Anda di halaman 1dari 5

Refleksi

Syukur kehadrat Ilahi kerana mengurniakan nikmat kesihatan kepada saya dan memberi
peluang kepada saya untuk memasuki IPG dan mengambil kursus Kecergasan Diri dan
Kesihatan GKK1043. Melalui kursus ini, banyak perkara baru yang saya pelajari. Perkara yang
tidak pernah saya lakukan di sekolah rendah mahupun sekolah menengah dahulu ialah
mengelola ujian segak. Jika dahulu saya harus mengambil ujian segak, kini saya harus
melakukan dan juga mengelola ujian segak kepada rakan-rakan yang lain. Dalam
mengelolakan ujian segak ini, kami telah membahagikan tugas kepada semua ahli kumpulan
supaya setiap ahli memperoleh pengalaman mengelolakan ujian tersebut. Kumpulan saya
perlu mengelolakan ujian naik turun bangku dan tugas saya ialah sebagai penjaga masa.
Saya harus memastikan para peserta melakukan aktiviti naik turun bangku selama 3minit
tanpa henti bagi mendapatkan kadar bacaan nadi yang tepat.

Sebenarnya, naik turun bangku merupakan salah satu aktiviti dalam litar dan dilaksanakan
secara berperingkat dan mengikut kemampuan individu itu sendiri. Tujuan ujian naik turun
bangku dilakukan adalah bagi mengukur daya tahan kardiovaskular. Kebaikan yang bakal
diperolehi daripada aktiviti naik turun bangku ini ialah peserta dapat meningkatkan daya tahan
otot, melatih dan meningkatkan keupayaan aerobik dan anaerobik. Akhir sekali, aktiviti ini
mampu meningkatkan stamina pelaku. Ujian ini sesuai untuk lelaki dan perempuan dan alatan
yang digunakan hanyalah bangku, jam randik, boring skor dan rakaman atau metronome.

Sebenarnya, hasil pembelajaran kursus GKK1043 ini, banyak pengalaman baru yang dapat
saya perolehi. Antaranya ialah saya dapat belajar untuk menguruskan sesuatu acara atau
aktiviti sukan. Saya dilatih untuk mengelola aktiviti dengan lancar dan sistematik dengan
memberi arahan dan tunjuk ajar kepada para pelajar. Contohnya, saya menyuruh pelajar
meletakkan kaki dominan mereka di atas bangku sebelum memulakan pengiraan masa. Saya
juga dapat belajar untuk bercakap di khalayak ramai dengan yakin. Selain itu, saya dapat
meningkatkan kemahiran berkomunikasi. Jika sebelum ini, saya hanya berkomunikasi dalam
kelompok yang kecil. Apabila saya memasuki IPG dan mempelajari kursus ini, saya diberi
peluang untuk bercakap dan berkomunikasi dalam suatu kelompok yang besar. Buktinya,
ujian naik turun bangku dilakukan pada akhir ujian segak. Semua pelajar akan melakukannya
serentak. Jadi, ianya memerlukan saya untuk berkomunikasi dengan baik dan lantang agar
setiap peserta tahu apa yang mereka harus lakukan di stesen ujian naik turun bangku.

16
Daripada mengelola dan melakukan ujian segak ini, saya memeperoleh banyak imput baru.
Contohnya, saya dapat mengetaui cara untuk melaksanakan dan melakukan ujian segak
mengikut langkah-langkah yang betul hasil penerangan daripada rakan-rakan saya. Ujian
segak ini juga menjadikan saya lebih aktif dan rajin bersukan. Sejujurnya, timbul kesedaran
dalam diri saya tentang bersukan, menjaga kesihatan dan kekal aktif daripada kursus ini. Saya
percaya bahawa jika saya seseorang individu mempunyai tubuh badan yang cergas, maka
dia akan terhindar dan kurang risiko dripada diserang penyakit-penyakit kronik.

Demi menjadi guru yang seimbang sosial, emosi, rohani dan jasmani pada masa akan dating,
saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan badan saya sentiasa cergas
dengan bersukan dan pelbagai lagi aktiviti lain seperti menjadi gunung dan berbasikal.
Harapan saya agar dapat menerapkan nilai kecergasan fizikal dan mental dalam diri setiap
anak murid saya pada masa akan datang supaya akar umbi negara ini sihat dan seimbang
dari segi rohani mahupun jasmani.

17
Rujukan

Alters.S., Schiff., (2006). Essential Concepts for healthy living (4th ed.). USA: Jones and
Bartlett Publishers.

Cobrin.B.C.,et al. (2008). Concepts of Fitness and Wellness: A Comprehensive Lifestyle


Approach (7th ed.). New York: McGraw-Hill.

Davis.B., Roscoe.J., Roscoe D., Bull.R., (2005). Physical Education and study of sport (5th
ed.). London: Elsevier Limited.

Fronske.H., (2008). Teaching Cues for sport skills for secondary school students (4th ed.). San
Francisco: Pearson education inc.

Grant.H.D., Murray Jr.R.H. Bergeron.J.D., (1989). Eaglewood Cliff: Prentice Hall.

Mader.S.S., (2004). Human Biology (8th ed.). New York: McGraw-Hill.

18
Keputusan

SKOR UJIAN SEGAK (LELAKI)

SKOR
1 2 3 4 5
UJIAN
NAIK TURUN
BANGKU 3
MINIT 100
(DENYUTAN
SEMINIT)
TEKAN TUBI
(ULANGAN) 25

RINGKUK TUBI
SEPARA 23
(ULANGAN)
JANGKAUAN
MELUNJUR 41
(CM)

SKOR UJIAN BLEEP TEST (LELAKI)

15

Anda mungkin juga menyukai