Anda di halaman 1dari 10

Elemen-Elemen Yang Mencabar Penghayatan Dan Amalan Nilai-nilai Murni

Topik 6:

Elemen-Elemen Yang Mencabar Penghayatan Dan Amalan Nilai-nilai Murni

· Elemen Dalam Sekolah

· Elemen-elemen dalam Komuniti/Masyarakat Persekitaran

· Elemen-elemen di peringkat Global

PENGENALAN

ö Pendidikan Moral adalah proses di mana sesuatu masyarakat mengajar ahli-ahlinya standard-
standard tingkah laku yang betul.

ö Ia memberi peluang kepada pelajar mengahayati nilai-nilai moral supaya dapat mengenal,
menerima, mengamal dan membuat keputusan yang bertanggungjawab mengenai berbagai situasi
dalam kehidupan serta tidak melanggar elemen-elemen yang boleh mencabar nilai-nilai moral seperti
mementingkan kebendaan, berketerlaluan, tamakkan kuasa, tidak bertanggungjawab, jurang generasi
dan perbezaan kelas dan status.

6.1 MEMENTINGKAN KEBENDAAN

Di dalam sesebuah negara yang sedang membangun seperti negara kita, unsur kebendaan kerap
ditekankan.

Dengan berkembangnya sains dan teknologi, aspek kebendaan lebih dititikberatkan berbanding dengan
perkembangan rohani.

Oleh itu, sikap kebendaan atau materialistik anggota-anggota masyarakat juga semakin bertambah.

Contohnya, seorang ayah yang bertugas sebagai seorang guru mungkin banyak mengendalikan kelas-
kelas bimbingan untuk menambahkan pendapatannya.

Di manakah masanya untuk bergaul serta berinteraksi dengan anak-anaknya?

Setelah selesai mengajar kelas-kelas bimbingan, dia akan merasa letih serta kurang berupaya untuk
melayani anak-anaknya dari segi sosio emosi dan intelek.
Seorang ibu yang bersikap materialistik pula sentiasa merancang cara-cara menambahkan pendapatan
dengan menjual insurans nyawa, alat-alat solek, jualan langsung (direct selling) seperti Amway, CNI,
Shaklee, Coasway dan lain-lain, pelbagai jenis barangan kegunaan rumah dan sebagainya.

Dalam keadaan ini, tentulah ibu tersebut tidak dapat memberikan asuhan dan didikan sebaik-baiknya
kepada anak-anaknya.

Pengajaran nilai-nilai moral secara langsung memang tidak dapat dilakukan oleh kedua-dua ibu bapa
yang amat sibuk itu.

Keluarga yang ibu bapanya sibuk memang tidak dapat memupuk nilai kejiranan.

Ini nyata dilihat di kalangan penghuni di kawasan perumahan di mana sapa-menyapa jarang berlaku,
masing-masing sibuk dengan urusan sendiri.

Unsur produktiviti ditekankan di firma, kilang dan pejabat. Produktiviti yang tinggi membawa kepada
pendapatan yang tinggi.

Jika boleh setiap majikan cuba menggantikan tenaga buruh dengan jentera tanpa memikirkan soal belas
kasihan terhadap pekerja yang diberhentikan.

Pekedai runcit cuba memaksimumkan keuntungannya. Dia cuba menggunakan beberapa penipuan
seperti membekalkan barangan dengan timbangan berat yang tidak mencukupi, mencampurkan gred
beras yang kurang baik dengan yang baik serta menyorokkan sesuatu barangan yang dijangka harganya
akan naik

Nyatalah pekedai itu tidak mempunyai sikap belas kasihan, tidak bertimbang rasa serta tidak jujur.
Dalam sebuah masyarakat kebendaan, anggota-anggotanya bersaing untuk memiliki rumah yang lebih
besar, jenis kereta yang lebih besar dan lebih berjenama, dan kerap pergi melancong.

Oleh itu, kita dapati terdapat kes-kes seperti doktor yang mengenakan beribu-beribu ringgit setiap kali
mengendalikan kelahiran bayi, penguam yang menipu dan menyalahgunakan wang pelanggannya serta
pengurus-pengurus yang menyalahgunakan wang ahli-ahli koperasinya yang terdiri di kalangan orang
miskin-miskin, kerani-kerani bank, akauntan-akauntan bank dan ahli-ahli politik menggelapkan wang
dan sebagainya.

Contoh-contoh ini menyatakan bahawa penekanan terhadap kebendaan telah menyebabkan nilai moral
dan keagamaan diketepikan.

6.2 SIKAP KETERLALUAN

Dalam sesebuah masyarakat, biasanya terdapat individu-individu yang berbeza dari segi fizikal, mental,
rohani dan sosio ekonomi

Keseimbangan setiap aspek tersebut mewujudkan individu yang hamonis serta bersopan
Keterlaluan yang berlaku dalam mana-mana satu aspek yang menanggu keseimbangan tersebut lalu
menyebabkan tingkah laku seseorang individu melanggar norma-norma masyarakat

Kalau dikaji kes-kes jenayah di akhbar-akhbar memanglah nyata bahawa setengah-setengah kes itu
berlaku kerana sifat keterlaluan.

Cuba kita ambil conoh seorang wanita yang telah dilaporkan kehilangan sebelah tangannya kerana
bergaduh dengan jirannya berpunca daripada seekor ikan “temenung”

Jelas bahawa jiran yang mencederakan wanita itu memang kehilangan akal lalu bertindak secara
keterlaluan.

Segala unsur kemoralan tidak dipentingkan lagi apabila emosi jiran itu tidak dapat dikawal.

Begitu juga keadaannya apabila seseorang itu bersikap keterlaluan ketika menghukum anaknya kerana-
satu-satu kesalahan.

Dalam keadaan penuh emosi marah, ibu atau bapa mungkin akan merotan anaknya sehingga
menyebabkan keadaan menjadi parah

Ada bahagian yang bengkak selama berminggu-minggu dan ada pula bahagian tubuh badan yang
dibakar dengan punting pkok.

Nilai moral seperti belas kasihan dan bertimbang rasa mungkin telah dulupakan apabila siibu atau siayah
berada dalam keadaan marah.

Sifat keterlaluan boleh juga menyebabkan seseorang perkerja itu mengabaikan tanggungjawab terhadap
rumahtangganya.

Miasalnya, seseorang yang terus bekerja dan hanya mementingkan produktiviti dirmanya kerap kali
balik lewat ke rumahnya. Setiba sahaja di rumah dia berasa letih lesu.

Lantaran itu, dia kurang berupaya menunjukkan kasih sayangnya serta perhatiannya terhadap anak-anak
serta isteri.

Dalam masyarakat yang materialistik seperti Jepun, sikap keterlaluan seperti lebih mementingkan firma
daripada keluarga telah mencabar nilai0nilai murni seperti kasih saying dan bertimbang rasa. Ini pula
akan meningkatkan lagi bilangan keretakan keluarga.

Seseorang ayah atau ibu yang terlalu saying kepada anaknya akan memberikan anaknya seberapa
banyak wang yang dikehendaki semasa ke sekolah.

Kajian telah menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mempunyai wang saku yang banyak cenderung
untuk menghabiskan masanya di pusat-pusat membeli-belah, hiburan dan disko. Pelajar-pelajar seperti
ini lebih terdedah kepada nilai-nilai yang bertentangan dengan norma-norma masyarakat seperti
membazir dan tidak menggunakan masa dengan bijak. Ada pula yang menyalahgunakan dadah. Dalam
kes seperti ini, jelaskan bahawa sikap ayah dan ibu yang keterlaluan, iaitu terlalu kasih saying kepada
anak mereka telah menyebabkan kerunuhan akhlak anak mereka sendiri. Daripada contoh-contoh di
atas telah menunjukkan kepada kita bawaha sifat keterlaluan di dalam satu-satu situasi boleh mencabar
nilai-nilai moral seseorang itu.
6.3 TAMAK KUASA

Kuasa digunakan apabila A mengambil sesuatu keputusan yang membawa kesan kepada B, dan dihalang
daripada mengambil apa-apa tindakan yang boleh menggugat keputusan A.

Dalam bidang politik kuasa diberi oleh rakyat kepada pemimpinnya melalui pilihanraya untuk mentadbir.
Biasanya kuasa yang ada pada pemimpin digunakan dengan baik untuk kepentingan rakyat jelata.
Kebanyakan pemimpin menggunakan kuasa yang diberikan kepada mereka secara adil untuk
membangunkan negara.

Salah guna kuasa berlaku apabila orang yang berkuasa bercita-cita tinggi, pendendam, tamak atau
merasakan pengaruhnya berkurangan.

Untuk menjamin ia dapat terusa kekal sebagai pemimpin ia akan mengeksploitasi orang lain dengan
menggunakan segala kuasa yang masih ada padanya dengan berbagai cara. Untuk tujuan ini seseorang
pemimpin yang tamakkan kuasa sanggup membelakangkan nilai-nilai moral, agama atau undang-undang
yang ada.

Ia akan menggunakan kuasanya untuk memaksa, mengancam orang-orang bawahan supaya terus patuh
kepadanya.

Walaubagaimanapun daripada pengalaman sejarah, pemimpin yang tamak kuasa dan memerintah
secara kuku besi tidak kekal lama dan akan disingkirkan.

Sikap tamakkan kuasa di kalangan pemimpin-pemimpin negara telahmendatangkan berbagai


penderitaan kepada rakyat.

Peperangan Dunia dan peperangan antara negara-negara berlaku akibat daripada sikap pemimpin
negara yang tamakkan kuasa. Orang-orang yang berkuasa dalam politik, pertubuhan, persatuaan,
syarikat atau institusi juga kadang-kadang tamakkan kuasa. Oleh kerana kuasa memberikannya status,
kekayaan dan kedudukan yang istimewa berbanding rakyat atau ahli biasa, mereka ingin terus
memilikinya.

Oleh yang demikian tidak hairanlah jika terdapat perbuatan fitnah menfitnah atau memburuk-burukkan
antara satu sama lain berlaku. Dalam kes yang serius perbuatan mencedera atau membunuh kerap
dilakukan oleh orang yang berkuasa demi mempertahankan kuasa yang dimilikinya.

Perebutan kuasa kerap berlaku antara pemimpin politik negara. Kadang-kadang perbuatan yang
melanggar nilai moral dan ajaran agama di atas bukan sahaja dilakukan oleh pemimpin atau orang yang
berkuasa demi mengekalkan kedudukannya sebagai ketua, mereka yang belum berkuasa dan ingin
berkuasa juga sanggup melakukan jenayah untuk mendapatkan kuasa. Daripada contoh-contoh di atas,
nyata orang yang tamakkan kuasa tidak mengambil kira kebajikan dan kebaikan orang lain.

Kebanyakan mereka membelakangkan nilai-nilai moral atau ajaran agama semata-mata untuk menjaga
temolok diri sendiri.

Mereka sanggup menggunakan apa saja cara dan menghalalkan apa saja cara hatta sampai kepada
mencederakan dan membunuh sekalipun, asalkan matlamat mereka tercapai.

6.4 TIDAK BERTANGGUNGJAWAB


Dalam kehidupan kita sehari-hari, kita dapati pelbagai situasi yang menonjolkan sikap tidak
bertanggungjawab. Telefon awam yang dicabut gagangnya serta membuang sampah sarap merata-rata
tempat jelas menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab.

Amalan-amalan seperti ini juga dikaitkan dengan kegiatan pelajar-pelajar yang bertingkah laku anti
sosial. Di samping amalan tersebut, pelajar juga didapati menconteng dan menulis tidak tentu arah di
atas meja dan kerusi mereka.

Lakaran-lakaran lucah, mengutuk, mengeji, menghina dan mengata guru dan pensyarah kadangkala
terdapat di dinding-dinding tandas. Kertas pembalut coklat, gula-gula dan keropok sentiasa terdapat di
bahagian bawah meja mereka.

Pelbagai garisan didapati di permukaan meja dan kerusi mereka. Sesetengah pelajar tidak berusaha
untuk memadamkan lampu dan kipas apabila bertukar kelas atau keluar daripada kelas.

Air paip di tandas dan di bilik air kadang kala sengaja tidak ditutup selepas digunakan.

Amalan seperti ini adalah tidak bertanggungjawab dan membazirkan api dan air.

Ada pula pelajar yang meludah di merata-rata tempat atau mengesat hingus merka di penjuru-penjuru
atau dinding-dinding bilik kuliah

Satu amalan yang juga tidak bertanggungjawab dan kerap berlaku kepada pelajar ialah cara di atas
kerusi

Mereka gemar duduk secara menonggengkan kaki kerusi menyebabkan kaki kerusi mudah rosak.

Kerja-kerja kursus yang disuruh oleh pensyarah adakalanya tidak dibuat atau disiapkan dengan
sempurna. Sesetengah pelajar gemar menghabiskan masa di kompleks-kompleks membeli belah seperti
Jaya Jusco, Parkson Grand dan Ipoh Parade daripada menghadiri kelas dan kuliah, dan masalah ini
jugalah yang menyebabkan mereka tidak membuat dan menyiapkan kerja kursus yang telah diberikan
dengan sempurna.

6.5 PERBEZAAN KELAS DAN STATUS

Dalam sesebuah negara yang sedang membangun, tidak dapat dinafikan bahawa ada golongan individu
yang memperoleh pendapatan yang lebih berbanding dengan golongan yang lain

Pendapatan yang diperoleh sebenarnya bergantung pada jenis aktiviti ekonomi yang dikendalikan.

Lazimnya, para peniaga dan pengarah pengurusan tergolong dalam kumpulan berpendapatan tinggi.

Ahli-ahli professional seperti doktor, penguam, arkitek dan akuantan yang mengendalikan firma-firma
sendiri juga tergolong dalam kumpulan ini.

Sebaliknya, pekerja-pekerja biasa di pejabat dan operator di kilang ataupun penjaja kecil digolongkan
sebagai kumpulan individu yang berpendapatan rendah.

Dengan ini jelaslah terdapat perbezaan kelas yang wujud antara kumpulan berpendapatan tinggi dan
kumpulan yang berpendapatan rendah.
Lazimnya, individu yang berpendapatan tinggi berupaya memakai kereta mewah, duduk di kawasan
perumahan yang eksklusif dan memakai pakaian yang berjenama dan mahal.

Kesemua ciri ini dikaitan dengan status yang tinggi. Dengan itu, teranglah bahawa individu yang
berpendapatan tinggi juga berstatus tinggi. Dalam kehidupan seharianm perbezaan kelas atau status
sentiasa ditonjolkan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Keadaan seperti ini kurang sihat dan
ia boleh menjejaskan perpaduan satu-satu komuniti atau masyarakat. Kerajaan telah mengambil
langkah untuk mengatasi masalah perbezaan kelas. Langkah-langkah membasmi kemiskinan
dibahagikan kepada dua kategori berikut:

Kemiskinan di luar bandar

Kemiskinan di bandar

Langkah kerajaan untuk mengurangkan kemiskinan di luar bandar menitikberatkan petani, pekebun
kecil getah dan kelapa, nelayan, buruh ladang, penduduk kampong baru dan buruh kasar.

Usaha-usaha ini dilaksanakan oleh beberapa buah badan berkanun seperti RISDA, FELDA, MADA FELCRA
dan KADA.

Selain badan-badan kanun tersebut, Gerakan Koperasi juga menyediakan bantuan.

Langkah-langkah bantuan ialah pembukaan, penerokaan dan pembangunan tanah-tanah baru, bantuan
alat pertanian, khidmat nasihat, subsidi benih dan baja, kemudahan kredit, pemasaran dan pembukaan
pusat-pusat kemajuan yang baru. Objektif utama ialah untuk menambahkan pendapatan rakyat. Strategi
untuk mengurangkan kemiskinan di bandar ditumpukan pada perkembangan guna tenaga yang
produktif. Kerajaan melaksanakan dasar-dasar yang lebih meluas berhubung dengan peluang-peluang
pekerjaan serta memperbaiki untuk memperolehi kemudahan awam yang asas untuk
mempertingkatkan taraf hidup. Melalui langkah-langkah tersebut, perbezaan kelas dan status
sememangnya akan dapat dikurangkan. Apabila keadaan tersebut dicapai, perpaduan rakyat negara kita
akan terus terjamin.

6.6 JURANG GENERASI (GENERATION GAP)

Dalam sesebuah masyarakat yang serba moden, anak-anak muda mudah dipengaruhi oleh pelbagai
fesyen pakaian dan rambut, muzik, gaya perjalanan dan sebagainya.

Oleh kerana pengaruh-pengaruh seperti ini, maka timbullah jurang generasi di antara ana-anak dengan
ibu bapa.

Tahukah anda apakah jurang generasi? Biasanya jurang generasi merujuk kepada perbezaan pandangan
dan idea yang wujud di antara generasi muda dengan generasi tua.
Sebagai contoh, seorang anak gemar memakai seluar yang berfesyen “baggy” atau “bokat”.

Menurut ayahnya, pakaian seperti itu tidak sesuai kerana seluar itu terlalu besar kakinya.

Dengan itu, perselisihan faham akan timbul di antara ayah dengan anaknya.

Dalam satu contoh yang lain, seorang anak mungkin ingin mengikut fesyen rambut rakan-rakannya
ataupun rambut kumpulan popular yang digemari seperti berambut panjang ala penyanyi rock.

Ayahnya tidak gemar dan meminta dia menggunting rambut agar panjangnya tidak melebihi kolar baju.

Tambahan lagi, mungkin si ayah ingin mendengar muzik yang perlahan atau jenis instrumental dan lagu
lama seperti dedangan Saloma dan S.M Salim tetapi si anak lebih meminati lagu berunsur “pop” dan
“rock” seperti Siti Nurhaliza dan Awie.

Begitu juga dengan program televisyen. Si ayah mungkin lebih meminati program seperti Berita Dunia
Jam 10 tetapi si anak mungkin lebih gemar menonton filem-filem Inggeris.

Contoh-contoh di atas memang menunjukkan situasi-situasi di mana perselisihan faham mudah timbul
di antara ibu bapa dengan anak-anaknya.

Ia timbul kerana jurang generasi yang wujud itu.

Sekiranya langkah tidak diambil untuk mengatasi masalah ini, maka timbullah situasi di mana anak tidak
ingin balik ke rumah lagi.

Mereka lebih gemar berfoya-foya di pusat membeli-belah dan pusat-pusat hiburan.

Dengan itu, ibu bapa haruslah berusaha untuk mengatasi jurang generasi jika ia wujud.

Ia dapat dilakukan dengan cara-cara berikut:

Menerangkan kepada anak apa yang dikatakan tidak sesuai sama ada pakaian, fesyen rambut atau jenis
lagu yang dipilih itu.

Cuba timbulkan kesedaran tentang nilai-nilai dan norma-norma masyarakat kita.

Tingkatkan lagi pengetahuan agama dan pegangan moralnya.

Ambil tahu jenis rakan yang didampinginya.

Izinkan keperluan dan permintaannya yang berpatutan seperti keinginan untuk menghadiri majlis
keraian.

Libatkan diri dalam permainan yang digemari anak-anak seperti permainan catur, monopoli,
badminton, bola sepak dan sebagainya. Ini akan merapatkan hubungan diantara ayah dengan anak-
anak.

Sekiranya usaha-usaha yang sesuai diambil oleh orang dewasa yang lain, maka jurang generasi akan
dapat dirapatkan. Perhubungan ibu-bapa dengan anak yang mesra akan mewujudkan suasana keluarga
yang lebih harmonis. Lantaran itu masalah-masalah antisosial akan dapat dikurangkan
Kesan Elemen yang Mencabar Penghayatan Nilai Murni di
Sekolah
Ramai yang lebih suka menunding jari kepada murid setiap kali mereka terlibat dengan
gejala sosial yang memudaratkan masyarakat. Namun begitu, berapa ramaikah antara
kita yang bersedia untuk menilai kelemahan diri sendiri yang turut menjadi punca kepada
keruntuhan moral remaja dankanak-kanak tersebut? Sama ada mahu diakui atau tidak,
terdapat banyak elemen yang menjadi cabaran kepada penghayatan nilai murni di
sekolah. Antaranya ialah kegagalan fungsi keluarga. Kemampuan dan sikap negatif pada
pelajaran di kalangan ibu bapa menjadi faktor pertambahan kepada keadaan tatatertib
yang tidak baik. Ini disebabkan kanak-kanak yang datang daripada keluarga dan
persekitaran yang miskin tidak mempunyai amalan keluarga yang teratur. Bagi segelintir
keluarga yang mewah pula, mereka membantah keras langkah kementerian
mengetatkan disiplin murid dan ini sedikit sebanyak mendorong ke arah kemerosotan
disiplin murid dalam beberapa keadaan, ada juga guru yang tidak mengambil peduli
tentang tingkah laku pelajar. Label guru pada golongan murid tertentu turut
mempengaruhi layanan mereka kepada murid-murid bermasalah. cara guru yang
sedemikian rupa memberi kesan negatif dan melahirkan perasaan baha!a mereka tidak
dilayan secara adil. Seterusnya, ia turut menimbulkan kebencian murid kepada guru.

Kebanyakan sekolah di Malaysia, murid-murid dibahagikan kepada kelas-kelas


tertentumengikut pencapaian pada akhir tahun pengajian mereka. Psikologi seseorang
guru apabila mengajardi kelas-kelas terbaik, mereka berasa lapang hati. Sementara guru
yang mengajar di kelas tercorot pula berasa bosan dengan gelagat murid yang kurang
sopan dan lemah dalam pelajaran. Keadaan inimenyebabkan hubungan yang kurang
mesra antara guru dan murid dan kurangnya rasa hormatterhadap guru itu sendiri. Murid
juga mendapat pendedahan keterlaluan daripada media cetak dan media elektronik.
Pada era siber ini, murid mudah mendapat pengaruh yang tidak sihat melalui internet,
televiisyen, video dan lain-lain. Ketidak terbatasan pendedahan ini mempengaruhi
tingkah laku murid itu sehari-hari. Golongan pelajar adalah golongan yang mudah
terdedah dan mereka menurut apa yang dilihatdan ditonton melalui media itu. mereka
cuba mempraktikkan seperti apa yang mereka lihat. Rakan sebaya mempunyai nila-nilai
yang tersendiri. Rakan sebaya di sekolah sememangnya dapat mempengaruhi disiplin
murid. Sekiranya nilai-nilai rakan sebaya tidak mementingkan ketekunan, tanggungjawab
dan mematuhi peraturan, begitulah juga sikap murid berkenaan. Cara berpakaian, hobi,
aktiviti-aktiviti sosial dan jenis permainan turut membentuk konsep diri murid. Walau
bagaimanapun, jika kumpulan sebaya yang dipilih cenderung berbuat nakal, maka murid
tersebut pasti terpengaruh untuk menjalankan aktiviti tidak sihat.

Aspirasi, harapan dan nilai sesebuah masyarakat dapat mempengaruhi


pembentukan personaliti seseorang individu. masyarakat kebendaan menegaskan
betapa pentingnya kekayaan danharta benda. Nilai-nilai murni sudah tidak menjadi
keutamaan. dengan itu, kanak-kanak membesar menjadi individu dan murid yang
sanggup menipu dalam peperiksaan, bergaduh, mencuri dan mencederakan guru. hal ini
juga selaras dengan masyarakat yang mengabaikan tanggungjawab sama ada secara
sengaja atau tidak, menyediakan suasana dan persekitaran dalam pembentukan sahsiah
pelajar yang tidak sihat. Keadaan ini menunjukkan dengan jelas bagaimana nilai
masyarakat yang rendah menghalang nilai murnid dipraktikkan di sekolah. Faktor agama
adalah aspek terpenting dalam membentuk sahsiah manusia. Tanpa pegangan agama
yang kukuh, maka sukar untuk para remaja membentuk akhlak mulia dalam diri mereka.
Sehubungan itu, punca sebenar kurangnya penghayatan nilai moral terutamanya dalam
kalangan murid-murid adalah disebabkan kurangnya didikan agama yang
dberikan kepada mereka.

Selain itu, elemen yang mencabar penghayatan nilai murni di sekolah adalah dasar
pendidikanitu sendiri. Situasi pembelajaran hari ini yang lebih mementingkan
peperiksaan memberi ruang yang begitu sempit bagi penerapan nilai kemanusiaan. Cara
murid didesak untuk menguasai akademiksemaksimum mungkin tetapi seolah olah tidak
terfikir tanpa imbangan akhlak yang mulia, mereka pasti rosak. Kognitif yang tinggi tanpa
iringan efektif yang terpuji hanya menimbulkan krisis keruntuhan akhlak. Selain itu, pihak
sekolah yang kurang bekerjasama dengan agensi penguatkuasa turut menyumbang
kepada sukarnya menyuburkan amalan murni dalam kalangan murid di sekolah.
Seharusnya, langkah memperkenalkan kuasa polis tambahan yang dahulunya hanya
diperkenalkan di sekolah yang berisiko tinggi, perlu diperluaskan di semua sekolahdi
seluruh negara. Melalui konsep ini, guru disiplin berhak menyoal siasat pelajar yang
disyaki tanpa memerlukan sebarang bukti. jadi kerjasama erat dengan pihak polis dapat
dijalankan. Malangnya,langkah ini seolah-olah dipandang remeh oleh sesetengah pihak
lantaran kurangnya kesedaran danrasa malu jika ianya akan memburukkan nama
sekolah. Bimbingan dan kaunseling adalah antara kaedah yang efektif untuk
meningkatkan penghayatan nilai-nilai murni di sekolah. Walau bagaimanapun, fungsinya
yang kadangkala menyimpang daripada tujuan sebenar penubuhannya di sekolah
menyebabkan murid hilang rasa percaya untuk berurusan dengan mereka yang terlibat
dalam proses ini. Kadangkala, murid berasa tidak selamat untuk berbincang mengenai
isu moral yang mereka lakukan kerana kaunselor tidak menepati janji atau etika mereka
untuk tidak menceritakan perihal tersebut kepada orang lain,terutamanya rakan sebaya.
Apabila hal ini berlaku, pihak sekolah akan mengalami kesukaran untukmenangani
masalah yang sedia ada di samping membentuk nilai-nilai yang murni dalam
kalanganmurid.Selain itu, faktor diri sendiri juga menyumbang kepada kurangnya
penghayatan nilai murni disekolah. murid sekolah akan mengalami satu fasa perubahan
ke alam remaja. Ini kadangkala akan menyebabkan mereka dilabelkan sebagai
“moodiness”. Sekiranya mereka gagal menangani gangguan emosi yang melanda, maka
ia memba!a kepada masalah lain. Sikap dalam diri seperti cemburu, dengki, khianat dan
dendam menjadi faktor kepada masalah yang mereka lakukan. mereka tidak dapat
mengawal emosi dan kematangan fikiran lantas mengambil jalan mudah dengan
melibatkan diri dengan masalah-masalah sosial.