Anda di halaman 1dari 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS IPOH
31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN

KERTAS KERJA :
PERTANDINGAN MELUKIS POSTER ALAM SEKITAR DAN
MEREKAYASA

KELOLAAN:
PELAJAR PENDIDIKAN KESIHATAN PERSEKITARAN DAN KOMUNITI
SEMESTER 2 (UNIT R)
MINOR PENDIDIKAN KESIHATAN
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

TARIKH: 6 MAC HINGGA 15 MAC 2017


TEMPAT: IPG KAMPUS IPOH.
1.0 PENGENALAN

Pertandingan melukis poster alam sekitar dan merekayasa ini merupakan satu aktiviti
yang amat baik dan sesuai untuk mengisi masa lapang mahasiswa guru di Institut
Pendidikan Guru Kampus Ipoh (IPGKI). Tujuan utama program ini diadakan adalah
untuk menarik minat mahasiswa guru mencintai alam sekitar. Hal ini juga bertujuan
untuk menerapkan sikap tanggungjawab mahasiswa agar sentiasa menghargai alam
sekitar terutamanya di persekitaran IPGKI. Diharapkan melalui program ini, mahasiswa
guru dapat mengaplikasikan dan memperkembangkan ilmu pengetahuan yang ada
untuk bersama-sama menjaga alam sekitar.

2.0 RASIONAL

2.1 Kurang kepakaran untuk guna semula barang terpakai.


2.2 Kurang penghayatan mengenai alam sekitar.
2.3 Penyediaan platform yang terbatas.
2.4 Wujud jurang dan interaksi antara mahasiswa.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Mahasiswa dapat menginovasi barang terpakai.


3.2 Melahirkan mahasiswa yang mencintai alam sekitar.
3.3 Mencungkil kreativiti mahasiswa.
3.4 Mewujudkan repo dalam kalangan mahasiswa.

4.0 MATLAMAT
Memaksimumkan penggunaan kepakaran mahasiswa selaras dengan Transformasi
Nasional 2050 (TN50).
5.0 TARIKH / TEMPOH
Tempoh pertandingan ini akan berlangsung pada 6 Mac hingga 15 Mac 2017.

6.0 TEMPAT
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Hulu Kinta, Perak.

7.0 KUMPULAN SASARAN


Mahasiswa Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.

8.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN


Rujuk lampiran 1

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Rujuk lampiran 2.

10.0 SUMBER KEWANGAN


Kelab Alam Sekitar
11.0 PENUTUP
Diharapkan kertas cadangan ini diterima dan mendapat pertimbangan yang sewajarnya
daripada tuan. Persetujuan, kerjasama, keprihatinan dan sokongan daripada tuan amat
dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………………. ...............................................................
(WAN NADIAH BINTI SAZALI) (ABDUL RAZAK BIN NORUZZAMAN)
Setiausaha Kelab Alam Sekitar, Pensyarah PJPK,
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.

Disokong oleh, Diluluskan oleh,

………………………………… ............................................................
(HJ. ZULKIFLI BIN HASSAN) (HJ. KAMARULIZHAM BIN HAZIZI)
Ketua Jabatan, Pengarah,
Jabatan PJPK, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.
LAMPIRAN 1

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN:

1. Pertandingan ini terbuka kepada semua mahasiswa IPG Kampus Ipoh.


2. Poster yang dihasilkan mestilah bertemakan kecintaan kepada Alam Sekitar.
3. Medium poster yang digunakan adalah bebas tetapi markah bonus akan diberikan jika
kertas lukisan yang digunakan adalah kertas yang telah dikitar semula.
4. Poster perlu dihantar dalam bentuk salinan keras (hardcopy) selewat-lewatnya pada 15
Mac 2017.
5. Setiap individu boleh menghantar sebanyak mana penghantaran.
LAMPIRAN 2

ANGGARAN PERBELANJAAN PERTANDINGAN MELUKIS POSTER ALAM SEKITAR DAN


MEREKAYASA

PERKARA HARGA /UNIT JUMLAH CATATAN

Hadiah Kategori Pertandingan Poster RM 60 Wang Kelab Alam


Tempat Pertama: RM 30 Sekitar
Tempat Kedua: RM 20
Tempat Ketiga: RM 10

Kategori Pertandingan
Merekayasa RM 60
Tempat Pertama: RM 30
Tempat Kedua: RM 20
Tempat Ketiga: RM 10

Jumlah RM 120

Anda mungkin juga menyukai