Anda di halaman 1dari 25

FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN

SEMESTER 1 SESI 2019/2020

KURSUS :
ISLAM DI ASIA TENGGARA (HSI 3023)

TAJUK :
HUBUNGAN ASIA TENGGARA DAN ASIA BARAT DENGAN KAJIAN KITAB JAWI

PENSYARAH :
DR. NAZIRAH LEE

Nama Ahli Kumpulan No. Matrik

Muhammad Amir Zulhilmee Bin Maleki D20161074299

Binazeer Binti Mohd Saip D20161074302

Velazmi Binti Makil D20161064348

Nor Shazlin Binti Mohd Lazim D20161074293

Nor Akmaliza Binti Mohd Rawi D20161074866

Nurul Norrazah Binti Abd Razak D20161074343


1.0 PENGENALAN

Hubungan antara Asia Barat dengan Asia Tenggara dengan kajian Kitab Jawi telah

berkembang dalam tempoh abad ke 17 hingga 20 lagi. Murid-murid di Asia Tenggara mula

terpengaruh dengan ajaran yang dibawa oleh ulama di Haramayn. Ulama di Asia Tenggara telah

menjadi penghubung bagi tersebarnya pelbagai konsep, ajaran dan pemikiran intelektual-

keagamaan yang berasal dari Haramayn. Hubungan ulama tersebut dapat dilihat dari aspek tarikat

yang dibawa oleh golongan sufi dan neo-sufi. Hubungan ulama antara Asia Teggara dan Asia Barat

juga dapat dilihat dari aspek tafsiran kitab-kitab yang terdapat di Asia Barat. Aspek tersebut dapat

dilihat dari sudut fiqh dan sufi yang banyak mempengaruhi ilmu yang disampaikan di Asia

Tenggara khususnya di Tanah Melayu dan Indonesia. Hal ini telah melahirkan beberapa tokoh

penting yang banyak menghasilkan Kitab Jawi yang memberi sumbangan dalam bidang penulisan,

kemasyarakatan dan pendidikan.


2.0 HUBUNGAN ULAMA DARI ASPEK TAREKAT

2.1 SUFI

Kitab Jawi adalah merupakan kitab yang sangat signifikan dalam penyampaian ilmu daripada Timur
Tengah terhadap seluruh masyarakat di dunia. Ia secara langsung telah membawa kepada
kewujudan hubungan antara ulama-ulama di Timur Tengah khususnya di Mekah dan Madinah dan
ulama di Asia Tenggara.

Hubungan antara ulama sufi di Asia Barat dan Asia Tenggara sememangnya telah
menunjukkan satu ikatan yang amat rapat antara satu sama lain. Ia adalah disebakan oleh autoriti
sanad hadis dan salasilah tarikat yang terdapat di Haramyn. Ulama Haramayn yang terkenal dengan
ketokohan mereka telah menarik minat masyarakat di Asia Tenggara untuk mereka menuntut ilmu
dengan lebih mendalam. Oleh sebab itu, terdapat ramai daripada kalangan masyarakat di Asia
Tenggara yang telah menjadi anak murid bagi ulama di Haramayn. Sebagai contoh, Syeikh Ahmad
al Qusyasyi adalah merupakan guru kepada Syeikh Ibrahim al-Kurani dan Sheikh Abdul Rauf al-
Fansuri adalah murid daripada Syeikh Abdullah bin Syeikh al-‘Aydrus. Ulama tersebut
mengamalkan tarikat Syathariyah.1

Seterusnya, daripada hubungan inilah lahirnya para murid di Asia Tenggara yang semakin
berkembang dalam tempoh abad ke 17 hingga 20. Antara ulama tersebut ialah Syeikh Nuruddin al-
Raniri (1658), Abdul Rauf al-Sinkili (1615- 1693), dan Muhammad Yusuf al-Makassari
(1629-1699). Pada abad 17 pula, ulama terlibat adalah Abdussamad al-Palimbani, Shaikh Arshad al-
Banjari (1710-1812), dan Shaikh Dawud al-Fatani (1847). Sehinggalah pada abad 18 dan awal abad
19, muncul pula ulama seperti Shaikh Nawawi al-Bantani (1813-1879), Ahmad Rifa’i Kalisalak
(1786-1870) Shaikh Ahmad Khatib Sambas (1803-1875).2

1Farid Jalal, Rahimin Rahim, Maimunah Kahal, Sayuti Mansor, Halim Ismail, Husaimah Ismail, Ikhslas Rosele, Ahnad
Alia, 2018 , Kitab Jawi’s As the Basis of the Malaya-Islam Civilization, Malay Arts, Culture and Civilisation Research
Centre : Asian Journal of Environment, History and Heritage Vol 2, Issue 1, Hlm. 8

2 Ibid, Hlm. 9
Kemudian pada abad 19, Muhammad Saleh Darat al-Samarani (1903), Shaikh Ahmad
Khatib al-Minangkabawi (1860-1916), dan Muhammad Yasin al-Padani medium (1917-1990) dan
pada abad 20 (Azyumardi Azra 2015: 69-87). Hubungan Ulama Haramayn dan Ashab al-Jawi telah
semakin berkembang dan hal ia telah memberi memberi ilmu yang besar kepada masyarakat
Haramayn dan Alam Melayu sendiri. Ulama di Asia Tenggara telah menjadi penghubung bagi
tersebarnya pelbagai konsep, ajaran dan pemikiran intelektual-keagamaan yang berasal dari
Haramayn. Karya sufi ulama telah menjadi daya pengikat ahli di bawah pelbagai Tarekat.3

Sebagai contoh, ajaran tarekat Syattariyah yang diajarkan dan dikembangkan oleh ulama
Nusantara iaitu Syekh Abdurrauf as-Singkili dan dikembangkan di Indonesia bersama Syeikh Abdul
Rauf al-Fansuri. Tarekat Shatariyyah yang berasal dari tarekat tasawuf di India yang seringkali
dikaitkan dengan kecenderungan melanggar aturan-aturan syariat.4 Dalam hal ini, Ahmad al-
Qushashi memainkan peranan penting dalam menyebarkan tarekat tersebut dengan menekankan
kepentingan syariat atau hukum-hukum Islam dalam bertasawuf. Kandungan kitab tarekat
Syattariyah ternyata memiliki dasar ilmu yang sangat mendalam dan memerlukan imu tinggi untuk
memahaminya. Antara contoh, ajaran tarekat Syatariyyah adalah dalam bentuk wirid yang masih
kekal menjadi amalan selepas solat di Asia Tenggara. Bahkan, amalan wirid selepas solat ini
menjadi satu-satu amalan ibadat milik masyarakat nusantara yang tidak ada di dalam masyarakat
Islam lain. 5

Selain itu, murid al-Qushashi iaitu Ibrahim al-Kurani juga menekankan tentang kepentingan
untuk menjaga syariat dalam menjalani kehidupan tasawuf. Beliau menjelaskan bahawa para sufi
tidak boleh membiarkan cara-cara tarekat yang mereka amalkan bertentangan dengan tuntutan dan
landasan syariat. Sebagai contoh, Ahl al-kashf mempunyai pemahaman tersendiri mengenai makna
al-Quran dan hadis Nabi. Namun demikian, beliau mengingatkan bahawa setiap ayat di dalam al-

3Farid Jalal, Rahimin Rahim, Maimunah Kahal, Sayuti Mansor, Halim Ismail, Husaimah Ismail, Ikhslas Rosele, Ahnad
Alia, 2018 , Kitab Jawi’s As the Basis of the Malaya-Islam Civilization, Malay Arts, Culture and Civilisation Research
Centre : Asian Journal of Environment, History and Heritage Vol 2, Issue 1, Hlm. 9

4Faudzinaim Badaruddin, 2012, Peranan KItab Jawi Tasawuf Sebagai Medium Transmisi Ilmu Islam kepada
Masyarakat Melayu Nusantara, Selangor : Universiti Kebangsaan Malaysia, Hlm 22.

5Farid Jalal, Rahimin Rahim, Maimunah Kahal, Sayuti Mansor, Halim Ismail, Husaimah Ismail, Ikhslas Rosele, Ahnad
Alia, 2018 , Kitab Jawi’s As the Basis of the Malaya-Islam Civilization, Malay Arts, Culture and Civilisation Research
Centre : Asian Journal of Environment, History and Heritage Vol 2, Issue 1, Hlm. 10
Quran dan teks hadis tidak harus ditafsir berdasarkan makna batinnya sahaja tetapi juga berasaskan
pengertian zahirnya juga yang berlandaskan pemahaman syariat.6

Tokoh-tokoh ulama yang tersebut di atas telah menjadi guru kepada para murid mereka yang
datang dari Jawa. Oleh itu pemikiran mereka telah mempengaruhi karya-karya Jawi yang ditulis
oleh ulama-ulama Asia Tenggara. Oleh itu, hampir keseluruhan ulama nusantara telah memainkan
peranan mereka untuk menyebarkan pendapat dan pemikiran guru-guru mereka ke rantau ini
melalui penterjemahan kitab Jawi ke dalam Bahasa Melayu yang terdiri daripada pelbagai bentuk.
Antara contoh karya yang berjaya diterjemahkan adalah Minhaj al-`Abidin oleh al- Ghazali dan
Kanz al-Minan oleh Abu Madyan yang diterjemahkan oleh Syeikh Daud al-Fatani, Bidayat al-
Hidayah dan Lubab Ihya’ `Ulum al-Din oleh al-Ghazali yang diterjemahkan oleh `Abd al-Samad al-
Falimbani dengan masing-masing tajuk ialah Hidayat al-Salikin dan Siyar al-Salikin. Karya
tersebut mempunyai kandungan yang memberikan penekanan kepada aspek-aspek akhlak dijadikan
asas dan medan aktiviti penterjemahan ulama Jawi. 7

Walaubagaimanapun, pengarang sufi yang memiliki kontroversi terhadap ajaran mereka


tidak diterjemahkan untuk masyarakat di alam Melayu. Sebagai contoh, Syeikh Ibn `Arabi dan al-
Jili yang sudah terkenal dalam kalangan masyarakat Asia Tenggara sejak abad ke 17. Kitab-kitab
seperti Futuhat al-Makkiyyah dan Fusus al-Hikam oleh Ibn `Arabi juga dibaca dan dipelajari di
Haramayn. Malah, tasawuf menurut ajaran ibn `Arabi telah menjadi isu yang dipermasalahkan oleh
kelompok ulama di Haramayn sama ada dari pihak pro mahupun kontra. Hal ini demikian kerana,
Barangkali, ulama di Nusantara tidak mahu menimbulkan kesalah fahaman dan kekeliruan
sebagaimana yang sudah terjadi dalam sejarah umat Islam di rantau ini mengenai permusuhan
antara al-Raniri sebagai tokoh ulama Sufi dan Hamzah Fansuri sebagai tokoh Neo-Sufism dalam
ajaran Martabat Tujuh.8

6Faudzinaim Badaruddin, 2012, Peranan KItab Jawi Tasawuf Sebagai Medium Transmisi Ilmu Islam kepada
Masyarakat Melayu Nusantara, Selangor : Universiti Kebangsaan Malaysia, Hlm 22.

7Faudzinaim Badaruddin, 2012, Peranan KItab Jawi Tasawuf Sebagai Medium Transmisi Ilmu Islam kepada
Masyarakat Melayu Nusantara, Selangor : Universiti Kebangsaan Malaysia, Hlm 24.

8 Ibid, Hlm. 24
2.2 Neo-Sufism

Kewujudan agama Islam dalam kalangan masyarakat Arab memberikan kesan yang
mendalam terhadap kehidupan mereka. Islam telah mengajar mereka hidup bertamadun dan
meninggalkan kehidupan jahiliah mereka. Agama Islam juga mengajarkan nilai-nilai murni kepada
penganutnya dan menggesa umatnnya agar percaya dan tidak mengingkari perintah Allah S.W.T.
Agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad mewujudkan kehidupan manusia yang sejahtera
dari aspek zahir dan batin. Dalam Islam, terdapat petunjuk tentang bagaimana seharusnya manusia
menyikapi hidup dan kehidupan agar lebih bermakna dalamkonteks yang luas. Petunjuk agama
tentang kehidupan manusia, sebagaimana terdapat di dalam al-Quran dan al-hadits sangat ideal.
Islam mengajarkan kehidupan yang dinamik dan progresif, menghargai akal fikiran melalui
pengembangan ilmu pengetahuan dan teknologi, bersikap seimbang dalam memenuhi keperluan
material dan spritual, mengembangkan keprihatinan sosial, mengutamakan persaudaraan, berakhlak
mulia, dan sikap positif yang lain.

Walaupun begitu, umat Islam kenyataannya jauh dari ciri ideal tersebut. Dalam
perkembangan Islam, penghayatan keagamaan tersebut telah menimbulkan konflik antara tasawuf
dan ahli fikih serta konflik antara ahli hakikat dan ahli syariat, dan konflik antara penganut
ajaran esoterik dan penganjur ajaran eksoterik atau antara golongan Islam ortodoks dengan
golongan Islam heterodoks. Hal ini terjadi apabila berkembangnya tasawuf pada saat itu. Ekoran
dengan peristiwa tersebut, lahirlah dua corak pemikiran tasawuf, iaitu corak tasawuf yang asanya
bersandar pada al-Quran dan Sunnah dengan idea pembentukan moraliti. Manakala corak yang lain
adalah tasawuf yang asanya banyak daripada sumber falsafah.

Kesan daripada konflik tersebut, al-Ghazali yang merupakan tokoh sufi mencuba untuk
membuat satu formula tasawuf yang menyelaraskan sufistik antara pelbagai disiplin dan institusi
Islam. Namun begitu, usaha ini belum mampu mengembalikan misi dan maksud tasawuf secara
keseluruhannya sebagai pendorong kepada gerakan moral. Justeru, tasawuf banyak mengubah
dimensi spiritual-moral-sosial kepada dimensi spiritual-mistik-individual, selalu mempraktikkam
sikap ‘uzlah yang bertujuan untuk melakukan pembersihan jiwa dengan cara menjauhi kehidupan
dunia. Hal-hal tersebut secara tidak langsung menyebabkan umat Islam lupa akan tugas mereka di
dunia ini iaitu sebagai khalifah di bumi. Oleh itu, terjadilah ketidakseimbangan dalam hal
keagamaan dan duniawi kerana mereka terlalu menjauhi hal-hal yang bersifat duniawi dan lebih
mementingkan hal yang berkaitan dangan akhirat yang menjurus kepada kesalehan individu tetapi
tidak dari aspek kesalehan sosial. Hal ini akhnirnya menyebabkan umat Islam menjadi lemah
kerana terlalu menjauhi hal-hal dunia. Apabila mereka hendak melakukan korban, tidak ada yang
boleh dikorbankan. Jika hendak berzakat juga tidak mampu kerana tidak ada harta yang hendak
dizakatkan sementara manusia lain telah maju dalam bidang kehidupan dunia namunumat Islam
tertinggal jauh ke belakang kerana tidak seimbang hidup rohani dan duniawinya.9

Kesan daripada krisis tersebut, maka lahirlah pemikiran baru yang menginginkan tasawuf
untuk harus positif dalam memandang kehidupan dunia dengan tidak menjauhinya tetapi
memainkan peranan dalam kehidupan dunia. Pemikiran ini terinspirasi dari Ibnu Taimiyah yang
merupakan ulama besar abad pertengahan. Beliau telah memberi perhatian terhadap isu
permasalahan unat dan agama termasuk dalam masalah tasawuf. Pemikiran ini kemudiannya
dipopularkan oleh Rahman dengan istilah neo-sufism. Isu ini juga boleh dikatakan sebagai
pembaharuan dalam dunia sufism. Pembaharuan ini terjadi akibat daripada berbagai permasalahan
agama, sosial, ekonomi, politik dan budaya yang kompleks. Selain itu keadaan ekonomi yang
mapan juga mendorong umat Islam untuk tidak hanya beribadah namun mengeksplorasi
pengalaman keagamaan. Dengan demikian isu tentang konsep neo-sufisme perlu diketengahkan
kerana ia merupakan idea terpenting. Neo-Sufisme adalah tawazun atau keseimbangan, yaitu
keseimbangan antara kehidupan dunia dan kehidupan akhirat, antara kesalihan individu dan
kesalihan sosial.

Istilah neo-sufisme terdiri dari dua kata iaitu neo dan sufisme. Neo bererti sesuatu yang baru
atau yang diperbarui manakala sufism bererti nama umum bagi berbagai aliran sufi dalam agama
Islam. Dengan demikian, neo-sufisme dapat diartikan sebagai bentuk baru sufism atau pembaruan
sufism dalam Islam. Neo-sufisme secara ringkasnya dapat dikatakan sebagai upaya penegasan
kembali nilai-nilai Islam yang teguh, iaitu kehidupan yang berkeseimbangan dalam segala aspek
kehidupan dan dalam segi aspek kemanusiaan. Melalui pengertian tersebut, neo-sufisme itu tidak

9 Hamka. (2007). Tasawuf Modern. Jakarta: Panji Mas. Hlm. 16


seluruhnya merupakan hal yang baru, namun lebih kepada sufism yang disesuaikan dalam
kehidupan pribadi dan masyarakat sesuai dengan keadaan masa kini.

Perkembangan pemikiran neo-sufism yang berlaku di Asia Tenggara bermula dengan al-
Ghazali dan Ibnu Arabi iaitu seorang tokoh ulama dari Asia Barat. Tokoh-toloh tersebut telah
menjadi guru kepada para murid mereka yang datang dari Tanah Jawi.10 Beliau merupakan pelopor
daripada pemikiran tersebut. Penyebaran pemikiran neo-sufism di Asia Tenggara berlaku apabila
orang dari Asia Tenggara pergi ke Asia Barat untuk mempelajari Islam dengan lebih mendalam.
Pelajar yang berasal daripada Asia Tenggara ini berguru dengan al-Ghazali dan kemudiannya
mengembangkan pemikiran beliau di Asia Tenggara. Antara murid-murid al-Ghazali ialah Ahmad
al-Qushashi dan Ibrahim al-Kuraini. Tokoh-tokoh tersebut merupakan tokoh neo-sufism kepada
orang-orang dari tanah Jawi. Hal ini demikian kerana, pemikiran dan pendapat mereka
berlandaskan tasawauf al-Ghazali dan Ibnu Arabi. Golongan neo-sufism di Asia Tenggara juga telah
melahirkan ramai pengarang Melayu seperti Abd al-Ra’uf Fansuri, Yusuf Makasar, Abd al-Samad
Palembang, Muhamad Nafis al-Banjari, Muhamad Arsyad al-Banjari dan Daud al-Fatani. Oleh itu,
pemikiran dan pendapat mereka adalah berasaskan tasawuf al-Ghazali dan Ibnu Arabi serta
gabungan antara syriat dan hakikat yang dapat dilihat melaluikarya-karya jawi yang ditulis oleh
ulama-ulama Melayu.11

Selain itu, pemikran dan pendapat para ulama Islam juga turut tersebar ke Asia Tenggara
seperti Kepulauan Melayu melalui aktiviti penterjemahan karya-karya ulama Islam yang terkenal
dalam dunia Islam.12 Melalui aktiviti penterjemahan tersebut, pemikiran dan pendapat ulama Islam
yang terkenal dapat difahami dan dipelajari oleh orang-orang yang berasal daripada Asia Tenggara.
Idealogi neo-sufism ini bukan sahaja terkenal di kawasan Asia Barat tetapi juga di Asia Tenggara.
Hal ini demikian kerana kebanyakan daripada ulama di Asia Tenggara berguru di Mekkah dan
Madinah dimana idealogi ini lahir. Maka dengan itu, apabila ulama tempatan kembali ke Asia
Tenggara, mereka menyebarkan idealogi ini kepada masyarakat tempatan. Perkembangan ilmu

10Faudzinaim Hj. Baharuddin. (2012). Peranan Kitab Jawi Tasawuf Sebagai Medium Transmisi Ilmu Islam
Kepada Masyarakat Melayu Nusantara. International Journal of Islamic Thought, 3, (1), Hlm 21.

11 Ibid.

12 Ibid. Hlm 23.


tidak berhenti malah disebarkan kepada masyarakat tempatan. Idealogi ini juga berkembang kerana
jemaah-jemaah haji yang kembali ke tanah air selepas menunaikan haji.

Berdasarkan huraian tersebut, dapatlah disimpulkan bahawa yang dimaksudkan dengan neo-
sufisme adalah sebuah penghayatan hidup secara batini yang memerlukan seseorang insan itu hidup
secara aktif dan terlibat dalam masalah-masalah kemasyarakatan. Neo-sufisme telah
mengharmonikan kehidupan keagamaan yang seimbang antara duniawi dan ukhrawi. Dalam hal ini,
seseorang itu tidak boleh mengambil salah satu sahaja daripadanya sama ada duniawi atau ukhrawi
kerana ia akan menyebabkan berlaku kepincangan dalam masyarakat. Oleh yang demikian, konsep
tawazun atau keseimbangan merupakan prinsip asas kepada neo-sufisme yang dimaksudkan ini.
3.0 Hubungan Ulama Dari Aspekk Tafsiran Kitab-Kitab Asia Barat

3.1 Fiqh

Makna bagi fiqh dari sudut bahasa ianya berasal dari kalimat faqiha, yang bermakna memahami
maksud dari perkataan pembicara ketika terjadinya komunikasi. Manakala penggunaan kalimat
Faqaha pula merujuk kepada makna yang lebih khusus iaitu faham secara mendalam mengenai
sesuatu perkara. Dari sudut Istilah pula, fiqh ialah ilmu yang berkaitan dengan hukum-hakam yang
bersifat amali dan diinstibatkan daripada dalil-dalil yang lebih terperinci. Zahirnya fiqh bukanlah
ilmu kerana ianya masih bersifat zanni. Namun disebabkan zann pada fiqh adalah kuat maka ia
dianggap ilmu. Fiqh juga dianggap sebagai dugaan kuat seorang mujtahid dalam usahanya
menemukan hukum Allah. Sumber-sumber asal bagi memastikan ilmu fiqh adalah telus dengan
berpandukan dua sumber utama iaitu al-Quran dan al-Sunnah serta sumber sokongan umpamai
ijmak ulama, kiyas, istishab, masalih mursalah, istihsan, Sad al-dhari’ah Uruf dan Syari'at
terdahulu.13

Bagi melihat kepada hubungan antara ulama fiqh di Asia Barat dan Asia Tenggara, penulisan
ini akan membincangkan perkara berkisar kepada cabang disiplin fiqh. Di bawah bidang fiqh,
wujud beberapa cabang antaranya Usul Fiqh, Kaedah Fiqh, Nazariyyat Fiqhiyyah, Dhabit Fiqh,
Maqasid Shariah dan Hikmat al-Tashri’. Oleh itu, bagi memastikan dan memudahkan tujuan
penulisan ini tercapai, maka salah satu bidang fiqh di atas telah dipilih untuk diteliti secara lebih
mendalam lagi. Cabang tersebut berkaitan dengan kaedah penulisan ilmu fiqh yang disebut sebagai
Nazariyyat Fiqhiyyah yang mempunyai fungsi tersendiri dalam memudahkan usaha untuk
memahami fiqh dan konsep-konsepnya secara rentas topik. Ia adalah satu cabang ilmu yang
melengkapkan lagi minda fiqh Islam dari sudut yang kontemporari, khususnya dalam bidang
kehakiman.14

13Dr Ridzwan Ahmad. Pengantar Syariah. Jabatan Fiqh Dan Usul : Akademi Pengajian Islam Universiti
Malaya daripada http://e-muamalat.islam.gov.my/images/pdf-bahan-ilmiah/penghantar_hukum_islam
dr_ridzwan_portal.pdf pada 21 November 2019
14Hasanuddin Mohd, Khiral Anuar Daud, Mohd Sufian Moktar & Abdul Wahab Md Ali. Wan Mohd Yusof Wan
Chik. Nazariyyāt Fiqhiyyah: Definisi dan Fungsi dalam Disiplin Fiqh Islam. Felo bersekekutu Institut Produt
dan Ketamadunan Melayu Islam (Inspire) dan Pesyarah Kanan Fakulti Pengajian Kontemporari. Hlm 412
Menurut al-Durayniy (1988, 77), teori-teori berkaitan Nazariyyat Fiqhiyyah sudahpun
wujud dengan kukuh sebagai asas tertentu dalam perundangan dan fiqh Islam semenjak dahulu.
Walau bagaimanapun, kaedah ini hanya menjadi semakin terkenal pada zaman moden ekoran
menekankan kepada pandangan am terhadap fiqh dalam bentuk penyusunan yang lebih sistematik.
Melalui kajian yang dijalankan terhadap teori di bawah Nazariyyat Fiqhiyyah, menunjukkan
bahawa asas teori ini telah diistinbatkan dari nas-nas perundangan dari keseluruhan topik.15 Dari
sudut istilah pula, banyak tafsiran dan definisi telah dibuat untuk menjelaskan maksud sebenar
gabungan perkataan Nażariyyāt dan fiqhiyyah.

Seterusnya, Mustafā Ahmad al-Zarqā’ (1968) menggambarkan bahawa dengan


menggabungkan istilah Nazariyyat dan Fiqhiyyah sebagai perlembagaan dan kefahaman-kefahaman
umum yang akan membentuk sebuah perincian sistem hak. Asalnya, adalah jalinan permasalahan-
permasalahan yang bertebaran dalam karya fiqh Islam, lalu disatukan oleh kesatuan tajuk.
Komponen-komponen yang terkandung dalam sistem itu akan bertindak menentukan hala-tuju
setiap cabang hukum yang berkait dengan topiknya.16

3.1.1 Sejarah Penulisan Ilmu Nazariyyat Fiqhiyyah

Kajian ini pada dasarnya membentangkan permasalahan fiqh dengan menghubungkannya secara
langsung kepada sumber-sumber dan kaedah-kaedah syarak. Kajian bentuk ini mula terkenal
apabila beberapa orang ulama yang sempat mempelajari ilmu Fiqh Islam dan undang-undang
moden membuat analisis terhadap fiqh Islam mengikut metod ilmu perundangan semasa. Melalui
kitab Masadir al-Haq fī al-Fiqh al-Islami karangan Abd al-Razzāq al-Sanhūriy, al-Madkhal alFiqh
alcAm karangan Mustafā al-Zarqā’ Kajian bentuk ini kemudiannya menjadi metod kajian yang
utama dan tersebar luas di kalangan pengkaji-pengkaji fiqh pada zaman moden, dan karya-karya
Doktor Subhiy Mahmasāniy. Sementara menurut Doktor Yūsuf Qāsim (1983:231) walaupun kajian

15Hasanuddin Mohd, Khiral Anuar Daud, Mohd Sufian Moktar & Abdul Wahab Md Ali. Wan Mohd Yusof Wan
Chik. Nazariyyāt Fiqhiyyah: Definisi dan Fungsi dalam Disiplin Fiqh Islam. Felo bersekekutu Institut Produt
dan Ketamadunan Melayu Islam (Inspire) dan Pesyarah Kanan Fakulti Pengajian Kontemporari. Hlm 412
16 Ibid. Hlm 413
bentuk ini adalah tidak terkenal dan meluas, namun ia telah wujud dalam rujukan-rujukan klasik
karangan ulama zaman silam.17

Kaedah Fiqh sebagaimana ilmu Fiqh pada hakikatnya mengandungi hukum perbuatan
mukallaf. Hukum yang termasuk dalam Kaedah Fiqh kemudiannya dipindahkan atau dipraktikkan
kepada masalah-masalah furū yang berada dalam ruang lingkupnya. Contohnya kaedah “keyakinan
itu tidak terhapus dengan sesuatu yang berbentuk syak” adalah mengandungi segala hukum-hukum
fiqh pada kesemua masalah yang melibatkan masalah keyakinan dan syak. Ini berbeza dari
Nażariyyāt Fiqhiyyah. Ia asasnya tidak mengandungi masalah hukum fiqh. Ini boleh dilihat secara
jelas dalam perbahasan teori pemilikan (Nażariyyāt al-Milk) dan teori pembatalan perjanjian
(Nażariyyāt alFaskh) dalam (al-Nadwiy 1994, 64). Kaedah fiqh tidak mengandungi perbahasan
tentang rukun-rukun dan syarat-syarat. 18

Secara kesimpulannya, Nażariyyāt Fiqhiyyah adalah satu bentuk kajian fiqh yang amat
bersesuaian dengan suasana sistem perundangan semasa.19 Kajian dalam bentuk ini setidaknya
dapat membantu untuk mengembangkan lagi sistem kehakiman berteraskan perundangan syarak.
Oleh hal yang demikian, maka tidak hairanlah jika kita dapati bentuk kajian ini sama berkembang
seiring dengan gerakan mengkanunkan perundangan Islam. Dalam banyak hal, kajian dalam bentuk
Nażariyyāt Fiqhiyyah banyak sekali mengemukakan idea untuk menyepadukan seluruh ilmu yang
terdapat dalam Kaedah-kaedah Hukum. Perkembangan ini justeru menjadi lambang kepada
perkembangan bidang intelektual ilmu fiqh yang digerakkan bersandarkan kepada untaian daripada
ulama silam. Perkembangan metod yang dilihat melalui kajian terhadap kitab fiqh di atas
menunjukkan kepentingan metod ini terhadap pengetahuan pembahagian ilmu fiqh sebelumnya
dalam membantu membuat keputusan bab kehakiman di negara ini.

17Hasanuddin Mohd, Khiral Anuar Daud. Mohd Sufian Moktar & Abdul Wahab Md Ali. Wan Mohd Yusof Wan
Chik. Nazariyyāt Fiqhiyyah: Definisi dan Fungsi dalam Disiplin Fiqh Islam. Felo bersekekutu Institut Produt
dan Ketamadunan Melayu Islam (Inspire). Hlm.413
18 Ibid.hlm 415
19Abbās Husniy Mohamad. 1996. Perkembangan Fiqh Islam. Terj. Mohd Asri Hashim. Kuala Lumpur :
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Hlm. 254
3.2 Sufi

Kitab-kitab Jawi ini telah digunakan sebagai buku teks di institusi pendidikan tradisional yang
dikenali sebagai ‘pondok’ atau ‘madrasah’20. Di sini para pelajar yang berhasrat mendalami Islam
diwajibkan mempelajari kitab-kitab Jawi yang berbahasa Jawi Melayu dan Arab. Kaedah
pengajaran ilmu yang dipraktikkan di pondok atau sistem ‘halaqah’ dan ‘menadah kitab’, di mana
tuan guru perlu akan duduk di tengah bulatan separa bulat dan sementara para pelajar pula akan
merujuk kitab tersebut. Di samping itu juga, kitab-kitab Jawi digubakan sebagai bahan pengajaran
di surau-surau, masjid-masjid dan madrasah sebagai teks yang diajar oleh ustaz atau tuan guru
kepad orang-orang awam. Pengajaran ini telah tertumpu kepada aspek-aspek umum berkaitan
agama Islam seperti fiqh, tauhid, hadis, tafsir dan akhlak.

Antara ulama yang mempunyai hubungan dengan tafsiran kitab-kitab Jawi di Asia Barat
ialah Azyumardi Azra 21 menjelaskan, ciri yang paling menonjol dari pemikiran ulama-ulama di
Timur Tengah ialah aspek saling-pendekatan (reapproachment) antara para ulama yang
berorientasikan syariat (lebih khususnya, para fuqaha) dan para sufi yang telah mencapai kemuncak
ilmunya. Konflik yang berlangsung lama antara kedua kelompok cendekiawan Muslim tampaknya
telah banyak berkurang; sikap saling-pendekatan atau rekonsiliasi antara mereka-yang diajarkan
dengan gigih oleh ulama-ulama seperti Abu alQasim al-Qushayri dan al-Imam Abu Hamid al-
Ghazali beberapa abad sebelumnya telah diteruskan oleh ulama-ulama pada abad-abad ini.
Sekiranya ditelusuri latar belakang ulama-ulama yang terlibat ini, maka akan didapati bahawa
sebahagian besar mereka adalah ahl al-shari`ah (fuqaha) dan ahl al-haqiqah (sufi) sekaligus.

Sikap rekonsiliasi antara syariat dan tasawuf dan penyertaan sebilangan besar para ulama
yang terkenal sebagai ahl al-fiqh dan ahl al-hadis disebutkan sebagai faktor yang melatar belakangi
kemunculan ‘neo-sufisme’. Menurut Afzalur Rahman istilah ‘neo-sufisme’ merujuk kepada tasawuf
yang sudah diperbaharui, terutamanya yang dilucuti dari ciri dan kandungan ekstatik dan
metafiziknya, dan digantikan dengan kandungan yang tidak lain dari dalil-dalil ortodoksi Islam.
Lebih jauh lagi beliau menjelaskan bahawa ‘neo-sufisme’22 memberikan penekanan dan

20Faudzinaim Hj. Badaruddin. (2012). Peranan Kitab Jawi Tasawuf sebagai Medium Transmisi Ilmu Islam
kepada Masyarakat Melayu Nusantara. Internatinal Journal of Islamic Thouught. (m/s 20)
21Abdul Rahman Haji Abdullah. 1990. Pemikiran Umat Islam di Nusantara. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka.
22 Ibid.
memperbaharui aspek akhlak dan pengawalan diri dalam tasawuf dengan mengorbankan elemen-
elemen yang berlebihan dari tasawuf yang tidak ortodok. Justeru itu, ‘neo-sufisme’ ini menjadikan
pusat perhatiannya adalah rekonstruksi sosio-moral masyarakat Muslim, dan bukan individu
sebagaimana yang terkandung dalam tasawuf yang tidak ortodok.

Kecenderungan-kecenderungan tersebut boleh dilihat dari karya dan pendapat yang


dihubungkan dengan Zakariyya al-Ansari (m. 1520M), `Abd al-Wahab al-Sha`rani (m. 1565M),
Ahmad al-Shinnawi (m. 1619M), Ahmad al-Qushashi (m. 1661M), Ayyub alDimashqi al-Khalwati
(m. 1661M), Ibrahim al-Kurani (m. 1690M), Ahmad al-Nakhli (m. 1701M), `Abd Allah al-Basri
(m. 1722M), Abu Tahir Ibrahim al-Kurani (m. 1732M), Muhammad Samman (m. 1775M),
Sulaiman al-Kurdi dan ramai lagi. Tokoh-tokoh yang disebutkan ini adalah sebahagian dari contoh
ulama yang bergiat aktif di al-Haramayn pada abad-abad ketujuh belas dan seterusnya adalah
terkenal dengan keahlian mereka dalam hal-hal yang berhubung kait dengan ilmu-ilmu Islam sama
ada bidang fiqah mahupun hadis dan al-Quran

Justeru itu, penglibatan dan penyertaan mereka dalam kelompok tarekat tasawuf yang begitu
popular ketika itu telah berjaya meredakan kecenderungan yang keterlaluan terhadap tasawuf yang
bersifat unorthodox serta membawanya kembali ke dalam gelanggang ortodok Islam. Oleh yang
demikian, maka kita akan dapati kecederungan ulamaulama tersebut, sebagai contoh,
menggabungkan kecenderungan tasawuf yang dihubungkaitkan dengan Ibn `Arabi yang amat
menonjol dari segi falsafahnya dan tasawuf yang dihubungkan dengan al-Ghazali yang lebih
menekankan aspek amali dan akhlaknya. Kesemua mereka yang tersebut di atas kelihatannya
menerima tasawuf yang dianggap oleh setengah pihak sebagai unorthodox dengan mengambil jalan
tengah mempertahankan doktrin-doktrin tasawuf yang dikaitkan dengan Ibn `Arabi berlandaskan
penafsiranpenafsiran yang bersifat ortodoks serta digabungkan dengan tasawuf al-Ghazali yang
berlandaskan moral.

Sebagai contoh dari usaha gabungan tersebut, maka saranan dan peranan Ahmad
alQushashi dan Ibrahim al-Kurani boleh dijadikan contoh. Ahmad al-Qushashi diinisiasikan ke
dalam tarekat Shatariyyah yang berasal dari tarekat tasawuf di India yang seringkali dikaitkan
dengan kecenderungan melanggar aturan-aturan syariat. Dalam hal ini, Ahmad al Qushashi23
memainkan peranan penting dalam melakukan reorientasi tarekat tersebut dengan menekankan
kepentingan syariat atau hukum-hukum Islam dalam bertasawuf. Menurutnya, baik aspek eksoteris

23 Ibid.
(hukum-hukum syariat) mahupun aspek esoteris (tasawuf) dalam Islam harus selaras dan tidak
bertentangan antara satu sama lain.

Sekalipun mengakui bahawa terdapat perbezaan-perbezaan tertentu antara kedua jalan


tersebut, namun beliau menjelaskan bahawa kedua-duanya adalah dari sumber yang sama iaitu al-
Quran dan hadis. Oleh itu, pada dasarnya kaum Muslim dapat mencapai tahap-tahap tertentu
mengenai haqiqah biarpun dengan mengabaikan hukum-hukum syariat, tetapi mereka tidak akan
dapat ‘merasakan’ rahmat Tuhan yang sejati. Oleh itu beliau menjelaskan bahawa tidak akan ada
maqam dan ahwal yang benar tanpa bekalan ilmu syariat yang benar sebagaimana yang diajarkan
oleh al-Quran dan hadis. Selain itu, beliau juga mengetengahkan nabi Muhammad s.a.w sebagai
tokoh teladan manusia sufi yang sempurna. Nabi tidak pernah mengasingkan dirinya dari
masyarakat, tidak hanya menyeru manusia kepada kebaikan dan melarang kejahatan, tetapi juga
bercampur gaul di dalam masyarakatnya dan menjalankan tugas-tugas keduniaannya.

Murid al-Qushashi, Ibrahim al-Kurani juga menekankan tentang kepentingan menjaga


syariat dalam menjalani kehidupan tasawuf. Beliau menjelaskan bahawa para sufi hendaknya tidak
membiarkan cara-cara tarekat mereka bertentangan dengan tuntutan dan landasan syariat.
Menurutnya, ahl al-kashf mempunyai pemahaman mereka sendiri mengenai makna al-Quran dan
hadis Nabi. Namun demikian, beliau mengingatkan bahawa setiap ayat di dalam al-Quran dan teks
hadis tidak harus difahami berdasarkan makna batinnya sahaja tetapi juga berasaskan pengertian
zahirnya juga yang berlandaskan pemahaman syariat.

Tokoh-tokoh ulama yang tersebut di atas telah menjadi guru kepada para murid mereka
yang datang dari Tanah Jawi. Oleh itu pemikiran dan pendapat mereka yang berlegar di sekitar
gabungan tasawuf al-Ghazali dan Ibn `Arabi serta gabungan antara syariat dan hakikat juga
terpantul di dalam karya-karya Jawi yang ditulis oleh ulama-ulama Melayu. Dalam hal ini, adalah
diyakini bahawa hampir keseluruhan ulama Melayu memainkan peranan mereka untuk
menyebarkan pendapat dan pemikiran guru-guru mereka ke rantau ini kerana ulama-ulama di
Mekah dan Madinah dirujuk dalam karyakarya pengarang Melayu seperti Abd al-Ra’uf Fansuri,
Yusuf Makasar, Abd al-Samad Palembang, Muhammad Nafis al-Banjari, Muhammad Arsyad al-
Banjari, Daud al-Fatani dan lain-lain di dalam kitab-kitab mereka.
Nuruddin al-Raniri, melalui karya-karya polemiknya terhadap ajaran wujudiyyah mulhidah,
adalah orang pertama menghuraikan tentang perbezaan antara penafsiran dan pemahaman yang
salah atau benar dari amalan dan doktrin tasawuf. Namun, penjelasan beliau masih menampakkan
kesan dan pengaruh tasawuf Ibn `Arabi sekalipun ajaran yang mahu dibantah olehnya adalah ajaran
wujudiah mulhidah. Beliau tidak menolak ajaran Ibn `Arabi sebagai sesat. Sebaliknya beliau
menolak kefahaman setengah pihak di Acheh yang menganut tasawuf Ibn `Arabi tetapi dengan
kefahaman yang salah. Oleh itu, dalam tulisan-tulisan beliau seperti Hujjat al-Siddiq li Daf` al-
Zindiq, Jawahir fi Kashf al-Ma`lum dan Tibyan fi Ma`rifat al-Adyan menjelaskan tentang
perbezaan antara apa yang beliau sebutkan sebagai wujudiyyah muwahhidah yang benar dan
wujudiyyah mulhidah yang sesat, beliau tetap merujuk kepada karya-karya yang mempunyai
hubungan langsung dengan ajaran Ibn `Arabi 24

Perbezaan tersebut juga ditonjolkan oleh Abd al-Ra’uf Singkel apabila beliau mahu menolak
pegangan kaum wujudiyyah yang menekankan immanensi Tuhan di dalam ciptaan-Nya. Namun
demikian, beliau juga tidak menolak secara mutlak tasawuf Ibn `Arabi. Malahan di dalam beberapa
tulisan beliau seperti Daqa’iq al-Huruf, Kifayat al-Muhtajin, Tanbih al-Mashi dan Risalah A`yan
Thabitah, pengaruh tasawuf Ibn `Arabi kelihatannya begitu jelas sekali sehinggakan bait-bait syair
wahdat al-wujud Ibn `Arabi telah diberikan tafsiran ortodoks. Berbeza dengan sikap keras dan tanpa
kompromi yang ditunjukkan oleh al-Raniri kepada pengikut-pengikut wujudiyyah sehingga kepada
tuduhan kafir, Abd al-Ra’uf pula mengamalkan sikap perdamaian di mana penolakan beliau
terhadap wujudiyyah mulhidah hanyalah secara implisit, bukan radikal 25.

Begitu juga ketidaksetujuan beliau kepada sikap radikal al-Raniri ditegurnya dengan cara
yang sama. Di dalam Daqa’iq al-Huruf, Abd al-Ra’uf dengan penuh hikmah mengingatkan,
sekalipun tidak menyebut nama al-Raniri, tentang akibat menuduh orang lain sebagai kafir dengan
mengutip sebuah hadis nabi yang menyatakan: “Janganlah menuduh orang lain menjalankan
kehidupan penuh dosa atau kafir, sebab tuduhan itu akan berbalik jika ternyata tidak benar”. Hal
yang sama juga telah ditulis olehnya di dalam Tanbih al-Mashi 26.

24 Ibid.
25 Oman Fathurahman. 1999. Tanbih al-Masyi: Menyoal Wahdatul Wujud. Jakarta : Penerbit Mizan.
26Ibid.
Syeikh Yusuf Makasar, sebagai contoh menegaskan di dalam al-Nafhat alSaylaniyyah, juga
di dalam beberapa buah risalah lain seperti Qurrat `Ayn dan al-Wasiyyah al-Munjiyah, tentang
kewajipan menyimpulkan atau menyatukan antara syariat dan hakikat kerana ajaran Islam yang
dibawa oleh nabi Muhammad s.a.w adalah terdiri dari zahir dan batin. Bahagian yang zahir itulah
yang dipanggil sebagai syariat sedangkan yang batin pula dikenali sebagai haqiqah. Hubungan
kedua-duanya adalah ibarat jasad dengan roh yang mana kedua-dua itu adalah sebenarnya satu. Satu
benda tidak mungkin wujud dengan sebenar tanpa roh atau batinnya dan begitu juga ia tidak akan
mempunyai wujud yang sempurna tanpa bentuk atau zahirnya27 .

Tokoh lain yang juga mencerminkan pengaruh pemikiran ulama-ulama alHaramayn ialah
Daud al-Fatani. Pengaruh pemikiran gabungan antara tasawuf Ibn `Arabi dengan al-Ghazali amat
jelas di dalam karya beliau yang bertajuk Manhal al-Safi yang menghuraikan gabungan tasawuf al-
Ghazali dan Ibn `Arabi. Di dalam karya tersebut, beliau membela dan memberikan tafsiran yang
bersifat ortodoks terhadap ajaran tasawuf Martabat Tujuh serta juga penegasan beliau terhadap
kepentingan syariat Islam sebagai landasan dan pengawal kepada jalan tasawuf.

27Syamsul Bahri Andi Galigo. 1998. Syekh Yusuf Makasar dan pemikiran tasawufnya. satu kajian Risalah al-
Nafhah al-Saylaniyyah. Tesis Ph.D Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
4.0 TOKOH ULAMA KITAB JAWI

4.1 SYEIKH DAUD AL-FATANI

Bidang Penulisan

Ulama sangat memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan hubungan antara Asia Barat
dan Asia Tenggara. Peranan yang dimainkan oleh ulama ini adalah dalam bidang penulisan. Salah
satu ulama yang memainkan peranan dalam hubungan Asia Barat dan Asia Tenggara ialah Syeikh
Daud al-Fatani. Beliau banyak memberikan sumbangan kepada pengajian dunia Islam. Penulisan
yang telah dihasilkan ini telah mengubah cara hidup masyarakat di Asia Tenggara. Syeikh Daud al-
Fatani telah menghasilkan banyak karya dalam pelbagai disiplin pengajian Islam. Karya tersebut
dikenali sebagai “kitab jawi”. Kitab jawi ini adalah buku-buku yang digunakan dalam pengajian
Islam yang ditulis dengan menggunakan huruf-huruf Arab. Penulisan yang banyak dihasilkan telah
menyebabkan dirinya diangkat atau dijadikan sebagai seorang ulama yang produktif di Kepulauan
Melayu. Beliau banyak menghasilkan karya Fiqh yang digunakan dalam mazhab Syafi’i. Antara
karya Fiqh Syeikh Daud al- Fatani ialah Hidayatul Muta’allim wa ‘Umdatul Mu’allim.28 Kitab ini
telah ditulis pada 1244H/1828M. Beliau telah menyusun 40 hadis sebagai mukadimah perkenalan
dalam penulisan karya beliau. Beliau telah menulis beberapa hadis yang mempunyai perkaitan
dengan fiqh. Kitab ini merupakan salah sebuah kitab yang paling lengkap yang meliputi tentang
ilmu fiqh iaitu membincangkan tentang aqidah, fiqh dan tasawuf.

Karya beliau yang seterusnya ialah Bughyatuth Thullab. Karya ini membincangkan dan
menghuraikan kandungan kitab fiqh as- Siratul Mustaqim yang ditulis oleh Syeikh Nuruddin al-
Raniri29 dan kitab Sabilal Muhtadin yang ditulis oleh Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari30 .

28 Ahmad Sharifuddin bin Mustapha. 2013. Kitab Hidayah al-Muta’allim Wa’ Umdah al-Mu’alilim Karangan Sheikh
Daud al-Fatani: Kajian Teks dan Analisis. Tesis Doktor Falsafah Jabatan Fiqh dan Usul Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya. Kuala Lumpur: Universiti Malaya

29Syeikh Nuruddin ar-Raniri yang diriwayatkan ini nama lengkapnya berdasarkan kepada karya-karyanya ialah Syeikh
Nuruddin Muhammad ibnu 'Ali ibnu Hasanji ibnu Muhammad Hamid ar-Raniri al-Quraisyi. Syeikh Nuruddin ar-Raniri
walau pun berasal daripada keturunan Arab di India dari pihak ayahnya dan bangsa Melayu dari sebelah ibu, namun
beliau lama tinggal di Pahang dan Aceh, dan banyak mengarang kitab-kitab dalam bahasa Melayu. Sebahagian besar
karangannya ditujukan membantah fahaman 'Wahdatul Wujud' yang diajarkan oleh Syeikh Hamzah al-Fansuri dan
Syeikh Syamsuddin as-Sumatra-i.

30 Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari merupakan ulama yang paling terkenal dalam kalangan para ulama yang
berasal dari Borneo atau Kalimantan. Nama penuh beliau ialah Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah bin Abdur
Rahman al-Banjari bin Saiyid Abu Bakar bin Saiyid Abdullah al-Aidrus bin Saiyid Abu Bakar as-Sakran bin Saiyid
Abdur Rahman as-Saqaf bin Saiyid Muhammad Maula ad-Dawilah al-Aidrus dan nasabnya sampai kepada Saidina Ali
bin Abi Thalib dan Saidatina Fatimah bin Nabi Muhammad S.A.W
Karya Syeikh Daud al-Fatani dimulakan dengan mukadimah. Di dalam kitab ini, Syeikh Daud telah
memperkenalkan pelbagai hadis mengenai ilmu pengetahuan dan seterusnya menceritakan riwayat
ringkas Imam al- Shafi’i. Kitab ini juga menghuraikan tentang fiqh bahagian ibadah dalam mazhab
Shafi’i secara terperinci seperti penyembelihan, binatang yang halal di makan dan pelbagai binatang
yang haram di makan turut dinyatakan. Karya Fiqh Syeikh Daud al-Fatani yang seterusnya ialah
Furu’ul Masail wa Usulul Wasail. Kitab ini mula ditulis pada tahun 1254H/ 1838M dan selesai
ditulis pada tahun 1257H/1841M. Penulisan kitab ini mengambil masa 3 tahun untuk disiapkan.
Karya ini mempunyai kaedah penulisan tersendiri31 iaitu berbentuk soal jawab. Kitab ini
mempunyai dua jilid yang mana telah disusun mengikut bab fiqh. Kitab ini menghuraikan tentang
furu’-furu’ fiqhiyah (cabang-cabang tersembunyi dalam ilmu fiqh). Kitab ini dijadikan rujukan para
ulama di kawasan Nusantara.

Al-Jawahirus Saniyah adalah salah satu karya Syeikh Daud yang menyentuh tentang fiqh
dan usuluddin. Kitab ini telah siap disusun pada 1252H/1836M. Dalam kitab ini, Syeikh Daud al-
Fatani menyatakan bahawa untuk berada di jalan yang betul, hanya terdapat satu jalan sahaja iaitu
dengan mengikut jalan Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Hal ini demikian kerana keempat-empat imam
bermuafakat pada usuluddin walaupun terdapat percanggahan dan pertikaian pada furu’ syariah.
Kitab ini adalah berlandaskan kepada aqidah dan pegangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

Kitab Syeikh Daud al-Fatani yang terkenal dalam bidang usuluddin ialah Warduz Zawahir
dan Ad Durrus Samin. Kedua-dua kitab ini selesai disiapkan pada tahun 1232H/1819M. Syeikh
Daud al-Fatani dalam kitabnya yang berjudul Ad Durrus Samin telah memperkenalkan serba
ringkas tentang riwayat Imam Abu Hassan al- Asy’ari yang merupakan orang pertama yang menulis
tentang ilmu usuluddin ini. Dalam kitab ini juga Syeikh Daud membicarakan tentang asas-asas
aqidah Islam mengikut aliran Ahlul Sunnah Wal Jamaah.32 Seterusnya dalam Warduz Zawahir
riwayat yang lebih lengkap telah beliau perkenalkan dalam kitab tersebut. Kedua-dua kitab ini
ditulis lengkap dalam Bahasa Melayu dan dalam bentuk nazam. Dalam bidang tasawwuf pula,

31Hadenan Towpek. 2013. Kaedah Penulisan Syeikh Daud al-Fatani dalam Furu’ al-Masa’il dengan tumpuan kepada
bab Muamalat. Jurnal Fiqh, No. 10, 1-30

32 Suhailah Abdullah dan Mohd Sukki Othman. 2011. Peranan dan sumbangan Ulama’ ‘Tiga Serangkai’ dalam
perkembangan Islam dan transformasi sosial di Malaysia. Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) IV: Ulama
Pemacu Transformasi Negara. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. hlm 447
Jam’ul Fawaid adalah kitab yang luas perbahasannya. Kitab ini dibuat di Mekah dan selesai
penulisannya pada 1239H. Dalam buku ini membincangkan pelbagai ilmu pengetahuan seperti
sejarah, aqidah, fiqh, tasawwuf, akhlak, hadis, tafsir, doa dan sebagainya. Dalam buku ini juga
menekankan supaya setiap Muslim sentiasa memohon perlindungan daripada al-Khaliq (Allah).
Syeikh Daud al-Fatani juga menerangkan tentang konsep mahabbah (kasih sayang) dalam kitab ini.
Beliau memberikan pelbagai contoh mengenai mahabbah yang mana boleh dikategorikan ke dalam
sastera sufi. Manhalush Shufi adalah salah satu kitab yang sangat halus isi sufinya yang dimuatkan
dengan istilah-istilah percakapan orang-orang sufi seperti Syeikh Muhyiddin Ibnu Arabi, al-Hallaj
dan lain-lain. Mereka ini adalah golongan yang mengikuti aliran tasawwuf. Syeikh Daud al-Fatani
juga turut menterjemahkan kitab-kitab tasawwuf yang mahsyur dalam dunia Islam. Antaranya ialah
penulisan Imam al-Ghazali yang berjudul Minhajul ‘Abidin dan penulisan Ibnu Madyan yang
berjudul Kanzul Minan. Beliau melahirkan rasa kecintaannya terhadap tokoh sufi tersebut di dalam
mukadimah terjemahan Minhajul ‘Abidin. Kasyful Ghummah karya Syeikh Abdul Wahhab asy-
Sya’rani juga merupakan salah satu terjemahan yang dilakukan oleh Syeikh Daud al-Fatani yang
mana di dalam permulaan terjemahan karya tersebut beliau mengangkat Syeikh Wahhab asy-
Sya’rani sebagai tokoh tasawwuf besar.

Jelaslah menunjukkan bahawa Kitab Jawi yang telah ditulis oleh Syeikh Daud al-Fatani ini
telah mewujudkan hubungan antara Asia Barat dengan Asia Tenggara yang mana kitab jawi ini telah
dijadikan buku atau bahan pengajian dalam dunia Islam. Masyarakat dari Asia Tenggara yang
menunaikan haji akan mempelajari Kitab Jawi ini di Mekah dan kemudiannya membawa pulang
ilmu tersebut ke Asia Tenggara dan disebarkan pula kepada masyarakat lain.

Bidang Pendidikan

Syeikh Daud al-Fatani juga memainkan peranan dalam dalam bidang pendidikan. Beliau
merupakan seorang pendidik dan juga seorang pendakwah. Beliau menyampaikan ilmu beliau
dengan penuh keikhlasan. Syeikh Daud al-Fatani telah ditauliahkan untuk menjadi pengajar dan
mengajar di Masjidil Haram, Mekah.33 Beliau sanggup mengorbankan masa dan tenaganya untuk

33 Wan Mohd Shaghir Abdullah. 1990. hlm 26


mengajar pelajar-pelajarnya walaupun sibuk untuk menyelesaikan penulisan beliau. Pelbagai
disiplin ilmu Islam yang diajar di Masjidil Haram, antaranya ialah fiqh, aqidah dan tasawwuf.
Pelbagai golongan yang menghadiri kuliah-kuliah yang disampaikan oleh beliau termasuklah
golongan orang yang menunaikan haji dari serata dunia. Perkara ini telah mewujudkan hubungan
antara masyarakat muslim di Asia Barat dan Asia Tenggara yang mana ulama-ulama dari kedua-dua
kawasan bertukar-tukar pendapat dan ilmu mereka untuuk mengajar jemaah haji yang datangnya
dari seluruh dunia. Syeikh Daud al-Fatani juga merupakan seorang yang memperjuangkan syiar
Islam dan dengan kesungguhannya, beliau telah mewakafkan rumah keluarganya di kampung
halamannya iaitu Kerisek, Patani. Rumah yang telah diwakafkan ini berfungsi sebagai pusat atau
tempat untuk beliau menyampaikan ilmu atau mengajar. Rumah ini juga berfungsi sebagai wakaf
keluarga beliau. Majoriti anak-anak murid Syeikh Daud al-Fatani berjaya menjadi ulama dan tokoh
terkemuka yang turut menyampaikan ilmu Islam dan memperjuangkan syiar Islam.34 Antara anak
murid beliau ialah Syeikh Abdul Halim, Wan Hassan bin Ishaq,Syeikh Ali bin Ishaq, Wan
Muhammad Zain dan sebagainya. Selain itu, Syeikh Daud al-Fatani juga memberikan sumbangan
dalam ilmu kesufian. Beliau merupakan salah seorang tokoh ulama Ahli Syariat Haqiqat yang lebih
banyak tertumpu ke dunia kesufian. Beliau memperoleh ilmu kesufian daripada Syeikh Muhammad
Salleh bin Abdur Rahman. Ketika beliau belajar di Mekah, beliau banyak mendekati para ulama
yang telah lama bermastautin di Mekah dan diiktiraf sebagai tenaga pengajar di Masjidil Haram.
Ilmu yang diperolehi daripada Mekah telah dibawa dan digunakan untuk mengajar masyarakat di
Asia Tenggara. Oleh itu menunjukkan bahawa Syeikh Daud al-Fatani ini merupakan salah seorang
telah mewujudkan hubungan antara Asia Barat dan Asia Tenggara..

Bidang Kemasyarakatan

Syeikh Daud al-Fatani juga memaikan peranannya sebagai ulama dalam mewujudkan hubungan
antara Asia Barat dengan Asia Tenggara terutamanya kepada masyarakat. Antara sumbangan beliau
kepada masyarakat adalah menjadi ketua para Syeikh Haji dan ketua Syeikh Haji Tanah
‘Jawi’ (Melayu). Syeikh Daud al-Fatani telah membeli sebuah rumah khas di Madinah bagi

34 Wan Mohd Shaghir Abdullah. 1990. hlm 42-50


memastikan Jemaah haji di bawah kelolaannya berada dalam keadaan selesa.35 Jemaah haji
khususnya jemaah haji kawasan Nusantara sangat menghargai khidmat yang diberikan oleh Syeikh
Daud al-Fatani sebagai ketua para Syeikh Haji dan ketua Syeikh Haji Tanah ‘Jawi’. Hal ini
demikian kerana Syeikh Daud al-Fatani sangat bertanggungjawab dalam membimbing mereka
dalam melaksanakan ibadat haji, menjaga kebajikan, menjaga keselamatan dan menguruskan segala
urusan yang bersangkutan dengan jemaah haji. Para jemaah haji dapat melaksanakan haji dengan
lancar dan selesa walupun berada jauh dari kampung halaman dan asing bagi mereka. Peranan ini
telah dimainkan oleh Syeikh Daud al-Fatani untuk membolehkan masyarakat menjalankan ibadah
haji yang sempurna. Kewujudan rumah bagi jemaah haji kawasan Nusantara menunjukkan bahawa
Syeikh Daud al-Fatani mempunyai hubungan yang kuat dengan Asia Barat yang mana beliau
merupakan salah satu tokoh ulama yang disegani di Mekah.

Jelaslah bahawa Syeikh Daud al-Fatani telah memainkan peranannya sebagai ulama yang
mewujudkan hubungan antara Asia Barat dengan Asia Tenggara dalam penulisan dan ilmu yang
diajar kepada masyarakat di Mekah dan juga di Asia Tenggara. Hubungan ini lebih jelas dilihat dari
segi pemindahan ilmu melalui proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan Kitab
Jawi.

35 Ismail Che Daud. 1988. Tokoh-tokoh Ulama’ semenanjung Melayu. Kota Bharu: Majlis Ugama Islam dan Adat
Istiadat Melayu Kelantan. hlm 30
5.0 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, ulama-ulama di Asia Tenggara banyak dipengaruhi oleh ajaran yang
dibawa dari Asia Barat. Hubungan yang erat telah membawa kepada kemunculan golongan sufi dan
neo-sufi yang tersebar ke Asia Tenggara. Hubungan ulama juga dapat dilihat menerusi tafsiran-
tafsiran kitab di Asia Barat yang banyak diterjemahkan ke dalam bahasa Jawi bagi memudahkan
kefahaman. Sumbangan ilmu Fiqh dapat dilihat menerusi sistem kehakiman yang berteraskan
perundangan syarak. Kesan dari hubungan ini maka lahirlah tokoh seperti Syeikh Daud al-Fatani
telah memberikan sumbangan yang besar terutama dalam bidang penulisan iaitu menghasilkan
karya yang dikenali sebagai Kitab Jawi. Karya tersebut termasuklah Bughyatuth Thullab, Al-
Jawahirus Saniyah, Warduz Zawahir dan Ad Durrus Samin. Sumbangan lain dapat dilihat dalam
bidang pedidikan dan juga bidang kemasyarakatan. Oleh itu, dapatlah disumpulkan bahawa hampir
keseluruhan ulama Melayu memainkan peranan mereka untuk menyebarkan pendapat dan
pemikiran guru-guru mereka di Asia Barat ke rantau ini.
6.0 RUJUKAN

Abbas Husniy Mohamad. 1996. Perkembangan Fiqh Islam. Terj. Mohd Asri Hashim. Kuala
Lumpur : Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.

Abdul Rahman Haji Abdullah. 1990. Pemikiran Umat Islam di Nusantara. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Sharifuddin Mustapha. 2013. Kitab Hidayah al-Muta’allim Wa’ Umdah al-
Mu’alilim Karangan Sheikh Daud Al-Fatani: Kajian Teks dan Analisis. Tesis Doktor
Falsafah Jabatan Fiqh dan Usul Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Kuala
Lumpur: Universiti Malaya.

Farid Jalal, Rahimin Rahim, et.al, 2018 , Kitab Jawi’s As the Basis of the Malaya-Islam
Civilization, Malay Arts, Culture and Civilisation Research Centre : Asian Journal of
Environment, History and Heritage Vol 2, Issue 1.

Faudzinaim Badaruddin, 2012, Peranan KItab Jawi Tasawuf Sebagai Medium Transmisi
Ilmu Islam kepada Masyarakat Melayu Nusantara, Selangor : Universiti Kebangsaan
Malaysia, Hlm 24.

Hasanuddin Mohd, Khiral Anuar Daud, et.al. Nazariyyāt Fiqhiyyah: Definisi dan Fungsi
dalam Disiplin Fiqh Islam. Felo bersekutu Institut Produt dan Ketamadunan Melayu Islam
(Inspire) dan Pesyarah Kanan Fakulti Pengajian Kontemporari.

Hadenan Towpek. 2013. Kaedah Penulisan Syeikh Daud al-Fatani dalam Furu’ al-
Masa’il dengan tumpuan kepada bab Muamalat. Jurnal Fiqh, No. 10.

Ismail Che Daud. 1988. Tokoh-tokoh Ulama’ Semenanjung Melayu. Kota Bharu:
Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.
Oman Fathurahman. 1999. Tanbih al-Masyi: Menyoal Wahdatul Wujud. Jakarta : Penerbit
Mizan.

Syamsul Bahri Andi Galigo. 1998. Syekh Yusuf Makasar dan pemikiran tasawufnya. satu
kajian Risalah al-Nafhah al-Saylaniyyah. Tesis Ph.D Fakulti Pengajian Islam, Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Suhailah Abdullah dan Mohd Sukki Othman. 2011. Peranan dan sumbangan Ulama’
‘Tiga Serangkai’ dalam perkembangan Islam dan transformasi sosial di Malaysia.
Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) IV: Ulama Pemacu Transformasi Negara.
Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.