Anda di halaman 1dari 1

K&W Capital Sdn.Bhd.

213,Tingkat 1,Blok2,Jalan1/9,Seksyen1,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan.

30hb September 2019

Merujuk surat bertarikh 23 September 2019. Perpindahan Lokasi Ke Kilang Concrete


Engineering Products Bhd (CEPCO).

Dengan rasa kesal, saya terpaksa menolak tawaran baru ini dimana saya masih diminta untuk
melaporkan diri di Johor Bahru pada 7 Oktober 2019.

Tawaran ini masih tidak menyelesaikan sebab- sebab yang telah dikemukakan sebagai sebab
mengapa saya tidak boleh pergi ke Johor Bahru iaitu kos kehidupan yang tinggi di Johor
berbanding dengan Sungai Petani, Kedah dimana elaun sebanyak RM400 tidak akan
mencukupi untuk mengatasi kos kehidupan ini dan sebab seterusnya keluarga saya berada di
Sungai Petani, Kedah dan mereka bergantung terhadap saya bukan sahaja untuk belanja isi
rumah tetapi juga untuk menjaga mereka.

Mamandangkan kilang di Sungai Petani masih berfungsi, maka saya meminta agar saya
ditempatkan semula di kilang di sini.

Saya akan menunggu jawapan pihak tuan dan memberikan 7 hari untuk menerima jawapan dari
tuan. Sekiranya saya tidak ditempatkan semula di Sungai Petani, Kedah, saya akan
menganggap bahawa saya telah diberhentikan/ dipecat (constructive dismissal) dan akan
melaporkan perkara ini kepada Industrial Relations Department.

Sekian, terima kasih

Yang benar

-----------------------------
( )

Anda mungkin juga menyukai