatih murid untuk menerima perbezaan sesama mereka.

Selain itu, kesan yang berikutnya adalah guru harus menggunakan bahasa Melayu rasmi
ketika berkomunikasi semasa sesi PdPc supaya semua murid dapat memahami setiap
pengajaran yang berlaku dan memupuk penggunaan bahasa Melayu dalam diri murid-murid. Hal
ini kerana guru merupakan role model dan contoh terbaik kepada murid-murid. Oleh itu, setiap
percakapan dan perbuatan akan ditiru oleh murid-murid kerana perkara yang dilakukan oleh guru
merupakan perkara yang baik di mata mereka. Hal ini selaras dengan teori pembelajaran Albert
Bandura, yang mana murid belajar menerusi aktiviti peniruan (Wong Kiet Wah et al, 2013)
Di samping itu, kepelbagaian sosiobudaya juga memberikan kesan terhadap guru dalam
memilih topik-topik yang ingin dibincangkan semasa PdPc dijalankan. Guru perlu memilih topik-
topik yang bebas daripada isu-isu yang sensitif dan menyentuh nilai serta kepercayaan murid-
murid kerana ia akan meninggalkan kesan emosi yang teruk kepada murid-murid ( Kameenui &
Carnive, 1998 ). Banyak hal yang tidak sensitif kepada pelajar bukan Islam tetapi menjadi
cukup sensitif kepada pelajar Islam. Contohnya, menggunakan jenama minuman keras dan
gambar khinzir dalam bahan pengajaran. Justeru itu, guru haruslah bijak menangani kesan ini
bagi menjaga perpaduan kaum dan tidak menimbulkan isu-isu berbangkit.

Seterusnya, responden turut menyatakan kesan yang berlaku terhadap murid-murid iaitu
sikap prajudis terhadap bangsa lain dapat dihapuskan. Hal ini kerana, apabila wujudnya
kepelbagaian budaya seseorang murid perlu memahami perbezaan di antara mereka dan
menerima perbezaan aspek sosiobudaya dalam kalangan murid supaya wujud perasaan saling
hormat-menghormati seperti mana yang telah ditekankan dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (2013-2025) menerusi aspek identiti nasional (Goay Teck Chong, Wong
Hew Hong & Suriani Basir, 2013). Dengan adanya sifat penerimaan dan saling memahami maka
murid-murid dapat belajar dalam suasana yang harmoni dan aman.

Akhir sekali, responden menyatakan kesan kepelbagaian sosiobudaya ke atas PdPc


adalah murid-murid digalakkan menggunakan bahasa Melayu untuk berinteraksi sesama
mereka. Hal ini kerana bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi dan mudah difahami oleh semua
orang tidak kira bangsa atau agama kerana bahasa standard menjadi alat menghubung semua
dialek (Salinah Jaafar & Norhisham Osman, 2016). Menurut Siti Hajar (2011), semangat
perpaduan dalam kalangan murid dapat dipupuk dengan menggunakan bahasa Melayu dalam
komunikasi seharian yang juga merupakan bahasa kebangsaan. Tambahan lagi, bahasa Melayu
juga merupakan bahasa pemersatu iaitu berperanan untuk menyatupadukan rakyat berbilang
kaum di Malaysia (Asma Omar, 2008). Oleh itu, apabila wujudnya kepelbagaian sosiobudaya
murid harus menggunakan bahasa standard untuk berinteraksi dan hal ini menggalakan
penggunaan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian murid.

(618 patah perkataan)


RUJUKAN

Asmah Haji Omar. (2008) . Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Goay Teck Chong, Wong Hew Hong & Suriani Basir. (2013). Pengajian Am STPM Penggal 2.
Kuala Lumpur : Pearson Malaysia Sdn Bhd.

Kameenui, E.J. dan Carnive, D.W. (1998). Effective teaching strategies that accommodate
diverse learner. New Jersey : Prentice Hall Inc.

Ragbir Kaur Joginer Singh. (2013). Pengurusan Kursu DLPI Pedagogi. Kuala Lumpur : Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.

Salinah Jaafar & Norhisham Osman. (2016). Penggunaan Bahasa Ibunda Secara Inklusif Dalam
Pendidikan Dengan Rujukan Kepada Bahasa Melayu. Diakses pada 5 April 2019 daripada
https://umexpert.um.edu.my/file/publication/00001278_158106_69797.pdf.

Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub & Mohd Zohir Ahmad. (2007). Pedagogi, Strategi dan
Teknik Mengajar dengan Berkesan. Kuala Lumpur : PTS Profesional Sdn. Bhd.

Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Bahasa Melayu 1. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Wong Kiet Wah, Khairuddin Mohamad, Maridah Hj Alias, Rashinawati Abd Rashid & Azlina
Ahmad. (2013). Perkembangan Kanak-Kanak. Selangor. Oxford Fajar Sdn. Bhd.