Anda di halaman 1dari 3

Kadar Nadi

1.Pengenalan

Apakah nadi?Nadi adalah nadi atau gelombang denyut yang meretas atau mencengkam dalam satu
minit.Mengepam jantung mengakibatkan kemunculan denyut nadi atau denyut dalam organ-organ
tubuh,jika jantung tidak mengepam maka nadi dalam badan kita tidak akan berdenyut.Selain
itu,pembuluh darah di arteri yang kita akan merasakan denyut nadinya berada di bahagian bawah
pergelangan tangan dan di leher,jadi lebih mudah untuk menyentuh dan merasa kadar denyutan nadi
tersebut.Antara cara untuk mengira kadar nadi ialah seperti di bawah:

-KNM= kadar Nadi Maksimum (denyutan maksimum nadi bagi seseorang)

=formula: 220 – umur

-KNR= kadar nadi rehat (denyutan nadi semasa berehat)

-KNL= kadar Nadi Latihan (denyutan nadi untuk memulakan latihan)

=KNR + 60% (KNM – KNR)

Contohnya:

Umur=40 tahun

Kadar Nadi rehat=60 bpm

KNL = KNR +60% (KNM-KNR)

= 60 +60% (180-60)

= 60 + 60% X 120

= 60 + 72

= 132 denyutan / minit

KADAR NADI REHAT

-Kadar nadi rehat dapat didefinisikan sebagai denyutan nadi pada masa sesorang tidak melakukan
sebarang aktiviti. Untuk mencari kadar nadi rehat yang tepat, ambil denyutan nadi pada waktu pagi,
bangun daripada tidur, sekurang-kurangnya dua hari berturut-turut selama 10 saat pada tiap-tiap
bacaan. Pada waktu tersebut kita belum melakukan sebarang aktviti. Kemudian ambil purata
daripada bacaan tadi yang telah dilakukan dan di darab dengan 6 untuk mendapatkan kadar nadi
rehat untuk selama seminit.Contohnya seperti 12 denyutan selama 10 saat darab 6=72 dsm
KADAR NADI MAKSIMUM

-Kadar nadi maksimun ialah dengan menolak umur daripada angka 220 dimana 220 telah ditetapkan
oleh ahli-alhi fisiologi senam sebagai satu angka tetap formula.Contohnya seperti umur seseorang
ialah 33 tahun.Kadar nadi maksimum=220-33 =187 dsm

KADAR NADI LATIHAN

Setelah mendapat kadar nadi rehat,bolehlah ditunkan pula kadar nadi latihan contohnya kadar nadi
maksima=220-33(umur) =187 dsm,Kadar Nadi Rehat=12(denyutan untuk sepuluh saat) darab
6=72dsm,Kadar Nadi Latihan =Kadar Nadi Maksimum-Kadar Nadi Rehat=187-72=115 dsm

KADAR NADI TAHAP AMBANG

Bagi kadar nadi tahap ambang pula,latihan mestilah menepati tahap,di mana penambahan beban
kerja dilakukan.Intensif latihan perlu diubah dan jurulatih boleh meningkatkan intensif latihan
dengan memanipulasi agar menepati tahap ambang latihan.Semasa menjalankan aktiviti harian
,kadar denyutan nadi atau kadar nadi jantung perlu di pantau.Kadar nadi dijadikan satu keperluan
kepada jurulatih untuk menentukan tahap intensiti latihan dalam semua aktiviti latihan kecergasan
fizikal.

PERINGATAN

Setiap individu perlu mendapatkan / mencari peratus (%) antara 60% - 90% daripada Kadar nadi
Maksima.Di bawah paras 60% manfaat latihan tidak akan tercapai, manakala lebih daripada 90%
jantung terlalu tertekan.

RUJUKAN

Jacobs, I. (1986). Blood Lactate, Interpretation for Training dan Sports Performance. Sports Med. 3,
10.

Battinelli, T. (2000). Physique, Fitness and Performance. Florida : CRC Press LLC.

Bompa, T. O. (1999). Periodization Training for Sports. Champaigns : Human Kinetics.

Anda mungkin juga menyukai