Anda di halaman 1dari 31

Tugasan 2 : Laporan Ujian Amali Jahitan

PENGENALAN

Malaysia mempunyai pelbagai jenis kain dan pakaian tradisional yang berbagai bentuk dan
warna. Walaubagaimanapun, pakaian kasual turut diminati oleh kebanyakan masyarakat di
negara ini selain ia mudah dijahit dan mudah untuk didapati. Blaus bermaksud baju pendek
bagi orang perempuan di mana ukurannya dari leher ke punggung. Balus juga boleh
disesuaikan dengan skirt, slek dan sarung. Pakaian ini mula dipakai pada tahun 1860. Blaus
direka dengan pelbagai stail dan boleh dipakai secara kasual atau formal bergantung pada
pilihan fabrik dan hiasan. Kepelbagaian corak dan bentuk dapat menarik perhatian orang
ramai untuk memiliki blaus.

Di dalam penyediaan pakaian, terdapat tiga peringkat iaitu perancangan, pelaksanaan dan
penilaian. Perancangan dilakukan dengan menyediakan rekod kerja dan seterusnya
pelaksanaan melibatkan proses membuat pakaian dan penilaian dilakukan dengan menilai
hasil kerja. Membuat pakaian perlu perancangan yang apu supaya pakaian dapat dihasilkan
mengikut rekaan fesyen yang dikehendaki contohnya jenis belah kelepet sama lebar dan jenis
belah berzip. Rekod kerja mengandungi lakaran stail pakaian hadapan dan belakang, fabrik
yang digunakan, ukuran badan, proses menjahit, melakar pola, mengubahsuai pola, langkah
menjahit dan pengiraan kos. Amali jahitan bagi semester ini adalah menghasilkan baju blaus
kanak-kanak.
TUJUAN JAHITAN

Tujuan kerja kursus RBTS3103 Reka Bentuk Pakaian

Projek penghasilan pakaian ini adalah untuk membolehkan pelajar :

Menjahit pakaian jenis blaus wanita.


Mendraf pola asas badan lengan
Mengubahsuai pola asas dan mendraf pola pakaian mengikut stail pakaian yang
direka.
Memilih fabrik mengikut stail pakaian dari segi corak, warna dan tekstur.
Mengaplikasikan bahan jahitan dan hiasan yang sesuai pada pakaian.
Membuat pengiraan kos pakaian yang dijahit.
Menggunakan alatan dan bahan mendraf
Mereka bentuk dan menghasilkan pakaian rekaan sendiri.
Menguruskan kerja dengan baik dan berkomunikasi dengan berkesan.

Tujuan Rekod Kerja

Untuk membuat perancangan yang rapi supaya pakaian dapat dihasilkan mengikut
rekaan fesyen yang dikehendaki, menjimatkan masa dan dapat mengelakkan
pembaziran.
Mendokumentasikan perancangan membuat pakaian yang diperlukan.
Melakar stail pakaian.
Mengenal pasti proses menjahit.
Menyusun atur pola.
Menamakan tanda pola
Membentang fabrik dan menyusun atur pola.
Menyatakan peraturan menggunting dan mencantumkan fabric.
Mengira kos projek.
LAKARAN DAN HURAIAN STAIL PAKAIAN

Stail pakaian adalah cara sesuatu pakaian itu dibuat atau digayakan. Pemilihan stail pakaian
dipengaruhi oleh bentuk badan kerana elemen asas reka bentuk pakaian seperti corak, warna,
tekstur dan rupa fabrik, garisan dan cantuman , garis leher dan garis lengan akan
menampilkan bentuk badan yang menarik dan bergaya.

Lakaran stail pakaian

Badan Hadapan

Badan Belakang
LAKARAN STAIL PAKAIAN

Lakaran pakaian telah dilakar mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Dalam amali ini
lakaran yang dibuat ialah blaus. Kerja-kerja melukis dilakukan selepas proses menjana idea.
Lukisan kerja dilukis mengikut stail dan keterangan pada bahagian hadapan dan belakang
pakaian.

Pandangan Hadapan

Pandangan Belakang
HURAIAN STAIL PAKAIAN

Ciri-ciri pakaian juga di jelaskan dalam lakaran pakaian dan diterangkan mengikut kedudukan,
jenis, kegunaan dan juga kekemasan.

a) Warna

pemilihan warna dalam menghasilkan blaus kanak-kanak ini adalah warna gelap. Warna
gelap akan menampakkan orang yang gempal kelihatan lebih langsing.

b) Tekstur

Tekstur fabrik yang dipilih dalam penghasilan blaus ini pula ialah jenis kapas campuran yang
sederhana tebal.

c) Lisu

Lisu dibuat pada pakaian untuk mendapatkan bentuk, padanan yang elok dan sebagai hiasan
pada pakaian. Dalam amali ini, lisu yang dibuat ialah lisu pemadan. Ia dibuat di belakang
badan blaus yang terletak pada bahagian kiri dan kanan blaus. Lisu pemadan ialah sejenis
penghilangan gelembung yang penting untuk memberi bentuk kepada pakaian dan memberi
keselesaan. Jika dijahit dengan betul ianya tidak berapa kelihatan. Lisu dibentuk dengan
menjahit dari bahagian yang lebar kebahagian yang kecil, atau dari hujung yang tirus ke
hujung yang tirus (jika dibuat dibahagian pinggang blaus). Lisu pemadan adalah seperti
gambar di bawah :
d) Kelim belah kangkung

Untuk rekaaan stail pakaian ini, kelim belah kangkung dibuat kerana ia sesuai untuk fabrik
sederhana tebal seperti kapas. Kegunaan kelim pada pakaian ialah untuk memberi bentuk
dan dan juga sebagai hiasan. Kelim dijahit pada dua atau lebih kepingan fabrik. Rekaan blaus
pada amali ini menggunakan kelim belah kangkung. Kelim ini boleh dikemaskan dengan
pelbagai cara seperti jahit mesin, insang pari, lilit kemas, digunting bentuk pucuk rebung,
menggunakan tepi fabrik, menggunakan jalur serong tepat sebagai kun dan dijahit dengan
mesin pengemas tepi. Kelim belah kangkung dibuat kerana ia sesuai untuk fabrik sederhana
tebal seperti kapas.

Ia digunakan pada bahagian bahu dan penyambung fabrik bahagian hadapan dan bahagian
belakang.

Kelim belah kangkung

e) Kelim lipat tindih

Kelim ini adalah kelim yang sangat berguna untuk pelbagai jenis pakaian. Kelim ini
memperlihatkan mata jahitan pada kelim di sebelah luar. Kelim ini boleh dijadikan hiasan
kepada pakaian.
f) Kelim betawi

kelim betawi sesuai untuk fabrik yang nipis dan mudah berjerumbai. Kelim ini kemas kerana
basinya tersembunyi. Kelim ini juga kukuh kerana mempunyai dua baris jahitan. Kelim betawi
sesuai dijahit pada bahagian yang lurus.

Kelim betawi

g) Lengan

lengan dibuat pada pakaian untuk mengemas lubang lengan dan juga memberi gaya dan stail.
Bagi rekaan pakaian ini, lengan padanan rata dibuat dan dikemaskan dengan lapik di hujung
lengan.

Lengan padanan rata


h) Kelepet sama lebar

Kelepet ialah sejenis penyudah tepi yang dibuat dengan melipatkan tepi fabrik ke sebelah
dalam dan menetapkannya denganjahitan tangan atau mesin.

i) Lapik berbentuk

Belah lapik kain selari dibuat pada slit dan dikemaskan dengan sekeping fabrik yang
dipotong berasingan yang dipanggil lapik. Dalam membuat pakaian ini, saya telah
menggunakan interfacing sebagai lapik. Lapik dibuat pada garis leher di garisan tengah
hadapan dan garisan tengah belakang. Hal ini kerana belah lapik kain selari ini sesuai
digunakan pada pakaian kanak-kanak. Lapik ialah sekeping fabrik tambahan untuk
mengemas tepi pakaian. Lapik boleh dikemaskan di sebelah dalam atau luar fabric. Lapik
berbentuk digunakan untuk mengemas garis leher, lubang lengan, garis pinggang skirt atau
slek dan kocek tampal.

Lapik berbentuk

j) Belah berzip

Belah adalah satu proses jahitan pada pakaian dan artikel bagi memudahkan pakaian atau
artikel dipakai atau ditanggalkan. Fungsinya adalah :

Memberi kemudahan dan keselesaankepada pemakai dan pengguna.

Memudahkan pergerakan

Mengekalkan ciri-ciri tradisional


Menjadi hiasan pada pakaian

Belah Berzip

k) Kun

Kun ialah suatu kaedah penyudah tepi yang dapat dibuat sendiri daripada fabrik yang sama
atau dibeli siap. Kun ialah penyudah tepi yang sangat sesuai untuk fabrik nipis atau sederhana
yang mudah berbulu. Bahagian pakaian yang sesuai untuk dikemaskan dengan kun
termasuklah garis leher, hujung lengan dan bahagian bawah blaus. Biasanya lebar kun yang
telah siap ialah 6mm-1cm

Contoh Kun
SENARAI UKURAN BADAN

Ukuran badan yang tepat perlu diambil perhatian untuk menghasilakn suatu pakaian yang
selesa apabila dipakai. Peraturan tertentu perlu dipatuhi semasa mengambil ukuran badan.
Ini adalah bagi memastikan pakaian yang dihasilkan berpadanan dengan si pemakai. Jadual
berikut merupakan ukuran badan yang telah diambil untuk membuat pakaian.

Bil. Bahagian badan Ukuran (cm)


A. Garis Melintang
Leher 23
Dada 30
Pinggang 38
Punggung 38
Bidang hadapan 26
Bahu 32
Bidang belakang 28
Lubang lengan 37
B. Garis Menegak
Garis tengah belakang 19
Labuh baju 32
Labuh punggung 13
Labuh lengan 18
POLA

Pola atau “pattern” dalam menjahit adalah potongan kain atau kertas yang dipakai sebagai
contoh untuk membuat baju pada saat kain digunting. Potongan kain atau kertas tersebut
mengikut ukuran Desain Kostum bentuk badan dan model tertentu.

Pola dasar terdiri dari :

 Pola bahagian atas, dari bahu sampai ke pinggang biasanya disebut pola badan
bahagian muka dan belakang.
 Pola bahagian bawah, dari pinggang sampai lutut atau sampai mata kaki biasanya
disebut sebagai pola dasar rok muka dan belakang.
 Pola lengan, dari lengan bahagian atas atau bahu terendah sampai siku atau
pergelangan yang biasanya disebut sebagai pola dasar lengan.
 Pola badan atas dengan bawah badan yang menjadi satu, biasanya pola ini disebut
sebagai pola dasar gaun atau baju terusan.

Berikut adalah pola yang siap dipotong :


FABRIK DAN BAHAN

Fabrik yang sesuai digunakan untuk membuat blaus ialah fabrik sederhana tebal bercorak
atau tanpa corak. Jenis fabrik yang digunakanuntuk menghasilkan sesuatu jenis pakaian
terpulang kepada keselesaan individu. Kebiasaannya fabrik yang digunakan ialah fabrik
kapas campuran. Corak pada fabrik juga perlu menepati citarasa pemakai. Jenis fabrik mesti
padan dengan pemakai kerana boleh menentukan sama ada pemakai itu menarik atau tidak.

Fabrik yang digunakan

Dalam amali ini, fabrik yang digunakan ialah fabrik jenis kapas campuran yang tidak bercorak
dan berwarna maroon. Blaus yang dihasilkan ini ialah menggunakan kain tanpa corak
sepenuhnya.

Fabrik kapas campuran ini digunakan kerana ia sangat teguh sama ada dalam keadaan basah
atau kering. Fabrik ini juga sangat tahan terhadap suhu yang panas. Ini bermaknan fabrik
jenis ini sangat tahan sekiranya terkena cahaya matahari yang sangat terik. Fabrik ini juga
selesa untuk dipakai kerana ia menyerap peluh. Selain itu, juga fabrik ini sangat tahan asid
dan alkali. Jadi, pemakai tidak perlu risau jika blaus mereka terkena asid dan alkali.

Berikut merupakan contoh kain yang digunakan untuk membuat baju blaus semasa sesi
amali :

Kain tanpa corak


Selain itu, saya juga menggunakan bahan lain semasa proses membuat blaus ini iaitu kain
lapik gam di bahagian tertentu sahaja. Kain lapik gam yang digunakan adalah jenis nipis.

Senarai bahan Bahan

1. Kain gam nipis


2. Fabrik Kapas

Fabrik ialah kain yang diperbuat


daripada benang yang ditenun dengan
menggunakan mesin. Fabrik
merupakan bahan utama dalam
menghasilkan artikel jahitan.

3. Benang
Benang merupakan bahan yang
digunakan untuk menjahit
Senarai alatan Alatan

1. Kertas pola

Membuat pola sebelum fabrik dipotong.

2. Kertas karbon
Untuk memindahkan tanda pola
garisan dan motif ke fabrik dengan
menggunakan roda surih.

3. Gunting kertas
Digunakan untuk menggunting kertas
pola juga bahan jahitan lain selain
daripada fabrik pakaian.

4. Gunting fabrik
Untuk menggunting fabrik.

5. Jarum peniti
Menyemat pola pada fabrik dan
menetapkan kepingan fabrik sebelum
menjahit
6. Jarum jahit & Jarum mesin
- Untuk menjahit fabrik.
- Jarum untuk mesin jahit
kegunaan rumah.

7. Roda surih
Untuk memindahkan tanda pola ke
fabrik.

8. Penetas jahitan
Untuk meretas dan menanggalkan mata
jahitan.

9. Kapur jahitan
Untuk menandakan pada fabrik.

10. Mesin jahit elektrik


Untuk mencantumkan kepingan fabrik
11. Seterika
Menekan dan menyeterika fabrik
supaya kemas dan rata

SUSUN ATUR POLA

Saya melakukan susun atur pola dengan menyusun kepingan pola pakaian di atas fabrik yang
terbentang rata. Tujuan susun atur pola ini adalah untuk mengelakkan berlaku pembaziran
dan kesilapan semasa memotong fabrik. Di samping itu, ia bertujuan menjadikan kerja-kerja
pemotongan fabrik menjadi lebih kemas, teratur dan mengikut turutan.

Terdapat beberapa perkara saya memberi penekanan semasa menyusun atur pola di atas
fabrik seperti:

a) Tentukan sama ada jenis fabrik corak sehala atau tidak.

b) Pastikan sebelah luar fabrik di sebelah luar dan bahagian lipatan fabrik berada di bahagian
tepi meja memotong.

c) Atur bahagian pola yang besar dahulu kemudian diikuti bahagian pola yang kecil.

d) Susun pola mengikut tanda pola seperti tanda ira, tanda lipatan dan bilangan kepingan.
1.0 Melakar Dan Susun Atur Pola

1. Melakar Pola a) Draftkan pola asas kemudian ubah


suai pada kertas perang setelah
mengambil ukuran.
b) Selepas mendraft pola asas,
ubahsuai pola asas mengikut
kreativiti dan kehendak reka bentuk
blaus yang ingin dihasilkan.
c) Pola yang didraft pada kertas
perang adalah bahagian hadapan
badan, bahagian belakang badan
dan lengan padanan rata.
2. Memotong Pola
Menggunting adalah proses yang
dilakukan selepas menyusun atur pola
di atas fabrik. Semasa menggunting,
terdapat beberapa peraturan yang
perlu diikuti iaitu :
a) Pastikan susunan pola di atas
fabrik betul.
b) Gunting tepat di atas garisan
gunting dengan menggunakan
gunting kain yang tajam.
c) Gunting kepingan pola besar
dahulu, diikuti pola yang kecil.
d) Jangan menggangkat atau
memindah fabrik semasa
menggunting.
e) Tekankan pola dengan sebelah
tangan semasa menggunting.
f) Gunting dengan gerakan sekata
supaya garisan gunting tidak bergigi.
g) Gunting kesemua pola.
h) Selepas itu, jangan tanggalkan
jarum peniti dahulu. Pindahkan
garisan pemadan kepada fabrik
dengan menggunakan roda surih dan
kertas karbon.
i) Tanggalkan jarum peniti dari fabrik.
j) Kemaskan kesemua tepi kain pada
fabrik kecuali di bahagian leher.

Gambar rajah pola


3. Membentang Fabrik
a) Dapatkan permukaan yang luas
dan rata untuk membentang fabrik
b) Kenal pasti sebelah dalam dan
sebelah luar fabrik
c) kemudian tandakan X pada
bahagian luar fabrik.

Fabrik kapas
4. Menyusun atur pola di atas fabrik
a) Lipat fabrik dengan sebelah
luar bertemu dan pola disusun
di atas sebelah dalam fabrik.
b) Apabila sekeping sahaja pola
perlu digunting, susun pola di
luar fabrik.
c) Pastikan sebelah luar fabrik
dan bahagian lipatan fabrik
berada di bahagian tepi meja
memotong.
d) Atur bahagian pola yang besar
dahulu kemudian diikuti
bahagian pola yang kecil.
e) Susun pola mengikut tanda
pola seperti tanda ira, tanda
lipatan dan bilangan kepingan.
f) Sematkan kepingan pola
dengan menyemat merentas
sudut dan jarak 10 – 15 cm.
Pastikan kedudukan peniti
tidak terkeluar daripada
garisan menggunting.
g) Sebelum mula menggunting,
susun kepingan pola dengan
cermat di atas fabrik supaya
kesemua kepingan pola dapat
Menyusun atur pola pada fabrik
dimuatkan
5. Memotong Fabrik
a) Mulakan proses memotong fabrik
dengan memotong kesemua bahagian
iaitu bahagian badan hadapan dan badan
belakang,lengan padanan rata dengan
berhati-hati bagi memastikan potongan
yang dilakukan tepat dan fabrik yang
disediakan mencukupi.
LANGKAH MENJAHIT

1. Mendraf dan Mengubahsuai Pola Blaus


Pola yang diperlukan adalah pola bahagian badan hadapan, bahagian badan
belakang, dan lengan padanan rata. Draf pola tersebut telah disediakan oleh penjaga
pemeriksa.

2. Memilih Bahan Jahitan Dan Hiasan

Bahan jahitan yang digunakan untuk membuat blaus ini adalah fabrik kapas, benang
jelujur, dan benang jahit

3. Menyediakan Fabrik

Kenalpasti sebelah luar dan sebelah dalam fabrik, melipat dua fabrik ikut ira lurus,
menekan fabrik dengan seterika untuk mendapatkan permukaan yang licin dan
rata. Kemudian fabrik dibentangkan di atas permukaan meja yang besar dan luas.

4. Menyusun Atur Pola Di Atas Fabrik

Patuhi arahan tanda pola yang ada pada pola. Tanda ira pada pola hendaklah selari
dengan ira fabrik. Manakala pola yang mempunyai tanda lipatan diletakkan pada
lipatan fabrik. Susun dan atur kepingan pola yang besar dahulu kemudian yang kecil.
Sematkan pola pada fabrik dengan jarum peniti.

5. Menggunting Fabrik

Gunakan gunting fabrik yang tajam. Gunting kepingan yang besar dahulu, diikuti
dengan kepingan yang kecil. Letakkan tangan di atas pola apabila menggunting
fabrik. Gunting fabrik mengikut garisan gunting. Gunting dengan gerakan sekata.
Elakkan mengangkat fabrik ketika menggunting fabrik. Selepas menggunting, jangan
tanggalkan pola.

6. Memindahkan Tanda Pola Ke Fabrik

Dengan menggunakan roda surih dan kertas karbon kain, pindahkan tanda pola ke
fabrik mengikut garisan pemadan yang dilakar.

7. Jahit Kemas Tepi

Semua kepingan fabrik dijahit kemas tepi dengan mesin jahit tepi.
8. Menjahit Blaus

Menjahit cantuman badan bahagian hadapan bahagian belakang. Kemudian jahitkan


lisu terbalik pada bahagian badan belakang sebagai hiasan. Seterusnya
sambungkan lengan. Akhir sekali buat kemasan pada bahagian badan hadapan
blaus.

b) Jahit kelim di bahu dengan menggunakan kelim belah kangkung.

Menjahit kelim rusuk dengan kelim belah kangkung.

Langkah LANGKAH GAMBAR


MENJAHIT

Langkah Menyediakan Fabrik


1 i. Gunting pola
dan susun atur pola
di atas fabrik.
ii. Sematkan jarum
peniti pada pola dan
fabrik. Kemudian,
tanda garis tepi pola
menggunakan kapur
tukang jahit.
iii. Seterusnya,
gunting pola yang
telah ditandakan
menggunakan
gunting tukang jahit.
Menggunting pola bahagian badan
iv. Setelah
hadapan dan belakang
digunting, tandakan
garis pemadan pada
bahagian dalam
fabrik menggunakan
kertas karbon dan
roda surih.
v. Setelah itu,
barulah dicabut jarum
peniti itu.
Menggunting pola lengan padanan rata

Membentang fabrik mengikut ira


Menyusun atur pola pada fabrik

Langkah Menyediakan lisu


2 pemadan pada
bahagian badan
belakang
i. Tandakan
kedudukan lisu
pemadan.
ii. Temukan sebelah
luar fabrik, semat dan
jelujur di garisan
pemadan.
iii. Jahit mesin dari
bahagian yang lebar
ke bahagian yang
tirus.
iv. Matikan mata
jahitan mesin di
hujung yang tirus
dengan jahitan mesin
2 kali sepanjang 1.5
cm
Langkah
3 a) Mencantum bahu
dengan kelim belah
kangkung
i. Temukan bahu
hadapan dan
belakang di garis
pemadan
ii. Jahit mesin di atas
garis pamadan.
iii. Kemaskan tepi
fabrik dengan jahitan
Kelim belah kangkung
insang pari, jahitan
mesin, jahitan lilit
kemas atau mesin
pengemas tepi.
b) Kelim bahu
i. Cantumkan bahu
pada badan hadapan
dengan kelim belah
kangkung.
ii. Gunting basi kelim
yang berlebihan.
c) Kelim rusuk
i. Temukan sebelah
luar badan hadapan Mencantumkan bahu
dengan sebelah luar
badan belakang.
ii. Cantumkan
dengan kelim belah
kangkung. Tekan
kelim terbuka.
Mencantumkan bahagian sisi badan

Langkah a) Kelim betawi


4 i.Temukan sebelah
dalam fabrik. Semat
dan jelujur di garis
pemadan
ii. Jahit mesin 4mm di
luar garis
pemadan.Tanggalkan
jahitan jelujur. Trim
basi kelimsehingga
tinggal 2 mm dari
jahitan mesin.
iii. Tekan kedua-dua
basi kelim terbuka.
Lipat tepat di garis
jahitan mesin. Semat,
jelujur dan jahit mesin
di garisan pemadan.
Tekan kelim
menghala
kebelakang pemadan
Langkah a) Lapik berbentuk
5 Persediaan
badan pakaian
i.sediakan badan
pakaian
ii. cantum kelim bahu
dan kemaskan.

Persediaan lapik
iii. sediakan lapik
dengan ira lurus
selari dengan ira
lurus pakaian.
iv.cantum kelim bahu
lapik berbentuk.
v. kemaskan lapik
berbentuk dengan
melipatkan ke
sebelah dalam dan
dijahit mesin.

Mencantumkan lapik
pada garis leher
blaus
-temukan sebelah
luar lapik dengan
sebelah luar pakaian
- temukan kelim bahu
lapik dengan kelim
bahu baju

Menetapkan lapik
-terbalikkan lapik ke
sebelah atas
-tekan lapik dengan
jahit tindih
-terbalikkan lapik ke
sebelah dalam
pakaian dan tekan
-jelujur lapik
-tetapkan
lapikdengan jahitan
silang pangkah
Langkah a) Menjahit
6 belah berzip
i. Tandakan panjang
zip pada bahagian
badan belakang.
ii. Cantum badan
belakang sebelah kiri
dan kanan pada basi
iii. Sematkan zip
dengan jarum peniti.
Kemudian jahit zip
dengan tapak zip

Langkah
7 a) Lengan padanan
rata
i. Buatkan kedut
lepas di kepala dan di
hujung lengan.
ii. Cantumkan kelim
lengan dengan kelim
belah kangkung.
iii. Cantumkan lengan
ke lubang lengan
dengan jahit mesin
iv. Gunting basi kelim
Mencantumkan lengan padanan rata
yang berlebihan
Langkah
8 a) Menjahit kun
i.Temukan sebelah
luar pita dengan
sebelah luar fabrik
pakaian supaya tepi
pita bertemu di garis
pemadan.
ii. jahit mesin di
bawah garis
pemadan mengikut
lebar yang
dikehendaki.
PENGIRAAN KOS

Kos Bahan
Bil. Bahan Kuantiti Harga Jumlah
Seunit harga (RM)
1. Fabrik kain 0.5 meter RM3.00 RM1.50
kapas tanpa
corak
2. Benang Sebuku RM0.80 RM0.80
3. Kain gam 0.2 meter RM1.00 RM0.20
lembut
4. Kertas (pola) 3 keping RM0.40 RM1.20
JUMLAH RM3.70

A. Kos Upah

Kos upah = 1 orang x 3 jam x RM 3.00 = RM 9.00

B. Kos Sampingan

Elektrik = RM2.00
Jahit Kemas = RM1.50
Air = RM1.00
Roti = RM0.90
Jumlah = RM5.40

C. Kos Projek

Kos Bahan + Kos Upah + Kos Sampingan

RM 3.70 + RM 9.00 + RM 5.40

Jumlah = RM 18.10
REFLEKSI/ KESIMPULAN
Pertama sekali saya amat bersyukur kerana berjaya menyiapkan blaus mini ini
mengikut ketetapan masa yang ditetapkan iaitu 3 jam di bengkel jahitan. Hasil pembelajaran
yang telah diberikan oleh Puan Rohani binti Seman sangat membantu saya semasa
menjalani sesi amali jahitan ini.

Ilmu yang diperolehi sepanjang mempelajari tajuk ini seperti cara menggunting pola
yang betul, susun atur pola mengikut ira yang betul, menjahit lapik pada garis leher,
menjahit pelbagai jenis kelim serta jenis-jenis kemasan yang lain dapat saya manfaatkan
semasa amali ini berlangsung. Ilmu kemahiran ini dilatih berulang kali setiap kali hari kuliah
agar saya dapat menguasai kemahiran ini dan mengurangkan kesilapan ketika menjahit.
Ketika menerima tugasan ini, saya berasa ia adalah satu tugasan yang mencabar kerana
saya kurang mahir menjahit blaus. Saya hanya mempunyai sedikit kemahiran menjahit
asas tangan dan mesin sahaja.

Oleh itu, terdapat beberapa kesulitan yang saya alami ketika menjalankan amali ini
tidak dapat dinafikan. Ini mungkin berlaku akibat daripada mesin jahitan saya yang sering
bermasalah setiap kali ingin memulakan proses jahitan. Ini sedikit sebanyak mengganggu
emosi saya ketika itu. Namun saya perlu bertenang untuk menyiapkan amali ini kerana
setiap kerja jahitan harus dilakukan secara berhati-hati bagi mengelakkan sebarang
kemungkinan kesilapan dan kemalangan daripada berlaku.

Akhir kalam, ilmu yang saya terima ini amat berguna untuk digunakan. Tidak kira
bertujuan komersial atau kegunaan sendiri. Ilmu ini akan dimanfaat sebaik mungkin pada
masa hadapan agar dapat memberi faedah kepada semua lapisan masyarakat.
BIBLIOGRAFI

Asra Shamsudin, Betty Lim & Foziah Buang. (1999). Ekonomi Rumahtangga Fokus Jingga
SPM. . Kuala Lumpur: Pelangi.

Azmawati Abdul Aziz, Zaitun Zakian Mohd. Noor & Lamah Abdul Ghani. (2002). Pengurusan
Pakaian Tingkatan 4: Bahan Sumber Pengajaran. Kuala Lumpur: Edu System Bhd.

Jaafar. (2004). Seni jahitan pakaian pengantin. Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.
Kuala Lumpur.

Malik. (n.d.). Pemilihan stail pakaian. Retrieved from


https://www.tes.com/lessons/NzZLm6d4SwIc5g/pemilihan-stail-pakaian

Mariam Abu Bakar. (2004). Panduan Membuat Pakaian, Panduan Lengkap Langkah Demi
Langkah Teknik menjahit. . Kuala Lumpur.

Michael, Z. J. (2012, 3 28). Pemilihan stail pakaian- ERT. Retrieved from


https://www.slideshare.net/ZUZANMICHAEL/pemilihan-stail-pakaian-ert

Mohamed Jalal Ahmad. (1987). Asas Merangka Pola Pakaian. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ng, S. Y & Yong, F. C (1988). Sains Rumantangga. Petaling Jaya Kuala Lumpur.