Anda di halaman 1dari 2

Jawatankuasa Bekas Pekerja

Ladang Kamiri dan Changkat Salak


656 Taman Tun Sambanthan
31100 Sg Siput U
Perak

11hb Februari 2020

Pihak Pengurusan,
Sime Darby Plantation Sdn Bhd
Ara Damansara,’
47301 Petaling Jaya, Selangor.

Tuan,

Pengurusan Sime Darby Ladang Kamiri Menekan Bekas Pekerja

Merujuk kepada perkara di atas, kami menerima tekanan daripada pengurusan ladang Kamiri,
Sg Siput dengan enggan memberikan kemudahan asas kepada bekas pekerja walaupun usaha
menawaran tanah alternative sudah hampir sampai ke penghujung.

Pihak pengurusan enggan membaiki lampu jalan di kawasan kediaman kami dan ini
membuatkan kami khuatir tindakan pengusiran sedang dilakukan oleh pihak pengurusan. Ramai
pihak sudah membawa permohonan secara lisan kepada pihak pengurusan tetapi jawapan yang
diterima hanyalah bahawa isu hampir selesai dan mereka tidak perlu lagi membaiki lampu jalan.

Masalah menjadi lebih serius kerana dalam masa 10 hari lagi, kami akan menyambut perayaan
di ladang dan tindakan pihak pengurusan pada masa perayaan ini bagaikan sengaja
menindakkan hak sambutan perayaan kami dan mencetuskan isu sensitif di kalangan
penduduk.

Kami amat berharap pihak pengurusan tertinggi Sime Darby menasihati pihak pengurusan
Ladang Kamiri untuk menghormati hak kami dan kami sedia bekerjasama dengan semua pihak
untuk menyelesaian isu tanah kami secepat mungkin. Sekian terima kasih.

Yang benar,

Jawatankuasa Bekas Pekerja Ladang Kamiri dan Changkat Salak


Jawatankuasa Bekas Pekerja Ladang Kamiri dan Changkat Salak
Pengurusan Sime Darby Ladang Kamiri Menekan Bekas Pekerja

NO NAMA TANDATANGAN

Anda mungkin juga menyukai