Anda di halaman 1dari 5

SMK RAJA MUDA MUSA, KUALA KANGSAR

33000 KUALA KANGSAR, PERAK.

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN HAL EHWAL MURID


GURU BIL 1 / 2019

Tarikh : 30 DISEMBER 2019 (ISNIN )


Masa : 10.30 PAGI
Tempat : Bilik Gerakan, SMK Raja Muda Musa
Pengerusi : Puan Jamilah binti Shaharom

1
HADIR
1 Tn.Hj Mohd Zabidi bin Mohd Zain
2 En Abdullah bin Mohd
3 Pn. Jamilah binti Shaharom
4 Pn Masitah binti Hj Mohd Noor
5 Pn Noremah binti Abd Rashid
6 En Ahmad Zaki bin Makhtar
7 En Azlan bin Nazaruddin
8 En. Mohd Zulkifli bin Zainal Abidin
9 En. Rosli bin Abd Rahman
10 En. Syed Hashim Wafa bin Syed Nordin
11 En.Abdul Hakim bin Mohamed
12 En.Mohd Asri bin Ab.Llah
13 Pn. Fairina binti Johan
14 Pn. Hasliza bt Abdul Razak
15 Pn. Nani Asyikin bt Abdul Halim
16 Pn. Norhayati binti Ismail
17 Pn. Rosimah binti Zakaria
18 Pn.Che Asmah binti Mustafa
19 Pn.Chew Bee Bee
20 Pn.Hamidah binti Hassan
21 Pn.Hamidah binti Mohd Nazir
22 Pn.Ilya binti Ismail
23 Pn.Ismarziana binti Salleh
24 Pn.Jayaletchumy a/p Ramachandran
25 Pn.Jurina binti Saidin
26 Pn.Nor Azean binti Mad Atari
27 Pn.Normala binti Abu Talib
28 Pn.Norsaridatul Husna binti Hasmi
29 Pn.Norshafira bt Mat Razali
30 Pn.Norsiah binti Noor Rashid
31 Pn.Nur Hazwani bt Zuber
32 Pn.Nurul Aini bt Khairul Azhari
33 Pn.Qatreen Nada binti Abdullah
34 Pn.Rohaya binti Samsuddin
35 Pn.Rohayu binti Jamaluddin
36 Pn.Romlah binti Lateh
37 Pn.Rudina Hayati bt Kamaruddin
38 Pn.Wan Roslita bt Wan Harun
39 Pn.Zaidah binti Din @ Nasiruddin

TIDAK HADIR
1 Pn.Suhaili binti Safiee
2 En Othman Fauzi bin Mohamed Fadzil
3 En. Azman bin Mohd Din
4 En.Mohd Shahrul bin Ibrahim
5 Pn. Norhasnini binti Jamalludin
6 Pn.Zuariana binti Yahya

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI MESYUARAT

2
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru ke mesyuarat
HEM kali pertama 2020. Pengerusi mengharapkan agar guru-guru menerapkan
budaya kebahagiaan, kasih sayang dan hormat menghormati di sekolah pada tahun
2020.
Tindakan : Makluman

2.0 PEMBENTANGAN AHLI JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID


2.1 Semua guru diminta untuk merujuk senarai nama ahli jawatankuasa Hal
Ehwal Murid di Buku Pengurusan 2020 di muka surat 132 hingga muka surat
195.

2.2 Jawatankuasa Lembaga Disiplin Sekolah diminta untuk lebih memantapkan


lagi kawalan disiplin mengikut tingkatan. Jika ada murid bermasalah, guru-
guru diminta untuk mengisi borang laporan disiplin yang boleh diperolehi
daripada AJK Guru setiap tingkatan.

2.3 Jawatankuasa Lembaga Pengawas Sekolah pada tahun 2020 dikehendaki


melahirkan pengawas sekolah yang tegas dan bertanggung jawab dengan
jawatan yang disandang. Pakaian pengawas hendaklah sentiasa kemas
terutama sewaktu perhimpunan rasmi pada hari Isnin. Guru diminta untuk
melatih murid dalam menguruskan perhimpunan pagi dengan lancar dan lebih
teratur. Selain itu, diharapkan para pengawas dapat meningkatkan personaliti
dan keyakinan diri mereka sebagai pemimpin murid.

2.4 Jawatankuasa Pehimpunan Mingguan / Khas diminta memastikan perjalanan


perhimpunan mingguan atau khas berjalan lancar. Pada tahun 2019 didapati
penyediaan kerusi dan alatan perhimpunan mengambil masa sebelum
perhimpunan bermula. Oleh itu, untuk tahun 2020 persediaan alatan
perhimpunan hendaklah disediakan sehari sebelum atau pada hari Jumaat.

2.5 Aktiviti amalan guru penyayang seperti sambutan hari jadi dan penghargaan,
menyambut murid di pagar,dan program mentor mentee diteruskan untuk
tahun 2020.

2.6 Setiausaha Jawatankuasa Keselamatan dan Bencana Alam, Tn Hj Rosli bin


Abdul Rahman diminta untuk merancang latihan kebakaran dan menjemput
Pegawai Bomba bagi menerangkan penggunaan pemadam api dan kesan
buruk apabila bermain main dengannya kepada para murid.

2.7 Jawatankuasa Kesihatan, Rawatan dan Pergigian dimaklumkan rawatan


pergigian sekolah bertukar dibawah penyeliaan Pejabat Kesihatan Manong
dan kad kesihatan yang baru akan diedarkan nanti.

2.8 Jawatankuasa SPBT tidak mengedarkan buku teks pada hari pendaftaran
murid tingkatan 1 sebaliknya akan diberi selepas Minggu Orientasi bagi
mengatasi masalah kekurangan buku teks.

2.9 Pengerusi memaklumkan bantuan persekolahan daripada MAIPk untuk tahun


2020 diberi pada bulan Januari. Bantuan itu hanya untuk bayaran yuran,

3
yuran tertunggak dan buku serta alat tulis murid. Jika terdapat lebihan barulah
diberikan kepada murid setelah selesai semua bayaran persekolahan.

2.10 Pengurusan kantin pada 2020 adalah daripada pengusaha kantin yang baru
iaitu En. Salam.

2.11 Pengerusi mengingatkan untuk para guru melakukan pemantauan di


asrama mengikut jadual guru bertugas seperti dalam buku pengurusan. Guru-
guru juga dimohon untuk bantu murid daripada segi akademik, sahsiah dan
kokurikulum di asrama. Guru-guru boleh melakukan majlis ilmu dan pengisian
rohani bagi meningkatkan prestasi diri murid asrama. Buku laporan kehadiran
pemantauan asrama hendaklah diisi oleh guru.

2.12 Jawatankuasa pendaftaran, rekod dan pensijilan perlu mendaftarkan setiap


nama murid baru di dalam Buku Besar Pendaftaran. Pengerusi
mencadangkan AJK untuk membuat sijil bagi kehadiran penuh murid ke
sekolah bagi menghargai usaha murid.

2.13 Jawatankuasa APDM, Retan dan E-kehadiran hendaklah memastikan E


kehadiran diisi awal dan kehadiran murid adalah di tahap cemerlang. Rujuk
kepada E kehadiran bagi tindakan menghantar surat amaran kepada murid
yang ponteng.
Tindakan : Semua Jawatankuasa yang terlibat

3.0 HAL-HAL LAIN

3.1 Pendaftaran Tingkatan 1 akan diadakan pada 31 Disember 2020 dan semua
guru kelas Tingkatan 1 diminta hadir.

3.2 Pendaftaran Asrama di Dewan Makan Asrama pada 1 Januari 2020 dan guru-
guru homeroom diminta hadir bersama.

3.3 Borang maklumat murid akan diedarkan. Guru kelas diminta edarkan kepada
murid dan kutip semula selewat lewatnya pada hari Jumaat minggu kedua
persekolahan. Semak penyata gaji, surat pengesahan Ketua Kampung,
maklumat alamat, nombor telefon dan status ibubapa. Guru kelas perlu
kemaskini maklumat di APDM.

3.4 Guru-guru diminta mengisi SSDM untuk amalan terbaik pelajar setiap bulan
sekurang-kurangnya 10 nama pelajar.
Tindakan : Semua Guru.

4
PENANGGUHAN MESYUARAT

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.30 tengahari.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………. …………………………..
Ilya binti Ismail Jamilah binti Shaharom
Setiausaha HEM, Penolong Kanan HEM,
SMK Raja Muda Musa SMK Raja Muda Musa.