Anda di halaman 1dari 4

Apa itu STEM ?

STEM adalah merupakan singkatan kepada bidang Sains,


Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (Science, Technology,
Engineering, Mathematics). Istilah ini biasanya digunakan bagi
menunjukkan dasar pendidikan dan pilihan kurikulum sekolah
bagi meningkatkan daya saing dalam bidang pembangunan
teknologi.

Keperluan kepada STEM wujud apabila kehendak terhadap


bidang kerja yang melibatkan STEM adalah jauh lebih tinggi
berbanding bidang lain. Sebagai contoh, di Amerika Syarikat,
80% bidang pekerjaannya adalah melibatkan bidang STEM.
Maka untuk itu, pelajar perlu disediakan dengan bidang ini bagi
membantu menyediakan lebih banyak sumber kerja kepada
negara.
Antara strategi yang boleh dilakukan adalah :
1) Pembelajaran berasaskan project-based yang
diintegrasikan
2) Pembelajaran berasaskan real-world yang dibantu oleh
internship dan mentor.
3) Guru dilatih untuk bekerja dalam bidang STEM tertentu
4) Lebih banyak peluang belajar di peringkat tinggi

1
Pendidikan STEM
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Oktober 2018 @ 1:44 PM

Fazurawati Che Lah


fazurawati@hmetro.com.my

Pendidikan STEM adalah berasal daripada singkatan SMET


iaitu Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi.
Kemudian, National Science Foundation (NSF) meringkaskan
pula kepada STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan
Matematik) bagi memudahkan penyebutan dan memantapkan
maknanya bagi setiap elemen.
Dalam konteks Malaysia, STEM merujuk kepada dasar pendidikan dan pilihan kurikulum sekolah
untuk meningkatkan daya saing dalam bidang sains serta teknologi kepada pelajar.
Ini termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-2025)
yang menekankan pendidikan STEM di peringkat sekolah melalui aktiviti kurikulum dan
kokurikulum dengan sokongan menerusi pelbagai pihak berkepentingan.

GENERASI berpengetahuan tinggi dan berkeupayaan


hadapi cabaran teknologi baharu diperlukan bagi
Industri 4.0.

Pensyarah Kanan, Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar, Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia (UTHM) Dr Shahiron Shahidan berkata, pendidikan STEM menjadi keutamaan kepada
pihak sekolah dan universiti ke arah memartabat serta memperkukuhkan bidang terbabit kepada
generasi muda.
Katanya, pendidikan STEM juga menekankan konsep berpandukan komponen 4C atau 4K iaitu
komunikasi, kerjasama, kreativiti dan pemikiran kritikal seperti yang terkandung di dalam
pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) serta kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).
Pembangunan komponen ini dilihat dapat melahirkan generasi muda yang mempunyai kemahiran
tinggi dalam menyelesaikan masalah kompleks.

“Dalam mendepani cabaran Industri 4.0, generasi muda


khususnya perlu menguasai bidang STEM. Ini adalah bagi
melahirkan modal insan yang mahir di dalam bidang
teknologi masa hadapan yang menjadi teras dalam
Industri 4.0.
“Dunia kini berdepan Industri 4.0 yang memerlukan generasi
berpengetahuan tinggi dan berkeupayaan menghadapi
cabaran teknologi baharu lebih kompleks. Dunia VUCA juga memerlukan generasi yang berdaya
tahan dan bukan saja menjadi pengguna teknologi, malah memulakan atau mencetuskan
teknologi,” katanya.

Katanya, jika STEM bukan menjadi aspirasi, negara akan berterusan menjadi pengguna teknologi
dan keadaan ini sangat merugikan.STEM juga mesti dilihat dari sudut positif untuk memudahkan

2
kehidupan masyarakat. Pelbagai penciptaan baharu dapat dihasilkan menerusi penerokaan
STEM, tanpa melupakan aspek akal budi yang juga teras ketamadunan bangsa.
Pelbagai ciptaan terkini dihasilkan melalui STEM.

Menurutnya, hari ini pelaksanaan STEM dilihat berada


pada gelombang kedua apabila kerajaan, badan
berkanun, persatuan, badan bukan kerajaan (NGO) dan
agensi luar bekerjasama dalam mempromosikan STEM
kepada komuniti.
“Melalui kerjasama ditunjukkan, pendidikan STEM ini dilihat bakal melahirkan generasi muda yang
memiliki intelektual tinggi dalam bidang sains dan teknologi. Sekali gus berupaya memacu
ekonomi negara dan menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi.
“Sebagai contoh, kewujudan pelbagai saluran misalnya menerusi Young Scientists Network -
Akademi Sains Malaysia (YSN - ASM) sebagai medium dalam menyalurkan suara generasi muda
dengan pelbagai idea baharu ke arah menjayakan agenda STEM negara.
“Pelbagai kegiatan berimpak tinggi dilaksanakan seperti ‘Science Cafe,’ ‘National Science
Challenge,’ ‘Science Education’ dan banyak lagi bagi memberikan lebih peluang untuk STEM
sentiasa dekat di hati komuniti, khususnya golongan muda,” katanya.

SEMANGAT pasukan diperlukan untuk menghasilkan


produk ciptaan.

Usaha memperkasa budaya STEM dalam kalangan


generasi muda, media dan teknologi mesti dimanfaatkan
sepenuhnya. Lebih-lebih lagi kini generasi muda begitu
rapat dengan teknologi.
Katanya, sejarah yang meletakkan sempadan minda
bahawa STEM ini pembelajaran sukar perlu dikikis bagi mengelakkan mereka terus menjauhi
bidang ini.
“Filem dan dokumentari berkisar STEM khususnya dalam bahasa Malaysia perlu diperbanyakkan
bagi membolehkan semua peringkat generasi muda di pelbagai kedudukan geografi di Malaysia
mendapat manfaatnya.
“Badan korporat dan individu berkepentingan juga boleh memainkan peranan membantu hal ini
dengan menjadikan STEM sebagai agenda berdasarkan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri
(DUN) masing-masing. Menerusi kaedah ini, skop akan menjadi lebih tertumpu dan ramai generasi
muda dapat dibantu,” katanya.
KARNIVAL STEM mempamerkan pelbagai inovasi baru.

Pelaksanaan STEM tidak hanya kepada golongan muda,


tetapi institusi pendidikan seperti sekolah dan universiti perlu
memainkan peranan.
“Berdasarkan buku Panduan Pelaksanaan Sains, Teknologi,
Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di dalam pembelajaran
dan pengajaran (P&P), elemen STEM dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR),

3
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah
(KSSM) sudah termaktub dengan jelas.
“Kini, lebih utama ialah pelaksanaannya mesti lebih menyeluruh, tersusun dan ‘dicerap’ hasilnya
supaya keberkesanannya dapat dibuat selain tindakan penambahbaikan berterusan,” katanya.
Malah beliau berkata, pihak universiti seharusnya memainkan peranan ke arah pembudayaan
STEM.
“Di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) misalnya, pelbagai aktiviti STEM kepada
komuniti dan generasi muda khususnya pelajar sekolah menengah serta rendah dianjurkan,”
katanya.

KERJASAMA dengan pihak


berkepentingan untuk
menjayakan agenda STEM.

GENERASI muda harus


memanfaatkan bidang
STEM.

Pada masa sama, Dr Shahiron turut menekankan aspek tenaga pengajar yang dilihat penting
kerana menjadi pendokong utama dalam menjayakan agenda pemerkasaan STEM.
“Berdasarkan buku panduan STEM berkaitan pengajaran dan pembelajaran (P&P) menggariskan
ciri 7M bagi membimbing tenaga pengajar dalam pelaksanaan STEM.
“Antara cirinya ialah meningkatkan kepekaan pelajar kepada isu global sebenar, membabitkan
pelajar dalam inkuiri dan penerokaan terbuka, pelajar bergerak serta bekerja secara berpasukan
dalam penyelesaian masalah, mengaplikasikan pemahaman STEM dalam kehidupan seharian
dan memberi peluang menambah baik kerja dan produk yang dihasilkan,” katanya.
PROJEK STEM SM AGAMA PEKAN GURUN
KELAS : 4 ITQAN
GURU : NOR FAZLINA BINTI ANWAR

ALAT PEMADAM API

BAHAN-BAHAN :

CUKA

SERBUK SODA BIKARBONAT

AIR

Anda mungkin juga menyukai