Anda di halaman 1dari 4

TUGASAN 1 (B)

ISU KEGANASAN ANTARABANGSA

Pada era globalisasi ini,isu keganasan antarabangsa merupakan isu yang semakin
meruncing hari ini.Keganasan membawa maksud penggunaan cara yang ganas dan tidak
berhati perut seperti melakukan pembunuhan yang kejam serta penculikan untuk
mendapatkan kepentingan masing-masing daripada sesuatu pihak tersebut.Selain
itu,perbuatan berikut boleh ditakrifkan sebagai pertentangan ideologi di mana keganasan
tersebut tidak membawa sebarang faedah selain membawa negara itu ke lembah
kehancuran.

Dalam konteks yang lain, antara contoh keganasan yang berlaku adalah di Palestin serta
Afaganistan yang menjadi perbualan hangat pada masa ini.Isu yang berkait dengan Palestin
ini sudah tidak asing lagi di negara ini kerana Malaysia juga telah membentangkan isu ini di
dalam majlis PBB.Namun begitu,timbulnya keadaan berat sebelah berikutan kuasa besar
dipegang oleh Amerika Syarikat di mana Amerika merupakan negara yang bersekutu dengan
Israel.Seperti yang sedia maklum,pada akhir tahun 2012 kita dikejutkan dengan pelancaran
serangan “PILLAR OF DEFENCE” oleh Israel ke atas wilayah Palestin di Gaza.Serangan
yang telah mengorbankan 40 nyawa termasuk kanak-kanak dan wanita mengandung serta
400 orang mengalami kecederaan telah menggemparkan dunia pada waktu itu.Oleh
itu,kebanyakan negara mengambil langkah dengan mengecam sekeras-kerasnya tindakan
yang kejam itu ke atas Israel yang menindas rakyat Palestin.Malaysia juga berperanan
dengan menggesa PBB untuk menghentikan serangan ke atas bumi Gaza walaupun Israel
telah dikeluarkan arahan untuk gencatan senjata namun Israel telah mengabaikan arahan
tersebut.Oleh hal yang demikian,Malaysia telah menjalankan pelbagai cara bagi membantu
rakyat Palestin dari segi kewangan,makanan dan keperluan harian.Isu ini seakan-akan tidak
akan berakhir kerana Amerika Syarikat mempunyai kepentingan tersendiri antara Israel di
mana Amerika merupakan penyumbang peralatan senjata kepada Israel.Oleh sebab itu, Kita
perlulah sentiasa memberikan bantuan sama ada dalam bentuk kewangan atau tenaga bagi
membantu saudara islam kita di sana.

Selain itu,antara impak isu keganasan ini terhadap peluang pendidikan di Malaysia adalah
merupakan satu perkara yang dianggap penting yang perlu dititikberatkan oleh
semua.Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa ia akan menjejaskan banyak sektor
antaranya sektor pendidikan.Keselamatan negara juga tidak terjamin akibat
keganasan.Pergolakan politik akan menyebabkan rakyat melakukan keganasan.Ini juga
menyebkan peperangan selalu berlaku.Kadang kala ,banyak sekolah akan dirobohkan akibat
berlakunya peperangan.Hal ini bermakna banyak pelajar akan tidak dapat pergi ke sekolah
untuk menerima pendidikan.Jadi apabila hal tersebut berlaku di negara ini,sudah tentu
suasana sekeliling akan menjadi huru-hara dan bising.Suasana yang sedemikian amatlah
tidak sesuai untuk belajar.oleh itu,jelaslah bahawa apabila berlakunya isu keganasan
antarabangsa telah menyebabkan penurunan dalam peluang pendidikan di negara ini.

ISU PEMERDAGANGAN MANUSIA

Seterusnya,penulisan ini akan membincangkan tenteang isu pemerdagangan manusia.Isu


seperti sudah pastinya tidak asing lagi dalam pandangan masyarakat negara hari ini tetapi
mengapa isu ini seringkali dipandang remeh oleh masyarakat tidak kira dalam dan luar
negara?sebaliknya perkara ini perlu diberi perhatian yang mendalam khususnya di Malaysia
kerana isu ini bukan suatu isu yang kecil .Kajian pada tahun 2006 yang dikaji oleh amerika
menunjukkan kira-kira 800,000 orang dibawa melepasi sempadan setiap tahun.Kira-kira 80
peratus mangsa kajian ini terdiri daripada wanita dan gadis muda.Pertubuhan Bangsa-Bangsa
bersatu (PBB) menganggarkan kira-kira 150,000 orang,majoriti daripadanya adalah kanak-
kanak diseludup dari kawasan asia selatan setiap tahun.Pemerdagangan manusia adalah
perniagaan yang melibatkan pergerakan secara haram termasuk aktiviti buruh secara sah dan
secara paksa.

Di samping itu,Sudah pastinya jika isu pemerdagangan ini berlaku di Malaysia ianya akan
menyebabkan impak yang mendalam terhadap peluang pendidikan di Malaysia.Hal ini
kerana pada masa kini,banyak kanak-kanak telah diculik.Banyak daripada mereka diculik
untuk tujuan penghambaan ,pelacuran,dan buruh paksa.Ini telah menjejaskan masa depan
mereka kerana mereka tidak mendapat peluang pendidikan sejak kecil lagi.Hal ini juga akan
menyebabkan berlakunya masalah kekurangan murid atau dipanggil SKM ( sekolah yang
kurang daripada 250 orang) .Banyak sekolah telah dipaksa tutup kerana kekurangan jumlah
murid.Hal ini bermakna peluang pendidikan di negara ini sedikit sebanyak akan merosot dari
setiap aspek.

ISU ALAM SEKITAR

Seterusnya penulisan ini akan mengisahkan tentang isu alam sekitar.Alam sekitar boleh
didefinasikan sebagai sesuatu di sekeliling yang mempunyai keupayaan untuk mepengaruhi
secara dalaman atau luaran terhadap sesuatu organisma.Positif dan negatif sesuatu keadaan
alam sekeliling boleh dipengaruhi oleh sesuatu organisma.Terdapat banyak bentuk
pencemaran yang telah berlaku di seluruh dunia antaranya ialah pencemaran
udara.Pencemaran alam sekitar akan menyebabkan kesan yang negatif kepada kesihatan
manusia dan juga sistem pendidikan negara ini.Banyak negara maju dan membangun
mementingkan kemajuan dan pembangunan fizikal untuk kesejahteraan rakyat tanpa
memikirkan kesan yang akan berlaku kepada persekitaran yang sedikit demi sedikit telah
banyak merosakkan alam sekitar tanpa kita sedar.

Disamping itu,perkara ini semestinya akan menjejaskan peluang pendidikan di


Malaysia.Hal ini kerana pancaran matahari yang terik telah menyebabkan pemanasan
global.Selain itu,kenaikan suhu bumi telah menyebabkan pembebasan gas-gas karbon
dioksida yang terkumpil di dalam udara.Oleh itu, pelajar tidak dapat menumpukan perhatian
kepada pelajaran dalam suasana yang terlalu panas dan ketidakselesaan untuk sesi
pembelajaran.Di samping itu,pencemaran bunyi juga menyebabkan kerosakan pada telinga
manusia secara serta-merta dan juga secara kronik.Sekiranya telinga menerima bunyi yang
kuat iaitu lebih daripada 120 db,selaput tympanum di dalam telinga akan pecah serta
kerosakan tulang kecil pada telinga dan ini menyebabkan pelajar akan mengalami masalah
dalam memperoleh maklumat ketika dalam kelas kerana pendengarannya terganggu.Pada
pendapat saya,ini akan menjejaskan pendidikan mereka.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya,tugasan ini amat memberikan impak yang positif dan membina
kepada diri saya mahupun rakan-rakan seperjuangan yang lain.Sebagai bakal
guru,pengetahuan dalam isu semasa pada peringkat tempatan mahupun global perlu dan
wajar diketahui untuk dijadikan nilai tambah dalam diri.Hal ini demikian kerana,banyak
kemajuan yang positif yang telah dicapai oleh negara-negara yang lain di dunia ini,dan
masyarakat Malaysia khususnya warga pendidik harus mengambil iktibar daripada perkara
berikut demi untuk menstransformasikan agenda pendidikan negara ke arah yang lebih
efektif.

Sesungguhnya,banyak input-input penting yang perlu diberi perhatian khusus daripada


tugasan ini.Walaupun mengalami kekangan dari aspek masa semasa menyiapkan tugasan
ini,namun perkara ini telah dididik saya supaya berkebolehan untuk mengurus masa dengan
baik.Selain itu,kekangan yang lain seperti kesukaran untuk mendapatkan bahan rujukan telah
mengajar saya dengan rakan-rakan untuk berusaha mencari alternatif lain.Kesimpulannya,
tugasan ini telah mengerakkan saya untuk seorang yang individu yang multifungsi dan
berfikiran kritikal.Selepas melaksanakan tugasan ini ,saya lebih yakin kepada subjek ini dan
pecaya semangat kerjasama antara rakan-rakan adalah penting dalam menghasilakn sesuatu
projek.
RUJUKAN

-Internet

1-http://cikgunet21.blogspot.my/2017/05/nota-gci1022-cabaran-dan-isu-semasa.html

2- https://www.scribd.com/document/237119676/tugasan-tutoriol-gci

3- http://www.academia.edu/10325146/Esei_Cabaran_dan_Isu_semasa

4- https://documents.mx/documents/gci-assignment.html

Anda mungkin juga menyukai