Anda di halaman 1dari 5

1.

Rasional

NILAM adalah singkatan bagi Nadi Ilmu Amalan Membaca yang merupakan program
galakan membaca secara terancang dan berterusan dengan melibatkan semua pelajar
sekolah.

Program NILAM merupakan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk


membina tabiat membaca dikalangan pelajar dengan hasrat mewujudkan masyarakat
Malaysia yang cinta dengan budaya membaca dan budaya ilmu. Ia bertujuan untuk
membudayakan amalan membaca dalam kalangan pelajar sepanjang hayat.

Melalui pemerhatian pencapaian akademik dari tahun 2009, didapati tahap


pencapaian dan penguasaan pelajar Sm Ken Hwa dalam bidang bahasa, sama ada
dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris mahupun Bahasa Cina belum mencapai tahap
yang membanggakan. Justeru, sekolah perlu mengambil inisiatif untuk mengatasi
masalah ini secepat mungkin demi kebaikan pelajar dan pihak sekolah.

Antara langkah yang paling efektif adalah dengan memupuk minat membaca
dalam kalangan pelajar agar mereka dapat menguasai lebih banyak perbendaharaan
kata, tatabahasa serta struktur ayat yang betul. Sepanjang tahun 2008 sehinggalah
2010, program NILAM telah dilaksanakan bagai mengatasi masalah ini. Secara
keseluruhannya, program ini telah membawa kesan yang menggalakkan iaitu keputusan
pelajar menunjukkan peningkatan. Justeru, program ini harus diteruskan pada tahun ini
bagi memastikan penguasaan para pelajar dalam bidang bahasa terus meningkat.

2. Objektif
 Menggerakkan aktiviti-aktiviti yang dapat menyemai minat membaca dalam
kalangan pelajar seperti yang disarankan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia
 Meningkatkan minat membaca yang berterusan dalam kalangan pelajar.
 Melahirkan/ mengenalpasti tokoh murid yang banyak membaca dan
berketrampilan serta mempunyai sifat-sifat kepimpinan.
 Menampilkan murid yang mengamalkan ciri-ciri pembaca yang berkualiti.
 Meningkatkan penguasaan pelajar dalam bidang bahasa terutamanya Bahasa
Inggeris dan Bahasa Melayu.

3. Kumpulan Sasaran

Semua pelajar SM Ken Hwa (Tingkatan Peralihan hingga Tingkatan Enam)

4. Tema

/ “Budaya Membaca, Bangsa Bestari”

5. Tempoh Perlaksanaan

Februari hingga September 2011


6. Perlaksanaan
 Setiap pelajar diwajibkan untuk memiliki Buku Rekod Bacaan untuk
merekodkan maklumat-maklumat yang diperlukan setelah membaca
sesebuah buku/artikel.
 masa akhir hari Rabu [1.55-2.10 petang] dijadikan waktu NILAM setiap
minggu. Guru yang mengajar pada waktu ini perlu membimbing murid
membaca, membawa bahan bacaan dan membuat catatan nilam.
 Penetapan bahasa buku yang dibaca pada setiap minggu;
Minggu 1- BM
Minggu 2- BI
Minggu 3- BC
Minggu 4- mana-mana bahasa
 Guru akan memantau catatan pelajar sepanjang program ini untuk
memastikan pelajar membaca bahan bacaan tambahan.
 Buku Nilam pelajar akan disemak oleh Guru Kelas dan mengisi Analisis NILAM
yang telah disediakan pada setiap hujung bulan dan menyerahkan kepada
Penyelaras Nilam. Minggu kedua setiap bulan Anugerah Pembaca Terbanyak
dan Anugerah Kelas Banyak Membaca akan diumumkan dan diberi sijil. Sijil
Anugerah Kelas harus dipaparkan di papan maklumat kelas. Tokoh Nilam
akan dinobatkan pada hujung tahun berdasarkan kepada jumlah buku yang
dibaca sepanjang tempoh perlaksanaan program.
 Pemantauan penyelaras dan guru-guru Pusat Sumber akan dilakukan dari
semasa ke semasa.

6.1 Tugas Guru-guru pada waktu akhir setiap Hari Rabu


 Memastikan setiap pelajar membaca 15 minit sebagai waktu Nilam.
 Memastikan pelajar membuat catatan bahan bacaan dalam Buku Catatan Nilam.
 Membimbing pelajar dalam membuat catatan membaca jika terdapat kesangsian.
 Mengambil tindakan Demerit (-5) kepada pelajar yang tidak membawa buku
catatan NILAM dalam buku Merit Demerit Murid.

6.2 Tugas Guru Tingkatan


 Membuat analisis jumlah buku yang telah dicatat oleh setiap pelajar dalam Borang
Catatan Bacaan Nilam 2011 pada setiap hujung bulan dan menyerahkan kepada
Penyelaras Program Nilam.
 Mengambil tindakan demerit (-3) kepada pelajar yang langsung tidak membuat
catatan bacaan Nilam pada setiap hujung bulan.

6.3 Tugas Penyelaras Program Nilam


 Memantau perlaksanaan tugas Guru subjek pada setiap Hari Rabu dan Guru
Tingkatan mengikut jadual yang ditetapkan.
 Mengadakan pemeriksaan spontan terhadap catatan bacaan pelajar dari semasa ke
semasa.

6.4 Tugas Guru Displin


 Mengenakan tindakan displin terhadap pelajar yang lansung tidak membuat
sebarang catatan bacaan.
6.5 Tugas Kaunselor
 Berjumpa dengan pelajar yang bermasalah agar dapat membimbing dan menasihati
pelajar agar menjadikan tabiat membaca sebagai budaya hidup.

6.6 Tugas Ketua Kelas/ Penolong Ketua Kelas


 Memungut semua Buku catatan Nilam pelajar dan hantar kepada Guru Kelas pada
setiap hari Rabu terakhir dalam bulan tersebut.
 Menyenaraikan senarai pelajar yang tidak menghantar buku catatan Nilam setiap
hujung bulan dan menyerahkan kepada guru kelas.

7. Aktiviti
a) Setiap pelajar diwajibkan sekurang-kurangnya mempunyai catatan bacaan
Nilam pada setiap bulan yang direkodkan dalam Buku Catatan Nilam masing-
masing.
b) Pada minggu kedua setiap bulan, Anugerah Pembaca Terbanyak dan
Anugerah Kelas Banyak Membaca akan diumumkan dan diberi sijil. Sijil
Anugerah Kelas harus dipaparkan di papan maklumat kelas. Tokoh Nilam
akan dinobatkan pada hujung tahun berdasarkan kepada jumlah buku yang
dibaca sepanjang tempoh perlaksanaan program.
c) Sesi mesyuarat akan diadakan dari semasa ke semasa untuk menilai
pencapaian Program Nilam.

8. Kriteria pemilihan Pemenang


Dipilih berdasarkan bilangan buku yang dibaca;

Anugerah Kategori Pengiktrafan


1. Anugerah Pembaca Terbanyak bulanan Men. Atas & Men. Sijil
[individu] Rendah
2. Anugerah Kelas Banyak Membaca bulanan Men. Atas & Men. Sijil
[kelas] Rendah
3. Tokoh Nilam tahun 2011 Sijil + hadiah

9. Anggaran Perbelanjaan
Hadiah berbentuk Bahan Elektronik/

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

HELENA BINTI WILLIAM DOROTHEA C. ONONG


Penyelaras Program Nilam 2011 Pengerusi Program Nilam 2011
SM Ken Hwa SM Ken Hwa
SEKOLAH MENENGAH KEN HWA
KENINGAU

KERTAS KERJA

PROGRAM NILAM 2011

TEMA

“Budaya Membaca, Bangsa Bestari”


CONTOH-CONTOH BORANG

ANALISIS JUMLAH BACAAN INDIVIDU

KELAS: 1 SOPAN GURU KELAS: HELENA BINTI WILLIAM

BIL NAMA FEB JUM MAC JUM


. PELAJAR BM BI BM BM BI BC
1. AFIQ AWANG
2. AMIRUDDIN

JUMLAH TERKUMPUL

REKOD PENGHANTARAN BULANAN BUKU NILAM

KELAS: 1 SOPAN KETUA KELAS/PEN.KETUA KELAS: RAFFY VOO/ERIKA NG

[/] Hantar [x] Tidak Hantar

BIL. NAMA FEB MAC JUN


1. AFIQ AWANG

ANALISIS JUMLAH BACAAN MENGIKUT TINGKATAN

TINGKATAN: 1 PENYELARAS TING: ROWENA GEORGE

BIL. TINGKATAN FEB MAC APRIL MEI JUN JUL OGOS


1. SETIA
2. SOPAN
3.

Anda mungkin juga menyukai