1
Pada era globalisasi ini, sistem pendidikan telah mengalami perubahan yang amat
besar dan menyebabkan peranan serta tugas guru kian menjadi mencabar. Untuk
lebih memahami profesion keguruan dari pelbagai aspek, saya telah melaksanakan
satu sesi temubual dengan seorang guru sekolah rendah yang berpengalaman.
Dalam sesi temubual dengan Cikgu Kua, beliau telah berkongsi banyak pengalaman
mengajar dan pandangan terhadap profesionalisme dan profesien keguruan.
Bukan itu sahaja, guru harus mahir dalam kawalan kelas untuk kemenjadian
murid kerana kawalan kelas yang baik akan menjadi proses pengajaran dan
pembelajaran lebih sistematik serta murid lebih terkawal dan berdedikasi juga.
Kepemimpinan guru dalam mengurus bilik darjah adalah teknik dan kemahiran yang
2
membolehkannya mengawal pelajarnya secara efektif bagi menghasilkan suasana
pembelajaran yang positif. (Yahaya, A. S, 2007).
Menurut beliau, guru profesional harus menjaga tingkah laku dan pertuturan
sendiri kerana guru merupakan teladan yang paling penting kepada murid Tahap 1.
Menurut Othman, M. K., & Suhid, A. (2010), tingkah laku guru mudah mempengaruhi
murid-murid kerana mereka akan menginterpretasi guru sama ada cara guru bertutur
atau tingkah laku. Contohnya, guru tidak boleh menggunakan istilah yang kasar atau
negatif seperti bodoh, benci dan sebagainya. Teladan yang tidak baik akan
mempengaruhi konsep nilai murni atau kemenjadian mereka pada masa kelak.
Selain itu, Cikgu Kua juga menyatakan sifat kasih sayang guru terhadap pelajar
juga adalah penting dalam kemenjadian murid. Kasih sayang tidak boleh dberi secara
“buta” tetapi harus tegas pada masa yang tertentu. Untuk menjadi seorang pendidik
yang baik, seseorang guru juga perlu mempunyai dua sikap yang bertentangan iaitu
tegas dan penyayang. Guru harus bertegas dengan peraturan, prinsip dan
kepercayaan. Amalan yang baik sebenarnya lahir daripada sikap yang tegas.
Sebaliknya pelajar yang bersalah harus dibimbing dan dibantu dengan sabar dan
penuh kasih sayang. Dengan adanya dua sikap ini yang digandingkan barulah
seseorang guru dapat menyakini pelajar mereka. adanya dua sikap ini yang
digandingkan barulah seseorang guru dapat menyakini pelajar mereka. Lian, C. P.,
Chueen, L. L., & Yeong, V. L. Y. (2005, October).
3
Cadangan memperkasakan lagi profesion keguruan
Beliau juga berkongsi bahawa kini PPD telah menyediakan pelbagai kursus
kepada para guru untuk menyesuaikan pendidikan abad ke-21 dengan lebih cepat
dan dapat menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang lebih baik kepada murid.
Contohnya, kursus frog VLE, google drive, E-RPT, cara penggunaan papan interaktif,
kursus KSSR, KSSR Semakan dan sebagainya. Menurut Kementerian Pendidikan
Malaysia (2006), memantapkan kerjaya guru melalui program-program latihan dan
menambahakan perjawatan dan peluang naik pangkat untuk Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan Siswazah di Kementerian, Jabatan, Pejabat Daerah dan kesemuanya ini
adalah antara usaha-usaha KPM dalam meningkatkan martabat profesien keguruan.
Kesimpulan
4
Rujukan
Bakar, N. A., & Ramli Basri & Fooi, F. S. (2015). Hubungan kepimpinan Guru dengan
pencapaian akademik pelajar. International Journal of Education and Training, 1(2),
1-11.
Lian, C. P., Chueen, L. L., & Yeong, V. L. Y. (2005, October). Isu-isu masalah disiplin
pelajar: pendekatan dan penyelesaian. In Seminar pendidikan. Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia (Vol. 15).