Anda di halaman 1dari 3

2.

2 Ciri-ciri Drama

Drama merupakan prosa atau puisi moden yang dihasilkan sebagai naskah bukan hanya
untuk dibaca tetapi juga untuk dilakonkan di atas pentas dengan membawa penghayatan
yang berbeza. Drama ini terdiri daripada dialog atau monolog yang disusun oleh pengarang
di mana pemikiran dan gagasan pengarang disampaikan melalui dialog watak-wataknya.
Watak yang diwujudkan perlu dimainkan peranan sama ada oleh manusia, wayang atau pun
boneka. Bagi menghasilkan satu drama yang menarik, drama perlu mempunyai konflik dan
aksi di mana ia merupakan unsur yang penting dalam mengerakkan watak-watak dalam plot
sesebuah skrip drama. Kebiasaannya, waktu pementasan drama berlangsung selama sekitar
3 jam sahaja dan tidak melebihinya serta tiada ulangan dalam satu masa. Gaya bahasa dalam
sesuatu drama juga penting kerana ia menunjukkan latar masa dan masyarakat yang
diwakilinya, sekali gus drama ini mencerminkan sosiobudaya masyarakat yang digambarkan
oleh pengarang. Sekiranya pementasan drama dilakukan di atas panggung, maka panggung
tersebut perlu dilengkapi dengan beberapa peralatan dan hiasan bagi menghidupkan lagi
suasana. Pertunjukan drama yang baik yang dilakukan di hadapan penonton akan dapat
menarik perhatian mereka untuk berhibur.

2.3 Unsur-unsur Drama

Drama juga terdiri daripada beberapa unsur iaitu tema, plot, watak, latar, bahasa dan
sebagainya. Pertama iaitu tema. Tema merupakan idea atau persoalan utama yang
diungkapkan dalam sesuatu karya sama ada secara langsung atau tidak langsung yang
hendak disampaikan oleh penulis skrip drama. Contohnya ialah tema tentang kehidupan
seorang pelacur yang berusaha berubah menjadi seorang yang lebih baik dengan bantuan
kawan barunya. Ini bermakna, tema merupakan mesej yang cuba disampaikan oleh penulis
skrip drama tersebut. Kebiasaanya, tema dipengaruhi oleh pengalaman sekeliling, aspirasi
atau sikap penulis skrip drama itu sendiri kerana ia dapat menjiwai watak yang
digambarkannya. Maka pemikiran ini disampaikan melalui dialog dan aksi-aksi watak.

Seterusnya iaitu plot. Plot ini ialah sesuatu yang menghubungkan peristiwa-peristiwa
dalam sesebuah cerita di mana ia mengemukakan perkara yang terjadi dan sebab perkara itu
terjadi dan akibatnya. Plot juga merupakan pembinaan struktur drama di mana ia dibina
melalui dialog dan aksi setiap watak, Dialog pula dibina melalui kata kata atau bahasa. Melalui
dialog, konflik atau aksi inilah yang menyebabkan berlakunya perkembangan cerita di dalam
sesebuah drama. Konflik memainkan peranan yang cukup penting dalam membangunkan
struktur drama. Konflik dan ketegangan merupakan sesuatu peristiwa yang digerakkan
perkembangannya hinggalah ianya berakhir dengan peleraian dan kesimpulan cerita. Plot ini
bukanlah cerita kerana cerita ialah huraian tentang peristiwa yang disusun mengikut urutan
waktu. Namun, plot ini merupakan jalan cerita yang memberikan maklumat kepada cerita. Plot
dimulakan dengan peringkat permulaan di mana diperkenalkan watak, latar dan suasana. Ia
berkembang kepada peringkat perkembangan di mana ianya peringkat konflik, permasalahan
yang mulai muncul dan seterusnya bergerak kepada peringkat perumitan iaitu pertengahan
kepada cerita. Selepas itu, digerakkan kepada plot klimaks di mana ia merupakan plot yang
memerlukan konsentrasi yang tinggi atau perumitan dan akhirnya plot peleraian. Berikut
merupakan pembinaan plot:

klimaks

perumitan

perkembangan
peleraian

permulaan

Rajah 2.3 (a) Pembinaan plot

Selepas itu, watak dan perwatakan. Sebuah skrip drama yang baik mesti mempunyai
watak-watak yang mampu membawa cerita untuk terus berkembang. Watak-watak inilah yang
menjadi cerita, dan yang akan menghidupkan cerita. Oleh itu, watak merupakan elemen
terpenting dalam drama. Wataklah yang menggerakkan plot cerita. Dalam sesebuah drama
terdapat watak utama dan watak sampingan. Watak utama merupakan watak yang
mengerakkan sesuatu cerita. Ia merupakan wira dan wirawati dalam sesuatu karya itu
manakala watak sampingan merupakan watak pembantu dan peranannya lebih kecil daripada
watak utama. Watak utama pula terbahagi kepada dua iaitu watak protagonis (watak yang
menyokong idea penulis) dan watak antogonis (watak yang menentang idea penulis).
Pertentangan idea inilah yang akan menimbulkan konflik dan pertentangan konflik ini akan
membentuk struktur konflik dramatik yang menarik. Perwatakan pula ialah pelukisan tentang
watak dari aspek luaran dan dalaman. Pelukisan watak itu boleh dilakukan secara
langsung atau secara tidak langsung olen pengarang melalui aksi, tutur kata, atau
watak-watak berkenaan. Sifat perwatakan digambarkan melalui tindak-tanduknya, cara
berfikir, cara bercakap, rupa paras, fizikalnya, kepercayaannya dan ideologi, serta gambaran
perasaan seseorang atau watak itu.

Latar juga merupakan unsur kepada drama. Latar berperanan memberikan suasana
kepada peristiwa dan manusia yang terdapat dalam cerita. Bagi drama pula, latar diertikan
sebagai gambaran yang tersedia di belakang prop yang diwujudkan. Latar amat penting dan
berperanan untuk mengembangkan watak dan perwatakan, di samping mengembangkan
tema, persoalan dan plot. Idea, plot, dan watak akan lebih hidup jika berada dalam situasi
pelbagai latar. Latar merangkumi pelukisan geografi, topografi, pemandangan, bangunan,
peralatan, tanggungjawab watak, waktu, dan sebagainya. Latar terbahagi kepada empat jenis,
iaitu latar tempat iaitu tempat berlakunya peristiwa; latar waktu dan masa yang menunjukkan
masa peristiwa berlaku seperti zaman, era, atau musim; latar masyarakat iaitu gambaran
kepada masyarakat merangkumi bahasa, status dan kehidupan sosial, ekonomi; dan latar
peralatan cerita dan watak iaitu alatan yang digunakan oleh watak sesebuah cerita. Dalam
drama, latar memainkan peranan yang penting untuk menerangkan di mana dan bila kejadian
serta peristiwa dalam drama itu berlaku.

Akhir sekali ialah bahasa. Ia merupakan perkataan atau dialog yang digunakan oleh
para pelakon dan watak. Drama terbina oleh dialog dan aksi. Oleh itu, fungsi dialog dalam
drama sangat penting kerana plot yang hendak ditonjolkan adalah menggunakan dialog.
Malahan, watak-watak akan menggunakan dialog bagi berkomunikasi semasa mereka atau
untuk disampaikan kepada audiens. Inilah perbezaan yang besar antara drama dengan genre
sastera yang lain. Unsur-unsur lain yang boleh diterima sebagai bahasa drama ialah gerakan
atau penambahbaikan. Unsur ini tidak menggunakan dialog sebaliknya menggunakan aksi-
aksi sahaja. Jadi, jelaslah bahawa sesebuah drama yang baik akan menggunakan bahasa
yang ringkas, padat dan mudah difahami supaya berkesan kepada penonton. Gaya bahasa
atau dialog yang meleret dan sukar difahami akan menyebabkan pembaca dan penonton
bosan dan akhirnya hilang tumpuan. Gaya bahasa yang baik dalam sesebuah drama akan
memberikan latar zaman, masyarakat dan tempat. Justeru itu, dialek sesuatu daerah boleh
digunakan oleh sesuatu watak untuk menghidupkan lagi perwatakannya, tetapi pastikan yang
pembaca dan penonton dapat memahami dialek tersebut. Kekuatan sesuatu watak itu
terpancar daripada kualiti dialog yang diucapkannya. Watak yang gagal mengucapkan dialog
kuat, humor dan menarik akan sukar menarik perhatian penonton.

2.4 Jenis-jenis Drama

Anda mungkin juga menyukai