Anda di halaman 1dari 17

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PEREKAYASAAN
PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
2012

LATAR BELAKANG

1. Pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal

insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketrampilan, berkeperibadian

mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara

maju 2020. Modal insan yang ingin dihasilkan perlu mampu untuk berfikir secara

kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta

peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk

berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah.

2. Mengimbau sejarah perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (B & K) di

Malaysia, ianya telah bermula sejak tahun 1939. Kementerian Pelajaran

Malaysia (KPM) ketika itu dikenali sebagai EDUCATION DEPARTMENT OF

THE STRAITS SETTLEMENTS AND THE FEDERATED MALAY

STATES telah menerbitkan sebuah buku panduan kerjaya untuk murid sekolah

1
yang berjudul A Guide to Careers in Malaya for Parents, Teachers and Pupils.

Langkah penerbitan buku berkenaan diambil sebagai meniru sistem pendidikan

di Amerika Syarikat yang mewujudkan unit bimbingan dan kaunseling kerjaya di

sekolah.

3. Kemudian pada tahun 1966, KPM melalui Bahagian Sekolah-Sekolah

menerbitkan pula buku yang berjudul SCHOOL GUIDANCE SERVICES. Buku

tersebut telah dibiayai oleh Unesco dan telah ditulis oleh pakar bimbingan dan

kaunseling kerjaya bernama RK McKenzie daripada Kanada. Beliau dibantu

oleh 11 orang pegawai Hal Ehwal Murid daripada Jabatan Pelajaran Negeri

(JPN) seluruh negara untuk menulisnya.

4. Sejak itu, perkhidmatan B & K di sekolah telah diberi pengiktirafan oleh KPM di

mana sebagai contoh pada awal tahun 1960an hingga tahun 1980an, daripada

tidak mempunyai bilik khas B & K telah dipastikan perkhidmatan ini ada

mempunyai bilik khas untuk menjalankan perkhidmatan tersebut di sekolah pada

tahun 1996. Sebelum tahun 1996, tidak ada perjawatan sepenuh masa guru

bimbingan dan kaunseling, namun bermula pada tahun 1996, kerajaan telah

bersetuju meluluskan perjawatan tersebut secara sepenuh masa.

5. Dalam hal ini, semua guru B & K mesti memahami bahawa perkhidmatannya

adalah secara over and above di sekolah. Kuota guru B & K di sekolah tidak

2
sama dengan guru mata pelajaran akademik. Enrolment kelayakan untuk setiap

sekolah adalah bagi sekolah menengah, 500 orang murid nisbah seorang guru

dan bagi sekolah rendah, 350 orang murid bagi seorang guru. Perkhidmatan

guru B & K secara sepenuh masa membawa maksud guru B & K (sekolah

rendah dan menengah) memberikan perkhidmatan sepenuh masa dengan waktu

bertugas mengikut waktu persekolahan sama seperti guru mata pelajaran biasa.

6. Kesemua yang dilakukan seperti yang disebutkan tadi adalah kerana

kepercayaan dan keyakinan KPM bahawa perkhidmatan ini akan benar-benar

dapat membantu usaha-usaha membangunkan sahsiah dan disiplin murid di

peringkat sekolah. Jemaah Menteri pula pada tahun 2001 semasa

menimbangkan memorandum bagi mewujudkan jawatan guru kaunseling

sepenuh masa juga menekankan bahawa aspek pembangunan sahsiah dan

disiplin murid perlu diberi penekanan dan keutamaan dengan wujudnya jawatan

ini.

7. Setelah hampir lima belas tahun perkhidmatan tersebut diberi peranan secara

sepenuh masa, apakah perkhidmatan tersebut telah mencapai objektifnya.

Harapan yang telah diamanahkan kepada guru-guru B & K, apakah telah dapat

ditunaikan dengan jayanya? Kesemua persoalan ini perlu kita analisa secara

konstruktif dan mendalam. Sekiranya harapan tersebut belum mencapai

3
kejayaan seperti diharapkan, maka kita perlu melakukan perubahan yang dikira

drastik bagi memulihkan kepercayaan stake holder KPM terhadap perkhidmatan

ini.

8. Hari ini, isu yang melibatkan disiplin murid secara keseluruhannya masih belum

dapat diatasi sepenuhnya. Sungguh pun data yang dikumpul oleh KPM masih

dikatakan boleh dikawal, di mana dalam tempoh 5 tahun (2007 hingga 2011)

menunjukkan ianya berada pada kadar purata 2.07%, namun dari segi jumlah

yang terlibat masih besar.

9. Sebagai contoh, pada tahun 2011 sahaja, kes-kes melibatkan disiplin murid

adalah berjumlah seramai 110218 atau 2.05%. Kes-kes ini termasuklah kes-kes

yang berat seperti memukul, bergaduh, ponteng sekolah serta kes-kes disiplin

yang ringan seperti kekemasan diri. Hal ini menunjukkan bahawa sekitar 2

hingga 3 peratus bilangan murid yang masih perlu diberi perhatian sewajarnya.

Daripada jumlah tersebut, seramai 72,873 (66.1%) orang adalah melibatkan

murid sekolah menengah dan seramai 37,345 (33.9%) orang adalah murid

sekolah rendah.

10. Berdasarkan maklumat tersebut, KPM masih berhadapan dengan isu yang

melibatkan sahsiah dan disiplin murid. Ternyata bahawa KPM perlu membuat

4
perubahan terhadap perkhidmatan ini. Ditambah pula isu yang sedang dihadapi

sekarang bertambah kompleks kerana latar belakang puncanya yang pelbagai.

11. Generasi anak muda kita hari ini yang dikenali sebagai generasi Y, mereka

ini celik IT. Perhubungan dalam kalangan mereka berasaskan twitter, facebook,

sms dan daya imaginasi pahlawan mereka berimejkan robot. Istilah Robocop,

Transformers dan The X-Men menyaksikan zaman ini, manusia dilihat hebat

kerana menggunakan kecanggihan sains, teknologi dan telekomunikasi yang

global.

12. Sungguh pun hukuman dan penguatkuasaan merupakan sebahagian daripada

usaha membendung permasalahan ini, namun ia juga terbukti dewasa kini

kurang berkesan sepenuhnya. Anak-anak kita hari ini telah semakin terbuka dan

mengetahui hak-hak mereka. Hukuman secara tradisional telah mula

dipertikaikan dan ironinya disokong pula oleh ibu bapa mereka. Lagi pun

hukuman sahaja tanpa diikuti dengan langkah-langkah berkesan dalam usaha

intervensi terhadap salah laku tersebut tidak akan membawa apa-apa makna

kepada pembangunan sahsiah yang disebutkan tadi.

13. Hari ini, disebabkan isu-isu yang disebutkan tadi masih berterusan, maka

kewajaran perkhidmatan B & K secara sepenuh masa di sekolah telah mula

dipertikaikan. Hal ini disebabkan perkhidmatan ini yang sepatutnya memberi

5
fokus kepada membangunkan sahsiah dan disiplin murid telah kurang diberi

perhatian. Guru-guru B & K pula sering diberi persepsi yang negatif, misalnya

sering menjalankan tugas di luar sekolah. Tanggung jawab memberikan

perkhidmatan kaunseling dalam membendung isu tersebut juga telah mula

kedengaran dipertikaikan keberkesannya.

14. Kesemua ini menuntut agar KPM melaksanakan perubahan bukan sahaja dari

segi konsep pelaksanaan perkhidmatan ini tetapi juga dari segi fokus operasinya

agar dapat direkayasa semula dalam membendung permasalahan

yang disebutkan tadi.

15. Dalam hal ini, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) telah meminta

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), KPM untuk mengambil langkah

berkesan dalam usaha merekayasa Perkhidmatan B & K di sekolah. KPPM

telah meminta agar perkhidmatan ini memberi fokus sepenuhnya

kepada usaha pembangunan sahsiah serta membendung

permasalahan disiplin dalam kalangan murid di sekolah . Hal ini

disebabkan guru B & K merupakan guru yang telah dilepaskan daripada

tanggungjawab dalam P&P dan mereka diharap boleh memberi tumpuan

sepenuhnya bagi menangani permasalahan tersebut.

6
PEREKAYASAAN PERKHIDMATAN B & K DI SEKOLAH

TUJUAN

16. Supaya Guru B & K memfokuskan perkhidmatannya kepada usaha

Pembangunan Sahsiah dan Peningkatan Disiplin Murid di sekolah.

KONSEP

17. Perkhidmatan B & K di sekolah adalah perkhidmatan yang mesra murid, rakan

guru, ibu bapa dan masyarakat. Menerusi perkhidmatan yang diberikan boleh

membantu murid meningkatkan keupayaan berfikir dan bertindak secara positif

dan berkesan.

18. Guru B & K menjiwai bahawa setiap muridnya merupakan aset penting yang

perlu sentiasa dibantu dan dibimbing agar mereka boleh membuat keputusan

yang wajar dan betul dalam menjalani kehidupannya.

OBJEKTIF

19. Objektif perkhidmatan B & K di sekolah adalah;

19.1 Sebagai perkhidmatan yang mesra murid

7
19.2 Meningkatkan disiplin diri murid

19.3 Membangun dan mengembangkan sahsiah diri murid

FOKUS PERKHIDMATAN B & K

20. Perkhidmatan B & K dilaksanakan secara sepenuh masa dan berfokus kepada

program dan aktiviti;

20.1 Pembangunan dan pengembangan sahsiah diri murid

20.2 Peningkatan disiplin diri murid

20.3 Pendidikan Kerjaya murid

20.4 Psikososial dan kesejahteraan mental murid

20.5 Pengurusan Profil Murid

20.6 Pendidikan Pencegahan

20.7 Konsultasi keibubapaan

20.8 Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

8
Fokus Pembangunan Sahsiah Diri Murid:

21. Fokus ini adalah untuk memupuk pengembangan personaliti kendiri (charector)

murid dari aspek;

21.1 Sikap penyayang (kepedulian)

21.2 Budi bahasa

21.3 Konsep kendiri

21.4 Kepemimpinan

21.5 Komunikasi

21.6 Kekemasan diri

21.7 Ketepatan masa

Fokus Peningkatan Disiplin Diri Murid

22. Fokus ini adalah memupuk disiplin diri murid termasuk intervensi yang perlu

dilakukan bagi mencegah mereka terlibat dengan gejala-gejala seperti berikut;

22.1 Perlakuan ponteng sekolah

22.2 Perlakuan berunsur jenayah

22.3 Perlakuan berunsur kelucahan

22.4 Perlakuan berunsur kurang sopan

22.5 Perlakuan berunsur vandalisme

Fokus Pendidikan Kerjaya Murid

9
23. Fokus ini adalah berkaitan pendedahan dan bimbingan kepada murid mengenai

maklumat berkaitan peluang pendidikan dan hala tuju kerjaya. Menerusi fokus

ini, guru B & K perlu;

23.1 melaksanakan program Pendidikan Kerjaya secara terancang bagi

memastikan semua murid dapat mengenalpasti potensi diri, minat, sikap

dan hala tuju kerjaya.

23.2 Menyediakan Profil Kerjaya setiap murid mulai sekolah rendah

sehingga menengah dalam pelan pembangunan dan perkembangan

kerjaya mereka.

23.3 Menyediakan rekod murid selepas tamat persekolahan sama ada terus ke

kerjaya atau meneruskan pengajian ke institusi-institusi awam atau

swasta.

Fokus Psikososial dan kesejahteraan mental murid

24. Fokus ini adalah membimbing murid supaya mampu mengekal dan mengurus

kesejahteraan diri dan mental. Menerusi fokus ini, guru B & K perlu;

24.1 Membimbing murid dalam proses sosialisasi dan interaksi

24.2 Membimbing murid dalam aspek pengurusan emosi


10
24.3 Membantu murid mengembangkan pemikiran yang positif

Fokus Pengurusan Profil Murid

25. Fokus ini adalah menyediakan pengkalan Profil Murid . Ia bertujuan untuk

membuat analisis terhadap sesuatu isu berkaitan murid seterusnya tindakan

membantu dan mencegah sesuatu isu itu boleh dilakukan secara lebih berkesan.

Menerusi fokus ini, guru B & K perlu;

25.1 Menyediakan profil setiap murid bermasalah disiplin

25.2 Menyediakan profil setiap murid ponteng sekolah

25.3 Menyediakan profil kerjaya setiap murid

25.4 Menyediakan profil murid dari segi Kesejahteraan Mental/emosi

26. Profil murid hendaklah mengandungi maklumat mengenai latar belakang murid,

latar belakang ibu bapa/penjaga, latarbelakang masalah, kekerapan dan punca

masalah, status tindakan penyelesaian.

Fokus Pelaksanaan Pendidikan Pencegahan

27. Fokus ini adalah memberi pendidikan pencegahan serta membimbing murid agar

berupaya mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan kegiatan-kegiatan

11
yang memudaratkan diri dari segi kegiatan seks bebas , bahaya HIV,

dadah, rokok termasuk bahan inhalan.

28. Fokus ini juga adalah memberi pendidikan pencegahan serta membimbing murid

agar mengelakkan diri daripada jenayah rogol dan bunuh diri.

Fokus Konsultasi Keibubapaan:

29. Fokus ini adalah membimbing murid mengetahui tanggungjawab diri dalam

keluarga di mana;

29.1 kemahiran keibubapaan akan diterapkan bermula dari alam

persekolahan,

29.2 melaksanakan aktiviti engagement bersama ibu bapa murid.

Fokus Pengembangan Kemahiran Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

30. Fokus ini adalah meningkatkan kemahiran menolong dan soft skills (kemahiran

generik) semua ahli PRS. Guru B & K perlu;

30.1 Melaksanakan latihan kemahiran kepada murid yang menjadi PRS.

30.2 Melatih PRS agar berupaya memainkan peranan membantu rakan sebaya

berkonsepkan ‘Bantu Diri Untuk Bantu Orang Lain’ dengan;

a. PRS sebagai role model kepada orang lain

12
b. Memberi galakan kepada rakan agar bersikap positif

c. Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain

KAEDAH

31. Kaedah perkhidmatan:

31.1 Perkhidmatan kaunseling dan bimbingan secara individu atau

kelompok

31.2 Pelaksanaan program dan aktiviti murid

31.3 Penyampaian (Outreach) yang berkesan

31.4 Engagement bersama murid, guru dan ibu bapa

Perkhidmatan Kaunseling Individu dan Kaunseling Kelompok

32. Perkhidmatan Kaunseling Individu dan Kaunseling Kelompok adalah menjadi

Sasaran Kerja Utama guru B & K.

33. Murid boleh mendapatkan perkhidmatan kaunseling secara individu atau

kelompok pada bila-bila masa waktu persekolahan termasuk semasa waktu

pengajaran dan pembelajaran (P & P).

13
Pelaksanaan Program dan Aktiviti Murid

34. Pelaksanaan program dan aktiviti murid yang merujuk kepada fokus

perkhidmatan ini hendaklah dirancang dan dilaksanakan bersesuaian dengan

matlamat yang ditetapkan.

35. Selain itu, masa serta kerjasama pihak pentadbir, rakan guru yang lain perlu

diperolehi bagi melaksanakan sesuatu aktiviti secara berkesan.

Menjalankan Tugas Luar

36. Seorang guru B & K boleh dibenarkan menjalankan tugas luar iaitu selain

daripada tugas hakiki di sekolah mereka dengan kadar 20 peratus setahun .

Ini bermakna, 80 peratus masanya setahun hendaklah berada di sekolah tempat

mereka bertugas.

37. Kekecualian boleh diberikan sekiranya guru B & K diarahkan;

37.1 Mengikuti kursus, latihan termasuk menyambung pengajian dalam tempoh

masa yang panjang.

14
37.2 Menjalankan tugas luar apabila berlaku sesuatu bencana atau mala

petaka di sesuatu tempat.

37.3 Kekecualian menjalankan tugas luar melebihi tempoh atau kadar yang

ditetapkan dalam perkara ini boleh juga diberikan dengan syarat

mendapat kelulusan bertulis daripada Pengarah Pelajaran Negeri

terlebih dahulu.

38. Dalam hal ini, tugas luar bermakna tugas yang diarah atau diminta oleh agensi

atau badan lain termasuk KPM, JPN dan PPD.

Penyampaian (Outreach) yang berkesan

39. Bagi memastikan agar perkhidmatan B & K adalah perkhidmatan yang mesra

murid, maka guru B & K hendaklah;

39.1 Membuat sebaran secara berkesan berkaitan perkhidmatan, program dan

aktiviti yang ditawarkan kepada murid.

39.2 Menawarkan aku janji (piagam pelanggan) manfaat yang boleh diperoleh

daripada perkhidmatan B & K di sekolah.

15
Engagement bersama murid, guru dan ibu bapa

40. Bagi menentukan agar perkhidmatan ini menjadi istimewa, maka guru B & K

hendaklah;

40.1 Mengadakan jalinan perhubungan mesra dengan khususnya ibu bapa dan

keluarga dalam menangani sesuatu isu berhubung murid.

40.2 Mengamalkan sikap penyayang dalam hubungannya dengan murid, rakan

guru, ibu bapa, komuniti setempat dan masyarakat.

40.3 Mewujudkan jaringan (networking) dengan pihak-pihak lain termasuk

murid, rakan guru, ibu bapa dan masyarakat bagi mendapatkan maklum

balas terhadap perkhidmatan yang diberi.

Kelas Ganti

41. Guru B & K Sepenuh Masa boleh mengambil kelas ganti tidak lebih 8

waktu seminggu.

42. Semasa bertugas sebagai guru ganti di sesebuah bilik darjah, mereka hendaklah

melaksanakan program atau aktiviti yang berkaitan perkhidmatan B & K.

16
43. Guru B & K boleh menggunakan Modul Perkhidmatan Bimbingan dan

Kaunseling sebagai panduan dan rujukan semasa melaksanakan aktiviti

bimbingan di dalam kelas ganti.

Sokongan Pentadbir Sekolah

44. Dalam memberikan perkhidmatan terbaik dan berkesan oleh guru B & K,

sokongan dan kerjasama daripada pihak pentadbir sekolah amat diperlukan.

Dalam masa yang sama, pihak pentadbir sekolah juga hendaklah membuat

pemantauan serta memberikan maklum balas kepada guru B & K akan

keberkesanan perkhidmatan mereka.

17

Anda mungkin juga menyukai