Anda di halaman 1dari 13

Peperiksaan Akhir Tahun 2019

Bahasa MelayuTingkatan 2

BAHAGIAN A
[20 markah]

Soalan 1 hingga Soalan 4

Lengkapkan ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Azim dan rakan-rakan sekelasnya datang ke sekolah pada hari Sabtu kerana
_______ hendak bergotong-royong menghias kelas.

A dia C kami
B kita D mereka

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah ini.

2. Annuar dan adiknya ________ kasut sekolah mereka ketika meredah banjir untuk ke
sekolah.

A menjunjung C mengandar
B mendukung D menjinjing

3. Murid-murid tidak seharusnya bersikap ________ ketika menjawab soalan

peperiksaan agar mereka tidak melakukan kesilapan.

A kasar C gopoh
B gentar D pantas

4. Program lawatan ke rumah anak yatim di Kuala Selangor itu __________ diadakan
pada akhir bulan ini.

A sedang C dapat
B sudah D akan

1
Peperiksaan Akhir Tahun 2019
Bahasa MelayuTingkatan 2

Soalan 5 dan Soalan 6

Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan,
kesalahan itu telah ditanda dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan
dengan D.

5. Pihak urus setia kem kepemimpinan murid telah menyerahkan senarai barang-
A B
barang yang perlu dibawa oleh para peserta kem itu semalam. Tiada kesalahan.
C D

6. Para peniaga makanan perlu menjaga kebersihan gerai pada tiap masa untuk
A
menjaga keselamatan orang ramai yang datang ke gerai mereka untuk menjamu
B C
selera. Tiada kesalahan.
D

Soalan 7 dan Soalan 8

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan yang berhuruf condong dengan betulnya.

7. I Keuntungan kasar yang diperoleh daripada jualan nasi lemaknya pada setiap
hari memberikan semangat kepada Kak Niza untuk meneruskan jualan nasi
lemaknya.
II Mak Siah mengambil segenggam garam kasar lalu digaulkan pada ikan-ikan
yang hendak dijadikan ikan masin.
III Kita tidak seharusnya menggunakan kata-kata yang kasar ketika bertutur
dengan orang lain.
IV Singa dan harimau adalah antara haiwan kasar yang tinggal di dalam hutan
di negara kita.

A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja

B III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja

8. I Izara memberikan buah tangan dari Sabah itu kepada Erni sebagai tanda
ikatan.
II Penyajak itu telah banyak menghasilkan puisi yang mempunyai ikatan kata
yang sungguh indah.
III Saya berharap agar ikatan kekeluargaan dengan keluarga angkat saya akan
berkekalan.
IV Pak Cik Salleh membetulkan ikatan samping anak lelakinya yang kurang
kemas.

A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja

B III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja

2
Peperiksaan Akhir Tahun 2019
Bahasa MelayuTingkatan 2

Soalan 9 dan Soalan 10

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan
penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.
Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika
tiada kesalahan.

9. Puan Roliza dan suaminya bersyukur kerana ketiga orang anak mereka telah berjaya
dalam kerjaya masing-masing.
A ketiga-tiga orang anak mereka C tiga-tiga orang anak mereka
B ketiga orang anak-anak mereka D ketiga orang anak mereka

10. Para pelancong yang berkunjung ke Pulau Redang pasti akan berasa kagum akan
keindahan pemandangan semula jadinya yang sungguh amat terindah.
A amat terindah C amat sungguh terindah
B sungguh indah D sungguh amat terindah

Soalan 11 dan Soalan 12

Pilih ayat-ayat yang betul.

11. I Abang berasa sedih kerana berpuluh ekor ayam ternakannya mati akibat
diserang penyakit.
II Pihak berkuasa telah mengambil pelbagai langkah untuk mengurangkan
kemalangan di jalan raya.
III Para penduduk diingatkan supaya menjaga kebersihan kawasan kediaman
mereka pada setiap masa.
IV Nur Nadirah telah menunggu rakannya di perhentian bas itu sejak satu jam
setengah yang lalu.

A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja

B III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja

12. I Cekap benar anak perempuan Puan Latifah membantunya membuat kerja
rumah.
II Pengetua sekolah kami sungguh kesal akan tindakan segelintir murid yang
gemar ponteng sekolah.
III Fahmi sekali geram apabila melihat pemandu kereta di hadapannya
memandu sambil menggunakan telefon pintar.
IV Kenangan Umairah semasa bercuti di Kundasang bersama-sama dengan
keluarganya ialah kenangan yang amat terindah sekali buat dirinya.

A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja

B III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja

3
Peperiksaan Akhir Tahun 2019
Bahasa MelayuTingkatan 2

Soalan 13
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan
ayat yang dicetak tebal.

13. Encik Badrul sentiasa mengutamakan aspek keselamatan semasa bekerja di

kawasan pelantar minyak.
A Di kawasan pelantar minyak, Encik Badrul sentiasa mengutamakan aspek
keselamatan.
B Aspek keselamatan Encik Badrul sentiasa diutamakan semasa bekerja di
kawasan pelantar minyak.
C Aspek keselamatan semasa Encik Badrul bekerja di kawasan pelantar
minyak sentiasa diutamakan.
D Aspek keselamatan sentiasa diutamakan oleh Encik Badrul semasa bekerja
di kawasan pelantar minyak.

Soalan 14 dan Soalan 15

Pilih peribahasa yang paling sesuai.

14. Kita tidak seharusnya melakukan sesuatu kerja separuh jalan sahaja sebaliknya
kerja itu perlu dilakukan hingga selesai.

Jika tidak kita akan dikatakan

A bagai tikus membaiki labu.
B seperti kera mendapat bunga.
C bagai melepaskan batok di tangga.
D bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.

15. Peribahasa-peribahasa di bawah ini menggambarkan bahawa seseorang yang

hendak berjaya perlulah berusaha, kecuali
A di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
B hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
C ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras.
D malu bertanya sesat jalan, malu berkayuh perahu hanyut.

Soalan 16 hingga Soalan 20

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.

"Tuan Binjah," tegur si pemandu kereta api. "Ada berita buruk!"

Mata lelaki bernama Binjah itu terbeliak. "Apa dia, Sidek?"
"Kem balak di timur kacau-bilau. Ada kumpulan katak raksasa menyerang."
Dodo dan Misa tersentak.
"Tujuh orang mati, tuan. Dua puluh lagi cedera."
Kesemua mereka terpegun.
Menurut Sidek, beratus-ratus ekor haiwan itu menyertai setiap satu serangan.
Berdasarkan cerita salah seorang pembalak yang terselamat, pada hari yang sebelumnya,
sebatang balak menimpa sarang makhluk itu. Biarpun tidak cedera teruk, keluarga haiwan
itu terperangkap. Namun, entah apa-apa alasannya, mandur kem balak menetak mati
kesemua yang terperangkap itu. Tindakannya itulah yang menjerut manusia lain dengan
hukuman mati.
"Qadqad ... qraakkk!"
Bunyi itu tiba-tiba kedengaran dari arah laluan kereta api. Sejurus kemudian, deru
loncatan tinggi muncul dari hutan, mengiringi objek-objek bagaikan bola bertanduk yang

4
Peperiksaan Akhir Tahun 2019
Bahasa MelayuTingkatan 2

terbang laju. Kawasan itu seolah-olah diserbu lingkaran reben gergasi hijau kuning yang
diliukkan angin.
"Lari! Lari!" Sidek menjerit.
Para pekerja bertempiaran meninggalkan tugas masing-masing. Pekerja yang
berdekatan kapal korek terjun ke dalam lombong. Talia sempat melihat seorang lelaki
tumbang dirodok Qadqad.
Dodo dan Misa berlari terkontang-kanting mendukung anak-anak mereka. Melihat
orang lain berlari ke arah dua bangunan di tepi lombong, mereka juga menuju ke situ. Kira-
kira dua puluh meter di hadapan, Binjah dan kebanyakan pekerja, termasuk Sidek, berlari
memasuki salah satu bangunan. Bangunan yang satu lagi sudah ditutup.
"Cepat! Cepat!"
Sidek menahan pintu untuk mereka. Namun, mendadak pula dia ditolak ke tepi oleh
majikannya. Pintu itu ditutup pantas.

Dipetik daripada cerpen "Talia dan Raksasa Qadqad",

Antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2,
Kementerian Pendidikan Malaysia

16. Siapakah yang menetak katak raksasa yang terperangkap di kem balak tersebut
sehingga mati?
A Sidek C Mandur kem balak
B Tuan Binjah D Pekerja kapal korek

17.
Dodo dan Misa berlari terkontang-kanting mendukung anak-anak mereka.

Kata terkontang-kanting dalam baris ayat di atas bermaksud

A tanpa haluan C tanpa sebarang gangguan
B tanpa sekatan D tanpa membawa apa-apa barang

18. Di manakah letaknya bangunan Dodo dan Misa membawa anak-anaknya

bersembunyi?
A Di kem balak C Di landasan kereta api
B Di tepi lombong D Di lingkaran reben gergasi

19. Gaya bahasa yang terdapat dalam frasa bagaikan bola bertanduk yang terbang laju
ialah
A simile C hiperbola
B metafora D personifikasi

20. Yang berikut merupakan alasan yang tidak wajar terhadap tindakan mandur kem
balak menetak semua katak raksasa yang terperangkap itu kecuali
A katak-katak raksasa itu juga makhluk Tuhan
B katak-katak raksasa itu akan membalas dendam jika dibunuh
C katak-katak raksasa itu tidak mengancam para pembalak tersebut
D katak-katak raksasa itu sering mengganggu ketenteraman anak-anak
penduduk kampung

5
Peperiksaan Akhir Tahun 2019
Bahasa MelayuTingkatan 2

BAHAGIAN B
[25 markah]

Soalan 1(a)
Dalam iklan di bawah ini, terdapat tiga kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut
dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin
iklan itu semula.

(i) ______________________________________________

(ii) ______________________________________________

(iii) ______________________________________________

[3 markah]

Soalan 1(b)
Susun semula perkataan atau frasa di bawah ini supaya menjadi ayat susunan biasa
yang gramatis. Ayat yang dibina hendaklah menepati pola ayat dasar yang telah
ditetapkan. Anda hendaklah menggunakan semua perkataan yang diberikan dan tidak boleh
menambah perkataan lain.

kandang rusa sedang penjaga zoo membersihkan

(i) Pola: Frasa Nama + Frasa Kerja

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

benar bola jaring Fatihah bermain hebat

(ii) Pola: Frasa Nama + Frasa Adjektif

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________
[2 markah]

6
Peperiksaan Akhir Tahun 2019
Bahasa MelayuTingkatan 2

Soalan 2
Baca bahan-bahan yang diberikan dengan telitinya. Kemudian, jawab soalan-soalan yang
berikutnya.

BAHAN 1

Ini zaman moden, zaman serba maju. Alif berazam membawa kemajuan
dengan cara tersendiri. Menjadi petani alaf baharu ini tidak perlu lagi bertajak,
berkubang dan berselut badan merembas menerung yang degil liat. Kerja itu
semua dapat dilaksanakan dengan mudah oleh mesin pembajak, tanpa harus
mengotorkan tubuh. Tidak lagi perlu terbongkok-bongkok mengerat padi, sebelum
dibanting di dalam tong bertutup separuh layar. Dengan jentera tuai, petak sawah
akan terang lapang dalam masa yang singkat.

"Tak sangka, ya. Tengoklah petak-petak ini sekarang, dipenuhi emas belaka!"

Suara Tuk Ketua menyapa gegendang telinga Alif. Rupa-rupanya dia juga
menurut langkah anak muda itu meniti permatang.

Dipetik daripada cerpen "Menuai Emas",

antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2,
Kementerian Pendidikan Malaysia

BAHAN 2

Zaman ini zaman serba moden dan canggih. Izara berhasrat untuk menjadi
peniaga kosmetik yang berjaya walaupun usianya masih muda. Untuk menjadi
peniaga alaf baharu ini tidak perlu modal yang tinggi dan tidak perlu
mengeluarkan kos untuk menyewa premis. Perniagaannya dapat dijalankan
dengan adanya teknologi canggih di hujung jari, iaitu telefon pintar dan komputer
riba. Izara hanya perlu meringankan jari-jemarinya untuk mengiklankan produk
yang dijual pada setiap hari tanpa rasa jemu. Dia juga hanya perlu meyakinkan
para pelanggannya bahawa produk itu dapat memberikan kesan yang positif dan
diluluskan oleh pihak Kementerian Kesihatan. Berkat usaha Izara, semakin hari
jumlah pelanggannya semakin bertambah. "Tak sangka, ya, perniagaan kamu
semakin maju," sapa ibu Izara dari belakang sambil melihat Izara mengira
keuntungan perniagaannya. "Ini berkat daripada doa ibu juga," sahut Izara sambil
menghulurkan senyuman gembira.

7
Peperiksaan Akhir Tahun 2019
Bahasa MelayuTingkatan 2

(i) Berdasarkan bahan 1 dan bahan 2, nyatakan kemudahan-kemudahan yang

diperoleh Alif dan Izara dalam bidang yang mereka ceburi pada era serba moden
tersebut.

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

[3 markah]

(ii) Berdasarkan kedua-dua petikan, nyatakan persamaan antara Alif dengan Izara.

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

[3 markah]

(iii) Kejayaan Alif dan Izara merupakan hasil usaha kegigihan mereka.

Pada pendapat anda, apakah langkah yang perlu dipraktikkan oleh seseorang untuk
mengekalkan kejayaan yang telah diperoleh?

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

[4 markah]

8
Peperiksaan Akhir Tahun 2019
Bahasa MelayuTingkatan 2

Soalan 3
Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di
Tingkatan 2.

(i) Meniti Impian karya Osman Ayob

(ii) Jejak MONPUS karya Zulaiha Paikon
(iii) Jalan ke Puncak karya Juri Durabi
(iv) Darah Titik di Semantan karya Arman Sani

Nilai merupakan elemen yang diterapkan oleh pengarang melalui jalinan peristiwa dalam
sesebuah novel agar dapat dijadikan pedoman atau panduan kepada pembaca.

Berdasarkan sebuah daripada novel di atas, nyatakan tiga nilai yang terdapat dalam novel
tersebut. Bagi setiap nilai, anda perlu mengemukakan contoh peristiwa yang bersesuaian
dengan nilai tersebut.

Novel

Meniti Impian Jejak MONPUS Jalan ke Puncak Darah Titik di

Semantan

Nilai 1 Nilai 1 Nilai 1 Nilai 1

Nilai 2 Nilai 2 Nilai 2 Nilai 2
Nilai 3 Nilai 3 Nilai 3 Nilai 3

[10 markah]

_________________________________________________________________________

9
Peperiksaan Akhir Tahun 2019
Bahasa MelayuTingkatan 2

BAHAGIAN C
[15 markah]
[Masa yang dicadangkan: 15 minit]

Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja.

Soalan 1
Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah
ringkasan tentang peranan-peranan guru. Panjangnya ringkasan anda hendaklah antara
80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri
tanpa mengubah maksud asal petikan.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pernah bertitah bahawa penghargaan
terhadap jasa guru oleh murid-murid merupakan nilai murni yang perlu disuntik sehingga
menjadi budaya dalam kalangan masyarakat di negara ini. Tambah baginda, nilai tersebut
hendaklah dijadikan sebahagian daripada komponen dalam kandungan pendidikan negara.
Titah baginda lagi, bentuk dan kaedah apresiasi terhadap jasa bakti guru perlu
diperluas dengan membangunkan kesedaran masyarakat secara lebih menyeluruh. Titah
baginda, guru merupakan perantara yang menyempurnakan amanah untuk menyampaikan,
memanjangkan dan mengembangkan ilmu. Guru begitu instrumental mewujudkan
persekitaran sekolah yang memberikan keyakinan untuk memenuhi harapan ibu bapa dan
merealisasikan impian anak. Baginda turut mengingatkan bahawa anak-anak perlu
dinasihati agar tidak biadap dan menderhaka kepada guru kerana masyarakat Melayu
berpegang bahawa ilmu yang diturunkan oleh guru itu akan hilang berkatnya jika murid
bersifat derhaka dan bongkak terhadap guru.
Tugas guru dipandang tinggi dan amat mulia. Guru penggerak kepada pembangunan
pendidikan dengan menyahut cabaran transformasi pendidikan negara. Menerusi
transformasi tersebut, peradaban bangsa dapat diperkukuh apabila guru melaksanakan
peranan untuk menghasilkan modal insan yang berkualiti. Guru berperanan untuk
memastikan generasi pewaris negara diberi pendidikan yang berkualiti seiring era kemajuan
terkini.
Guru pada masa ini dituntut untuk sentiasa bersedia untuk berubah, melaksanakan
tugas daripada cara biasa kepada yang luar biasa, berdaya tahan, futuristik dan berfikiran
aras tinggi. Guru juga berperanan untuk membentuk murid agar berkemahiran untuk
menyelesaikan masalah, berupaya untuk mencipta peluang baharu, serta mempunyai daya
tahan dan kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran global yang dinamik.

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

10

Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu
rumusan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan
supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Dewasa ini, banyak orang memperlekehkan kepentingan sejarah dalam pembinaan negara
bangsa. Dalam negara yang sedang pesat membangun seperti Malaysia, bukan sahaja
aspek pencapaian fizikal diukur, malahan pembangunan modal insan dilihat sebagai elemen
paling penting untuk menentukan jatuh bangunnya sesebuah tamadun bangsa. Dalam
konteks ini, subjek Sejarah diberi tanggungjawab untuk membentuk keperibadian diri murid
untuk menjadi insan yang seimbang dalam pelbagai aspek.
Dalam subjek Sejarah jugalah diletakkan harapan supaya generasi muda yang lahir
daripada sistem pendidikan kebangsaan mempunyai semangat nasionalisme dan
patriotisme yang jitu. Subjek ini juga dilihat sebagai pendekatan terbaik untuk menyemaikan
semangat perpaduan dalam kalangan generasi muda. Sejarah yang dikatakan mengajar
manusia untuk memahami sebab dan cara sesuatu perkara itu berlaku dapat dijadikan
sebagai panduan dan iktibar untuk membaiki kesilapan lalu bagi membolehkan kita
mencapai kejayaan pada masa hadapan. Tidak seperti subjek lain yang dianggap
memberikan nilai komersial apabila mencari peluang pekerjaan, subjek Sejarah
dikesampingkan dek pemahaman sempit tentang kepentingannya.
Penerapan pelbagai nilai dalam pembelajaran Sejarah tidak mampu diukur dengan
wang ringgit. Oleh itu, jelaslah bahawa pengetahuan sejarah tanah air akan dapat
membantu kita, terutamanya untuk membentuk jati diri remaja bangsa Malaysia. Walau
bagaimanapun, tidak semua yang berlaku pada masa lalu itu perlu dijadikan teladan bak
kata pepatah, yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. Oleh sebab itulah,
kemahiran kritis telah diserapkan dalam pengajaran subjek Sejarah. Sejarah tidak pernah
mendidik pengkajinya supaya menjadi hakim terhadap sesuatu peristiwa yang sudah
berlaku, sebaliknya sejarah mengajak pengkajinya mengambil iktibar daripada apa-apa yang
berlaku dan menambah baik dalam setiap tindakan demi masa hadapan.
Sebagai kesimpulannya, peristiwa yang berlaku pada tanggal 13 Mei 1969 mengajar
kita tentang kepentingan persefahaman, toleransi dan sikap bersatu padu antara kaum.
Peristiwa ini jelas membuktikan bahawa apabila hubungan antara kaum tidak dipelihara
dengan baiknya, keamanan negara akan goyah dan negara akan berada dalam keadaan
huru-hara.

11
Peperiksaan Akhir Tahun 2019
Bahasa MelayuTingkatan 2

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

KERTAS SOALAN TAMAT

12
Peperiksaan Akhir Tahun 2019
Bahasa MelayuTingkatan 2

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

.............................................. ..................................... .........................................

(PN. FARHANA MASTURA BT (TN. HJ. ABANG ALI B (PN. HJH. NORMAH BT
HJ. MAZLAN) ABANG OBENG) ROSLAN)
Guru Mata Pelajaran B. Melayu Ketua Panitia B. Melayu GKMP Bidang Bahasa
SMK Tunku Syed Idrus SMK Tunku Syed Idrus SMK Tunku Syed Idrus

13

Anda mungkin juga menyukai