Anda di halaman 1dari 1

KENYATAAN AKHBAR

MALAM KEBUDAYAAN DAN KESENIAN PULAU PINANG

Georgetown 13 April – Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama
Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan IPGKPP telah berganding bahu menganjurkan Malam
Kebudayaan dan Kesenian Pulau Pinang yang diadakan pada 13 April yang bertempat di
IPGKPP, Pulau Pinang.

Mengimbas tentang sejarah seni di Pulau Pinang, terdapat empat kesenian tradisional yang
sinonim dengan Pulau Pinang iaitu Boria, Ghazal Party, Chingay dan Bangsawan. Malam
kebudayaan dan kesenian ini adalah inisiatif JKKN untuk memelihara kesenian yang terdapat
di Malaysia khasnya yang berasal dari Pulau Pinang.

Malam Kebudayaan dan Kesenian ini julung kalinya diadakan dengan harapan mendapat
sambutan yang hangat dari rakyat Malaysia dan para pelancong. Majlis ini dipenuhi oleh
persembahan tarian dan teater.

Diharapkan program ini dapat menarik perhatian generasi muda untuk bersama-sama dalam
usaha memajukan lagi aspirasi bagi menjadikan seni ini dapat di akses semua orang serta
terus dikekal dan disemarakkan dalam meneruskan kelansungan seni budaya dekad ini.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 012-3456789 atau info@jkkn.gov.my / 04-


2817791 (JKKN Pulau Pinang) atau melalui media sosial facebook/twitter/Instagram:
mysenibudaya dan www.jkkn.gov.my

Disediakan oleh:

Hannah Izzureen

Pengarah

Unit Komunikasi Korporat

Jabatan kebudayaan dan Kesenian Negara.