Anda di halaman 1dari 4

1.1.

pengenalan

1.2 tujuan latihan industry

1.3 skop latihan industry

1.4 kepentingan latihan industry

1.5 penutup dan kesimpulan

2.1 pengenalan organisasi

2.2 objektif / maklumat organisasi

2.3 misi organisasi

2.4 Proses Pembuatan Kerja

2.5 Carta organisasi

2.6 Produk yang dikeluarkan


BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan On-The Job Training

On-The Job Training (OJT) merupakan antara syarat-syarat yang telah diperuntukkan ke atas
setiap pelajar di seluruh Kolej Vokasional di Malaysia. Pelajar akan menjalani On-The Job Training (OJT)
Semester Akhir sama ada dalam sektor awam atau swasta pada semester ke lima Diploma Vokasional
Malaysia (DVM) iaitu tempoh selama 6 bulan bagi mendapatkan pendedahan awal dan membiasakan
diri dengan dunia pekerjaan yang sebenar.

Sepanjang pelajar menjalani Latihan Industri, pelajar akan berada di bawah pengawasan
penyelia yang telah dilantik oleh Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI). Sepanjang semasa
pelajar menjalani On-The Job Training (OJT) ini, pelajar akan berhadapan dengan pelbagai pengalaman
yang belum ditempuhi. Oleh itu, pelajar perlu menyiapkan diri dari segi mental dan fizikal untuk
menjalani OJT ini sehingga tamat tempoh yang telah ditetapkan selama menjalani Latihan Industri,
pelajar akan dapat membina keyakinan diri menjadi lebih berani dan tabah dalam menjalani
kehidupan sebagai seorang pelajar di samping dapat menimba pengetahuan dan juga pengalaman.
Pelajar boleh merujuk pengalaman tersebut sebagai satu panduan apabila pelajar melangkah ke alam
pekerjaan sebenar.

Di samping itu, On-The Job Training (OJT) dapat memberi manfaat kepada pelatih untuk
mengamalkan ilmu-ilmu yang dapat diperolehi untuk dijadikan sebagai satu pengalaman jika di alam
pekerjaan yang sebenar dan membentuk personaliti diri yang baik. Hasil daripada On-The Job Training
(OJT) ini, para graduan yang berkualiti bagi melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi atau
terus melangkah ke alam pekerjaan seiring dengan matlamat kerajaan untuk menghasilkan anak didik
yang lebih bermutu dan berkualiti disamping melahirkan tenaga kerja separuh mahir yang amat
diperlukan oleh kakitangan pekerjaan di sektor awam mahupun swasta.
1.2 Objektif On-The Job Training (OJT)

On-The Job Training (OJT) ini adalah bertujuan bagi membolehkan para pelajar

mempraktikkan apa telah dipelajarinya secara teori mahupun amali sepanjang berada di

Kolej Vokasional dan mengaplikasikan secara praktikal semasa menjalani OJT.

Objektif On-The Job Training ini adalah bertujuan:-

i. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan di tempat kerja.

ii. Berkomunikasi secara berkesan dalam pelbagai peringkat.

iii. Mengamalkan kerja berpasukan.

iv. Meningkatkan tahap profesionalisme dan beretika dalam memenuhi dasar-dasar, prosedur dan
kaedah-kaedah di dalam organisasi

v. Menerangkan tugas-tugas yang diberikan dalam tempoh OJT mengikut format yang ditetapkan.

vi. Menguasai kemahiran bidang kursus dengan mengaitkan teori yang telah dipelajari.

1.3 Kepentingan On-The Job Training (OJT)

Menjalani On-The Job Training (OJT) merupakan syarat wajib bagi setiap pelajar Kolej
Vokasional. Ia wajib disempurnakan oleh pelajar yang mengikuti kursus Diploma. Ketika menjalani On-
The Job Training (OJT) selama 4 bulan, pelajar bukan sahaja didedahkan kepada alam pekerjaan tetapi
juga dapat mempraktikan segala teori dan amali yang dipelajari di Kolej Vokasional. Semasa di Kolej
Vokasional, pelajar didedahkan secara am dan amali tetapi dengan menjalani OJT ini juga pelajar dapat
mendedahkan para pelajar tentang suasana alam pekerjaan yang sebenar.

On-The Job Training (OJT) juga mendewasakan para pelajar yang bakal bergelar sebagai pekerja. OJT
sebagai pendedahan awal kepada para pelajar untuk bersikap lebih matang. Ia memberikan impak
mendalam dalam memupuk semangat kerjasama dalam pasukan dan mendidik pelajar yang bakal
menjejaki alam pekerjaan supaya menghormati antara satu sama lain terutama pekerja yang lebih
senior atau pegawai yang berpangkat tinggi.
1.4 Objektif Laporan Latihan Industri

Laporan Latihan Industri ini bertujuan bagi pelajar mendokumentasikan aktiviti-aktiviti sepanjang
menjalani OJT. Berikut merupakan objektif laporan latihan industri:-

i. Mendokumentasikan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pelatih sepanjang tempoh latihan berjalan.

ii. Mendedahkan dan menerangkan lebih lanjut dengan terperinci tentang apa yang dapat di pelajari
semasa menjalani latihan industri.

iii. Untuk dijadikan sebagai rujukan kepada pelatih itu sendiri dan pelajar-pelajar yang lain.

iv. Melatih pelatih supaya mematuhi peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan semasa
membuat laporan.

v. Merupakan salah satu syarat wajib yang dikenakan kepada pelatih yang telah menjalani latihan
industri.

1.5 Skop Kerja

Antara skop kerja yang saya lakukan adalah:-

i. Membantu Jurutera dalam membangunkan mesin JIG

ii. Membaca dan menguji kefungsian JIG mengikut gambarajah litar.

iii. Melakukan ujian tekanan bagi memastikan JIG tersebut boleh digunakan atau tidak.

iv. Menyediakan equipment yang diperlukan mengikut kehendak pengujian litar tersebut.

Anda mungkin juga menyukai