Anda di halaman 1dari 20

[ASAS KEPIMPINANDAN PEMBAGUNAN PROFESIONALISME] EDUP3083

1.0 Pengenalan

Pendidikan merupakan salah satu faktor penting dalam mencapai misi Nasional.
Guru telah memainkan peranan yang penting dalam menjayakan misi ini dan berusaha
untuk memartabatkan profesion keguruan. Berdasarkan ciri-ciri profesion, Mok Soon Sang
(1996) merumuskan secara ringkas konsep profesionalisme sebagai suatu pekerjaan yang
khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup
bermutu . Untuk menjadi seorang yang profesional haruslah bersikap jujur, dedikasi,
bertanggungjawab dan bermoral tinggi serta mempunyai autonomi bertugas dengan
mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya.

Selain itu , konsep guru dianggap sebagai satu profesion. Maksud profesion adalah
sesuatu pekerjaan yang khusus dan dilaksanakan oleh orang yang mempunyai kelulusan
dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, berdedikasi, bertanggungjawab, dan
bermoral tinggi serta mematuhi kod etika yang ditetapkan oleh organisasinya. Contohnya
keguruan, peguaman, akauntan, perubatan, kaunseling, kejuruteraan dan perniagaan.
Profesion merupakan perkhidmatan yang unik dan penting. Profesion juga banyak
menggunakan keupayaan dan mendapatkan latihan khusus supaya pihak yang dilatih
Mempunyai autonomi semasa menjalankan tugas. Dalam bidang profesion juga
mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi terhadap kerja . Malah, profesion juga
merupakan ahli kepada autonomi yang menentukan nilai antaranya dan bertanggungjawab
terhadap semua keputusan yang dibuatnya.

Menurut kamus dewan(1989), di bawah konteks pendidikan guru, adalah diertikan


sebagai pengajaran, misalnya perguruan kepada guru pelatih, murid, dan sebagainya.
Keguruan pula telah diertikan sebagai perkara yang berkaitan dengan guru iaitu yang
merangkumi peranan, tugas, dan kelayakan sebagai guru. Sebagai contoh masyarakat
menyanjung sifat-sifat keguruan iaitu peranan serta tugas guru yang luhur. Konsep guru
sebagai satu profesion boleh ditakrifkan sebagai pekerjaan pengajaran yang memerlukan
pelajaran yang tinggi dan latihan khas misalnya latihan dijalankan dalam maktab perguruan.
Manakala, profesion keguruan merupakan satu pekerjaan yang berkaitan dengan peranan,
tanggungjawab, sifat dan kualiti guru.

1
[ASAS KEPIMPINANDAN PEMBAGUNAN PROFESIONALISME] EDUP3083

2.0 Laporan Temu Bual Bersama Pensyarah

Saya telah menjalankan satu temu bual bersama salah seorang pensyarah di IPG Kampus
Kent iaitu Encik Zaeidi. Encik Zaeiddi merupakan salah seorang pensyarah dari Jabatan
Sains dan Matematik. Beliau telah menceburi bidang pendidikan selama 25 tahun dan
mempunyai banyak pengalaman yang boleh dikongsikan berkaitan dengan amalan
profesionalisme seorang guru. Sedikit sebanyak berkaitan dengan sejarah latar belakang
beliau, sebab utama yang memotivasikan En Zaeiddi untuk menjadi seorang guru adalah
kerana minat yang mendalam untuk menjadi seorang pendidik. Pada pendapat beliau,
dengan menjadi seorang pendidik seseorang itu bukan sahaja dapat mengajar malahan
dapat belajar ilmu sampingan yang pelbagai.

Hasil temu bual yang telah dijalankan bersama Encik Zaeiddi, beberapa soalan telah
diutarakan. Beliau sudi meluangkan masa untuk menjawab beberapa soalan yang berkaitan
dengan amalan profesionalisme keguruan. Antara jawapan yang telah diberikan oleh Encik
Zaeiddi adalah berdasarkan keadaan semasa dan ada diataranya juga berdasarkan
pengalaman beliau sendiri. Berikut merupakan soalan yang telah diajukan:

Apakah ciri-ciri guru yang professional?

Menurut pandangan Encik Zaeiddi seorang guru yang professional mempunyai


kepercayaan dan kepatuhan kepada agama. Ini menuntut guru agar mempunyai sikap
bersemangat, cekal, berpandangan jauh, tenang, berlapang dada dan menerima takdir
dalam menjalankan kewajipan. Kehebatan nilai ini juga mengelakkan guru dari cepat
berputus asa, mengalah, menyalahkan orang lain, lemah daya tahan dan berpandangan
sempit dalam melahirkan modal insan yang berkualiti dan menepati kehendak Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

Antara ciri-ciri guru professional yang lain ialah mempunyai ketinggian peribadi. Guru
sebegini menganggap kerja sebagai Ibadah. Permulaan kerja mereka dimulakan dengan
niat kerana niat itu ialah target. Oleh yang demikian mereka sentiasa bersungguh-sungguh
dalam melaksanakan pekerjaan dan selalu berfikiran positif dalam semua perkara kerana
mengganggap semua itu ketentuan Tuhan. Guru yang profesional perlu meminati bidang
pendidikan dan seronok dengan pekerjaan yang mereka lakukan. Pendapat ini disokong
oleh Rahim Abdullah 1999 dimana beliau berpendapat bahawa hasil kerja yang berkesan
adalah berpunca daripada minat yang mendalam terhadap sesuatu kerja. Guru yang
professional juga lebih demokratik, mudah berhubung dengan murid dan bijak

2
[ASAS KEPIMPINANDAN PEMBAGUNAN PROFESIONALISME] EDUP3083

berkomunikasi, sentiasa merendah diri, lebih terbuka, serta sopan tutur kata dan mudah
menyesuaikan diri terhadap perubahan. Mereka membentuk murid, memperkukuh kekuatan
murid dan mengenal pasti masalah murid dan mengatasinya.

Guru adalah pendidik yang dikurniakan dengan pelbagai tanggungjawab. Menurut


Encik Zaidi, guru di sekolah tidak hanya mengajar tetapi juga merupakan pemimpin dan
pendidik. Menurut pandangan beliau terhadap perbezaan antara mengajar dan mendidik,
memberikan ilmu kepada murid (mengajar) adalah tugas yang mudah berbanding
membentuk akhlak dan adab seseorang manusia (mendidik) . Tugas dalam mendidik
merupakan tugas yang sukar dimana ia memerlukan proses yang lama dan berterusan.
Keberkatan sesuatu ilmu itu bukanlah terletak pada tingginya ilmu seseorang murid akan
tetapi ia terletak pada adab yang ditunjukkan kerana kedudukan adab itu lebih tinggi nilainya
berbanding ilmu. Oleh itu, guru merupakan role model kepada murid dalam mengamalkan
nilai-nilai murni, berpegang teguh kepada agama, berakhlak dan beretika (Ea Ah Meng
2003). Guru dapat mempengaruhi murid untuk berubah, belajar, berkembang,berdikari,
bertanggungjawab dan mencapai matlamat yang ditujukan.

Selain itu, di antara ciri seorang guru profesional ialah berilmu pengetahuan yang
luas. Ilmu tersebut merangkumi ilmu berteraskan ikhtisas pendidikan, psikologi, komunikasi ,
pengurusan bilik darjah serta pengetahuan semasa. Menurut beliau, Ilmu yang disampaikan
perlulah selaras dengan kesesuaian dan perkembangan semasa bagi melahirkan generasi
yang ada nilai komersial . Sementara itu, pengetahuan yang luas tentang isu semasa juga
bakal menjadikan minda guru akan sentiasa mengikut peredaran zaman dan bersedia untuk
menghadapi sebarang kemungkinan yang mendatang. Menurut pandangan Encik Zaidi,
antara contoh ilmu pendidikan semasa yang perlu dikuasai oleh guru pada masa kini adalah
berkenaan Pembelajaran Abad ke-21. Guru bercirikan perkara di atas pastinya guru yang
pakar di bidang pengurusan serta bidang profesionnya.

Seorang guru yang professional mempunyai gaya tersendiri yang unik, berkarisma,
proaktif, kreatif dan inovatif serta sentiasa menggalakkan cetusan idea di samping
melakukan pembaharuan di dalam pengajaran dan pembelajarannya. Encik Zaidi
berpendapat bahawa kretiviti dan inovasi amat penting kepada seseorang guru terutama
sekali sekiranya ditempatkan di sekolah pendalaman. Dalam keadaan yang serba
kekurangan, guru perlu kreatif dalam memanipulasikan bahan persekitaran yang ada untuk
tujuan pembelajaran.

3
[ASAS KEPIMPINANDAN PEMBAGUNAN PROFESIONALISME] EDUP3083

Apakah isu dan cabaran semasa yang dihadapi oleh guru?

Menurut Encik Zaidi, proses pendidikan masa kini telah banyak bertumpukan kepada
penggunaan teknologi maklumat dan tidak dapat dinafikan pelajar-pelajar telah didedahkan
dengan multimedia dan teknologi maklumat. Pendapat beliau juga disokong oleh Shahril
Marzuki dan Habib Mat Som 1999, dimana Antara cabaran-cabaran yang boleh dihadapi
oleh guru khususnya di sekolah saya ialah cabaran dalam sistem pendidikan yang pertama
ialah cabaran revolusi teknologi maklumat. Jadi, masa kini, proses pengajaran guru dalam
kelas kebanyakkannya berasaskan penggunaan komputer. Kebaikan penggunaan komputer
dalam proses pengajaran ialah pelajar-pelajar dapat menumpukan perhatian mereka
semasa guru mengajar kerana terdapat bahan-bahan menarik seperti video dan gambar
yang boleh digunakan dalam proses pengajaran.

Selain itu, Encik Zaidi berpendapat bahawa cabaran lain dalam bidang pendidikan
yang dihadapi oleh negara kita ialah masalah disiplin pelajar yang semakin serius. Antara
masalah disiplin yang biasanya berlaku di sekolah ialah ponteng sekolah, ponteng kelas,
gejala membuli pelajar yang lemah, merokok, bergaduh, mengugut, dan vandelisme.
(Contoh-contoh masalah disiplin yang dihadapi oleh Sekolah dalam Kalangan Pelajar,
2014). Menurut pengalaman beliau, hal ini berlaku kerana pelajar kekurangan kasih sayang
daripada ibu bapa. Ibu bapa telah mengamalkan sikap endah tak endah dan tidak
memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak mereka. Bukan itu sahaja,
sesetengah ibu bapa yang mementingkan kerjaya juga tidak mengeluarkan masa untuk
menemani anak-anak mereka. Mereka hanya berfikir untuk mendapat keuntungan yang
banyak untuk menyara keluarga. Mereka tidak memperdulikan tentang perasaan anak-anak
yang masih kecil. Jadi, anak-anak yang kekurangan kasih sayang itu akan berasa sunyi lalu
mencari ketenangan dan keseronokan dengan melakukan perbuatan yang melanggar
peraturan sekolah lalu mengakibatkan masalah disiplin di sekolah.

Apakah peranan guru sebagai pemimpin professional dalam pelbagai aspek


pengajaran dan pembelajaran?

Menurut pandangan Encik Zeaiddi, sebagai pemimpin yang professional seseorang


guru itu haruslah mampu mengurus perubahan yang berlaku. Dalam konteks pengajaran
dan pembelajaran, seseorang itu menjadi agen perubahan apabila guru tersebut mampu
untuk melaksanakan kaedah PdPc yang berpusatkan kepada murid. Pendekatan tersebut
sebahagiannya adalah dengan menggunakan pendekatan dan bahan-bahan terkini agar
dapat memberikan kesan yang positif kepada prestasi murid. Sekiranya guru tahu serta

4
[ASAS KEPIMPINANDAN PEMBAGUNAN PROFESIONALISME] EDUP3083

memahami apa yang diperlukan oleh murid, sudah pasti guru mampu untuk merangka
kaedah pedagogi yang sesuai dan lebih bersedia untuk menerima sebarang kemungkinan
yang akan berlaku di dalam kelas. Dalam konteks masyarakat pula, seseorang guru itu
haruslah mampu mengolah keadaan atau isu dengan pendekatan yang mudah diterima oleh
masyarakat.

Selain itu seseorang guru juga perlulah sentiasa berusaha untuk meningkatkan
kualiti diri. Kualiti diri yang dimaksudkan ialah dari segi disiplin kerja, ketepatan masa (Shima
Arshah 2015). Disamping itu juga, guru haruslah sentiasa bersedia dan peka dengan segala
perkembangan semasa pendidikan bagi mengemaskini pengetahuan dan kemahiran
pengajaran dan pembelajaran guru.

Tambahan beliau. guru juga bertindak sebagai agen pembentukan nilai. Nilai
merupakan kriteria penting bagi mengukur mutu sesuatu benda. Ragbir Kaor (2007) juga
bersependapat dengan Encik Zaeiddi bahawa guru perlu mendidik murid agar membentuk
akhlak yang mulia serta nilai yang tinggi. Disamping bertindak sebagai pembentuk kognitif
murid, guru juga harus membentuk murid-murid untuk memiliki akhlak yang mulia dan
mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi (Azizi Yahya 2010). Nilai-nilai yang perlu diterapkan
ialah moral dan agama. Jadi, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi,
profesional, dan sosial yang baik dan murni supaya dapat menjalankan tugas sebagai
pendidik dengan sempurna.

Apakah harapan cikgu terhadap masa depan pendidikan di Malaysia?

Menurut Encik Zaidi, harapan beliau terhadap masa depan pendidikan Malaysia
adalah guru-guru dapat melahirkan sebuah modal insan yang cemerlang dari segi semua
aspek. Murid yang dilahirkan bukan sekadar dapat memahami ilmu yang telah dipelajarinya
di bangku sekolah, malahan juga dapat menghayati segala nilai yang telah dididik supaya
menjadi model insan yang berguna pada masa hadapan. Akhir kata daripada beliau,
tugasan seorang guru bukan sahaja sekadar untuk memandaikan manusia, malah lebih dari
itu iaitu membimbing manusia supaya menjadi seorang yang berguna pada agama,
masyarakat dan juga negara.

5
[ASAS KEPIMPINANDAN PEMBAGUNAN PROFESIONALISME] EDUP3083

3.0 Konsep mengajar sebagai satu profesion berdasarkan definisi daripada seorang
tokoh pendidik

Menurut Kamus Dewan (1970), ‘guru’ bererti pendidik, pengajar dan pengasuh. Jika
dihuraikan dengan lebih mendalam lagi, pendidik bermaksud orang yang memelihara dan
melatih. Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk kepada orang lain, manakala
pengasuh memberi makna orang yang memelihara, menjaga dan mendidik. Manakala
keguruan ialah sesuatu yang mempunyai perkaitan dengan bidang menuntut ilmu atau
tempat mendapatkan ilmu seperti sekolah, tempat belajar, pengajaran dan pembelajaran
dan sebarang perkara yang mempunyai perkaitan dengan guru.

Dari segi konsep, profesionalisme didefinisikan sebagai kepakaran tinggi dalam


pekerjaan seseorang. Profesionalisme meliputi beberapa nilai kerja seperti keberkesanan,
produktiviti, kecekapan dan bertanggungjawab. Menurut Liberman iaitu seorang tokoh
pendidikan Amerika Syarikat, sesuatu kerjaya yang digolongkan sebagai profesion haruslah
mengandungi cirri-ciri berikut:

 Pekerjaan itu merupakan perkhidmatan yang unik dan penting dengan matlamat
yang jelas untuk masyarakat dan Negara
 Pekerja menggunakan banyak keupayaan dan kebolehan intelek semasa memberi
perkhidmatan
 Orang professional yang pernah mendapat latihan khusu dalam sesuatu bidang
kemahiran ikhtisas mengikut tempoh masa tertentu
 Ahli sesuatu professional adalah pakar dalam bidang pekerjaan tertentu dan
mempunyai kuasa autonomi semasa menjalankan tugasnya
 Mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi terhadap pekerjaannya dan tidak
mementingkan pendapatan atau ganjaran kewangan semasa member perkhidmatan
 Pekerja terdiri daripada ahli-ahli satu organisasi yang berkuasa menentukan nilaitar-
nilaitara untuk kemasukan, mengawal mutu perkhidmata dan penyingkiran ahli
 Setiap ahli mematuhi sesuatu kod etika yang ditentukan oleh organisasi profesion itu
 Setiap ahli akan bertanggungjawab terhadap semua tindakan dan keputusan yang
dibuat olehnya

Oleh itu, jawatan guru boleh dianggap professional kerana corak perkhidmatan guru
mempunyai ciri-ciri diatas serta beberapa alasan yang lain seperti berdepan dan mengawal
bilangan pelajar yang ramai, melaksanakan cita-cita murni matlamat Negara selaras dengan

6
[ASAS KEPIMPINANDAN PEMBAGUNAN PROFESIONALISME] EDUP3083

falsafah pendidikan serta tanggungjawab yang besar diharapkan oleh seluruh lapisan
masyarakat.

Terdapat beberapa kriteria yang menggolongkan profesion keguruan sebagai


professional, antaranya ialah:

i. Keperluan bagi satu bentuk latihan perguruan yang setara dan mutu latihan
ditentukan oleh satu badan penilai yang berautoriti dan berpengalaman dalam
profesion. Sesuatu profesion itu memerlukan latihan kepakaran bagi sesuatu
bidang. Sebagai seorang guru yang dipandang tinggi oleh masyarakat, mereka
perlulah memperlengkapkan ilmu, kemahiran serta sahsiah mulia dan seterusnya
berupaya menjadi role model atau contoh teladan kepada semua anak didiknya
(Ea Ah Meng 2003). Dalam konteks perguruan di Malaysia, seseorang itu
perlulah menjalani latihan ikhtisas perguruan dalam tempoh masa yang
ditetapkan sebelum keluar menjadi seorang guru (Noriati Abdullah, 20080.

ii. Guru yang terlatih mampu menjalankan tanggungjawabnya sebagai pendidik


yang cekap dan menggunakan sumber yang ada sebaik mungkin. Profesion ini
berfungsi untuk memenuhi matlamat yang digariskan oleh kerajaan dan
memenuhi kehendak manusia. Menurut Syed Ismail 2013, matlamat guru bukan
sahaja setakat mengajar atau memberikan ilmu pengetahuan, tetapi juga
mendidik iaitu membentuk sikap, nilai dan jugak akhlak manusia.

iii. Latihan perguruan memerlukan suatu kurikulum latihan berstruktur yang digubal
secara kolektif oleh pakar dalam pendidikan guru. Menurut Zulkifli A Manaf
(1999), sesetengah kandunagn program pendidikan guru dan kurikulum
hendaklah berubah seiring dengan keadaan semasa. Ibrahim Saad (1992) pula
menyatakan bahawa guru harus dilatih mengikut jangkaan masyarakat dan
dilatih untuk mengajar dalam satu bentuk masyarakat yang belum wujud yang
dijangkakan akan wujud dan harus selaras dengan perubahan-perubahan yang
dijangkakan itu.

iv. Guru perlu mempunyai pengetahuan atau kemahiran yang diperolehi melalui
pembelajaran teori dan amali dalam sesuatu tempoh yang panjang. Semasa
dalam tempoh latihan perguruan, bakal guru telah didedahkan dengan teori
perguruan seperti falsafah pendidikan, teori pembelajaran, psikologi pendidikan,
sosiologi pendidikan, pedagogi, teknologi pendidikan dan pengajian dalam
kursus-kursus asas atau kaedah. Perkhidmatan guru atau pensyarah diasaskan

7
[ASAS KEPIMPINANDAN PEMBAGUNAN PROFESIONALISME] EDUP3083

oleh satu kod etika yang menggariskan tatasusila dan tingkah laku guru dalam
perkhidmatan dengan bermatlamatkan aspirasi dan kehendak negara. Guru yang
profesional bekerja di dalam bidang pendidikan di dorong oleh misi dan visi
dalam membantu murid belajar dan berkembang (Robiah 1999). Guru bergerak
bersama warga sekolah dan komuniti bagi merealisasikan misi tersebut dengan
tekun dan gigih seperti yang digariskan dalam Kod Etika Keguruan. Antara misi
yang ingin dicapai ialah semua murid berpotensi lulus dalam peperiksaan, target
pencapaian 100%, peningkatan prestasi peperiksaan setiap tahun, kekuatan
kerja berpasukan, kehebatan karisma dan sebagainya. Ini mencetuskan situasi
mencabar dalam kalangan warga guru yang gigih, tabah, berusaha kuat,
dedikasi, sanggup berkorban masa, wang dan tenaga demi kejayaan sekolah.

v. Guru merupakan ahli profesional mempunyai badan atau persatuan yang


mengawal tindak tanduk ahlinya. Di malaysia, guru dilantik oleh suruhanjaya
bebas iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran yang bertindak mengawal
kemasukan dalam profesion keguruan. Manakala pengiktirafan profesion ini
dilakukan oleh Bahagian Guru di Kementerian Pendidikan.

vi. Guru mempunyai autoriti terhadap pelajar-pelajarnya, kandungan pembelajaran,


kaedah pengajaran dan penilaian yang digunakan, mempunyai autonomi dalam
menentukan cara dan gaya mengubahsuai kurikulum sekolah dan dalam
menjalankan aktiviti sekolah sengguhpun ada garis panduan yang dikemukakan
oleh pihak atasan.

vii. Bidang keguruan dianggap sebagai satu profesion yang tetap tanpa
mengutamakan gaji. Guru-guru bertanggungjawab sebagai ejen perubahan
generasi akan datang dalam segala aspek kehidupan yang berfaedah kepada
diri, keluarga dan negara.

8
[ASAS KEPIMPINANDAN PEMBAGUNAN PROFESIONALISME] EDUP3083

4.0 Analisis Kes Disiplin Guru

Sebuah artikel bertarikh Ogos 2009,(Kosmo! Online) berjudul “Rogol, cabul murid dalam
makmal” yang dikarang oleh Adham Shadan telah dimuat turun dari laman web Kosmo
Online. Menurut sumber artikel, kes ini berlaku di sebuah sekolah rendah jenis kebangsaan
di Pasir Puteh, Kota Bharu dimana seorang guru lelaki berusia 29 yang mengajar Sains dan
Bahasa Cina di sekolah tersebut telah didakwa merogol mangsa yang ketika itu berusia 12
tahun tiga bulan di makmal sains di antara pukul 8 pagi hingga 3 petang. Bagi pertuduhan
kedua, lelaki itu didakwa mencabul kehormatan mangsa di tempat sama pada pukul 12.15
tengah hari 17 Ogos 2009 mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan(KK) iaitu
menggunakan kekerasan dengan niat mencabul kehormatan. Tertuduh didapati bersalah
oleh Hakim Rofiah Mohamad selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan
keraguan munasabah terhadap kedua-dua tuduhan itu. Dalam penghakimannya, Rofiah
mengatakan dia mengambil kira kepentingan awam serta hubungan tertuduh dengan
mangsa sebagai guru dan murid dalam menjatuhkan hukuman. Kata Rofiah “ Selepas
mendengar hujahan pihak pendakwa dan pembela, saya menjatuhkan hukuman penjara
sembilan tahun dan sebatan bagi kesalahan merogol serta tiga tahun penjara dan dua sebat
bagi kesalahan mencabul.”

Sebagai seorang guru, tertuduh sepatutnya menjalankan tanggungjawabnya


sebagai seorang pendidik dengan memastikan martabat perguruan sentiasa
dipertingkatkan. Namun begitu, kesalahan yang telah dilakukan oleh tertuduh telah
melanggar Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) perkara 4(2)(d)
iaitu:

4. (2) dimana seseorang pegawai tidak boleh

(d) berkelakuan dengan cara yang boleh memburukkan atau mencemar nama baik
perkhidmatan awam. Iaitu melakukan ganguan seksual.

Guru yang terbabit sebenarnya juga telah melanggarkan peraturan dalam kod Etika
Profesion Perguruan dengan melakukan tingkah laku mencabul anak murid perempuan
yang mana ini telah menyebabkan pihak ibu bapa dan khalayak ramai tidak percaya kepada
sifat profesional profesion perguruan. Seperti mana yang termaktub dalam perlembagaan,
salah sebuah kod yang terkandung dalam Etika Profesion Perguruan adalah menegaskan
bahawa guru haruslah sentiasa menjaga tingkah lakunya supaya keprosefionalannya tidak
tercemar akibat kehilangan kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan.
Pernyataan ini menjelaskan bahawa setiap tindak tanduk dan sikap yang guru lakukan
adalah mendapat perhatian masyarakat sekeliling terutamanya pelajar dan ibu bapa.

9
[ASAS KEPIMPINANDAN PEMBAGUNAN PROFESIONALISME] EDUP3083

Merujuk kepada kes yang dinyatakan, terdapat dua punca utama kenapa masalah ini
boleh berlaku iaitu individu dan pentadbir. Pertama, indivdu dalam konteks ini iaitu guru
mempunyai sikap yang tidak melambangkan seperti seorang guru dan terlalu mengikut
telunjuk hawa nafsu. Apabila sikap ini wujud, maka individu tersebut tidak dapat mengawal
dirinya daripada melakukan perkara yang tidak bermoral. Menurut kajian yang telah
dilakukan oleh Willbald Zeck M dan rakan-rakannya, faktor-faktor media cetak dan media
elektronik mempunyai sumbangan yang agak besar dalam masalah tingkah laku devian
seperti melakukan pencabulan terhadap kanak-kanak, merogol dan sebagainya.

Punca seterusnya adalah daripada pihak pentadbir. Penguatkuasaan yang lemah


dan kurangnya pemantauan yang dilakukan telah mendorong kepada berlakunya
permasalahan ini. Apabila tiada pemantauan dan penguatkuasaan juga lemah, maka guru –
guru menjadi lebih berani untuk menyalahgunakan autoriti yang telah amanahkan
kepadanya untuk menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya mereka laksanakan. Pihak
pentadbir sepatutnya lebih peka dengan keadaan yang berlaku di sekitar sekolah agar tidak
berlaku perkara yang tidak diingini. Antara langkah yang boleh diambil oleh pihak
pengurusan adalah dengan meletakkan kamera litar tertutup di tempat-tempat yang berisiko
berlakunya jenayah ataupun mengupah pengawal keselamatan untuk membuat rondaan.

Masalah ini jika tidak dibendung akan mendatangkan kesan yang amat buruk kepada
banyak pihak terutamanya kepada guru sebagai ahli profesional dan murid – murid. Antara
kesan yang boleh dilihat daripada permasalahan ini adalah merosotnya akauntabiliti kerja
guru dan merosakkan imej sekolah. Masyarakat juga akan memandang sinis akan
profesiaon keguruan dan tidak yakin dengan kebolehan guru dalam mendidik anak – anak
mereka. Menyedari akan kesan yang akan menimpa jika permasalahn ini tidak dibendung,
maka semua pihak termasuk pihak pentadbir, rakan sejawat, dan individu itu sendiri perlu
memainkan peranan bagi memastikan permasalahan ini tidak terus menular dan menjadi
semakin teruk.

Pertama, pihak pentadbir perlulah sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke


semasa terhadap kelakuan guru – guru di sekolah. Dengan adanya pemantauan secara
berterusan, maka peluang guru untuk mengambil kesempatan terhadap murid di sekolah
adalah terbatas. Seterusnya, pihak pentadbir juga perlu berusaha mngenal pasti dan
bersedia memberikan khidmat nasihat kepada guru yang bermasalah. Jika pihak pentadbir
tidak mampu, maka bolehlah merujuk guru tersebut kepada kaunselor. Akhirnya, pihak
pentadbir boleh mengambil tindakan tegas dengan memberikan amaran dan mngenakan
tindakan tatatertib kepada guru yang terlibat jika masalah yang dilakukan adalah serius dan
10
[ASAS KEPIMPINANDAN PEMBAGUNAN PROFESIONALISME] EDUP3083

berulang. Dengan cara ini, guru – guru akan sedar akan kesilapan diri dan tidak akan
mengulanginya lagi.

Akhir sekali adalah bergantung kepada individu itu sendiri untuk berubah. Guru yang
terlibat dalam kes ini perlu sentiasa bermuhasabah diri dan sentiasa ingat kepada balasan
tuhan tuhan. Seterusnya, guru perlu bijak dalam memilih kawan yang boleh menjadi teladan
dan mampu memberi nasihat agar dapat terus memperbaiki kelemahan diri dan bekerja
dengan ikhlas.

Sesungguhnya, amat penting bagi seseorang guru agar menjaga perlakuan agar
tidak mencalar kewibawaan profesion perguruan sehingga boleh menghilangkan
kepercayaan masyarakat terhadap nilai-nilai murni seorang guru yang sepatutnya membawa
tanggungjawab dan amanah untuk mendidik anak bangsa supaya bertingkah laku baik dan
berakhlak mulia (Ea Ah Meng 2011). Jika seorang guru gagal untuk menjaga tingkah laku
dan sikapnya, maka imej guru seluruh Negara akan dipersoalkan dan pada akhirnya,
masyarakat tidak akan mempercayai guru dalam peranan sebagai “pengganti ibu bapa di
sekolah” untuk mendidik anak-anak mereka. Pendek kata, tindakan disiplin guru lelaki yang
dianalisis dalam sumber artikel telah membuat pihak masyarakat mempersoalkan sifat
profesional guru dan ini sebenarnya telah mencabar kewibawaan profesion perguruan di
Negara kita.

Secara kesimpulannya, guru sebagai penjawat awam perlu berpegang teguh kepada
kod etika yang telah digariskan. Isu –isu pelanggaran kod etika keguruan seperti isu
penyalahgunaan masa dan penyalahgunaan wang di sekolah perlu dibendung daripada
terus menular kerana ianya membawa kesan yang buruk terhadap profesion keguruan,
pembangunan modal insan dan masa depan anak bangsa

11
[ASAS KEPIMPINANDAN PEMBAGUNAN PROFESIONALISME] EDUP3083

4.0 Pelan pembagunan diri dan pembagunan kerjaya berdasarkan lima peringkat
Perkembangan Guru (Trotter,1986)

Pelan Pembagunan Diri (Apa yang perlu dilakukan)

Peringkat Apa Yang Perlu Dilakukan


Novis  Sediakan suasana pembelajaran baharu di sekolah
 Wujudkan komunikasi social dengan baik bersama komuniti sekolah,
ibu bapa dan pelajar
 Bantu dalam mengendalikan program di sekolah
 Sedia membantu guru senior

Cekap  Merancang idea inovatif dalam PdPc


 Peka dengan gajet dan penggunaan TMK dalam PdPc
 Kekalkan reputasi sosial yang baik bersama komuniti sekolah,, ibu
bapa dan pelajar

Berkesan  Sentiasa meneroka konsep dan prinsip dalam meningkatkan amalan


pedagogi
 Berupaya menghadapi masalah berkenaan PdPc
 Mampu mengesan cabaran yang dihadapi melalui pemikiran reflektif

Mahir  Faham akan konteks tugas dengan baik walaupun daripada arahan
lisan
 Persembahkan kaedah pedagogi yang tersendiri
 Mampu menjadi mentor kepada guru novis
 Boleh berkongsi idea, pengalaman melalui medium seminar, LDP
dan perbincangan

Pakar  Mampu mengendalikan pengajaran dengan lancar


 Bertindak selaku orang yang benar mempunyai autoriti ke atas
bidang yang dikuasai

Jadual 1 : Pelan Pembagunan Diri (Apa yang perlu dilakukan)

12
[ASAS KEPIMPINANDAN PEMBAGUNAN PROFESIONALISME] EDUP3083

Pelan Pembagunan Diri (Pengetahuan, Kemahiran dan Sikap)

Peringkat Pengetahuan Kemahiran Sikap

Gred: DG 41 -Ilmu pedagogi (Mendaftar -Membuat satu peta - Berfikiran terbuka


(Guru Novis) sebagai pelajar dalam kognitif tentang - Berpandangan
Program Ijazah Perguruan) tugas-tugas am Positif
Anggaran -Mempelajari fakta, konsep seorang guru - Berusaha
tahun dan peraturan asas professional melalui menyesuaikan diri
perkhidmatan: pengajaran kursus yang dengan
2020 ditawarkan dalam persekitaran
program Ijazah baharu
perguruan -Ramah
-Sedia menerima
nasihat dan teguran

Gred: DG44 -Menambah dan -Mampu membina -Keyakinan


(Guru Cekap) memantapkan kefahaman keyakinan diri -Sentiasa bersedia
fakta, konsep, prinsip -Menimba untuk dibimbing
Anggaran berkaitan PdPc pengalaman awal
tahun (bimbingan mentor)
perkhidmatan:
2021-2023

Gred: DG48 -Memahami prinsip dan -Lebih memberikan -Sentiasa berfikiran


(Guru konsep pembelajaran dalam fokus kepada positif
Berkesan) pelbagai situasi dan juga pembelajaran - Berdisiplin
situasi khusus murid. -Cekap
Anggaran -memiliki pelbagai
tahun strategi pengajaran
perkhidmatan: dan mampu
2024-2028 menyesuaikan
mengikut keperluan
pelajar yang
berbeza

Gred: DG52 -Mahir dalam bidangnya - Gaya pengajaran -cekap


(Guru Mahir) -Kaya dengan pengalaman yang lancar dan -sistematik
dan dapat menganalisis serta spontan yang -berkemahiran
Anggaran menyusun maklumat membolehkannya -Berkepimpinan
tahun membuat keputusan
perkhidmatan: berdasarkan intuisi
2029-2039 -Kebolehan untuk
membimbing guru
novis

Gred: DG 54 -Berpengetahuan dalam isi -membuat -Cekap


Guru Pakar kandungan yang mendalam penambahbaikan -Berkepimpinan
dan dapat mengaitkan dengan berterusan -Prihatin
Anggaran konteks secara bersepadu -Peka dengan
tahun -mengikuti kursus untuk perubahan system
perkhidmatan menyeimbangkan teori dan pendidikan masa
2040-2055 amali kini

Jadual 2: Pelan Pembagunan Diri (Pengetahuan, Kemahiran dan Sikap)


13
[ASAS KEPIMPINANDAN PEMBAGUNAN PROFESIONALISME] EDUP3083

Pelan Pembagunan Kerjaya

•Mempelajari kaedah pedagogi yang berkesan (fakta, konsep, peraturan asas)


Novis

•Meningkatkan pemahaman tentang kaedah pengajaran yang relevan


•Membentuk pengalaman awal dan keyakinan kendiri dalam kelas
Cekap

•Memahami prinsip dan kaedah pengajaran dalam situasi pelbagai


•Mempunyai strategi tersendiri untuk meningkatkan amalan pedagogi
Berkesan •Mempunyai ciri "ikhtisas"

•Mahir dalam bidang yang diajar


•Kaya dengan pengalaman
Mahir •Mampu menganalisis maklumat yang kompleks dalam bilik darjah

•Mampu mengendalikann pengetahuan dalam pelbagai situasi


•Mempunyai autoriti dalam profesionnya
Pakar •Mempunyai idea yang pelbagai dalam meningkatkan kualiti bilik darjah

Jadual 3: Pelan Pembagunan Kerjaya

Menurut Teori Perkembangan Guru, Trotter, 1986 dalam Noriati, Boon Pong Ying
dan Wong Kiet Wah (2010), terdapat lima peringkat teori perkembangan guru iaitu peringkat
novis, peringkat novis lanjutan, peringkat cekap, peringkat mahir dan peringkat pakar. Bagi
mencapai peringkat pakar, seseorang guru perlu melalui pengalaman bertahun-tahun untuk
mencapai peringkat guru pakar.

Merujuk kepada pelan pembangunan diri dan pelan pembagunan kerjaya yang telah
dibina, peringkat pertama yang perlu saya lalui ialah peringkat Novis di mana saya perlu
mencapai tahap penguasaan bermula dari pendaftaran sebagai pelajar dalam Program
Ijazah Perguruan. Didalam tempoh peringkat ini, apa yang seharusnya saya lakukan ialah
mempersiapkan diri dengan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan pendidikan termasuklah ilmu
pedagogi, pengurusan bilik darjah dan sebagainya. Sebagai seorang guru novis, sikap yang
perlu dimiliki ialah sentiasa berfikiran positif dan sentiasa bersedia untuk menerima teguran
dan nasihat daripada guru-guru senior.

14
[ASAS KEPIMPINANDAN PEMBAGUNAN PROFESIONALISME] EDUP3083

Seterusnya saya perlu melalui peringkat cekap bagi mengumpul dan menambah
pengetahuan berbentuk fakta, mengenali dan membetulkan fakta yang sebelum ini tidak
difahami. Dari sinilah saya perlu menimba pengalaman awal dalam amalan bilik darjah
dengan membantu membina keyakinan diri. Bimbingan guru mentor amat penting dalam
mengekalkan minat dan motivasi saya pada ketika ini. .

Pada peringkat Berkesan, saya perlu menjadi lebih berdisplin dan memberi fokus
yang lebih kepada tahap pembelajaran murid. Memahami prinsip dan konsep pembelajaran
dalam pelbagai situasi dan juga situasi yang khusus merupakan elemen utama yang perlu
dicapai pada peringkat ini. Pada peringkat ini juga, saya perlu memiliki kecekapan pelbagai
strategi pengajaran dan mampu menyesuaikannya mengikut keperluan pelajar yang
berbeza-beza. Saya juga perlu mampu menyelesaikan masalah pengajaran dan
pembelajaran yang dihadapi disamping membuat refleksi dan menilai semula amalan harian
pengajaran yang dilaksanakan.

Peringkat seterusnya ialah peringkat mahir. Peringkat ini perlu dilalui selama 10
hingga 15 tahun. Peringkat ini merupakan peringkat terbaik dalam profesion perguruan.
Guru dalam peringkat ini pada kebiasaanya menjadi sanjungan bekas pelajar dan diingati
oleh muridnya kerana memberi kesan yang mendalam kepada muridnya. Sebagai guru
pada peringkat mahir saya perlu dapat mengenalpasti elemen-elemen penting di dalam
tugas yang diamanahkan dan mempunyai kemampuan kognitif yang tinggi bagi
mencerakinkan dan menganalisis persekitaran pembelajaran secara kreatif dan tersendiri.
Saya juga perlu mempunyai gerak hati ataupun intuisi berdasarkan pengalaman yang
banyak bagi membantu seseorang guru memahami situasi itu. Pada peringkai ini juga saya
seharusnya dapat mempamerkan gaya pengajaran yang tersendiri. Pengalaman semasa di
sekolah adalah penentu utama bagi melihat prestasi dan kualiti pengajaran bagi guru mahir.

Semasa dalam peringkat ini, guru mahir juga mempunyai kebolehan untuk
membimbing dan menjadi mentor kepada guru novis. Perkongsian idea antara guru mahir
dan guru novis bukan sahaja membantu guru novis tetapi juga kepada guru mahir untuk
mempertingkatkan tahap kebolehan dan kemahiran yang telah ada. Perkongsian ini boleh
dilaksanakan dalam bentuk forum, kursus latihan dalam perkhidmatan, seminar penyelidikan
atau perbincangan intelek. Dengan pengalaman dan kemahiran yang telah saya perolehi,
saya akan berusaha untuk menolong dan menjadi tempat rujukan kepada guru novis jika
terdapat masalah atau kekeliruan dalam pengajaran.

15
[ASAS KEPIMPINANDAN PEMBAGUNAN PROFESIONALISME] EDUP3083

Peringkat yang tertinggi dalam perkembangan profesionalisme keguruan adalah


peringkat Guru Pakar. Pada peringkat ini, Guru Pakar akan menjadi seperti seorang bintang
kerana pengalamannya dapat digunakan secara holistik di mana beliau mempunyai
kemahiran dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran pengkhususannya. Dalam
peringkat ini saya akan menjadi ‘Role Model’ kepada guru lain dan menjadi sumber rujukan
berkaitan bidang saya iaitu bidang Pendidikan Islam. Untuk mencapai tahap Guru Pakar,
saya perlu meningkatkan kemahiran dan pengetahuannya secara optimum serta sentiasa
peka dengan perubahan sistem pendidikan pada masa kini.

16
[ASAS KEPIMPINANDAN PEMBAGUNAN PROFESIONALISME] EDUP3083

BIBLIOGRAFI

BUKU
Mok Soon Sang (Ogos 2004), Pengantar Pendidikan Teras, Percetakan Sentosa
(K.L) Sdn. Bhd
Abd. Rahim Abd Rashid (2005).Profesionalisme Keguruan:Prospek dan
Cabaran.Selangor:Dawama Sdn. Bhd

Akhiar Pardi & Shamsina Shamsuddin.(2011). Pengendalian Disiplin Remaja di


Sekolah dan di Rumah.Kuala Lumpur.Penerbitan Multimedia.

Azizi Yahya & Norliza Othman (2010), Stres Dalam Kalangan Guru Sekolah
Menengah Di Empat Buah Negeri Di Malaysia. Asia Pacific Journal of
Educators and Education. Kuala Lumpur

Azrul Hisham Abdul Manaf (2009), Faktor-Faktor Tekanan Dan Kesannya Kepada
Guru Sekolah Menengah Kebangsaan : Satu Kajian Di Daerah Timur Laut,
Pulau Pinang. UPM. Kuala Lumpur

Burhanuddin Abdul Jalal. et..al., (2010). Pengurusan Stres Secara Holistik..Kuala


Lumpur : Blue-T Publication Sdn. Bhd.

Ee Ah Meng (), PENDIDIKAN DI MALAYSIA II (SEMESTER V), PENERBIT FAJAR


BAKTI SDN. BHD. SHAH ALAM

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan


Malaysia
2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah) Kementerian
Pendidikan Malaysia

Mohd. Razali Salleh (2010). Pengendalian Stres Dan Kebimbangan:Penilaian


Kognitif dan Tingkah Laku.Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Mok Soon Sang (Ogos 2004), Pengantar Pendidikan Teras, Percetakan Sentosa
(K.L) Sdn. Bhd

Nor Hanani (2007). Membina Sukses Tanpa Stres. Selangor. Edu System Sdn Bhd.

Ramai Guru Berpenyakit Akibat Stres .( 20 Mei 2006), Utusan Malaysia

Syed Ismail & Ahmad Subki. (2013). Guru dan Cabaran Semasa (Edisi
Kedua).Puchong.Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

17
[ASAS KEPIMPINANDAN PEMBAGUNAN PROFESIONALISME] EDUP3083

LAMAN WEB
Guru sebagai satu profesion.

http://www.slideshare.net/fatiafasha/guru-sebagai-1-profesion

Nathia. Guru sebagai satu profession.

http://www.scribd.com/Guru-Sebagai-Satu-Profesion/d/18796407

Etika Perguruan. (2005, November, 24).


http://s6.zetaboards.com/DRAGONIZER/topic/760392/1/

Azizi Jaafar. Profesion perguruan.

http://www.scribd.com/doc/34748894/Profesion-perguruan

Memartabatkan Profesion Perguruan. (2009, Oktober, 1). from


http://udienbudakpjipgm.blogspot.com/2009/10/semester-3-pra-pismp-ilmu-
pendidikan.html

18
[ASAS KEPIMPINANDAN PEMBAGUNAN PROFESIONALISME] EDUP3083

LAMPIRAN

Gambar 1: Sesi temu bual yang dijalankan bersama Encik Zaeddi

19
[ASAS KEPIMPINANDAN PEMBAGUNAN PROFESIONALISME] EDUP3083

Soalan Temu Bual Bersama Pensyarah berkaitan Profesionalisme Keguruan

1. Apakah ciri-ciri guru yang professional?

__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________

2. Apakah isu dan cabaran semasa yang dihadapi oleh guru?

__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________

3. Apakah peranan guru sebagai pemimpin professional dalam pelbagai aspek


pengajaran dan pembelajaran?

__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________

4. Apakah harapan cikgu terhadap masa depan pendidikan di Malaysia?

__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________

20