Anda di halaman 1dari 1

Karangan Berita [Tajuk / Tempat / Tarikh (TTT) ]

Seramai 14 Orang Murid Keracunan Makanan (Tajuk berita)


BATU PAHAT, 25 Februari – Penulisan tarikh lebih tepat berbanding hari.

(ASB MDB)
*Apa: Menerangkan peristiwa yang berlaku dan menjadi persoalan berita. Aspek ini memberikan
maklumat kepada keseluruhan berita.

*Siapa: Nama dijelaskan dengan lengkap, termasuklah gelaran dan usia.

*Bila: Menerangkan masa dan tarikh peristiwa berlaku.

*Mengapa: Sebab-sebab peristiwa itu berlaku. Sebab-sebab belum diketahui, nyatakan “belum diketahui”
atau “pihak polis masih menjalankan siasatan”.

*Di mana: Menerangkan tepat kejadian tersebut berlaku. Jika tempat kejadian kurang diketahui umum,
letakkan nama negeri.

*Bagaimana: Menerangkan cara peristiwa itu berlaku dan urutan perkembangan peristiwa tersebut.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Seramai 14 Orang Murid Keracunan Makanan

KLUANG,7 Jun – Seramai 14 orang murid dari Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu telah mengalami
keracunan makanan. Kejadian telah berlaku pada pukul 10.30 pagi ketika murid-murid makan nasi lemak
di kantin sekolah. Kejadian tersebut menyebabkan mangsa dihantar ke Hospital Kluang.

Menurut guru besar sekolah tersebut, Encik Irfan Hadi, pda awalnya hanya tiga awal murid sahaja
yang muntah. Beberapa minit kemudian, jumlah murid yang muntah semakin bertambah. Tanpa berfikir
panjang, beliau melarang murid supaya tidak memakan nasi lemak yang sudah dibeli.

Murid yang disyaki keracunan makanan telah dibawa ke bilik rawatan sekolah. Oleh sebab kejadian
tersebut agak serius, pihak hospital telah dihubungi. Kira-kira 20 minit kemudian, ambulan telah datang
dan mangsa yang seperti ayam berak kapur segera dikejarkan ke hospital.

Tiga orang pegawai kesihatan daripada Kementerian Kesihatan telah memeriksa kantin sekolah.
Menurut pegawai yang membuat pemeriksaan, keadaan tempat memasak kantin sangat kotor. Mereka
mengarahkan kantin mentup peniagaan selama dua minggu untuk tujuan pembersihan.

Mangsa yang dihantar ke hospital telah ditahan di wad. Ibu bapa mereka telah dihubungi untuk
memaklumkan mengenai kejadian yang berlaku. Doktor yang bertugas telah membuat pemeriksaan rapi
terhadap setiap mangsa.

Ekoran kejadian tersebut, ramai murid yang bercadang membawa bekal ke sekolah. Cara ini bukan
sahaja dapat memastikan kesihatan terjamin, tetapi dapat menjimatkan wang. Kini, murid-murid semakin
sedar betapa pentingnya menjaga kebersihan.

Anda mungkin juga menyukai