Anda di halaman 1dari 5

PENGHARGAAN

Pertama sekali, saya ingin memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana telah
memudahkan urusan saya sepanjang proses untuk menyiapkan kerja kursus GKB1053 ini
sehingga ke akhirnya. Tidak lupa kepada pihak IPG Kampus Ipoh, jutaan terima kasih dan
penghargaan diberikan kerana saya dapat nneyiapkan tugasan kerja kursus ini dengan lebih
mudah dengan adanya perpusataan untuk saya membuat rujukan.

Seterusnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Encik Wan Mazlan Bin
Wan Rashdi kerana memberikan penerangan yang lengkap dan padat semasa tugasan ini
diberikan dan sudi membimbing dan berkongsi idea semasa tugasan kerja kursus ini
disiapkan. Seterusnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana Encik sudi memberi
kepercayaan kepada kami untuk menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya.

Begitu juga kepada ibu bapa saya yang banyak membantu dalam menyelesaikan kerja
kursus ini dengan memberikan wang untuk mencetak dan membeli bahan bagi menyiapkan
kerja kursus ini. Tanpa kalian, tugasan kerja kursus ini tidak akan dapat dihasilkan dengan
sepurna. Tidak terlupa kepada kawan-kawan yang sudi memberi tunjuk ajar dan berkongsi
buah fikiran dalam menjayakan kerja kursus ini, terima kasih saya ucapkan.

Akhir sekali, diharapkan melalui penghasilan kerja kursus ini, saya dapat menambah
ilmu pengetahuan dan seterusnya menjadi bakal guru kaunseling yang dapat melahirkan
modal insan yang cemerlang dunia akhirat. Harapan saya agar hasil penulisan ini akan
memberi kesan kepada diri saya begitu juga kepada diri pembaca seterusnya kita sama-sama
dapat menjadi pendidik yang berpengatuan luas dalam menyampaikan maklumat bukan
sahaja dalam proses pengajaran malah dalam kalangan masyarakat setempat khususnya.
ISI KANDUNGAN

Penghargaan

1.0 Artikal1 ------------------------------------------------------------------------------------------------- 1-12

1.1 Manual annotation ---------------------------------------------------------------------------------- 1-12

1.2 Column notes ---------------------------------------------------------------------------------------- 13-17

1.3 Peta minda- Generasi Pelajar Dalam Pembelajaran Abad ke-21 ---------------------- 18

1.4 i-Think (peta dakap)- Konsep Kepelbagaian Budaya -------------------------------------- 19

2.0 Isu/Situasi

2.1 Situasi 1- Cort 1 PMI ------------------------------------------------------------------------------- 20

2.2 Situasi 2- Cort 1 CAF ------------------------------------------------------------------------------ 21

2.3 Situasi 3- Cort 1 AGO ----------------------------------------------------------------------------- 22


SITUASI 1
Anda ialah seorang siswazah guru profesional yang telah tamat pengajian dan menerima
ijazah. Anda ingin menentukan tempat untuk memulakan perkhidmatan anda. Pertimbangkan
tentang kemungkinan anda berkhidmat di bandar besar.

Bagi menyelesaikan isu dalam situasi di atas, alat Cort 1 PMI adalah yang paling
sesuai. PMI menolong kita untuk lebih terbuka terhadap sesuatu idea atau isu serta
mengelakkan pemikiran sempit serta beremosi. Komponan yang terkandung dalam PMI ialah
kebaikan, keburukan dan menarik. Jadual di bawah menjelaskan penyelesaian masalah
situasi di atas dengan menggunakan alat Cort 1 PMI.

P  Terletak di kawasan bandar yang memiliki banyak


Plus/kelebihan kemudahan seperti pejabat pos, balai polis dan bank.
 Sekolah memiliki lebih banyak kemudahan seperti
bilik darjah selesa dan bahan rujukan yang banyak di
perpustakaan.
 Jalannya yang berturap melancarkan perjalanan ke
sekolah.
 Mudah untuk mengakses rangkaian internet untuk
tujuan mencari maklumat.
M  Suasana yang tidak selesa dan mengganggu sesi
Minus/kekurangan pengajaran kerana pencemaran bunyi dan udara.
 Masalah disiplin dalam kalangan pelajar lebih serius
kerana pelajar terdedah dengan gejala-gejala sosial di
bandar.
I  Guru dan murid di bandar didedahkan dengan
Interesting/menarik kemahiran ict.
 Sekolah dilengkapi dengan alat bantu mengajar yang
moden seperti LCD.

Oleh itu, jelaslah bahawa banyak kebaikan dan kelebihan yang bakal diperoleh jika
guru memilih untuk ditempatkan berkhidmat di Kawasan bandar berbanding luar bandar.
Namun berkhidmatan di Kawasan luar bandar juga memikili kelebihannya yang tersendiri.

20
SITUASI 2
Generasi Z digelar sebagai generasi moden. Pada alaf ke-21 ini, pembelajaran abad ke-21
telah diperkenalkan dalam sistem Pendidikan negara. Semua pelajar masa kini perlu mahir
menggunakan komputer riba. Apakah faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan?

Bagi situasi di atas, Cort 1 CAF sesuai diaplikasikan. CAF digunakan untuk meninjau
semua aspek situasi dengan lengkap dan menyeluruh bagi mengelakkan terlupa faktor yang
penting.

Faktor Penerangan
Kewangan  Bukan semua pelajar yang mempunyai kemampuan
untuk membeli computer riba.
 Ibu bapa yang kurang berkemampuan akan berasa
terbenan.
Fasiliti sekolah  Kebanyakkan sekolah dilengkapi dengan fasiliti makmal
computer.
 Bilangan komputer tidak mencukupi untuk semua
murid.
 Kebanyakkan computer di sekolah sudah rosak dan
tidak dibaiki.
Maklumat  Pelajar abad ke-21 memperoleh maklumat di hujung
jari.
 Banyak aplikasi dibangunkan khas untuk pelajar seperti
myclass online yang dapat memudahkan pelajar untuk
mencari nota.
Kekerapan  Jumlah computer yang sedikit menyebabkan pelajar
terpaksa bergilir-gilir untuk menggunakannya.
Dorongan  Ibu bapa yang kurang berkemampuan tidak mampu
untuk membeli computer riba buat anak mereka
 Ibu bapa tidak mahu anak mereka terdedah kepada
penggunaan internet secara berlebihan.

Selepas wajaran dibuat, computer riba wajar dimiliki dan setiap pelajar seharusnya
mahir menggunakannya kerana pelajar hari ini berada di alaf moden. Hal ini bertujuan bagi
memudahkan urusan mereka ekoran maklumat berada dihujung jari. Namun, kemampuan
keluarga dan demi menjaga anak daripada terjerumus ke kancah pornografi dan gejala
negatif menyebabkan perkara ini tidak releven buat masa ini.

21
SITUASI 3
Sebagai seorang pelajar lepasan SPM yang memiliki keputusan yang cemerlang, anda
berhasrat untuk menjadi guru yang dapat berbakti kepada anak bangsa dan negara suatu hari
nanti.

Alat Cort 1 AGO adalah yang paling sesuai untuk situasi 3 berikut. Hal ini demikian
kerana idea utama AGO adalah untuk memberikan tumpuan secara langsung dan
disengajakan atau niat di sebalik tindakan yang dicadangkan. Tujuan utama adalah berkaitan
dengan hala tuju, matlamat ialah destinasi utama dan objektif ialah hasil pencapaian yang
dapat dikenal pasti dalam proses tersebut. Jadual dibawah menunjukkan penyelesaian
masalah situasi 3 menggunakan AGO.

Tujuan  Melahirkan insan yang berpengetahuan.


 Membentuk modal insan yang seimbang dari aspek rohani,
jasmani, emosi dan intelek.
 Membentuk insan yang mempunyai kepimpinan masa depan.
Matlamat  Mengajar murid fakta dan prinsip kandungan pelajaran
 Menjadi model peranan bagi murid
 Membantu murid membina kemahiran berfikir aras tinggi
 Menyediakan murid mengalami alam pekerjaan
Objektif  Merancang pengajaran yang mengambil kira kepelbagaian
gaya pembelajaran pelajar
 Menaksir kefahaman pelajar terhadap isi kandungan pelajaran
 Menerang fakta dan prinsip kandungan pelajaran

Bagi memastikan perkara ini dapat dicapai, saya akan berusaha dan berlajar
bersungguh-sungguh sehingga menjadi seorang guru yang dapat meyumbang kepada anak
bangsa dan negara berpandukan tujuan, matlamat dan objektif yang telah ditetapkan.
Kesimpulannya, dapat dirumuskan bahawa alat Cort 1 AGO ini dapat membantu sesorang
dalam menentukan apa yang hendak dicapai dalam hidupnya.

22

Anda mungkin juga menyukai