Anda di halaman 1dari 2

Colonel Harland Sanders

Kisah Kejayaan pengasas resipi ayam goreng KFC iaitu Colonel Harland Sanders yang
dilahirkan di Kentucky pada tahun 1890. Semasa zaman kanak-kanaknya dia biasa
memasak kerana ibunya sibuk bekerja setelah ayahnya yang bekerja sebagai
pelombong meninggal dunia dunia ketika usianya sementah enam tahun. Manakala
beliau pula anak sulong daripada lima orang adik beradik. Antara masakan yang beliau
pelajari daripada ibunya ialah memasak ayam goreng. Namun untuk menjadi tauke
ayam goreng bukanlah semudah dan sepantas itu. Sebaliknya Sanders sering bertukar
kerja sehinggalah usianya 40 tahun. Waktu itu dia membuka stesyen minyak di
Kentucky. Dalam masa yang sama dia memberi peluang orang yang singgah di situ
menikmati ayam goreng yang dimasaknya sendiri. Akhirnya ramai orang menggemari
keenakan rasa ayam goreng Sanders.

Kemudian dia membuka restoran ayam gorengnya sendiri bagi memenuhi permintaan
orang ramai yang rindukan ayam gorengnya. Malangnya restorannya terpaksa ditutup
(1952) dan Sanders kehilangan semua perniagaannya melainkan resipi menggoreng
ayam yang mengadunkan 11 aneka herba dan ramuan itu. Akhirnya Sanders berjaya
memfrancaiskan perniagaan ayam gorengnya dan semua itu dicapai hanya pada
usianya 65 tahun. Kini KFC berada di lebih 80 buah negara dengan pendapatan
tahunannya (royaltinya) melebihi USD40,000 setahun.

Beberapa pengajaran yang boleh di perolehi daripada kisah Colonel Harland Sanders
ini adalah:
 Jangan ragu menggilap bakat yang tampak semasa zaman kanak-kanak. Ia
boleh menjadi sumber pendapatan dan sumber hidup yang kekadang lumayan.
 Jika ‘bintang’ belum menyerlah dalam sesuatu bidang, jangan berputus asa.
Teruskan usaha dan lakukan apa yang anda sukai kerana pintunya mungkin
akan terbuka juga suatu hari nanti.
 Jika anda suka memasak, teruslah memasak. Jika anda suka menulis, teruslah
menulis. Jika anda suka komputer, teruslah menggodam komputer. Jika anda
suka melukis, teruslah melukis. Jika anda suka enjin, teruslah menggodam enjin
motor (bukan motor curi) dan pelajari matematik kejuruteraan. Jika anda berhenti
berbuat demikian, maka momentum untuk anda memulakannya kembali menjadi
lemah.
 Mustahil kejayaan datang dalam masa sehari atau bergolek. Pasti ada harga
yang perlu dibayar. Itulah ketekunan, kesabaran, disiplin dan konsisten.
 Jangan jadikan umur sebagai batasan untuk berjaya. Kejayaan adalah subjektif.
Ia akan datang kepada mereka yang inginkannya.
 Setiap orang berhak meraih kejayaan mengikut perspektif dan cara masing-
masing.

Anda mungkin juga menyukai