Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PELANGI

SKRIP CERITA TAHAP 1

”SI TANGGANG”

“Hei… Perempuan tua, jangan engkau pandai-pandai mengaku dirimu itu ibuku! Ibuku
tidak sekotor ini. Aku anak orang kaya. Lebih baik kau berambus dari sini….”
” Pengawal, halau perempuan tua ini, hamba benci melihatnya!”

Tersebutlah kisah hikayat lama,


Kisah seorang anak derhaka,
Kepada ibu yang tua,
Sentiasa diingat janganlah lupa.

Tak molek, jika ada alu, tiada lesungnya,


Tak berguna, kalau ada dayung, tiada sampannya
Tak lengkaplah cerita, kalau tiada tajuknya

Selamat pagi kepada peneraju acara, panel hakim yang arif, guru-guru serta kawan-
kawan semua. Pada pagi yang indah ini saya akan menyampaikan sebuah cerita
yang bertajuk “Si Tanggang”.

Yang terlena, sedar-sedarkan.


Yang tersedar, dengar-dengarkan
Yang terdengar, fikir-fikirkanlah.

Pada zaman dahulu kala, di sebuah kampung yang terpencil terdapat


sebuah keluarga yang miskin, Mak Umpit dan anak tunggalnya yang bernama Si
Tanggang. Kehidupan mereka, kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang.

Suatu hari, Si Tanggang berkata kepada ibunya,

“Ibu, kehidupan kita ini sangat miskin. Tanggang rasa eloklah Tangggang pergi
merantau di negeri orang mencari kekayaan. Nanti... Tanggang akan dirikan mahligai
yang indah dan akan Tanggang kalungkan intan permata pada tubuh ibu...”
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PELANGI

”Apa??? Kau nak tinggalkan ibu...? Ibu sudah tua Tanggang... kasihanilah ibu... jangan
tinggalkan ibu, Tanggang...”

Segala rintihan dan rayuan Mak Umpit tidak diendahkan oleh anaknya Si Tanggang..
Keesokan harinya, keluarlah Si Tanggang meningggalkan ibunya yang tua di kampung
bersendirian untuk merantau.

Setelah sekian lama, Si Tanggang sudah menjadi kaya raya dan telah
berkahwin dengan seorang puteri nakhoda kapal raja yang cantik jelita.

Suatu hari, Si Tanggang bersama si isteri dan anak-anak kapal belayar


berniaga. Dalam pelayaran akhirnya, kapal Si Tanggang telah berlabuh berhampiran
kampung asalnya. Apabila mendengar berita itu, ibu Si Tanggang sangat gembira.
Tanpa berlengah lagi, Mak Umpit terus pergi berjumpa Si Tanggang dengan
mendayung sampan menuju ke kapal Si Tanggang untuk berjumpa anak
kesayangannya itu.

“Oh, Tanggang anakku! Tidakkah engkau kenal lagi ibumu ini? Rindunya rasa hati ibu
semenjak kepemergianmu nak...”

Si Tanggang terkejut dengan kedatangan perempuan tua itu. Dia berasa malu untuk
mengaku perempuan yang tua dan hodoh itu ibu kandungnya.

“Hei… Perempuan tua, jangan engkau pandai-pandai mengaku dirimu itu ibuku!
Ibuku tidak sekotor ini. Aku anak orang kaya. Lebih baik kau berambus dari sini….”

” Pengawal, halau perempuan tua ini, hamba benci melihatnya”

Kerana terlalu sedih, Mak Umpit menangis teresak-esak apabila dimaki dan dihalau
oleh anak kandungnya sendiri. Dia terus menadah tangan ke langit dan berseru kepada
Tuhan,

“Oh, Tuhanku! Kalau benar Si Tanggang itu adalah anakku yang kususui dan yang
ku didik, tunjukkanlah balasan Mu ke atas anak yang durhaka ini!!!”
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PELANGI

Tiba-tiba, petir berdentum, angin bertiup kencang, Si Tanggang berasa takut dan
kesal. Kapal yang dinaiki Si Tanggang terumbang ambing. Terdengarlah suara
Si Tanggang melaung.....

” Ibu.... ibu.... ibu...ampunkan dosa Tanggang bu....


Tanggang ini anak ibu........ ibu ampunkan Tanggang bu.....
Ampunkan Tanggang bu.... ampunkan Tanggang bu................ ”

Bahtera Si Tanggang semakin karam, pekik dan suara orang-orang di dalamnya


semakin hilang...... akhirnya..... Tanggang, isteri dan anak- anak kapalnya menjadi
batu akibat daripada penghinaan dan penderhakaan Si Tanggang terhadap ibunya....

Para hadirin sekalian;

Itulah balasannya kepada anak-anak yang tidak mengenang budi. Oleh itu, kita tidak
harus menderhaka dan melawan kata-kata ibu kita kerana syurga terletak di bawah
tapak kaki ibu. Dengan ini, saya Laila Damia Qaisara menghabiskan cerita dengan
sebuah lagu.

Terang bulan di malam sepi, Cahaya


memancar ke pohon kelapa, Hidup di
dunia buatlah bakti,
Kepada kedua ibu dan bapa.
(irama lagu ikan kekek... )

Sekian, terima kasih.


SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PELANGI

.
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PELANGI