Anda di halaman 1dari 14

\\\\

DIPLOMA IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION (DECE)

SEMESTER SEPTEMBER /2019

HDPS4103

PERANCANGAN DAN PENGAJARAN AFEKTIF

NO. MATRIKULASI : 881010085558001


NO. KAD PENGNEALAN : 881010085558
NO. TELEFON : 013-4138262
E-MEL : nurulfaqheha@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : OPEN UNIVERSITY MALAYSIA


PERAK LEARNING CENTRE

1
Isi Kandungan

KANDUNGAN MUKA SURAT


BAHAGIAN 1: PENULISAN
1.0 Tujuan Penulisan 3
2.0 Definisi Konsep Pertautan 3
2.1 Konsep Pertautan 4
2.1.1 Teori Perapatan Atau Pertautan 4
3.0 Jenis-Jenis Pertautan 6
4.0 Mengapa kanak-kanak menunjukkan corak pertautan yang berbeza. 9
5.0 Kesimpulan 10
RUJUKAN 11
BAHAGIAN 2: PEMERHATIAN

1.0 Laporan pemerhatian 12

Kesimpulan dan cadangan 14

2
BAHAGIAN 1 : PENULISAN

1.0 Tujuan Penulisan


Menurut teori pertautan, bayi atau kanak-kanak kecil menunjukkan tingkah laku pertautan untuk
mendapatkan perhatian atau ingin berada dekat dengan ibu atau pengasuh mereka. tujuan tugasan
ini adalah supaya pelajar dapat membincangkan jenis-jenis pertautan dan mengenal pasti jenis
pertautan dalam diri kanak-kanak.

2.0 Definisi Konsep Pertautan

Ibu bapa haruslah mengetahui bahawa mereka adalah guru pertama dalam didikan awal kanak-
kanak. Hubungan kasih sayang yang terjalin antara anak dan ibu bapa serta persekitaran boleh
ditafsir sebagai pertautan. Pertautan ataupun perapatan adalah hubungan emosi yang mendalam
daripada kanak-kanak dengan satu atau lebih orang dewasa yang menyatukan kanak-kanak dengan
penjaga. Pertautan atau perapatan ialah ”..reciprocal,enduring emotional tie between an infant and
a caregiver,each whom contributes to the quality of the relationship” (Papalia et ai,2004) (2019).
Di mana, tingkah laku pertautan adalah tingkah laku yang digunakan kanak-kanak untuk
mendapatkan respon dan mengukuhkan hubungan yang rapat dengan penjaganya. Pertautan adalah
perhubungan yang mendalam dan berkekalan yang wujud antara kanak-kanak dan penjaga diantara
kelahiran dan usia lima tahun. Ada pendapat yang mengatakan pertautan terbina sejak bayi berada
dalam kandungan ibunya lagi, di mana bakal ibu digalakkan untuk berinteraksi dan mengusap
perut untuk menunjukkan kasih sayang kepada anak. Pelukan, usapan, belaian dan ciuman ketika
menyusukan anak adalah detik permulaan bagi membina hubungan rapat antara ibu dan anak.
Walaubagaimanapun, peruntukan masa yang banyak bukanlah penentu kepada perapatan. Ini
kerana kajian menunjukkan bahawa penggunaan masa yang berkualiti dalam hubungan lebih
banyak mempengaruhi bentuk petautan yang dibina ((Modul HDPS4103 Perancangan dan Pengajaran
Afektif), 2019). Objektif tugasan ini adalah untuk mendedahkan tentang konsep dan jenis-jenis
perapatan. Selain itu ia juga membincangkan tentang fasa-fasa pembentukan perapatan dan kesan
perapatan terhadap emosi anak. Tujuan utama tugasan ini juga adalah bagi memperkenalkan modul
kaedah didikan keluarga dan untuk berkongsi pendapat dengan ibu bapa bagaimana bagi
membentuk perapatan selamat dengan anak dan kesan terhadap anak bila meningkat dewasa. Ianya
juga adalah untuk memfokuskan pelajar untuk membincangkan jenis-jenis pertautan bersama
contoh – contoh pertautan yang terdapat dalam diri kanak-kanak berdasarkan Teori Pertautan.
3
Selain untuk mengenalpasti mengapa setiap kanak-kanak menunjukkan corak pertautan yang
berbeza. Di mana seperti yang dapat dilihat menurut teori pertautan, bayi atau kanak-kanak kecil
menunjukkan tingkah laku pertautan untuk mendapatkan perhatian atau ingin berada dekat dengan
ibu atau pengasuh mereka. Tugasan ini adalah untuk memenuhi tujuan dan merupakan salah satu
tugasan pelengkap dalam mata pelajaran Perancangan dan Pengajaran Affektif (HDPS 4103) bagi
melengkapkan pengajian DIPLOMA IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION (DECE).

2.1 KONSEP PERTAUTAN

2.1.1 Teori Perapatan Atau Pertautan

Teori Pertautan John Bowlby


Teori pertautan John Bowlby diperkenalkan pada penghujung tahun 1950-an. Dimana beliau telah
mengintegrasikan pandangan daari psikoanalisis,kognitif psikologi, sistem teori dan etologi
(kajian tingkah laku haiwan). Teori pertautan beliau menyentuh beberapa elemen kritikal
kehidupan emosi individu, yang termasuk :
i.Kecenderungan untuk membentuk pertautan
ii.Peranan penjaga
iii.Kebimbangan dan kemarahan akibat pemisahan dan kehilangan dan
iv.Sifat bersedih atas kehilangan pertautan
Bowlby mentakrifkan“pertautan“ sebagai pertautan emosi yang lebih cenderung untuk
menjalinkan dan mengekalkan keakraban dengan penjaga, terutamanya sewaktu keadaan tertekan.
Hubungan pertama anak dengan penjaga akan memberi kesan yang mendalam terhadap
perkembangan sepanjang hayat bayi. Secara psikologi hubungan keakraban antara anak dan
penjaga dapat memberikan kanak-kanak merasa lebih selamat dan dilindungi.

Teori ini mengkategorikan sifat pertautan pertama kanak-kanak seperti selamat atau gelisah yang
dapat digambarkan melalui kesan daripada corak pada tingkah laku seorang kanak-kanak itu.
Hubungan pertautan adalah asas dalam pembentukan hubungan yang selamat untuk mendapatkan
sokongan dan kekuatan apabila diperlukan. Selain itu, ia memberi asas yang baik dalam meneroka
persekitaran,membentuk persekitaran serta membentuk harga diri.

4
Perwakilan mental juga mejadi asas dalam membentuk hubungan pertautan, iaitu dengan
berinteraksi dengan orang lain. Selain,ia mempunyai hasil jangka panjang dalam membentuk
personaliti, mengatur langkah dan menambah perhubungan pada masa akan datang.

Teori Pertautan Mary Ainsworth


Menurut Teori Pertautan Mary Ainsworth, pertautan adalah pengikat emosi yang
merapatkan hubungan antara bayi dan penjaga. Ianya akan maningkat pada kira-kira bulan keenam
atau ketujuh selepas kelahirannya. Seperti contoh yang dapat dilihat adalah apabila seorang bayi
boleh terikat kepada selimut khas atau patung mainan, di mana seseorang atau satu objek atau
permainan itu boleh membuatkan bayi itu merasa lebih selamat dan selesa.

Peringkat Pertautan Teori Pertautan Mary Ainsworth


i.Jenis A ( cemas-mengelak )
Bayi akan merasa pertautan yang tidak selamat. Bayi dengan jenis pertautan ini boleh mengelak
atau tidak pedulikan penjaga mereka.
ii.Jenis B ( selamat )
Bayi ini merasa pertautan yang selamat. Kanak-kanak ini merasa cukup selamat untuk ditinggalkan
penjaga dan untuk melakukan penerokaan mereka sendiri.
iii. Jenis C ( cemas/tentangan )
Bayi merasakan pertautan yang tidak selamat. Kanak-kanak ini ditemui berpaut kepada penjaga
mereka dan tidak mahu ditinggalkan kepada penjaga. Menurut Pipp & Haromon (1987), perapatan
adalah emosi yang kuat antara dua individu yang cuba dikekalkan melalui kemesraan fizikal
seperti sentuhan, penglihatan, pendengaran, senyuman atau percakapan. Dalam perkembangan
emosi bayi, perapatan yang dibentuk adalah di antara bayi dan penjaganya. Hubungan ini adalah
untuk mendekatkan penjaga kepada dirinya bagi memenuhi keperluan-keperluan asas,
keselamatan dan kasih sayang. Menurut Erikson (1986), tahun pertama kelahiran merupakan
jangka masa yang penting untuk membentuk ikatan (bond) atau perapatan antara bayi dengan
penjaga. Dia juga menekankan bahawa kekuatan ikatan ini ditentukan oleh respons yang
ditunjukkan oleh ibu atau penjaga kepada bayi.
Selain itu, apabila dilihat dari sudut Islam pula, terdapat satu hadis yang menyokong konsep
perapatan ini. Aqra' b. Habitah berjumpa Rasulullah SAW, semasa perbincangan Hassan iaitu
cucu Rasulullah SAW datang, baginda mencium Hassan. Aqra' berkata, " saya ada 10 anak tetapi
tidak pernah mencium mereka". Rasulullah SAW berkata, " Allah SWT akan memuliakan mereka
5
yang menunjukkan kasih sayang kepada anak". Hadis ini jelas menunjukkan bahawa Islam amat
menitik beratkan soal perapatan dalam kehidupan sehingga Allah SWT akan memuliakan ibu bapa
yang menunjukkan kasih sayang kepada anak-anak mereka. (suhana & profile, 2019)

3.0 Jenis-Jenis Pertautan


Ainworths dan rakan-rakannya (dalam Lefrancois, 2001) telah mengemukakan satu prosedur iaitu
The Strange Situation Procedure untuk menilai perapatan bayi (infant attachment) dengan penjaga
berdasarkan tahap tekanan dan kerisauan yang dialami oleh bayi dalam episod perpisahan dan
pertemuan dengan penjaga atau ibu. Beliau telah membahagikan perapatan bayi kepada 3 jenis
iaitu perapatan selamat, perapatan mengelak, dan perapatan bimbang yang dapat diringkaskan
seperti berikut.

3.1 Jenis Pertautan


Terdapat tiga jenis pertautan yang utama iaitu :
i.Pertautan selamat (secure attachment)
ii.Pertautan mengelak (avoidant attachment )
iii.Pertautan bimbang ketidaktentuan (anxiuos/ambivalent attachment)

Pertautan Selamat
Menurut Teori Pertautan Mary Ainsworth, Teori Pertautan selamat berlaku apabila seorang kanak
– kanak itu berasa cukup selamat dan selesa ditinggalkan penjaga dan mereka boleh melakukan
penerokaan mereka dengan sendiri. Kanak-kanak yang merasa pertautan selamat adalah :
a) Kanak-kanak yang mahu berdekatan dengan penjaga mereka
b) Kanak-kanak yang memerlukan hubungan fizikal dengan penjaga mereka
c) Kanak-kanak yang terus berinteraksi dengan penjaga mereka
d) Kanak – kanak yang cuba untuk melibatkan diri dengan penjaga mereka dari jauh jika
mereka tidak mendapat keakraban dan sentuhan fizikal
e) Kanak-kanak yang dapat menenangkan diri dengan cepat apabila penjaga itu hadir dan
menyambung semula penerokaan mereka

Pertautan yang selamat juga akan berlaku sekiranya seorang kanak-kanak itu mempuyai penjaga
yang sentiasa ada di samping mereka. Selain itu, kanak-kanak akan berasa lebih selamat apabila
penjaga mereka memahami keperluan mereka, dari segi emosi,fizikal dan rutin harian kanak-kanak
6
itu.Penjaga yang penyayang juga memainkan peranan penting dalam pembentukan pertautan
selamat kepada seorang kanak-kanak itu untuk mereka berasa lebih selamat dan selesa. Selain itu,
pertautan selamat kanak-kanak akan berlaku apabila kanak-kanak itu menunjukkan keseronokkan
dalam interaksi mereka dengan kanak-kanak dan seterusnya apabila mereka mampu untuk
menghibur anak-anak mereka yang merasa tertekan.

Kelakuan kanak-kanak yang mempunyai pertautan selamat adalah apabila seorang kanak – kanak
itu menggunakan penjaga mereka sebagai asas selamat yang berkesan sesuai dengan keadaan
mereka untuk meneroka persekitaran, alam sekeliling dan dunia. Selain itu, kanak-kanak yang
mempunyai pertautan selamat selalunya akan mendekati penjaga mereka di perjumpaan apabila
adanya kejadian tekanan sederhana seperti berpisah seketika di persekitaran yang tidak dikenali
berlaku. Contoh yang dapat dilihat melalui pertautan selamat adalah apabila pertama kali atau hari
pertama sesi persekolahan,kanak-kanak akan menangis dan lebih cenderung untuk meragam atau
membuat perangai di sekolah, mereka lebih selesa dan berasa selamat untuk mengikut penjaga
atau ibu bapa untuk pulang daripada terus berada di sekolah atau mereka akan lebih selesa dan
berasa selamat apabila ibu bapa atau penjaga mereka tinggal dengan mereka di sekolah berbanding
mereka ditinggalkan sendirian di sekolah bersama dengan guru mereka. Contoh pertautan selamat
bagi seorang bayi adalah kita boleh melihat dari mata kasar kita iaitu bayi ini boleh menggunakan
penjaga sebagai asas selamat yang berkesan sesuai untuk meneroka dunia. (OUM) & Melayu, 2019)

Pertautan tidak selamat

Pertautan tidak selamat berlaku apabila :


i.Penjaga tidak boleh didapati
ii.Penjaga tidak memahami keperluan kanak-kanak
iii.Penjaga tidak penyayang dan tidak dan tidak dapat menunjukkan kegembiraan mereka sewaktu
berinteraksi dengan kanak-kanak
iv.Penjaga tidak dapat menenangkan kanak-kanak yang tertekan

Pertautan tidak selamat kebiasaanya mengambil bentuk yang berbeza bergantung pada sejauh
mana penjaga utama mengabaikan tanggungjawab untuk respon terhadap anak-anak mereka.

7
Tiga bentuk pertautan tidak selamat adalah :
i.Pertautan Bimbang / Berbelah bahagi
Pertautan ini kebiasaanya berlaku apabila penjaga utama tidak menentu dan tidak konsisten. Ada
masanya mereka memberi respon atau perhatian kepada keperluan bayi atau kanak-kanak ada
masa di sebaliknya atau mereka langsung tidak memberi respon kepada keperluan bayi atau kanak-
kanak itu.Ini akan menyebabkan kanak-kanak akan merasa kurang yakin dengan penjaga mereka
walaupun mereka terlalu ingin menginginkan keakraban itu.

Ini dapat dilihat, apabila situasi kanak-kanak itu dipisahkan daripada penjaga mereka, ia akan
menyebabkan kanak-kanak atau bayi itu akan lebih tertekan dan susah untuk ditenangkan. Oleh
sebab itu juga, bayi atau kanak-kanak akan lebih peka dan bimbang untuk meninggalkan penjaga
mereka untuk meneroka persekitaran mereka dan seterusnya akan menyebabkan mereka tidak
berkembang untuk menjadi berdikari.

Simptom ini dapat dilihat apabila seorang bayi atau kanak-kanak yang mempunyai pertautan tidak
selamat menunjukkan rasa bimbang dan perasaan yang bercampur baur tentang penjaganya. Pada
akhirnya, ini akan menyebabkan tingkah laku mereka menjadi marah dan resah.

ii.Pertautan Mengelak
Pertautan mengelak akan berlaku apabila penjaga tidak menerimanya dan tiada di sekitarnya. Ini
kerana penjaga tidak memberi respon langsung terhadap keperluan anak mereka ataupun mereka
bertindak balas acuh tak acuh dan dengan kemarahan. Oleh kerana ini, kanak- kanak akan
menidakkan keperluan mereka sendiri dan mengelak dari berinteraksi dengan penjaga mereka.
Kanak-kanak mungkin akan lebih dilihat berdikari pada dasarnya tetapi disebaliknya mereka perlu
berdikari kerana mereka tidak boleh bergantung kepada penjaga mereka.

iii.Pertautan tidak teratur

Pertautan ini berlaku apabila penjaga mengabaikan kanak-kanak, seperti mendera secara fizikal
dan mental. Selain itu, kanak-kanak tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan keperluan mereka
pada masa dan waktu yang sesuai dan ini akan membuatkan kanak-kanak itu merasa hilang
harapan dan mereka akan cuba untuk melindungi diri walaupun mereka tida tahu bagaimana cara
8
untuk melakukannya. Seterusnya mereka perlu bijak untuk mencari strategi untuk melindungi diri
sendiri atau melarikan diri daripada realiti.

Untuk contoh pertautan tidak selamat, ia dapat dilihat melalui tingkah laku kanak-kanak itu yang
tidak dapat bergaul dengan baik dengan orang sekelilingnya. Ini kerana mereka sendiri tidak diberi
perhatian yang secukupnya dari segi komunikasi oleh ibu bapa atau penjaga mereka.
Selain itu,kanak-kanak yang mempunyai pertautan tidak selamat cenderung untuk bersikap
memberontak terhadap orang sekelilingnya. Ini berpunca akibat mereka sendiri telah didera secara
mental dan fizikal oleh ibu bapa penjaga mereka,kasih sayang dan perhatian yang sepatutnya
dipupuk dalam diri mereka tidak diberikan secukupnya.Ini menyebabkan dengan cara
memberontak,mereka dapat melepaskan tekanan yang disimpan dalam diri mereka. ("KONSEP
PERAPATAN", 2019)

4.0 Mengapa kanak-kanak menunjukkan corak pertautan yang berbeza.

i.Perbezaan budaya latar belakang keluarga


Pembentukan budaya dan kaum juga menyumbang kepada corak pertautan kanak-kanak yang
berbeza. Ini kerana setiap kaum mempunyai amalan budaya dan kepercayaan tradisi dalam
mengendalikan amalan pertautan kanak-kanak dalam sesebuah keluarga. Kepercayaan,amalan
tradisi dan cara hidup inilah yang menunjukkan mengapa corak pertautan setiap kanak-kanak itu
berbeza.

ii. Pendedahan media


Pendedahan media massa juga menyumbang dalam corak pertautan kanak-kanak yang berbeza.
Ini kerana setiap kanak-kanak diberi pendedahan media yang berbeza. Sekiranya pendedahan
media terhadap kanak-kanak itu dikawal, dipantau dan diberi perhatian dengan pengisian yang
positif, hasilnya corak pertautan kanak-kanak itu juga akan menunjukkan kesan yang positif.
Sebaliknya, jika aktiviti pendedahan media tidak dikawal,dipantau dan tidak diberi
perhatian,hasilnya ia akan menyumbang kepada corak pertautan yang negatif seterusnya akan
mempengaruhi perkembangan kanak-kanak itu.

9
iii. Demografik sosial & rutin harian
Kehidupan sosial dan rutin amalan harian untuk setiap keluarga berbeza mengikut populasi
sesebuah tempat itu. Justeru itu, aktiviti kekeluargaan dan rutin harian mempengaruhi corak
pertautan setiap kanak-kanak itu. Ini kerana setiap keluarga mempunyai cara dan gaya hidup yang
tersendiri. Contohnya, untuk populasi penempatan kawasan luar bandar, kanak-kanak ini terdiri
daripada keluarga yang susah dan ini akan mempengaruhi corak pertautan kanak-kanak yang lebih
suka untuk berdikari,iaitu lebih kepada pertautan selamat. Di mana,hubungan dan perhatian
mereka peroleh dengan penjaga sangat kuat. Sebaliknya, untuk populasi penempatan dalam bandar
corak pertautan kanak-kanak lebih cenderung kepada pertautan tidak selamat.Ini kerana kurangnya
perhatian dari segi emosi,fizikal yang mereka peroleh dari ibu bapa dan penjaga mereka.

5.0 Kesimpulan

Hasil dari perbincangan dalam mengenalpasti jenis-jenis pertautan dalam diri kanak-kanak,ianya
jelas menunjukkan bahawa pertautan kanak-kanak memainkan peranan penting dalam membentuk
perkembangan emosi dan fizikal yang positif antara kanak-kanak dengan hubungan ibu bapa
penjaga, keluarga dan persekitaran. Selain pengaruh budaya,gaya hidup,amalan
pertautan,kepercayaan dan pendedahan media massa merupakan faktor yang dapat mempengaruhi
dalam membentuk teladan dan tingkah laku kanak-kanak. Respon, tindak balas dan perhatian ibu
bapa,penjaga yang baik akan mewujudkan impak dan efek yang jelas dalam pertautan kanak-kanak
dalam proses membentuk perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak.

10
RUJUKAN :

1) (2019). Retrieved 11 November 2019, from http://belognilam.blogspcv e 5tfot.com/2011/03/perapatan-


john-bowlby.html
2) (Modul HDPS4103 Perancangan dan Pengajaran Afektif). (2019).
3) suhana, N., & profile, V. (2019). perapatan (JOHN BOWLBY). Retrieved 11 November 2019, from
http://belognilam.blogspot.com/2011/03/perapatan-john-bowlby.html
4) OUM), S., & Melayu, M. (2019). SENARAI MODUL OUM BAHASA MELAYU (NOTA OUM). Retrieved
11 November 2019, from https://institutadc.blogspot.com/2018/10/senarai-modul-oum-bahasa-melayu-
nota-oum.html
5) KONSEP PERAPATAN. (2019). Retrieved 11 November 2019, from
https://www.scribd.com/document/213428753/KONSEP-PERAPATAN

11
BAHAGIAN 2 : PEMERHATIAN

1.0 Laporan pemerhatian tentang pertautan yang ditunjukkan melalui corak tingkah laku kanak-
kanak. Laporan murid dan latar belakang adalah seperti berikut:

Nama Tabika : Tabika Matahari


Nama Kanak-Kanak: Dani bin Abdullah (bukan nama sebenar)
Umur: 5 tahun
Tarikh lahir: 24 Oktober 2014
Bilangan adik beradik: 2orang
Nama ibu: Roslinda binti Said (bukan nama sebenar)
Umur: 30tahun
Pekerjaan ibu: Seorang Guru
Masa ibu bekerja: 8.00pg-12.00tgh/hari
Nama bapa: Abdullah bin Ali (bukan nama sebenar)
Umur: 33tahun
Pekerjaan bapa: Seorang Pegawai Kerajaan
Masa bapa bekerja: 8.00pg-5.00ptg

Kanak-kanak di atas adalah seorang yang sangat baik dalam berkomunikasi dengan guru dan
rakan-rakannya. Dia seorang yang sangt mudah didekati kerana mempunyai sifat yang penyayang
dan sentiasa memahami rakan-rakannya sebagai contoh dia sentiasa membantu rakannya di kelas
ketika rakannya memerlukan sesuatu seperti hendak meminjam alat tulis dan sebagainya. Dani
(bukan nama sebenar) seorang yang sangat mendengar kata dan sentiasa mengikut setiap arahan
guru. Dani adalah merupakan anak sulung kepada adiknya yang berumur 2 tahun. Setiap hari ibu
atau bapanya akan mengahantar Dani ke Tabika pada jam 7.30pagi setiap hari sepanjang waktu
persekolahan. Guru sentiasa memerhatikan Dani yang sentiasa akan bersalaman dengan ibu atau
bapanya sebelum turun ke kelas. Dia senang sekali melambai ibu atau bapanya setiap kali
penjaganya menghantarnya dan menyapa guru serta masuk ke kelas dengan baik sekali tanpa rasa
takut. Guru sentiasa memerhatikan Dani ke kelas dalam keadaan yang sangat bersih dan sentiasa
dalam keadaan yang sangat ceria. Di dalam pemerhatian guru di kelas setiap hari, barang-barang

12
sekolahnya seperti kelengkapan alat tulis, buku dan sebagainya adalah sentiasa lengkap dan
tersusun. Setiap kali melakukan aktiviti di kelas, dia akan melakukannya dengan tertib.

Melalui pemerhatian guru di dalam kelas terhadap Dani, ia boleh di katogorikan sebagai pertautan
yang selamat apabila kanak-kanak tersebut menunjukkan ciri-ciri seperti seorang kanak-kanak
yang mempunyai penjaga yang sentiasa ada dengannya, dan sentiasa memahami keperluan Dani.
Seterusnya ia juga boleh digambarkan keadaan Dani adalah mempunyai penjaga yang sentiasa
menunjukkan keseronokan di dalam interaksi mereka dan mampu untuk menghibur anak-anak
termasuk Dani ketika anak mereka dalam keadaan yang tertekan. Ini amat disokong dengan teori
John Bowlby dalam pertautan iaitu menyentuh beberapa elemen kritikal kehidupan emosi
individu, yang termasuk kecenderungan untuk membentuk pertautan dan peranan penjaga.
Seterusnya kebimbangan dan kemaharan akibat pemisahan dan kehilangan serta sifat bersedih atas
kehilangan pertautan. Teori ini mengkategorikan sifat pertautan pertama kanak-kanak sentiasa
selamat atau gelisah dan cuba untuk menggambarkan kesan daripada corak pada tingkah laku dan
hubungan berikutnya.

Secara kesimpulannya boleh dibuat daripada gambaran tersebut, amalan pertautan adalah amalan
yang digunakan oleh penjaga untuk memperkembangkan hubungan yang mendalam dan
berkekalan dengan anaknya dengan cara memberi respon terhadap tingkah laku pertautan kanak-
kanak. Perkembangan pertautan emosi atau pertautan ini melibatkan ibu bapa memberikan kasih
sayang, pupukan, kepercayaan, keselamatan dan menghormati anak-anak mereka, serta sensitif
terhadap keperluan mereka. Kepentingan asas keperluan pertautan seorang bayi dan kanak-kanak
ini digambarkan secara dramatik dalam kajian bayi dan kanak-kanak yang diinstitusikan tidak
mempunyai penjaga utama yang biasa. Sebilangan bayi atau kanak-kanak gagal untuk berkembang
maju dan meninggal dunia, walaupun penjagaan fizikal yang baik. Pertautan menyumbang kepada
kesan-kesan jangka Panjang terhadap perkembangan kanak-kanak. Ia mempengaruhi
perkembangan awal otak, yng memberi kesan ke atas kebolehan sepanjang hayat kanak-kanak
seperti mengawal pemikiran, perasaan dan tingkah laku. Ia menyediakan ruang rasa selamat untuk
kanak-kanak dan membolehkan mereka untuk meneroka alam sekitar mereka, kembali ke orang
dewasa ketika berada dalam kesusahan. Kesan awal pertautan telah terbukti memberi kesan
seumur hidup.

13
KESIMPULAN DAN CADANGAN
Ibu bapa haruslah mengetahui bahawa mereka adalah guru pertama dalam didikan awal kanak-
kanak. Cadangan yang boleh dilakukan pada ibu bapa adalah pandai menguruskan masa mereka
antara kerja hakiki dan aktiviti di rumah. Ini akan turut membantu ibu bapa untuk lebih rapat dan
mengenali anak-anak mereka. secara tidak langsung dapat melahirkan lebih ramai lagi masyarakat
yang penuh harmoni dan bertanggungjawab.
Seterusnya untuk saya pula adalah saya harus sentiasa berjumpa dengan pensyarah sekiranya
mempunyai sebarang perkara yang kurang jelas berkaitan dengan tugasan. Selain itu, berusaha
untuk mengatur masa agar lebih teratur dan sistematik.

(3000 jumlah perkataan)

14

Anda mungkin juga menyukai