Anda di halaman 1dari 4

HURAIAN KARANGAN CEMERLANG SPM

Jadual pengembangan idea karangan terbahagi kepada tiga fokus:-

1.Pengembangan idea bahagian pengenalan karangan.


2.Pengembangan idea bahagian isi karangan.
3.Pengembangan idea bahagian penutup karangan.
Pengembangan idea bahagian isi karangan bergantung kepada karangan yang perlu
dihasilkan, sama ada karangan berpandu ( 4 isi), karangan umum ( 5 isi ).

JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN PENGENALAN:-

PERKARA PENERANGAN
LAGU/ AYAT BAHAGIAN INI, PELAJAR PERLU MEMILIH PENGENALAN YANG SESUAI, MANTAP, DAN
QURAN/KATA-KATA DAPAT MEMBERI KESAN KEPADA PEMERIKSA.
PEMIMPIN, BERITA, DAN
RUJUK JENIS-JENIS SILA RUJUK PENULISAN SAYA SEBELUM INI BERKAITAN JENIS-JENIS PENGENALAN
PENGENALAN YANG YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENULIS KARANGAN.
PERNAH SAYA TULIS
DALAM BLOG INI.
AYAT RANGSANGAN 1 AYAT DIBINA UNTUK MERANGSANG PEMERIKSA TERUS MEMBACA
Berdasarkan ………tulis jenis pengenalan dipillih………jelaslah bahawa ...........................
………..isu/ tema karangan, berdasarkan tajuk karangan dipilih.
AYAT RANGSANGAN 2 AYAT RANGSANGAN KEDUA- MENERUSKAN RANGSANGAN DAN MINAT PEMERIKSA
MEMBACA KARANGAN PELAJAR SETERUSNYA.
Hal ini demikian kerana……………………
AYAT RANGSANGAN 3 MENERUSKAN RASA MINAT PEMERIKSA TERHADAP KARANGAN PELAJAR.
Bahkan juga…………………….
FRASA MENARIK PEMERIKSA TERPEGUN DENGAN FRASA MENARIK YANG DITULIS PELAJAR, SAMA
ADA PERIBAHASA, KATA-KATA PEMIMPIN, PETIKAN AL QURAN, DAN SEBAGAINYA
Peribahasa Melayu ada mengatakan/ Kata-kata pemimpin tuliskan nama/ Firman Al-
lah ……………………………………….. ulaskan sedikit
UNSUR KBAT KESAN DAN AKIBAT- TAJUK ATAU TEMA SECARA UMUM
Sekiranya……………………akibatnya. …………………….
AYAT ARAHAN MENULIS AYAT TUGASAN / PERSOALAN -BERDASARKAN TAJUK DIPILIH
Persoalannya, bagaimanakah…….tema/tajuk karangan…….

Peringatan:- Penanda wacana di atas sebagai contoh untuk memandu pelajar memulakan ayat pada ruangan jadual
pengembangan idea. Pelajar yang mahir mengarang mempunyai cara tersendiri untuk memulakan ayat berkenaan.
InsyaAllah selepas menggunakan jadual berkenaan pelajar akan mendapati perenggan pengenalannya akan berkem-
bang dan menunjukkan kematangan serta ayatnya diwarnai dengan bahasa yang menarik.

JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN ISI (UMUM)


TEMA/ KATA KUNCI ISI PELAJAR MENULIS KATA KUNCI/ ATAU ISI- YANG HENDAK DITULIS
( APA ISI YANG HENDAK DIPERKATAKAN)
AYAT HURAIAN 1 AYAT HURAIAN ISI.
(MENGAPA- TENTANG ISI)
PENANDA WACANA BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MEMULAKAN AYAT ISI:-
AYAT HURAIAN 2 AYAT HURAIAN ISI SETERUSNYA
( BAGAIMANA – ISI TERSEBUT BERLAKU ATAU TERJADI)
AYAT HURAIAN 3 AYAT HURAIAN ISI SELANJUTNYA.
(KENAPA – BERKAITAN KETERANGAN ISI SELANJUTNYA )

AYAT CONTOH AYAT CONTOH- PERLUNYA PELAJAR BANYAK MEMBACA UNTUK MENGAITKAN ISI
DENGAN CONTOH SEMASA (KEMATANGAN)
UNSUR KBAT SEBAB DAN AKIBAT- JIKA BERLAKU----JIKA TIDAK…….KESANNYA……..
FRASA MENARIK PEMERIKSA TERPEGUN DENGAN FRASA MENARIK YANG DITULIS PELAJAR, SAMA
ADA PERIBAHASA, KATA-KATA PEMIMPIN, PETIKAN AL QURAN, DAN SEBAGAINYA.
SEKIRANYA PELAJAR BIJAK- FRASA MENARIK BOLEH DISELIT DI MANA-MANA RU-
ANG
DALAM JADUAL PENGEMBANGAN ISI
AYAT PENEGAS TEGASKAN SEMULA ISI
KONKLUSINYA/TELAH TERANG LAGI BERSULUH/JELASNYA/ TEGASNYA…………..TU-
LIS SEMULA ISI YANG DIFOKUS

CONTOH MODUS OPERANDI JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN PENGENALAN KARANGAN

CONTOH JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN ISI PERTAMA

Kata Kunci Isi Pada hemat saya, antara langkah untuk memajukan bidang sukan di negara kita adalah dengan me-
nyediakan imbuhan kepada atlet sukan yang telah berjaya dalam karier mereka sebagai atlet bertaraf
dunia.
Ayat huraian 1 Hal ini demikian kerana, dengan adanya imbuhan lumayan atau insentif tersebut para atlet akan lebih
bersungguh-sungguh mempertajam kemahiran mereka untuk berhadapan atlet-atlet besar dunia.
Ayat huraian 2 Oleh itu, adalah tidak salah jika atlet-atlet yang telah mencurahkan keringat dan berjaya dipersada
dunia diberi imbuhan setimpal dengan jasa dan bakti mereka menggugat dan mengatasi jaguh-jaguh
sukan ternama dunia.
Ayat huraian 3 Kini, atlet negara kita amat disegani oleh atlet dunia terutama dalam permainan badminton, squash,
acara larian sukan paralimpik, acara terjun lompat anjal, lompat kijang dan sebagainya kerana mereka
telah membuktikan bahawa mereka setaraf dengan jaguh bertaraf dunia yang lain.
Ayat contoh Tamsilnya, atlet paralimpik negara seperti Latif Romli yang telah menggegarkan dunia, bukan sahaja
memecah rekod atlet dunia dalam acara lompat kijang, malahan memecahkan rekod sendiri di Stadium
Olimpik Reode Janeiro, Brazil.
Ayat Berunsur KBAT Sekiranya, insentif ini tidak diberi sudah pasti mutu sukan negara tidak akan setaraf dengan perkem-
bangan sukan negara maju.
Ayat Berunsur KBAT Malahan untuk kita melihat lebih ramai anak bangsa berjaya dalam bidang sukan agak sukar.
Frasa menarik Peribahasa Melayu ada mengatakan di mana ada gula, di situ ada semut.
Ayat penegas Benarlah bahawa menyediakan imbuhan yang lumayan kepada atlet dapat memajukan bidang sukan
negara.
JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN PENUTUP KARANGAN

PERKARA KETERANGAN
Ayat Penyimpul Ayat untuk permulaan penutup perenggan
Konklusinya……………………………………………………

Ayat cadangan Seyogia ……………..

Ayat cadangan Oleh sebab itu, ……………………….


Ayat cadangan Tambahan pula, …………………………..

Frasa menarik Hal ni kerana …………………………………


Ayat harapan InsyaAllah, sekiranya……………………………….

CONTOH MODUS OPERANDI JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN PENGENALAN KARANGAN ( HASIL PROSES
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DENGAN PELAJAR SAYA PADA HARI RABU LEPAS)

JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN PENUTUP KARANGAN

PERKARA KETERANGAN
Ayat Penyimpul Konklusinya, usaha untuk memajukan sukan negara adalah tanggungjawab bersama.

Ayat cadangan Seyogia sukan sememangnya alemen penting dalam pembentukan insan seimbang dan pembentukan
negara jaya.

Ayat cadangan Oleh sebab itu, semua pihak perlu berusaha membudayakan aktiviti riadah dalam kalangan masyara-
kat terutama golongan muda.

Ayat cadangan Tambahan pula, ibu bapa merupakan orang paling hampir dan bertanggungjawab mencorak ke-
hidupan anak-anak kerana anak-anak ibarat kain putih, dan ibu bapalah yang mencorakkanya supaya
mereka berjinak-jinak melibatkan diri melakukan aktiviti yang bermanfaat ini.

Frasa menarik Hal ni kerana untuk pembentukan insan paling afektif dilakukan semasa kecil lagi kerana melentur
buluh biralah daripada rebungnya.

Ayat harapan InsyaAllah, sekiranya aktiviti sukan menjadi budaya seharian masyarakat, usaha kerjaan untuk me-
lahirkan lebih ramai atlet negara dan jika tidakpun akan melahirkan masyarakat yang sihat untuk
membangunkan negara tercinta.