Anda di halaman 1dari 1

Terima kasih pengerusi majlis.

Bismillahhirrahmanirahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam


sejahtera, salam Negaraku Malaysia.

Yang Berbahagia, Encik Muhammad bin Hashim, Yang Dipertua PIBG SMK
Kampong Jawa,
Yang Berusaha, Puan Noraizah binti Mohd Nor, Penolong Kanan Pentadbiran
Yang Dihormati Puan Puziah binti Tuban, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Tuan Haji Muzikir bin Muhammad, Penolong Kanan Kokurikulum,
Puan Normala binti Misman, Penolong Kanan Pendidikan Khas,
Encik Amir Saifudin bin Abd Majid, Penolong Kanan Petang,
Guru-guru SMK Kampong Jawa
Ahli jawatankuasa PIBG
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian

Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurnia-Nya segala perancangan
dan usaha yang jitu maka Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-20 dapat
diterjemahkan hari ini. Terima kasih kepada semua ibu bapa yang dapat hadir pada
hari ini ini. Kehadiran ibu bapa menunjukkan komitmen yang tinggi bagi
merealisasikan visi dan misi sekolah untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang
akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar. Tidak dilupakan juga sekalung
penghargaan dan terima kasih kepada semua guru yang berhempas pulas dan
menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menjayakan majlis kali ini.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Anda mungkin juga menyukai