Anda di halaman 1dari 3

Menjelang abad yang ke 21, apabila kita semakin membangun dan masyarakat kita

semakin maju, kita dapat lihat bahawa tanah dan tapak bumi ini telah menjadi mangsa dalam
arus pemodenan ini. Isu pencemaran alam setikar yang berlaku seperti pencemaran air, udara
dan darat sering meniti dari bibir ke bibir masyarakat. Lebih teruk lagi, bukan sahaja kita
berbuat demikian, namun kita memburukkan lagi tapak bumi ini dengan sikap membuang
sampah merata-rata tempat. Segelintir masyarakat tidak menghargai dan menjaga bumi dan
alam sekitar yang telah dipinjamkan sementara dan diberikan dalam keadaan baik oleh tuhan
ini. Sikap segelintir masyarakat zaman moden yang asyik mengejar fatamorgana sehingga
mengabaikan isu pencemaran alam setikar ini, merupakan factor yang menyebabkan keadaan
ini semaikn lama semakin merosot. Sekiranya keadaan ini dibiarkan, manusialah yang akan
menerima balasan dan padahnya pada suatu hari nanti. Maka, pelbagai langkah perlulah
diambil sebelum nasi menjadi bubur. Tidak kira siapa, semua orang dan pihak
bertanggungjawab untuk mengatasi masalah pembuangan sampah merata-rata tempat ini.

Peribahasa melayu ada mengatakan,‘tiada penyakit yang tiada penawarnya’. Langkah-


langkah untuk menangani masalah skap segelintir masyarakat yang sering membuang sampah
di merata-rata tempat dengan efektif di negara kita yang pertama ialah perancangan dan
pengurusan sisa yang sistematik. Masyarakat perlulah mempratikkan program 3R dalam
kehidupan seharian iaitu program yang dikenali sebagai Program Pengurangan, Penggunaan
Semula dan Kitar Semula. Pengurangan ialah usaha mengurangkan penggunaan sumber-
sumber bahan yang terhad. Ianya bermaksud masyarakat haruslah mengurangkan pembelian
dan penggunaan barang-barang baru. Penggunaan Semula pula ialah usaha menggunakan
semula bahan-bahan yang tidak terpakai ataupun buangan dengan mengubah fungsi bahan
tersebut ataupun menggunakan secara terus tanpa membeli barang baru. Akhir sekali, Kitar
Semula dimana kita mengasingkan dan menghantar benda-benda yang boleh dikitar semula
seperti plastik, kertas, botol dan lain-lain supaya boleh dikitar semula dan menjimatkan bahan
sumber. Disamping dapat menjaga alam sekitar, ianya juga dapat memastikan pengurangan
sampah sarap yang dilakukan oleh masyarakat dan memupuk sikap disiplin dalam berusaha
mengasingkan sampah-sampah kepada bahagian-bahagian yang bleh dikitar semula dan tidak
boleh dikitar semula. Jadi, pengurangan pembuangan sampah di merata-rata tempat dapat
dipastikan oleh masyarakat.

Seterusnya. Langkah-langkah atau cara untuk menangani masalah sikap masyarakat


yang suka membuang sampah merata-rata tempat ialah dengan melakukan tetulang negatif
ataupun disebutkan dalam terma psikologi sebagai ‘negative reinforcement’. Tetulang negatif
ini bermaksud apabila tingkah laku dan respon individu terkawal ataupun melakukan perkara-
perkara yang dibolehkan sahaja untuk memberhentikan dan mengelakkan kesan buruk yang
berlaku ke atas mereka. Contonya dengan memberikan denda yang melinatkan wang ringgit
kepada kawasan-kawasan yang sangat kotor dan terdapat banyak masalah pmbuangan
sampah di merata-rata tempat. Disebabkan susah untuk kita mengenal pasti individu-individu
yang tidak bertanggungjawab ini, jadi dengan mengenakan denda secara menyeluruh akan
menyebabkan masyarakat lain akan lebih prihatin dengan isu semasa dan berusaha untuk
menangani masalah pembuangan sampah merata-rata ini. Dengan cara mengenakan denda
secara menyeluruh ini, yang bermaksud semua penghuni di kawasan yang kotor dan tercemar
dengan sampah-sarap itu perlu membayar sejumlah wang Ringgit Malaysia sebagai denda, ia
akan menyebabkan penghuni-penghuni disitu menjalani tetulang negatif dan akan berusaha
sebaik mungkin untuk menjaga kawan perumahan mereka supaya tiada sampah sarap di
merata tempat. Cara tetulang negatif ini juga telah dibuktikan berjaya kerana masalah rokok
di restoran dan kedai-kedai makan berkurang dengan drastiknya disebabkan denda yang
bakal dikenakan kepada individu-individu yang merokok di kawasan tempat-tempat makan
ini. Selain dapat membuat masyarakat menjadi lebih prihatn terhadap masalah ini, ia juga
dapat memastikan masyarakat bekerjasama sebagai satu komuniti kerana jika seorang
membuat masalah, semua orang yang akan terkena tempiasnya nanti. Bak kata pepatah
melayu, kerana nila setitik rosak satu susu sebelanga.

Di samping itu, kajian mendapati bahawa banyak pembuangan sampah merata-rata ini
dibuat oleh remaja-remaja di bawah umur kerana mereka masih tidak mengambil peduli
tentang kepentingan penjagaan alam sekitar. Sekolah dapat diibaratkan sebagai rumah kedua
bagi para pelajar. Oleh itu, pihak sekolah dan ibu bapa brperanan besar dalam usaha
mengatasi masalah pembuangan sampah di merata-rata tempat ini. Antara langkah dan cara
yang pihak sekolah boleh lakukan ialah dengan mengadakan kem kesedaran untuk memupuk
sifat cinta terhadap alam sekitar dalam kalangan pelajar. Mata pelajaran seperti Pendidikan
Agama Islam, Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan juga dapat
menerapkan semangat cinta terhadap alam sekitar secara langsung kepada pelajar contohnya
dengan memberikan tugasan-tugasan yang berkaitan dengan isu pembuangan sampah merata-
rata tempat dan penjagaan alam sekitar. Dengan ini secara tidak langsung, ia dapat memberi
kesedaran kepada para pelajar dan dengan wujudnya kesedaran ini, mereka akan berusaha
untuk mengubah sikap yang tidak bertanggungjawab dalam penjagaan alam sekitar dan akan
berusaha untuk tidak membuang sampah merata-rata tempat lagi misalnya. Aktiviti
kokurikulum di sekolah seperti penubuhan Kelab Alam Sekitar juga dapat membantu dalam
menangani masalah pembuangan sampa di merata-rata tempat ini.

Akhir sekali, cara untuk menangani masalah sikap masyarakat yang suka membuang
sampah merata-rata tempat ialah menambah baik sistem pengurusan pembuangan sampah
dan menambah jumlah bilangan tong sampah di tempat awam. Dengan menambah jumlah
tong sampah yang ada tiada lagi alasan untuk masyarakat Malaysia membuang sampah di
merata-rata tempat dan tiada lagi masalah yang berlaku akibat kekurangan jumlah tong
sampah di tempat awam seperti tong sampah cepat penuh dan tiada tempat lagi untuk
membuang sampah dan sisa yang ada, jadi terpaksa membuang di tepi tong sampah yang
telah penuh, yang dimana jika hari berangin, sampah-sampah tersebut akan bertebaran di
merata tempat dan ianya akan menyebabkan kawasan tersebut kotor dan terliat seperti tidak
menjaga kebersihan. Penambahan tong-tong sampah kitar semula juga perlu ditingkatkan
untuk membantu menangani masalah pembuangan sampah di merata-rata tempat ini. Selain
itu, menambah baik sistem pengurusan pembuangan sampah juga perlu diadakan contohnya
seperti untuk memastikan proses lori-lori sampah yang bertugas untuk mengutip segala
sampah-sarap yang ada pada masa-masa tertentu mengikut jadual yang telah ditetapkan
berjalan dengan lancar dan tidak lewat ataupun tidak mengikut jadual waktu yang ditetapkan
agar tiada lagi masalah tong sampah-tong sampah yang penuh di kawasan awam. Sekali gus,
masalah pembuangan sampah di merata-rata tempat juga dapat dikurangkan.

Kesimpulannya, masalah sikap segelintir masyarakat yang sering membuang sampah


di merata-rata tempat perlulah ditangani dengan segera dan usaha ini memerlukan kerjasama
bukan hanya dari pihak kerajaan, tetapi juga memerlukan kerjasama daripada semua pihak.
Alam sekitar telah diamanahkan dan dianugerahkan kepada kita jadi kita perlulah menjaga
dan menghargainya dengan baik dengan penuh tanggungjawab. Seandainya masalah ini
dibiarkan dan tidak ditangani dengan segara, kitalah, manusia yang akan menerima kesannya
di kemudian hari.