Anda di halaman 1dari 2

Anakku tersenyum manis.

Dia suka akan masakan aku yang selalu ku hidang padanya biar pun hidangan
itu hanya sepinggan nasi . Manisah ialah namanya. Manisah seorang anak yang amat comel dan selalu tersenyum
manis.Disebabkan senyuman itu kupanggil dia manis. Manis seorang anak yang baik dan paling mudah tersenyum diantara
adik-beradiknya yang lain walaupun dia dalam keadaan sakit. Manis juga selalu pening kepala.kadang-kadang manis pitam
kerana pening kepala. Kasihan manis,kerana kerana itu aku lebih senang Manis makan masakan aku. Anak perempuanku
seorang ….anakku yang manis

"Abah seorang tukang masak.Bekal yang disediakan untuk saya makan abah yang masak"ujar anakku bangga.
Aku selalu terdengar kata-katanya yang itu.Hai anak yang manis !Abah sudah tua untuk memasak lagi untuk kamu lagi. Usia
abah sudah 67 tahun kau juga sudah di ambang dewasa. Dah bergelar anak dara.

Bila agaknya kamu akan rindu masakan abah? Sempatkah abah memasak untuk kau makan?" Abah saya
serang tukang masak. Ada orang muda orang kampung panggil dia mat sak . Abah saya cukup terkenal di Kampung Sungai
Udang, Klang". Tetapi abah bukan lagi seorang tukang masak . Abah ambil upah kampung. Aku masih ingat lagi pada hari
pertama dia ke tadika. Dia menangis kerana diejek oleh kawannya kerana membawa bekal makanan .Disebabkan itu dia
tidak suka membawa bekal ke tadika dan ke sekolah. Aku bercerita kepada manis ,betapa susahnya untuk mencari wang di
kampung. Aku mengambil upah bekerja di kebun kelapa .

"Kenapa abah teruskan juga menjadi seorang tukang masak?"


Abah hargai setiap usaha yang abah lakukan .Kau tahu manis ,sewaktu kali pertama abah belajar memasak , abah bulatkan
hati dengan memasak abah dapat mencari wang sampingan .Sekarang bagaimana abah harus meninggalkan rezeki yang Allah
beri?" Aku tahu manis belum dapat memahaminya .

Tetapi suatu hari Manis bersuara "Abah ,manis suka masakan macam ini"
Sukar untuk aku percaya. Manis ceritakan bahawa dia telah berjaya dalam acara membawa bakul kacang di atas kepala
semasa sukan di tadikanya .Aku ketawa panjang . Aku kepingin melihatwajahnya yang manis itu diserikan dengan reben
merah di atas kepala. ramai orang beranggapan aku membentuk perwatakan lelaki dalam diri Manis. Tujuan asalku agar
manis tidak menjadi anak kecil yang manja .Walaupun seratus persamaan yang dapat ku lakukan untuk menggantikan tugas
arwah isteriku ,pasti ada juga kelemahannya kalaulah manis berambut panjang ,tentu dia akan merengek menyuruh aku
mengikatnya.

Selepas kematian isteri,semua tugas di dapur dan menjaga anak-anak,aku cuba lakukan .Namun ,aku tak pernah
mengambil cara menjaga rambut anak perempuan . Selepas hari pemergian isteriku,itulah hari pertama aku memotong
rambut Manis ke paras bahu . Manis tidak membantah usianya tiga tahun ketika itu . Manis mulai suka berambut pendek
sejak peristiwa itu. Apabila dia melangkah ke alam persekolahan ,Manis masih lagi mahu membawa bekal . Katanya,dia suka
makan makanan yang dibekalkan.Aku menurut sahaja kemahuan manis . Hampir setiap tiga bulan,pasti aku akan
membekalkan makanan yang sekolah. Apabila umur manis 9 tahun,dia masih lagi membawa bekal . Senang katanya. Aku
pun turut senang kerana manis mula hargai titik peluh ku. memasak itu,sengaja aku meletakkannya di dalam bekas
kelengkapan memasak ku Kadang-kadang Manis mengambil dua puluh sen atau tiga puluh sen.

Sewaktu menyedari Manis mengambil wang itu,aku menganggap manis sudah pandai mencuri. Kemudiannya aku
yang hanya aku beri hanya dua puluh sen. Hal ini bermakna,manis hanya boleh beli dua keping keropok . Kasihan Manis ,
lama-kelamaan aku menambah wang belanjanya dengan syarat Manis tidak boleh mengambil wang itu tanpa kebenaran
Manis diam. Aku tahu dia takut untuk meminta maaf.

Manis, abah halalkan makan minum kau. Abah lakukan segala-galanyauntuk keluarga kita. Kalaulah awal-awal lagi
abah tahu kau suka makan keropok lekor, abah akan tambah wang belanja kau. Janganlah kau ulang perbuatan itu.

Apabila tiba musim sekolah dibuka, itulah saatnya Manis akan ketawa riang. Dia akan menunggu aku pulang dari
ladang. Kalau ada pelanggan yang datang sebelum aku pulang ,Manis akan mengaturkan masa untuk pelanggan datang pada
waktu yang lain.

Biasanya setiap hujung bulan ,manis akan pulang bercuti .Waktu itulah aku akan mengikut kehendaknya .Manis
semakin bijak. Kadang-kadang abang-abangnya sendiri tidak tahan dengan karenahnya. Maka aku jugalah yang terpaksa
mengikut kehendaknya. Aku pernah ketawa,aku pernah menangis kerana mu, Manis hai Manis bertuahnya anak !

Manis jarang sekali pulang ke kampung . Aku merestui niatnya untuk berjaya dalam pengajiannya. Namun aku tidak
merestui rasa rindu yang selalu menganggu emosiku.

Manis,kenapa sudah lama tidak menjengah abah? Kau tidak rindukah bunyi minyak di dapur? Kau tidak rindu
masakan abah? Betulkah alasan yang selalau kau berikan waktu kita berbual di telefon?"Manis betul-betul tidak dapat balik.
Manis sibuk sebab sekarang tahun akhir . Abah janganlah risau,manis selalu makan dengan kawan-kawan.
Kau tidak rindu akan pisau yang pernah tergores di jari mu? Manis sudah lapan bulan abah tidak masak untuk kau.
Betulkah alasan yang selalau kau berikan waktu kita berbual di telefon?"Manis betul-betul tidak dapat balik. Manis sibuk
sebab sekarang tahun akhir . Abah janganlah risau,manis selalu makan dengan kawan-kawan.

"Abah,kawan manis telefon,"ujar anak lelaki sulungku cemas. Lamunan panjangku terhenti di situ . Segera aku
meninggalkan perkakas untuk masak. Petang itu juga, kami bergegas ke Kuala Lumpur.
Manis sakit rupa-rupanya. Ketiga-tiga anak lelakiku tidak putus-putus menenangkan aku dan perasaan ku.
Kami tiba lewat di hospital ,namun manis tetap tersenyum menyambut kedatangan kami.

Hati seorang bapa mana yang tidak sebak melihat anaknya tersenyum manis,sedangkan wajah pucat tidak berdarah, bibirnya
kering dan rambutnya pula gugur.
Kenapa aku tidak pernah maklum bahawa Manis menghidap leukemia? Patutlah manis kurang sihat.
Manis sayang akan abah"ujar Manis perlahan. Aku mengangguk faham . Aku mengusap kepalanya. Melekat
helai rambutnya di celah jari . Aku menangis melihat kepala Manis separuh botak, kulit kepalanya kelihatan .
Aku juga bawakan Manis sedikit Makanan yang ku masak. Tetapi doktor melarang manis
makan makanan dari luar. "Sudah lama Manis tidak makan masakan Abah" ujar Manis dengan senyuman.
Aku memeluk Manis erat-erat.
Ajal dan maut kuasa Allah, Allah lebih sayangkan Manis. Manis menghembus nafasnya yang terakhir di ribaanku.
Anak-anak lelakiku menangis bersama. Itulah pertama kali aku melihat mereka bertiga berpelukan sesama sendiri .

Manis, anak abah, walau tak berambut pun, senyummu tak berubah. Biarlah kau sentiasa manis begitu.

Disediakan oleh : AHMAD AQLAN BIN AHMAD SHAHRULNIZA


Tingkatan 2 Setia