Anda di halaman 1dari 1

Q.

Apakah identiti anda mempengaruhi kehidupan anda dalam kelompok etnik yang
sama/kumpulan etnik yang berlainan?

Dalam kelompok etnik yang sama, dalam masyarakat Cina, saya dapat
meghadapi halangan yang minimum dalam melakukan sesuatu perkara. Hal ini
kerana mereka mempunyai latar belakang yang lebih kurang sama. Contohnya,
saya sebagai penganut Buddha dan menyembah kepada Guanyin, saya tidak
digalakkan untuk memakan daging lembu. Segala makanan yang terdapat bahan
lembu akan dielakkan. Apatah lagi, saya patut mengamalkan tradisi supaya
mengjaga tatasusila dalam keluarga seperti memanggil ahli keluarga dengan
sebutan yang betul dan bukannya ‘uncle’ dan ‘aunty’ sahaja. Saya juga patut
berkomunikasi dengan bahasa ibunda saya iaitu Bahasa Cina dalam sepanjang
masa. Selain itu, saya juga berpakaian secara keinginan saya, tidak disekat. Oleh
itu, ia mempengaruhi saya supaya tidak melupakan identity diri sendiri.

Sebaliknya, dalam kumpulan etnik yang tidak sama, saya telah


mengamalkan sikap toleransi supaya tidah melakukan segala perkara yang
bertentang dengan ajaran agama lain. Contohnya, saya tidak akan membiar anjing
saya berlari di kawasan awam seperti taman rekreasi supaya anjing tidak dapat
berdekatan dengan penduduk Melayu. Selain itu, saya akan lebih berwaspada
untuk bertutur supaya tidak akan mengeluarkan apa-apa perkataan untuk
menyentuh isu-isu sensitif ajaran agama. Saya juga tidak akan menggunakan
tangan kiri semasa bergaul dengan kawan Melayu dan menyentuh kepala kawan
India. Di samping itu, saya juga akan elakkan makanan yang tidak halal jika
berhadapan dengan kawan Melayu.

(211 p.p)

Anda mungkin juga menyukai