Anda di halaman 1dari 2

PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH RENDAH (PASR)

Apakah PASR?
PASR adalah Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah

Apakah syarat untuk menduduki PASR


• Mengikuti KSSR Pendidikan Khas Tahap 2
• Berada pada tahun akhir persekolahan
• Berumur tidak melebihi 14 tahun pada 1 Januari tahun pentaksiran
• MBK yang mempunyai Kad OKU
• Mendaftar untuk menduduki PASR sahaja

Siapakah pentaksir PASR?


Pentaksir PASR adalah guru-guru yang mengajar mata pelajaran berkenaan dalam
program PPKI

Apakah tujuan PASR dilaksanakan


PASR dilaksanakan untuk menggalakkan penglibatan dan pembelajaran bermakna melalui
beberapa elemen kemahiran dalam situasi sebenar kehidupan murid. PASR juga
bertujuan menyediakan pelaporan yang komprehensif untuk MBK.

Apakah kurikulum yang digunakan untuk PASR?


Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran)

Apakah mata pelajaran yang diuji dalam PASR?


Mata pelajaran dalam KSSR PK Masalah Pembelajaran iaitu Bahasa Melayu (BM), Bahasa
Inggeris (BI), Kemahiran Hidup Asas (KHA), Matematik dan Pendidikan Sains, Sosial dan
Alam Sekitar (PSSAS)

Apakah instrumen yang digunakan dalam PASR


Instrumen ProKhas 1 dan Instrumen ProKhas 2

Apakah Instrumen ProKhas 1?


Gabungjalin hasil pembelajaran 3 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Matematik dan
Kemahiran Hidup Asas (komponen pilihan: masakan, jahitan, perkebunan, penternakan)

Bolehkah calon mengambil kesemua komponen?


Calon hanya dibenarkan memilih satu komponen sahaja.

Apakah Instrumen ProKhas 2?


Gabungjalin hasil pembelajaran 2 mata pelajaran iaitu Bahasa Inggeris dan Pendidikan
Sains, Sosial dan Alam Sekitar (PSSAS)
Apakah elemen kemahiran Instrumen ProKhas 1?
Kemahiran Literasi (Bahasa Melayu), Kemahiran Numerasi (Matematik) dan Kemahiran
Hidup

Apakah elemen kemahiran Instrumen ProKhas 2


Kemahiran Literasi (Bahasa Inggeris) dan Kemahiran Asas Sains

Tarikh Perlaksanaan PASR

• ProKhas 1 ( 4 Julai 2016 hingga 2 september 2016 )


• ProKhas 2 ( 5 September 2016 hingga 7 Oktober 2016 )