Anda di halaman 1dari 5

1.

0 Pendahuluan

Profesion guru dan pendidik terutamanya dalam zaman kini bukanlah semudah yang
disangka sebagai arkiteksosial. Guru mempunyai tanggungjawab yang amat besar bukan
sekadar memberi pendidikan dan menyampaikan ilmu. Gurulah insan yang
dipertanggungajwabkan untuk merealisasikan tranformasi pendidikan yang dicita-citakan oleh
negara. Perubahan yang berlaku di era globalisasi di mana ekonomi berteraskan ilmu
pengetahuan menjadikan pendidikan sepanjang hayat sebagai agenda kerajaan untuk
mencorak modal insan mengikut acuan semasa. Menurut Abd Rahim (2003), pembelajaran
sepanjang hayat merupakan motivasi kendiri ke arah pencarian dan peningkatan ilmu secara
sukarela berdasarkan keperluan personal ataupun profesional. Dalam era ekonomi
berasaskan ilmu pengetahuan, negara amat memerlukan modal insan yang berilmu
pengetahuan terutamanya guru dalam memenuhi keperluannya dalam menghadapi
Pengajaran Abad ke-21. Justeru, daripada petikan ucapan Naib Canselor UPM dimajlis
Penyampaian Anugerah Cemerlang menyatakan:

”Ilmu dan teknologi yang dimiliki pada hari ini akan ketinggalan dan lapuk pada masa
hadapan. Oleh yang demikian kita perlu mengemaskini ilmu pengetahuan agar selari
dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat supaya menjadi manusia yang relevan
kepada pembangunan dan kemajuan negara”. (Mohd. Zohadie, 2002)

Pembelajaran sepanjang hayat (PSH) amatlah diperlukan dalam menghadapi kemajuan yang
akan mendatang. Konsep pembelajaran sepanjang hayat wajar diberi penekanan oleh setiap
guru di negara ini dalam mendepani peredaran zaman. Ia boleh membantu membekalkan
kemahiran dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) murid seiring dengan kemahiran
Abad ke-21 (Madinah Mohamad, 2015). Jadi, PSH amat penting untuk memenuhi keperluan
guru dalam menghadapi Pembelajaran Abad ke-21.

2.0 Kepentingan Pembelajaran Sepanjang Hayat kepada guru

2.1 Meningkatkan ilmu dalam penggunaan ICT (komputer)

Antara kepentingan PSH adalah dapat meningkatkan kemahiran penggunaan ICT


(komputer) dalam kalangan guru. Kemahiran ICT merupakan perkara penting menerusi PAK
21 dimana ianya menekankan penggunaan teknologi dalam sistem pendidikan.
Penglobalisasian komunikasi ini boleh menjadi satu batu loncatan ke arah memperkasa
pembelajaran sepanjang hayat. Menurut Zamri Mahamod (2011), guru memainkan peranan
utama dalam membimbing pelajar untuk melayari internet, mencari laman sesawang dan
memilih perisian yang sesuai. Menerusi zaman teknologi kini, penggunaan ICT dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil

1
pembelajaran. Ia membantu guru untuk mendapatkan bahan pengajaran dan guru dapat
membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran
dan pembelajaran. Proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan dan
berkesan contohnya menggunakan alat seperti powerpoint, flash, video, visual dan mereka
hanya perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Hal ini menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana
pembelajaran yang menyeronokkan. Menjurus kepada pernyataan tersebut, guru haruslah
terlebih dahulu menguasai penggunaan ICT supaya penggunaan tersebut kemudiannya dapat
diterapkan kepada pelajar. Menurut Amer Hamzah Jantan & et al. (2002) pula, dalam
pengajaran pembelajaran pelajar, ICT perlu diintegrasikan supaya proses pengajaran dapat
berjalan dengan berkesan, menarik, mencabar dan interaktif serta membantu mereka
menghasilkan sesuatu yang kreatif. Oleh hal yang demikian, PSH merupakan proses yang
tepat dalam meningkatkan penggunaan tersebut kerana proses PSH amat menekankan
penggunaan ICT dimana pembangunan bahan pembelajaran atau learning tools yang
berasaskan ICT dipertingkatkan bagi meluaskan akses masyarakat kepada pembelajaran
sepanjang hayat. Dalam Transformasi Kementerian Pengajian Tinggi ada menggariskan
aktiviti PSH dalam konteks penggunaan ICT. Jadi secara tidak langsung melalui pendidikan
sepanjang hayat, guru dapat melengkapkan keperluannya dalam kemahiran teknologi ICT
selaras dengan keperluan PAK-21. Jadi jelaslah bahawa PSH dapat meningkatkan
penggunaan ICT (komputer) kepada guru.

2.2 Melengkapkan kemahiran-kemahiran yang mantap dalam diri guru.

Selain itu, dalam merealisasikan impian negara melalui Misi Nasional yang mana
aspek pembangunan modal insan merupakan perkara yang dituntut. Penyediaan tenaga
pendidik mahir yang dijadikan sebagai fokus utamanya adalah penting untuk melahirkan
generasi yang bermodal insan dimana guru atau pendidik tersebut haruslah mempunyai
kemahiran yang mantap dan komprehensif dalam sistem pendidikan (Noriati, Ying dan Wah,
2010). Penerapan konsep pembelajaran sepanjang hayat melalui pembelajaran di tempat
kerja dan separuh masa telah menjadi keperluan guru sebagai pengalaman dalam melahirkan
generasi modal insan selaras dengan keperluan ekonomi berasaskan pengetahuan dan
inovasi selaras dengan PAK 21. Hal ini juga memastikan kemampuan dan kemahiran pada
guru digilap agar dapat menghasilkan satu tahap kecemerlangan yang diperlukan untuk
diterapkan dalam proses pengajaran. Melalui PSH guru dapat melengkapkan diri mereka
dengan kemahiran-kemahiran yang boleh dijadikan role model kepada para pelajar. Sebagai
contoh kemahiran komunikasi yang ditekankan dalam PSH melalui budaya kolaborasi dan
koperatif. Jadi kemahiran seperti itu akan dterapkan balik kepada para pelajar. Menurut Mior

2
Khairul Azrin (2011), Rancangan Malaysia ke-9 telah menetapkan pembangunan modal insan
berminda kelas pertama sebagai salah satu daripada lima teras utama ke arah mencapai
Wawasan 2020. Hal ini selaras dengan keperluan Pembelajaran Abad ke-21 dalam
melahirkan modal insan berkualiti tinggi supaya mampu bersaing di peringkat global.
Kelengkapan yang ada pada guru tersebut akan mempengaruhi para pelajar seperti
kemahiran komunikasi dimana kemahiran tersebut merupakan ciri-ciri modal insan pada
pendidikan abad ke-21. Chiong Y. L. (2010), juga menyatakan bahawa PSH menitikberatkan
terhadap perkembangan dan peningkatan profesionalisme guru yang sejajar dengan
perubahan dan cabaran yang dihadapi dari satu masa ke satu masa . Oleh itu, guru haruslah
mempunyai pelbagai kemahiran yang mantap dalam membentuk generasi yang akan datang
melalui pembelajaran sepanjang hayat. Jadi, jelaslah bahawa PSH dapat melengkapkan
kemahiran-kemahiran yang mantap dalam diri guru.

2.3 Up to-date dengan perkembangan dunia semasa

Di samping itu, pendekatan pembelajaran sepanjang hayat ini memberi peluang


kepada seseorang individu itu berevolusi untuk up to-date dengan perkembangan dunia
semasa. Hal ini kerana konsep pembelajaran sepanjang hayat menekankan kepada proses
pembelajaran secara berterusan yang mana seseorang itu mendapatkan ilmu pengetahuan
dan kemahiran melalui pengintergrasian tiga komponen pendidikan iaitu pendidikan formal,
pendidikan tidak formal dan pendidikan non-formal yang mana proses ini boleh berulang di
sepanjang hayatnya. Pendekatan pembelajaran sepanjang hayat dipengaruhi oleh beberapa
faktor sosio-ekonomi seperti perubahan era globalisasi dan teknologi yang pantas serta
perubahan persekitaran dan pasaran kerja. Perkara tersebut bergerak seiring dengan
keperluan guru Abad ke-21 sangat menekankan pergerakan dan perubahan isu semasa
dimana ianya bergerak seiring dengan sistem pendidikan. Nordstrom ada menyatakan:

‘..lifelong learning core values of learning, exploring and serving, coupled with benefits
for the mind, body and spirit make it an incredibly powerfool tool for personal
transformation and enhancement..’. (Nordstrom, 2006).

Konsep pembelajaran sepanjang hayat amatlah penting kerana dunia pendidikan mahupun
pekerjaan sentiasa berubah seiring dengan pembangunan ekonomi, perkembangan teknologi
dan peningkatan kompetensi. Jadi guru haruslah sentiasa cakna dengan peredaran semasa
supaya segala proses pembelajaran dan pendidikan tidak ketinggalan. Pembelajaran
sepanjang hayat sangat penting dibudayakan dalam kalangan guru kerana ianya merupakan
pembelajaran yang sentiasa mengikut perkembangan semasa. Menurut Faridah Nazir, Faiziah
Shamsudin dan Amran Bakar (2016), dalam memartabatkan profesion keguruan PAK-21, guru
harus peka dengan perubahan dan dasar pendidikan dengan menggunakan kaedah terkini

3
sejajar dengan trend pengajaran semasa. Justeru, pembelajaran sepanjang hayat merupakan
cara yang tepat untuk guru sentiasa bergerak seiring dengan peredaran semasa.

3.0 Kesimpulan

Kementerian Pendidikan Tinggi selaku peneraju pelaksanaan PSH, telah merancang


pelbagai program dan aktiviti bagi mewujudkan kesedaran masyarakat tentang pemerolehan
ilmu pengetahuan tanpa batasan umur. Objektif utama adalah untuk menjadikan PSH sebagai
budaya, untuk menyedarkan warga Malaysia kewujudan pelbagai program PSH yang
dikendalikan oleh semua kementerian dan agensi serta menggalakkan lebih ramai individu
menimba ilmu pengetahuan melalui program PSH yang ditawarkan. Ini adalah selaras dengan
status semasa PSH di Malaysia, bagi memastikan pembudayaan holistik PSH diterapkan
dalam kalangan masyarakat Malaysia. Untuk membudayakan PSH kepada generasi yang
akan datang, pendidik merupakan individu yang sangat penting dalam menerapkan budaya
tersebut. Walaubagaimanapun pendidik haruslah terlebih dahulu membudayakan diri mereka
dengan pembelajaran sepanjang hayat. Mohd Salleh Lebar (1993) menyatakan, untuk maju
ke hadapan, guru perlu menggalakkan segala pelaksanaan yang dikperkenalkan oleh
kerajaan untuk perubahan pantas transformasi pendidikan. Jadi pembelajaran amatlah
penting bagi pendidik kerana setiap guru perlu mengemaskini ilmu dan kemahiran sejajar
dengan perubahan dan cabaran semasa untuk membentuk generasi yang akan datang.

4
RUJUKAN
Abd Rahim. (2003). Falsafah Budaya Dalam Bidang Pendidikan. Kuala Lumpur:

Penerbit U.M

Amer Hamzah Jantan & et al. (2002). Integrated Approaches to Lifelong Learning.

Asia-Europe Institute: University of Malaya.

Chiong Y. L. (2010). Tahap Kefahaman Dan Amalan Konsep Pendidikan Sepanjang Hayat.

Retrieved on 10 Ogos 2018 from https://www.google.com/url?sa=t&source=web&


rct=j&url=http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwp/yeklehchiongap06029
5d2010ttp.pdf&ved=2ahUKEwjFlrznypzdAhVHWX0KHdIiBt8QFjAAegQIBRAB&usg=
AOvVaw1npHwcOUOwl84MTC74uo3l.

Faridah Nazir., Faiziah Shamsudin & Amran Bakar. (2016). Pengajaran dan Pembelajaran
Abad 21. Bangi: Sasbadi Sdn.Bhd.
Madinah Mohamad. (Mei 14, 2015). Pendidik Diharap Semai Pembelajaran Sepanjang

Hayat. Berita Harian Online. Retreived on 9 Ogos 2018 from


https://www.bharian.com.my/node/54701.

Mior Khairul Azrin. (2011). Sistem Pendidikan Di Malaysia: Cabaran Dan Pelaksanaan Ke
Arah Perpaduan Nasional. Retrieved on 11 Ogos 2018 from www.sosiohumanika-
jpssk.com/sh_File/4.mior.usm.mei.2011.pdf.
Mohd Salleh Lebar. (1993). Bimbingan & kaunseling: tugas guru dan kemahiran asas.

Selangor: Longman Malaysia Sdn Bhd.

Mohd. Zohadie Bardaie. (2002). Majlis Pelancaran Pelan Strategi UPM 2001 – 2010, Etika

Kerja UPM dan Anugerah Fellowship Naib Canselor. Retreived on 10 Ogos 2018

from www.upm.edu.my/website/koleksi_ucapan/2002.

Noriati A. Rashid., Ying, B. P,. & Wah, W. K. (2010). Asas Kepimpinan Dan Perkembangan

Profesional Guru. Selangor: OXFORD FAJAR SDN BHD.

Nordstrom, N. (2006). Learning Later : Living Greater. United States: Senttient Publications.

Zamri Mahamod. (2011). Inovasi P&P dalam Pendidikan Bahasa Melayu. Tanjung Malim:

Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.